Followers

Sunday 13 November 2011

Jangan Berdukacita - Terima Kasih



Bila kamu hulurkan cintamu, aku menolak kerana khuatir akan terluka lagi.. tapi kamu pujuk aku, "saya akan cuba bahagiakan awak..saya tak akan buat awak menangis lagi.."

Bila aku kata aku tak mahu berjanji dan memberi harapan, kamu kata, "saya sanggup tunggu hingga awak terima saya"

Bila aku masih bersedih mengenangkan kekecewaan lampau, kamu kata, " mulakan hidup baru, lupakan kesedihan itu, beri peluang untuk saya mengembirakan awak.."

Bila aku mula buka pintu hatiku dan biarkan kamu masuk ke dalamnya, hanya kamu yang ada di situ..

Tapi aku tidak menyangka, kamu sekelip mata berlari keluar dan menghempas pintu itu.. sehingga terasa gegaran dan hempasan itu pada hati aku.. membuatkan hati aku luruh jatuh tanpa sempat aku menahan..

Dan seketika kamu berpaling pada aku, kamu kata, "La Tahzan.. Binalah kebahagiaan.."

Alangkah baiknya kata-kata La Tahzan itu yang kamu berikan pada aku dulu, bukannya harapan dan kasih sayang..


p/s: bila kamu melangkah pergi, aku terkedu..




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 12 November 2011

Ya Allah, Sesungguhnya Hati Kami Milik Mu



Bismillahirahmanirahim..

Ya Allah, Tuhanku yang Maha Mengasihani.. Sesungguhnya aku tidak tahu bagaimana seharusnya ayat ayat indah ingin aku tuturkan pada Mu dalam bicaraku.. Apa yang aku inginkan hanyalah tempat mengadu.. Ampunilah aku Ya Allah bila dalam kesedihan yang amat ini, aku menangis semahu mahunya.. Terlalu pedih rasanya luka di hatiku, tak termampu aku luahkan, hanya mampu berbicara dengan Mu dalam air mata..

Ya Allah, ampuni aku juga kerana ketika gembira aku lalai mengingati Mu dan ketika bersedih begini aku kembali kepada Mu.. Menggunungnya dosaku pada Mu Ya Allah sehingga aku rasa malu untuk berbicara dengan Mu.. Tapi hanya Engkau tempat aku mengadu.. Hanya Engkau yang mengerti apa yang aku rasa.. Kekecewaan dan kesedihan ini hanya Engkau yang tahu.. Namun aku tahu Engkau suka hamba hamba Mu yang bermohon pada Mu..

Ya Allah, tak terkawal rasanya emosi bila kekecewaan ini datang tiba tiba.. Serasa patah semangat aku untuk menghadapinya.. Berat bahuku untuk memikulnya seorang diri.. Seakan tak berdaya.. Hamba Mu ini pernah berkata andai kali ini aku kecewa lagi, aku sedia menerimanya namun aku hanyalah hambaMu yang lemah.. Aku tetap rasa sedih dan hanya mampu menangis semahu mahunya.. Semua kudrat datang dari Mu.. Sesungguhnya aku meminta kekuatan dan ketabahan untuk menanggungnya..

Ya Allah, Ya Tuhanku.. Aku memohon belas ihsanMu, hilangkanlah kesedihan ini dari hatiku.. Bantulah aku untuk mengubat rasa kecewa yang aku alami.. Berilah ketenangan pada hatiku barang sekejap agar aku tidak terus hanyut dalam rasa kecewa ini.. Teguhkan imanku agar aku terus berada di jalan Mu..

Ya Allah, sesungguhnya hati kami milik Mu.. Hanya Engkau yang mampu mengerakkan hati manusia.. Aku bermohon pada Mu Ya Allah dengan penuh harapan, ilhamkan kepadanya agar dia menyayangiku kerana Mu dan semoga kami menjaga hubungan ini dengan penuh hati hati.. Semoga nanti dipenuhi rasa rasa rindu yang berlandaskan batasan dalam agama.. Hanya pada Mu aku bergantung harap.. Apa pun yang berlaku selepas ini aku redha menerima ketentuan Mu.. Aku hamba Mu dan hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk hamba Mu ini..Amin..



p/s : Andai kita sama sama berdoa untuk kebaikan bersama alangkah bagusnya.. Berdoa agar hubungan ini diredhai..





