Followers

Friday 11 November 2011

Diari Sarah - Temujanji

Hari ini adalah hari pertama aku berjumpa dengan lelaki yang jatuh dari langit itu.  Sehingga ke saat ini hati aku masih berbolak balik. Fikiran aku berputar seperti gasing hinggakan aku sendiri tidak pasti apa yang aku fikirkan sebenarnya. Namun persoalannya tetap satu; keinginan hati aku untuk melihat dia dengan lebih dekat. Selama ini aku hanya ‘melihat’ dia mengikut persepsi yang aku andaikan ketika berbual di telefon. Hanya itu. Selalu orang kata jangan menilai isi buku melalui kulit luarannya. Aku ambil kata-kata itu sebagai satu sebab kenapa aku perlu berjumpa dengan dia. Tidak adil kalau aku terus-menerus melihat dia dari sudut pandangan ‘maya’ aku. Aku pasti yang dia pun sama.

Tapi yang paling penting ingin aku tahu ialah adakah dia ‘lelaki baik’ yang aku cari selama ini? Setakat ini dia tidak pernah menyakiti hati aku melalui tutur katanya. Jadi aku rasa dia adalah  lelaki yang baik. Orang baik selalu mempunyai hati yang bersih. Hati yang bersih tergambar pula melalui kata-kata dan tindakannya. Aku percaya kerana hati itu bertunjangkan iman. Bila hati ada iman, kita tidak berani hendak berbuat jahat. Bagaimana hendak berbuat jahat kalau kita sentiasa ingat balasan di akhirat nanti? Lelaki yang baik juga tidak akan meninggalkan solatnya kerana baginya solat itu tiang agama. Meninggalkan solat sama seperti meruntuhkan tiang agama.

Aku teringat kawan aku Fatimah yang sedang hangat bercinta sekarang. Aku pernah bertanya adakah teman lelakinya itu seorang lelaki yang baik. Aku lihat Fatimah menjawab dengan penuh perasaan dan penuh keyakinan, memang teman lelakinya itu lelaki baik. Ini kerana teman lelakinya itu menyayanginya dengan ikhlas tanpa mempedulikan kekurangan Fatimah.. Mungkin juga, kerana Fatimah itu berisi orangnya. Tapi Fatimah pandai memasak dan manja. Mungkin sebab itu teman lelaki Fatimah sayang kepadanya.

Zila kawan sekerja aku juga kata tunangnya itu lelaki yang baik. Tunangnya adalah pilihan keluarga. Datang dari keluarga yang baik-baik. Kalau sudah datang dari keluarga yang baik baik, sudah tentu tunangnya itu pun lelaki baik. Kerana itu agaknya keluarga Zila tidak teragak-agak menerima pinangan dari keluarga yang baik-baik itu. Aku harap Zila bahagia hingga ke akhir hayat kerana pilihan keluarga itu katanya berkat. Kak Salina, senior aku pun mendoakan perkara yang sama untuk Zila. Kata Kak Salina, lelaki baik adalah lelaki yang sayangkan keluarga. Tiba-tiba sahaja aku teringat ayah aku. Ayah aku juga lelaki yang baik.

Tapi bagaimana pula dengan Melissa? Hairan sungguh aku bila dia kata suaminya yang baru dikahwini itu lelaki baik. Ini kerana, setahu aku suaminya itu menceraikan isterinya kerana ingin mengahwini Melissa. Aku masih ingat lagi bila Melissa kata suaminya itu seorang yang baik, penyayang dan bertanggungjawab terhadap dia. Ironinya, suaminya itu telah meninggalkan isteri dan anak-anak hanya kerana Melissa. Sudah buta hati agaknya kawan aku yang seorang ini.

Hmmm, jadi macam mana lelaki baik sebenarnya? Aku masih mencari apa sebenarnya makna ‘lelaki baik’. Aku melihat maknanya sentiasa berubah-ubah pula. Namun kata-kata seorang kawan lama amat terkesan di hati aku sehingga kini.. Katanya, “good guy has no limit.. Tidak ada perkara khusus bagi menjadi lelaki baik.. Selagi perkara yang dilakukannya mendatangkan manfaat kepada orang lain, itu adalah perkara baik”.

Kata-kata kawan aku itu seperti telah memberi satu makna baru yang lebih spesifik. Jadi aku harap pertemuan aku dengan lelaki itu hari ini akan membolehkan aku melihat lebih banyak lagi kebaikkan yang ada dalam dirinya. Kerana aku percaya orang yang ikhlas berbuat baik sahaja yang dianggap baik oleh Allah.. Andai dia terus berbuat baik dan terus mencuba ikhlas kerana Allah, insyaallah dia akan menjadi lelaki baik.

Tidak sabar rasanya aku hendak berjumpa dengan lelaki yang jatuh dari langit itu...




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

7 comments:

  1. lelaki hari ni baik boleh jadi tak baik esok... lelaki baik susah nak define skang ni... nak bagi contoh lelaki baik, lagi susah....

    ReplyDelete
  2. Setiap orang dah ditentukan jodohnya... moga bertemu lelaki baik... :)

    ReplyDelete
  3. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..kalau hari ni kita rasa dia tak baik,namun telah dtetapkan itu jodoh kita...ketahuilah..kebaikan itu ada di mana2 dari tiap keburukan yang dia ada..:)
    *take from my teachers words..

    ReplyDelete
  4. betul pe yg ats2 ni komen,, xtau nk komen pe g,, hik33 ^^

    ReplyDelete
  5. adakah lagi lelaki baik zmn skg ni sis??ermm

    *sy budak jahat^^

    ReplyDelete
  6. lelaki baik dan perempuan baik tue terlalu subjektif bg pendapat sy.

    sesiapa boleh berbuat baik mcm mana dgn penyamun tapi dia menyamun dgn dia membantu ibu yg skt tenat.cara dia slh tapi kita tak tahu niat sebenar dia.

    semua org mampu menjadi org baik.

    pendapat sy je. :)

    ReplyDelete
  7. baik boleh kite lihat drpd pelbagai aspek. sebab setiap org ade kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. org jahat x selamanya jahat. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...