Followers

Thursday 14 July 2011

Kita ni cukup prihatin ke?

Assalamualaikum..


Beberapa hari lepas aku ada terbaca pasal satu program baru’ ‘CUBAAN’ yang akan bersiaran pada hari Sabtu,16 julai ini,pukul 7.30 ptg di Astro Oasis..


Konsep program ini memang lain dari yg lain.. tak pernah lagi kat tv lain..kalau tak silap akulah.. Ia memperlihatkan sikap sebenar kita bila berhadapan dengan sesuatu yang tak di sangka sangka.. Prihatin ke kita di saat itu? Pendek kata nak tolong ke tak nak,nak tolong ke tak, nak tolong ke tak nak..*fikir sampai lebam!!*


'CUBAAN' dibuat dalam bentuk kamera tersembunyi..So akan ada orang orang yang melakonkan watak orang yang amat amat memerlukan pertolongan..hehe..so agak agak kalau kene kat korang camane?? Tolong biar dari hati yer..


Hmmm..aku dah selalu tengok kejadian sebenar, especially dalam tren..Huh!! Memang menjengkelkan sikap sesetengah orang..bila nampak perempuan mengandung haram nak bagi tempat duduk..buat buat tido lagi ada!!! Sampai hati betul buat camtu.. Ini contoh yang paling senang dapat kita lihat.. Haaiihh..tak dapek den nak nolong..


Inilah yang cuba ditonjolkan dalam program ‘CUBAAN’ ini.. Adakah kita sanggup membantu orang yang tidak dikenali atau berpaling sebab tak nak tolong.. Jangan nanti ada yang kata program ni saje nak kenakan orang.. Banyak mesej terselit dalam tu.. Tengok ngan mata hati.. Jangan nak seronok je!.Ini bukan Bang Bang Boom.. FAHAM??? Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...