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 11 November 2011

Diari Sarah - Temujanji

Hari ini adalah hari pertama aku berjumpa dengan lelaki yang jatuh dari langit itu.  Sehingga ke saat ini hati aku masih berbolak balik. Fikiran aku berputar seperti gasing hinggakan aku sendiri tidak pasti apa yang aku fikirkan sebenarnya. Namun persoalannya tetap satu; keinginan hati aku untuk melihat dia dengan lebih dekat. Selama ini aku hanya ‘melihat’ dia mengikut persepsi yang aku andaikan ketika berbual di telefon. Hanya itu. Selalu orang kata jangan menilai isi buku melalui kulit luarannya. Aku ambil kata-kata itu sebagai satu sebab kenapa aku perlu berjumpa dengan dia. Tidak adil kalau aku terus-menerus melihat dia dari sudut pandangan ‘maya’ aku. Aku pasti yang dia pun sama.

Tapi yang paling penting ingin aku tahu ialah adakah dia ‘lelaki baik’ yang aku cari selama ini? Setakat ini dia tidak pernah menyakiti hati aku melalui tutur katanya. Jadi aku rasa dia adalah  lelaki yang baik. Orang baik selalu mempunyai hati yang bersih. Hati yang bersih tergambar pula melalui kata-kata dan tindakannya. Aku percaya kerana hati itu bertunjangkan iman. Bila hati ada iman, kita tidak berani hendak berbuat jahat. Bagaimana hendak berbuat jahat kalau kita sentiasa ingat balasan di akhirat nanti? Lelaki yang baik juga tidak akan meninggalkan solatnya kerana baginya solat itu tiang agama. Meninggalkan solat sama seperti meruntuhkan tiang agama.

Aku teringat kawan aku Fatimah yang sedang hangat bercinta sekarang. Aku pernah bertanya adakah teman lelakinya itu seorang lelaki yang baik. Aku lihat Fatimah menjawab dengan penuh perasaan dan penuh keyakinan, memang teman lelakinya itu lelaki baik. Ini kerana teman lelakinya itu menyayanginya dengan ikhlas tanpa mempedulikan kekurangan Fatimah.. Mungkin juga, kerana Fatimah itu berisi orangnya. Tapi Fatimah pandai memasak dan manja. Mungkin sebab itu teman lelaki Fatimah sayang kepadanya.

Zila kawan sekerja aku juga kata tunangnya itu lelaki yang baik. Tunangnya adalah pilihan keluarga. Datang dari keluarga yang baik-baik. Kalau sudah datang dari keluarga yang baik baik, sudah tentu tunangnya itu pun lelaki baik. Kerana itu agaknya keluarga Zila tidak teragak-agak menerima pinangan dari keluarga yang baik-baik itu. Aku harap Zila bahagia hingga ke akhir hayat kerana pilihan keluarga itu katanya berkat. Kak Salina, senior aku pun mendoakan perkara yang sama untuk Zila. Kata Kak Salina, lelaki baik adalah lelaki yang sayangkan keluarga. Tiba-tiba sahaja aku teringat ayah aku. Ayah aku juga lelaki yang baik.

Tapi bagaimana pula dengan Melissa? Hairan sungguh aku bila dia kata suaminya yang baru dikahwini itu lelaki baik. Ini kerana, setahu aku suaminya itu menceraikan isterinya kerana ingin mengahwini Melissa. Aku masih ingat lagi bila Melissa kata suaminya itu seorang yang baik, penyayang dan bertanggungjawab terhadap dia. Ironinya, suaminya itu telah meninggalkan isteri dan anak-anak hanya kerana Melissa. Sudah buta hati agaknya kawan aku yang seorang ini.

Hmmm, jadi macam mana lelaki baik sebenarnya? Aku masih mencari apa sebenarnya makna ‘lelaki baik’. Aku melihat maknanya sentiasa berubah-ubah pula. Namun kata-kata seorang kawan lama amat terkesan di hati aku sehingga kini.. Katanya, “good guy has no limit.. Tidak ada perkara khusus bagi menjadi lelaki baik.. Selagi perkara yang dilakukannya mendatangkan manfaat kepada orang lain, itu adalah perkara baik”.

Kata-kata kawan aku itu seperti telah memberi satu makna baru yang lebih spesifik. Jadi aku harap pertemuan aku dengan lelaki itu hari ini akan membolehkan aku melihat lebih banyak lagi kebaikkan yang ada dalam dirinya. Kerana aku percaya orang yang ikhlas berbuat baik sahaja yang dianggap baik oleh Allah.. Andai dia terus berbuat baik dan terus mencuba ikhlas kerana Allah, insyaallah dia akan menjadi lelaki baik.

