Followers

Friday 30 September 2011

" Jujur Untuk Berbeza "

Assalamualaikum...


Memandangkan aku tak tau nak buat apa, maka aku pun bukaklah portal pts.. Merewang rewang di situ.. Mencari sesuatu yang menarik.. Dan tanpa sedar telah list down novel-novel Bahruddin Bekri.. Masuk dalam list 'must-haves item'.. 


Sebenarnya tengah melayan rasa frust pasal shopping buku semalam.. Hmm, penat je aku pegi tempat tu.. Dari list buku yang aku buat, hanya satu yang ada.. "EDENSOR-ANDREA HIRATA".. Hai..apalah nasib.. Kemudian, semuanya berakhir dengan buku yang bukan dalam senarai.. Ni yang tak best ni!!! Lain disenaraikan, lain yang dibeli.. Tak nak dah gi kedai tu..


Ok, aku suggest korang baca buku Bahruddin Bekri.. Memang best!!! Dia penulis yang menulis mengenai falsafah kehidupan.. Lebih selesa dikenali sebagai penulis genre "komedi kehidupan".. Falsafah penulisannya ialah "JUJUR UNTUK BERBEZA".. Gayanya cukup bersahaja dalam menggambarkan apa itu kehidupan..


First buku dia yang aku baca, "KITA HANYA DI SEBERANG JALAN".. Memang gile kelakar, sampai aku boleh tergelak sorang sorang dalam LRT.. Especially time dorang silap tangkap gambar ayah "mangsa" tengah buang air.. Sampai sekarang tak leh lupa!!!


Sebenarnya aku baru baca 2 buku dia..


1) Kita Hanya Di Seberang Jalan
2) Lelaki Berkasut Merah


Tapi aku dapat agak yang aku akan dapat sesuatu yang lebih fun dari buku buku dia yang lain.. So ini buku dia yang bakal aku beli:


1) Doa Untuk Aku
2) Dunia Ini Sederhana Kecil
3) Penulis Yang Disayang Tuhan
4) Diari Mat Despatch
5) Diari Mat Despatch: Hati Emak
6) Diari Mat Despatch: Lelaki Baik
7) Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid


Dalam novel "Lelaki Berkasut Merah", ayat yang aku paling suka:


"Hidup ini memang begini, ada sahaja perkara yang kita anggap sebagai kebetulan, tetapi kita lupa yang Tuhan itu bekerja dalam rahsia.Tidak ada kebetulan dalam hidup kerana semua itu adalah kerja Tuhan," (m/s:359)


" Tuhan akan sertakan kemudahan pada setiap kesukaran asalkan niat kita baik" (m/s:359)


Aku pernah buat entri pasal ayat ni sebelum ni.. Aku akan pastikan dalam masa dua bulan ni aku dah ada semua buku Bahruddin Bekri.. Insyaallah..







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 27 September 2011

Kalau Nak Kawin Kene Pandai Masak...??

Assalamualaikum..


Weekend ni ada lagi jemputan kahwin dari budak ofis.. Dah semakin menghampiri musim kawin kawin..

Waktu dulu,mak mak selalu kata kalau nak kawin kene tau masak dulu.. Makcik2 aku selalu kene sound bila cakap pasal kawin..

“ Masak tak reti lagi gatal nak kawin..”

Haaa..padan muka..Tulah malas lagi masuk dapur.. Kan nak kawin dah kene postpone!!!

Nasib baik aku ni boleh diharap..(angkat bakul sendiri).. Kalau setakat nak bagi suami buncit perut tu no hallah.. Eceh..

Dulu aku selalu tolong mak aku kat dapur.. Mak aku ni busy dengan kerja dan persatuan so jarang sangat ke dapur.. Bila berpeluang ke dapur, aku pun mesti ikut ke dapur.. Itulah quality time kami.. Sambil berborak sambil belajar masak..

