Followers

Sunday 10 July 2011

Mana korang menghilang??

Salam semua..

Camane aku nak cakap ye? Hmm.. Wanita sekarang hebat hebat!! Bantahan? Ok, takde.. Wanita lebih boleh diharap berbanding lelaki kerana lebih bertanggjungjawab dan lebih komited.. Lelaki masa kini tidak dilengkapi dgn pengetahuan dan sifat tanggungjawab.. Masih tak ade sesiapa yang bantah ke? Pelik ni kalau semua setuju!! Lelaki sejati (yang ada sifat tanggungjawab) semakin sukar ditemui, seakan akan telah menghampiri garisan pupus.. Mana korang menghilang gentlemen? Adakah korang sudah bertukar sifat dan bentuk sehingga sukar untuk dikenal pasti kehadiran korang dikalangan kami? Atau kami terpaksa bersaing dengan spesis spesis korang jugak (lelaki lembut dan gay??)..

Atau mungkin wanita sekarang lebih berani,menonjol,yakin,betanggungjawab serta komited menyebabkan lelaki dengan senang melepaskan kepada wanita apa sahaja perkara untuk diuruskan.. Tau tau semuanya sudah selesai! Haiihh.. ini lelaki yang buta tanggungjawab.. Mungkin sudah dididik begitu, tiada ketegasan dalam memikul tanggungjawab.. dibiar balik malam, tak perlu buat kerja di rumah atau boleh tido sehingga tengah hari buta! 

Tapi aku kena adil dalam hal ni.. Masih ada lelaki yang bertanggungjawab di luar sana (walaupun sukar ditemui).. Dan mereka ini bukan sahaja menjadi rebutan wanita, malah juga lelaki lembut, gay serta mak nyah.. Tak percaya? Cuba tanya!!


p/s: wanita itu tetap tulang rusuk kiri..

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

2 comments:

  1. saya saya saya saya saya !!!!


    ** lompat lompat anak sambil angkat tangan tinggi2

    ReplyDelete
  2. Hehe..saya saya saya???!! kategori yg mane satu? yg menjadi rebutan ke yg menjadi 'ketakutan'..haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...