Followers

Thursday 21 July 2011

Eleh!!!

Assalamualaikum

Pagi tadi aku bercerita pasal sorang kawan rapat aku yang terlibat secara langsung dalam program dakwah.. setiap weekend dia dan anggota outreach akan mengadakan satu aktiviti pemberian makanan secara percuma kepada homeless di sekitar KL.. So aku selalulah mengikuti perkembangan akitiviti dorang melalui gambar gambar dan status status yang diletakkan di facebook selain yang diceritakan sendiri..Memang menarik apa yang dilakukan oleh mereka ni.. Barulah kita tau dan ‘nampak’ hal hal yang kita tak pernah ambik endah.. Begini rupanya kehidupan kat KL..

Tapi, apa yang aku nak ‘ngadu’ kat sini ialah tengah aku cerita tu ada pulak soalan “ mana ko tau? Ko ada kat sana jugak ke? “ Pastu dia ‘eleh’ kan pulak!! Alahai… Camane aku nak cakap nih.. Pada pendapat aku, apa saja maklumat dan peristiwa kita boleh perolehi bukan setakat dengan mengalaminya sendiri.. Pada zaman moden semuakan di hujung jari.. Pengetahuan semacam itu boleh dapat dari pembacaan, pemerhatian, kajian, pengalaman dan pergaulan dengan orang yang terlibat itu sendiri.. Betulkan? Ke ada yang nak ‘eleh’ kan aku jugak??!!

Kalau ye pun tak terima apa yang orang cerita, berlapik lah sikit.. Kalau tak nak dengar pergi jauh jauh.. Takkan nak kena tunggu aku sebut “you saka, pergi jauh jauh..” kan? Kalau awak ada info tambahan hasil dari cerita tadi, apa salahnya share.. Tak yah lah nak kata ‘eleh’ dengan suara yang amat meluat!! Salah ke aku nak share apa yang berlaku??? Eleehhh!!!


p/s: aku tak marah.. Cuma terkedu bila ada yang bersikap begini.. Hmmm.. agaknya cerita aku tak best macam cerite Harry Potter.. Tak mampu buat dia nganga.. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...