Followers

Sunday 29 April 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 27 April 2012-6 Mei 2012 #1



Sebenarnya saya tak rancang pun nak pergi pesta buku di PWTC tu hari ini. Kalau boleh saya nak pergi dengan Si Tukun Negara. Tetapi memandangkan dia pun seperti tak pasti boleh pergi ke tidak, maka saya anggap saya akan pergi sendiri. Pesta buku tu lama lagi sebenarnya. Minggu depan baru habis. Jadi, saya rancang nak pergi last day nanti. Harap-harap dapat lagi banyak diskaun. Manalah tau kannn...

Tapi saya ni memang orang yang tak boleh nak tunggu-tunggu lama. Lagi-lagi kawan-kawan FB asyik update pasal buku they all beli. Sangat jeles uols!!! So apa lagi bersiap-siap dan terus pergi. 

Kali ni saya nekad tak nak belanja lebih. Just beli buku yang memang nak beli. Bajet 1/3 dari tahun lepas. So, saya tinggalkan semua kad termasuk kad ATM. Duit hanya cukup-cukup buat tambang pergi balik, makan dan 2 3 buah buku sahaja (ehem!). By hook or by crook, saya perlu dapatkan diskaun. Kalau tidak, saya akan berjalan kaki balik rumah dengan perut lapar!

Mula-mula saya ke booth PTS (wajib ouls!). Dekat situ cadangnya saya nak beli buku 11 Patriot- Andrea hirata sahaja. Lagi sekali, saya bukanlah orang yang boleh lama-lama di PTS. Sedar tak sedar dah 7 buah buku di tangan. Alamak! Terlebih sudahhh... Seperti biasa, saya dengan muka tak malunya menagih ihsan student-student tumpang bayar guna pas pelajar. 25% diskaun tau? Itu yang saya nak. Jadi, saya ni memang tak malu.



Okey, siri Jimi itu dari penulis blog conteng conteng. Memang suka bukak blog tu tengok apa yang dia contengkan. Di Mana Terangnya Bulan dah lama saya carik kat kedai. Bila nampak je terus ambik dan mintak autograf penulisnya. Siapa lagi kalau bukan Tuan Bahruddin Bekri. Sebelas Patriot tu novel terbaru Andrea Hirata. FYI, semua buku PTS sesuai di baca oleh semua peringkat umur ye kawan-kawan. Jadi, saya ada novel kanak-kanak dan juga remaja. Heee... :)


Okey okey.. Ni saya nak cerita. Bila sampai booth PTS, saya perasan seorang staff dia macam orang yang saya tahu, tapi tak pasti. Takut silap orang. Sebab dalam FB nampak lain. Tengok live lagilah lain. Sila  lihat gambar di bawah. Errr..cam kertas ujian la pulok!



Inilah orang yang saya teragak-agak nak tegur tadi. Tuan Bahruddin Bekri



Orait, penulisnya tengah sain buku,okey. So dah complete buku beliau dalam simpanan saya..




Saya rasa ada lagi penulis yang berbaju oren tapi saya tak kenal. Mungkin dia orang patut pakai tag nama :). Okay, gambar yang bawah ni pun mahal tau. Bukan gambar tu yang mahal, orangnya yang mahal. Hehe..



Safee Sali pun ada buku dengan PTS tau.


Cukuplah dulu. Esok saya update untuk FIXI pulak. Pesta Buku memang sentiasa buat saya teruja. Dan yang pasti esok HOD saya terpaksa dengar saya bercerita tanpa henti. Maklumlah, cerita best. Sapa yang tak suka cerita dak? Okey, selamat malam.





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 14 April 2012

Silap



Saya pernah buat silap. Bukan. Saya selalu buat silap. Kerana saya manusia lemah. Tetapi itu bukan alasan untuk saya sengaja berbuat silap kerana bagi saya, saya ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Dan semestinya membuat silap adalah perkara yang paling saya elak sekiranya saya mahu menjadi yang terbaik.

Baru-baru ini, berlaku sesuatu. Saya tidak tahu kalau-kalau itu juga dikategorikan sebagai kesilapan. Dalam banyak-banyak perkara di dunia, menjaga hati orang sebaik mungkin adalah yang paling sukar untuk saya, kerana di situlah paling kerap saya buat silap. Tapi percayalah, tidak pernah saya ada niat untuk menyakiti hati orang tersayang. Nama pun sayang... Tapi, itulah yang berlaku.

Saya tahu dia tersinggung dengan bicara saya. Demi Tuhan, itu bukan niat saya. Namun, penerimaan orang tidak sama. Bagi saya itu hanyalah bicara biasa tapi bukan pada orang lain. Nama pun manusia, hati tidak sama. Kecil atau besar perkara itu, bukan  lagi menjadi hal. Kerana sudah ada yang berasa hati.