Aku ingat lagi.. First masakan aku ialah nasi lemak..Waktu tu aku darjah enam..Hahaha..punyalah tinggi impian aku nak buat nasik lemak.. So pada hari Sabtu, aku pun bukak buku resepi mak aku.. Aku ikut satu persatu bahan bahan dan cara caranya..Tapi beberapa hari sebelum tu aku dah pastikan barang barang yang nak digunakan.. Fuhhh. Busylah aku pada hari tu.. Yang ada kat rumah, pakcik dan adik aku… Mak aku takde.. So aku boleh jalankan projek aku dengan senang hati.. Lalalala…

Bersama motto ‘Do things right at the first time’..aku sedaya upaya memastikan semuanya berjalan lancar dan sempurna,baik dari segi rupa dan rasa.. Sampai terbersin aku buat sambalnya.. Dah puas syok sendiri masak,siaplah untuk dimakan.. Maka yang menjadi mangsa utk merasa adalah pakcik aku dan adik aku..Haha.. Adik aku kecik lagi.. Apa je rasa dia tak kesah punya.. Pakcik aku la kesian nanti.. Hehehe..

Dia makan dan aku tengok.. Dia makan sungguh sungguh.. Diam dan khusyuk.. Aku lak tak sabar nak dengar komen dia.. Biar betul pakcik aku ni..Lahapnya!! Aku rasa aku ajak pakcik aku bukannya hantu belaan atau apa..

Bila dah tambah dua kali baru dengar suara dia.. Oooo dah makan sampai kenyang baru nak bagi komen eh.. Takut aku tak kasi makan le tu!!!Euuwww…

“ Kenapa nasi lemak ni rasa serai?”

“ Eeee..ko jangan nak bodohkan aku,manade aku bubuh serai?”

“Cuba ko rasa..rasa serai..”

Aku pun rasalah nasik lemak homemade aku tu..

“Ini bukan rasa serai..ini rasa halia..mengong!! Tapi sedapkan kan?”

“Bolehlah..”

“Bolehlah? Wah wah wah…dah makan sampai 2 kali tambah kata bolehlah??!!”

“Yelah..bolehlah kalau nak kawin…”

Tengookkk..kalau nak kawin kene pandai masak dulu.. Itu persepsi ramai.. Termasuklah para lelaki yang mencari yang isteri yang pandai masak..

Sibuk je nak carik pompuan yang pandai masak tp diri sendiri?? Ingat pompuan takde garis panduan lelaki pilihan? Ada tau!! Salah satunya ialah LELAKI YANG RAJIN TURUN KE DAPUR BILA ISTERI TAK SEMPAT MASAK. Tak reti masak, REJECT!!! Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 26 September 2011

Akhirnya dia mendengar...

Assalamualaikum..


Akhirnya dia mendengar
Setelah lama aku mengharap
Dia mendengar bisikan hati
Menyeru namanya

Akhirnya dia mendengar
Disaat aku tidak lagi menunggu
Di saat aku tidak lagi memikirkan
Di saat dia tidak lagi mencengkam jiwaku

Akhirnya dia mendengar
Bila namanya diseru
Dari hati dan jiwa
Yang penuh rasa rindu

Akhirnya dia mendengar
Menghantar rasa rindunya
Untuk aku dengari dan rasai
Agar aku tahu

Dan aku bersyukur, akhirnya dia mendengar.... Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 21 September 2011

"Pada Awak, Saya Matang Tak?"

Aku melangkah pantas tanpa menghiraukan suara yang memanggil.

“Awak, tunggu!”

Apa lagilah mamat ni. Ya tuhan, tolonglah jauhkan dia dari aku untuk hari ini. Hari ini aku rasa penat sangat dengan beban kerja di pejabat. Kalau boleh aku nak cepat sampai ke rumah dan berehat. Merancang untuk tidur awal supaya aku dapat recharge balik tenaga untuk hari esok. Dan aku tak nak menjawab apa apa soalan pun dari dia. Tolonglah!!

“Awak,tunggulah..” suara itu semakin dekat. Langkah aku semakin cepat. Aku dengar dia tercungap cungap cuba untuk menyaingi langkah aku. Akhirnya dia berjaya berada di sebelah aku. Tersengeh!!

Lelaki ini.. Ya,lelaki ini,sejak hari pertama aku kenal hingga ke hari ini sentiasa ada saja soalan yang ditanya.. Dialah antara perkara yang membuat hidup aku sibuk. Sibuk untuk menjawab segala pertanyaan yang melingkari kepala otaknya. Hampir kesemua aspek kehidupan boleh menjadi satu soalan yang bakal ditanyanya kepada aku.