Tidak sabar rasanya aku hendak berjumpa dengan lelaki yang jatuh dari langit itu...




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 9 November 2011

Bila Aku Mula Sayang Kamu





Hai people..


Remind yourself that it's okay not to be perfect. Ini aku ambik dari sini.

Fine... Hari ini hari yang tak menyeronokkan.. Dan hari ini hari Rabu.. Aku tak pasti ini hanya mainan psikologi atau hari Rabu memang bad day aku.. Entahlah.. Tak ada kebetulan tapi sudah tentu ada hikmah yang tersembunyi.. Cuma aku yang tak nampak.. Separuh hari aku berlalu dengan hati yang tidak tenang.. Semuanya disebabkan DIA.. 

Empat lima hari ni aku perasan yang dia terbeban dengan masalah.. Masalah dalaman @ hati yang tidak tenang.. Secara tidak langsung turut melibatkan kelancaran relationship yang sedia ada.. Aku tak tau apa yang perlu aku lakukan untuk menenangkan dia.. Kerana aku seakan akan turut terhukum dengan apa yang dia lalui dan rasai sekarang.. Kalau perempuan, bolehlah aku anggap fasa bulan mengambang tapi lelaki...? Okey, aku gurau.. Tak lawak kan?

"Aku berharap keadaan kembali seperti biasa.. Aku tidak tahu apa yang ada di dalam hati kamu tapi aku tahu dalam hati aku mula ada kamu.. Tapi jika aku antara penyumbang pada kekalutan hati kamu, aku rasa aku perlu memberi ruang pada kamu.."

Errr.. perlu ke aku cakap macam tu kat dia.. Semalam, katanya tak perlu risau.. Tak perlu risau??!! Awak ingat saya boleh duduk senang hati? Kamonlah uncle... Behave like orang dilamun cinta.. Remember??!! Hmmm..since dia kata tak perlu risau, aku bolehlah tarik nafas lega.. Aku harap dah takde 'musim period' macam ni lagi dah... Kalau ada masalah berbangkit, discuss dan buat keputusan cepat.. 


Okeylah, aku anggap case closed.. Dan pesanan aku untuk dia, tolong jangan buat aku risau tak tentu pasal lagi ye.. Tak seronok tau!!! Apa yang kamu rasa, walaupun tak cerita, akan turut aku rasa.. Dan aku harap aku dapat menikmati relationship yang sihat kerana aku mula sayang kamu.. :)


- Enjoy life & happy reading everyone -




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 8 November 2011

CLOSET WRITER



Syukur sangat.. Penat jugak touch up blog ni.. Tadi aku hampir-hampir putus asa bila semua yang aku buat jadi tunggang langgang.. Tak tau aku nak mintak tolong kat siapa.. Elok-elok blog aku dalam keadaan sempurna dah jadi terlingkup bila aku gatal tangan usik sana sini.. Nasib baik ada yang bagi kata semangat.. Aku pun cuba lagi.. Dah alang alang blog tu jadi tunggang terbalik, aku pun repairlah lagi.. Actually,before this blog aku Sam Banjamin yang buat.. Memandangkan aku belum lagi letak shoutmix dan Nuffnang so aku pun nak letaklah.. Tapi sampai sekarang aku tak reti reti nak buat.. Hmmm..penat seh!!!

Oh ya, header aku dah baru.. Title pun dah baru.. Sebelum ni title blog aku panjang ; ' Walau kita pandang langit yang sama, tapi kita tetap berbeza..' Sekarang aku tukar kepada : CLOSET WRITER

Kenapa 'CLOSET WRITER'? Okey, makna 'Closet Writer' ini ialah orang yang menulis secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan ahli keluarga atau rakan taulan.. Kalau ada yang tahu pun mungkin sorang dua atau yang hanya seminat dengannya sahaja..

Mulanya aku nak letak 'Closet Blogger' tapi macam pelik lak bunyinya.. Jadi, dengan senang hatinya aku pun letaklah "CLOSET WRITER' sebagai blog title aku yang terbaru..

Apa yang korang lihat adalah rupa blog aku sekarang.. Masih nampak 'kosong'.. Pelan-pelanlah.. Tu pun aku dah tido lewat sebab kerjakan benda alah ni dari tadi.. Nasib baik aku suka.. Kalau tak, mau aku nangis dua tiga malam sebab tak dapat tulis entri... Baru terasa nikmatnya bila kita usaha sendiri.. Walaupun terasa payahnya tapi berbaloi kerana yang sukanya nanti kita jugak..



p/s: sedihnya bila kita mengharapkan seseorang, tapi dia tak ada...