Saya hanya mampu meminta maaf. Apa lagi yang harus saya katakan? Jujurnya, saya ingin orang memaafkan dan melupakan kesilapan saya. Itu mustahil, dan hakikat itu meninggalkan rasa pedih dalam hati. Hati terkilan kerana disalah erti.

Dan sekarang, dalam hati saya hanya ada satu perkara. Maaf, maaf, maaf. Saya harap itu memadai untuk menunjukkan betapa kesalnya saya. Mungkin selepas ini keadaan tidak lagi sama, walaupun saya mengharapkan yang sebaliknya.



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 13 April 2012

Novel BISIK - Fixi



Sepatutnya, entri ni saya buat beberapa hari lepas. Dek kerana keletihan dan otak pun tepu, saya lebih rela memeluk bantal dari kembali mengadap pc. Cukuplah di ofis! 

Baru sekarang berkesempatan. Itupun sebab tengah layan hati yang sedih (baru perasan, bila sedih idea saya untuk menulis tetiba muncul *sigh*). Nampaknya, lepas ini saya perlu ulang baca HIDUP PENUH CINTA – selalu baca buku ini bila sedih..tak tau kenapa.

Jom, kita terus ke isi entri. Sebenarnya ia tidak boleh dipanggil review. Saya tidak tahu untuk review. Saya hanya ingin berkongsi novel BISIK. Apa yang membuat saya sukakan BISIK? Bila baca sinopsisnya, bagi saya, ia hanyalah novel seram biasa. Rumah berhantu, ada bisikan-bisikan, housemate yang weird, tak tahan diganggu lalu akhirnya Mikael gila (tabiat susah nak kikis-baca ending dulu). 

Ditambah lagi dengan kaver berwarna hitam, bergambar kucing serta tulisan BISIK yang merah. Agak mistik. Ya, kucing itu membuat saya banyak kali membelek kaver BISIK. Namun, jangkaan saya meleset sama sekali. BISIK lebih dari itu! Boleh saya katakan yang BISIK adalah salah satu novel psyco-thriller versi melayu yang saya suka sangat (Tolong jangan bandingkan dengan penulis novel thriller no 1 Malaysia ya. Tidak adil).

Okey, cerita bermula di kedai 7-11. Masa tu Mikael mencari-cari iklan rumah sewa dan terjumpa satu iklan yang sudah lama terlekat di papan iklan 7-11. Wah, macam saja-saja nak bagi Mikael terjumpa iklan tu kan kan kan... Sebenarnya Mikael terdesak untuk pindah rumah setelah housematenya, Amran mati terjatuh dari balkoni. 

Apa yang berlaku selepas itu membuat saya terleka membaca dari satu bab ke satu bab. Habis mencair Frappucino saya. Huh! Maka, motif saya berubah dari ingin habiskan membaca seperti biasa kepada ingin tahu apa masalah Mikael dan siapa sebenarnya Nazzman serta kaitan kedua-duanya. Malah saya ingin tahu siapa pencerita kedua dalam novel ni. Okey, kalau itu boleh dipanggil keterujaan tanpa henti.

Syaihan Syafiq berjaya menyuntik unsur-unsur psychosis. Tidak dapat saya bayangkan di akhir cerita bagaimana Mikael sedaya upaya mempertahankan diri dari dicederakan ‘Nazzman’. Sungguh psyco!! Dan saya mula imbas kembali apa yang dilakukan oleh Mikael selama dia menghadapi masalah hilang ingatan, berkomunikasi dengan Nazzman, pembunuhan demi pembunuhan dan ketika sesi bersms (yang baca BISIK mesti faham maksud saya). Pendek kata, sebenarnya saya ingin tahu siapa Nazzman.

Lagi satu, kenapa gambar kucing dijadikan kaver novel ini? Sebabnya, itulah pengerak kepada siapa Mikael sekarang. Sayangnya, saya kurang jelas apa punca Mikael mengalami masalah jiwa (selain menjalani kehidupan yang kurang kasih sayang, saya tidak nampak sebab lain. Mungkin saya terlepas pandang).

Pengakhiran cerita, agak kurang ‘menyengat’. Sorry. Selepas apa yang berlaku, saya mengharapkan sesuatu yang lebih ‘tragis’. Mungkin ada yang tidak setuju. Its ok. Citarasa masing-masing.

Well, itu saja yang saya ingin kongsikan. Actually, banyak lagi tapi rasanya better uols baca sendiri. Memang tidak rugi. Tapi, yang tidak suka cerita ngeri, bacalah novel terbaru Ahadiat Akashah – Untuk 3 Hari. Sure tangkap leleh kaannnss...





Prolog

“Lepas ni kau kutip bende tu, balut elok-elok lepas tu kau campak kat tong sampah belakang tu. Buat cam tak ada apa-apa.”

“Habis mayat tu?”

“Ada gergaji?”

Geleng.

“Kapak?”

Geleng.

“Kena pergi TESCO lah kalau macam ni.”



So, masih nak baca? Come on, go ahead! Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...