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday 6 November 2011

Notification...



Sorry,

We’re under

Construction…


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 5 November 2011

Salam Aidil Adha



Salam uols...


Dah selamat sampai kampung semua...?


Alhamdullillah... Aku jugak yang dok sorang-sorang kat sini.. Kesian kat aku.. Dahlah jauh dari family, kene pula masak sorang-sorang, makan sorang-sorang, tengok drama sedih sorang-sorang.. Selalukan tv ada mainkan cerita sedih time raya.. Kenapa ye? Takpelah, sekurang-kurangnya aku dapat merasai bagaimana perasaan mereka yang jauh di perantauan macam mamat bangla, awek-awek cleaner, abang karpet.. Dorang pun tak balik kampung apa.. Ok jerk?! Happy je aku tengok dorang lepak-lepak kat taman KLCC ngan kekawan.. Kan?


Okey,okey  aku tak nak buang masa korang.. Korang mesti tengah sibuk masak kan sekarang? Hmmm, tapi masih curi curi masa berFB dan berblog yer.. Well, itu tandanya korang 'hidup'.. Memang kita tak boleh nak menolak gaya hidup yang kita jalani sekarang.. Dalam dunia yang serba moden dan penuh cabaran ini, banyak yang perlu kita hadapi kemungkinannya.. Kita bukan sekadar hidup untuk hidup tapi lebih dari itu.. Kita sedang bergelut mencari jati diri sebenarnya.. Jati diri yang semakin menjauh dek leka dengan keindahan  dunia.. Kalau dulu mereka berkorban demi pegangan mereka, kita sekarang berkorban hanya untuk kesenangan dunia.. Bukan sedikit yang begitu.. Adakah kerana tuntutan hidup yang semakin mencabar? Besar kemungkinan jawapannya ya.. Tuntutan hidup yang memerlukan kita berkorban masa, tenaga, harta benda, hati, perasaan, hubungan sesama manusia dan hubungan kita dengan Tuhan.. Berbaloikah pengorbanan kita itu..


Aku harap kita masing-masing mengerti apa yang ada disebalik salam aidiladha yang kita ucapkan.. Adakah raya korban esok sekadar pada penyembelihan lembu, daging korban, sup tulang, sup ekor, public holiday, drama tv yang sedih dan penuh keinsafan..? Atau sepatutnya kita menghayatinya lebih dari itu.. Aku percaya semua orang 'ada hati' ingin menhayatinya lebih dari itu.. Tapi biasalah kita, kalau tengah seronok mana ingat nak fikirkan semua tu.. Takpe, itu kene tepuk dada sendiri.. Tak ada sape akan kata korang tak baik.. Cuma sesekali tu, bila berkesempatan, bacalah sejarah nabi-nabi dulu yang banyak sangat kisah pengorbanannya.. Mungkin akan sedikit sebanyak membuka minda kita apakah pengorbanan yang kita buat ini membawa ke arah keberkatan hidup..


Okey, potong!! Tetiba aku jadi baik lak kan.. Hahaha..sesekali aku baik tak salah kannnn.. So, Salam Aidiladha untuk korang semua.. Jaga kesihatan, jaga makan... Jangan main belasah je semua.. Bimbang nanti kolestrol naik mendadak.. Korang jugak yang susah termasuklah family korang.. Jangan ingat bila susah, korang susah sorang sorang.. Orang lain pun nanti akan ikut susah tau!! Jangan korbankan kesihatan anda hanya untuk kesedapan seketika.. Wa chaowwww...





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

BEN ASHAARI: BEN ASHAARI dan Blogger Pilihan





Hai korang sekalian...

Kenapa tak tido lagi ni?! Oh,okey..awal lagi rupanya..(sambil tengok jam).. Sebenarnya aku cadang tak nak update blog malam ni.. Aku macam nak kena migrain.. Sakitnya sampai ke gigi.. So sekarang aku dah keliru, aku sakit kepala ke sakit gigi.. Adeh... Aku pun buat keputusan berblogwalking tanpa menyedari apa yang dah berlaku kat blog aku sendiri..(sadisnya!!! blog sendiri pun tak tau kisah...)

Bila aku kembali ke tempat aku sendiri (blog aku le), aku perasan ada sesuatu yang berubah dengan ketara untuk beberapa jam ni.. Follower aku & statistik aku malam ni.. Apa yang menyebabkab perubahan ini??? Aku perasan jadi agen CSI jap tadi.. Owwhhhh..ini sebabnya..



Jumaat, 4 November 2011


BEN ASHAARI dan Blogger Pilihan


image


Mesti tertanya kan , kenapa dia ?  Maka jawapan aku ..

“saya hanya wanita biasa dengan satu kehidupan yang sederhana .. ingin memiliki blog yang mampu memberi manfaat..kalau bukan untuk orang lain,untuk diri sendiri pun dah cukup .. saya sgt suka ayat "berilah aku perkara yang paling sukar..aku akan belajar"..itulah saya.. “



"Thank you very muchieee" Ah Ben..




p/s: terus sakit kepala aku hilang.. :)




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 3 November 2011

No Title



Hai burung-burung hantu...

Just talked with someone pasal apa yang berlaku beberapa hari ni.. Lega rasanya.. Actually, i really miss the moment when we talk on the phone until late night.. Banyak bende yang diborakkan.. but its normal bila masa berlaku, ada perkara akan turut berubah.. Dari selalu menjadi kurang, dari kurang menjadi kadang kadang, dari kadang kadang menjadi jarang jarang.. Apa apa pun life must go on..






Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 2 November 2011

Bila Aku Rasa Biru..



10:30 am

Heewww~~~ Pagi pagi lagi aku dah rasa malas.. Cukup biru aku rasa.. Hari Rabu pulak tu.. Lambat lagi nak weekend.. Sekarang pun baru pukul 10:30 am.. Dari tadi asyik tengok jam je.. Laaaambat sangat masa berlalu.. Pagi tadi bangun pun dah hilang semangat.. Belakang dan bahu rasa sakit.. Hmmm, simptom stress dah menyerang.. Kopi pun tak habis minum lagi.. Tak guna betul kopi Hang Tuah ni.. Buat aku rasa ngantuk kalau minum.. Setahu aku kopi boleh boost energy waktu pagi.. Macam mana nak bereskan kerja kalau tak ada mood kan? Tapi aku tak adalah sampai jadi macam ni tauuu..




Gambar curik dari buku KENTANG.
Terima kasih ye..




11:05am

Mak aihhh!!! Baru pukul 11:05am.. Aku rasa dah lama duduk sini.. One side kepala aku pun dah mula berdenyut denyut.. Nasib baik system email getting better.. Dah 2 hari dah down.. Ini pun antara penyumbang kepada stress aku.. Banyak kerja pending.. Now, kena monitor balik email yang belum bagi feedback lagi.. Hmmm,banyak jugak..

Manager aku baru je lalu.. dengan kepala botak.. dan dia ni perempuan.. Dia pun dah macam ok compare dengan few days ago.. Actually, dia ada kanser payudara.. First day (last week) dia botak, semua orang shocked.. Nak tanya macam tak sampai hati sebab orang tau dia selalu cuti pergi buat treatment.. That day my manager just duduk kat tempat dia.. Now i think dia pun dah berani berhadapan dengan kami dengan imej terbaru tu.. Dan most of us buat macam biasa as nothing happen.. Just to make her comfortable and also to show our support.. Not to ask her silly question.. Buat buat tau jelah.. Bagi dia, tak mudah menghadapi hal sebegini kalau orang lain asyik bertanya "heiii..what happen to you?" Silent support sometimes is more precious..

Oh ya, nanti time lunch aku nak gi Ampang Park.. Beli coklat untuk Jean dan Andrew.. Lately, aku selalu tumpang kereta dorang time balik sebab sekarang time hujan.. Tumpang sampai LRT station je.. Sambil tu aku window shopping.. Dengar cerita ada clearance stock Jaspal kat Ampang Park..



1:15pm

Time lunch aku hanya makan Mudpie Mcflurry.. Cuaca panas terik dan jalan kaki pergi balik Ampang Park.. Memang tekak kering.. So syok kalau pekena something yang cool & sweet.. Slurrpppp! Time kat Ampang Park, aku nampak ada booth Kenali Habibi.. Cantiknya baju-baju dia.. Macam nak sambar satu.. Balik kerja karang aku singgah.. So aku ada masa lagi nak fikir perlu ke tak aku beli.. Beberapa bulan ni aku agak boros berbelanja.. Semua benda aku nak beli.. Especially buku.. Untuk buku je almost RM150 every month.. Yang pasti the books memang tak leh habis baca pun.. Not good!!!



2:30pm

Nampaknya mood aku semakin okey.. Rasa biru dah makin berkurangan.. Ni mesti sebab aku jalan jalan cuci mata kat Ampang Park tadi..(Nasib baik juga aku balik cepat tadi sebab tiba tiba je hujan turun.. Kalau tidak, aku rasa bos aku akan jemput aku kat Ampang Park dengan kereta bersama 'surat cinta') Shopping is a good therapy.. Walaupun macam mahal bunyinya, aktiviti ni memang boleh kurangkan stress.. Bukan suruh shopping till u drop.. Just get a little thing for yourself.. Mungkin facemask kat Guardian.. Buat facial sendiri kat rumah.. Tu pun boleh legakan stress jugak.. Tak percaya? Cuba dulu!!



4:30pm

Kerja aku dah berkurangan.. Walaupun aku mood biru, tangan dan minda aku masih berfungsi dengan baik.. Hasilnya aku bereskan kerja kerja aku dengan cemerlang hari ni.. Sekarang ni aku kemas meja.. Orang lain pun banyak kerja macam aku tapi meja aku yang paling sepah!!! Bila meja dah nampak kemas stress aku pun menurun... Maknanya satu lagi cara untuk kurangkan stress: SILA KEMAS MEJA KORANG TAPI BUKAN MEJA BOS KORANG OKEY..

Buku yang aku ode dari Sinaganaga dan Mat Jan baru je dapat tadi.. Entah bila nak baca.. Buku dah dapat nak kene inform doranglah ni.. Dan lagi satu, dapat undangan kawen ofismate... Dapat pergi ke tak ye?



5:30pm

Yessss!! Akhirnya dah pukul 5:30pm.. Dah sampai masa untuk balik.. Nanti aku sambung...



9:30pm

Balik tadi aku terus je singah makan kat gerai kawasan rumah aku.. Ingat malam ni nak tido awal.. Petang tadi hujan lagi.. Hari hari aku balik berhujan.. Demam pun on off.. Hadoihh.. Lepas Maghrib aku terus settlekan apa apa yang patut memandangkan kejap lagi aku nak masuk tido.. Dah 3 hari aku masuk tido awal.. Yeaahhh.. 

Errrmmm, apalagi ek? Hmmm, tu sebab aku tak suka  hari Rabu.. Hari yang sangat boring bagi aku... Entri aku pun boring.. Sama cam tuan dia.. So dari pagi tadi aktiviti aku semuanya memboringkan.. Entri ni pun aku buat dalam keadaan boring.. Mesti korang pun boring nak baca kan? Agak dahhh.. Tapi korang pun dah baca sampai habis kan..? Terima kasih lah yer... Sorrylah sebab buat korang boring.. Aku tak boleh nak boring sorang sorang.. Jadi aku ajak korang boring sekali... Ahaksss...



~ Entri boring dari aku yang boring untuk korang yang boring... Yawnnn... Gud nite :P




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 1 November 2011

This Is The Real Me!!!


Assalamualaikum..

Hai people..

Okey,  salah satu masalah aku semalam dah selesai..  Ringan sikit kepala aku..  Inilah jalan yang terbaik.. Firm!!  Itu yang perlu..  Memang susah untuk buat keputusan..  Tapi aku patut tunjukkan ketegasan aku.. Biar dorang tahu aku pun tak suka dengan apa yang dorang buat..  Kalau selama ni aku masih bertolak ansur,  sekarang aku perlu ada pendirian..  Kalau sebelum ni aku menahan hati dengan sikap dorang,  sekarang aku boleh buat tidak peduli dan walk away..  Mungkin mereka lupa mereka berkawan dengan siapa..  Biarlah dorang kata aku ego dan tak ada perasaan.. Sesungguhnya aku memang begitu orangnya cuma bila aku menghormati perhubungan persahabatan, aku ketepikan ego aku..  Kalau respect dah tak ade tak guna terus berkawan.. Kerana intipati relationship itu sendiri adalah Respect & Understanding.. Aku tak rugi kalau aku kehilangan kawan yang tidak reti menghargai kawan yang lain..


Entri aku pendek je malam ni..  Aku doakan yang terbaik untuk dorang..  Errrr,  kenapa aku guna kata ganti diri dorang ek? Padahal sorang je..  Baru perasan.. Musykil Aku!!!  Malam ni nak sambung baca novel..  Pada korang, enjoy life!!!  Just respect, respond, relax.. (teringat rancangan 3R dolu dolu..)

Good night (kali ini aku eja dengan betul..)




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...