Entahlah. .Aku rasa dia memang dilahirkan untuk bertanya banyak perkara dan akulah orang yang bertanggungjawab untuk menjawab segala pertanyaan itu.. Kadang kadang aku rasa dia sengaja membangkitkan persoalan untuk menguji sejauh mana bijaknya aku.. Ya tuhan..hari ini apa pulak soalannya.

“Awak,bila lelaki boleh dikatakan matang?” tanyanya sambil kami sama sama melangkah ke arah blok tempat tinggal aku. Selang satu blok dari tempat tinggalnya.

Haaa..kan aku dah kata. Mesti ada soalan punya!Mesti ada..Sah!!

“Kenapa awak tanya? Dah nak kawen eh?” tanyaku balik.

“Issshhh..takdelah. Saya tunggu awak..” usiknya.. Gulp!! Usik ke serius.. “Orang kata kematangan lelaki bermula bila mencecah usia 40 tahun..Ada kata lelaki yang dah keje,ada duit sendiri tu matang.. Awak rasa macam mane?”

Aduihhh..soalan apakah ini. Sekarang ni dia lelaki ke aku lelaki?

“Cepatlah jawab. Dah nak sampai rumah awak ni..” gesanya.

Apa ye aku nak jawab ngan mamat ni. Pada aku kematangan lelaki dinilai dari banyak sudut. Ada yang menilai kematangan dari segi penampilan, tingkah laku, tutur kata, perlakuan dan ada yang menilai dari sudut kejayaan yang diperolehi serta cara dia menguruskan kehidupannya. Namun aku mempunyai satu tanggapan khusus terhadap kematangan lelaki ni. Jadi aku pun menjawab dengan lafaz bismillah..

“Lelaki selalu dilihat pada cara dia berfikir dan membuat keputusan. Walau apa pun keputusannya, sama ada salah atau tidak, tidak harus dijadikan ukuran untuk mengatakan lelaki itu tidak matang.

Kematangan lelaki adalah bila dia bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat. Tidak semestinya setiap keputusan itu betul. Dia tetap melakukan kesilapan dan dia sentiasa belajar membetulkan kesilapan itu.

Sematang mana pun dia, tidak mungkin dia tidak melakukan kesilapan. Namun sikap bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat itulah menunjukkan kematangan dia yang sebenar..”

Dia terdiam seperti memikirkan sesuatu. Mungkin sedang mencerna jawapan yang aku berikan. Cepatlah bersuara duhai lelaki.. Aku dah sampai lif ni..

Aku memerhatikan wajahnya sambil jari menekan butang lif.. Wajah yang kadang kadang membuat hati aku tak keruan. Dia mula tersenyum seperti berpuas hati dengan jawapan aku. Fuhhh..lega! Kalau tak, mau aku sampai malam terconggok depan dia berdebat pasal ni. Melihat pintu lif dah terbuka, dia bertanya;

“ Pada awak, saya ni matang tak?”

Hahaha..aku rasa nak tergelak. Bila aku melangkah masuk lif dan bila pintu hampir tertutup, sempat aku menjawab;

“ Matang separuh je..”

Dan aku dapat melihat wajahnya yang cukup tidak puas hati. Cukup-cukup tidak puas hati. Biarlah. Biarlah kali ini dia menjawab sendiri soalan itu. Kerana dia adalah lelaki. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday 18 September 2011

' Lelaki Yang Jatuh Dari Langit...'





Assalamualaikum..


Entri hari ahad yang santai dan ringan.. Memandangkan hari hujan dan tak boleh nak ke mana mana, jom kita layan lagu ni.. Aku dan Dirimu.. Untuk 'Lelaki Yang Jatuh Dari Langit...'






Tibanya saat kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap

Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
Memenuhi mimpi mimpi malam kita

Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
Dan kini hanyalah ada aku dan dirimu
Sesaat di keabadian

Jika sang waktu bisa kita hentikan
Dan segala mimpi mimpi jadi kenyataan
Meleburkan semua batas
Antara kau dan aku,kita...



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 15 September 2011

Nama Aku Sarah...


Aku

Assalamualaikum. Nama aku Sarah. Aku seorang wanita yang sederhana dengan kehidupan yang sederhana. Aku senang begini. Pada orang lain aku mungkin kelihatan tidak mempunyai cita cita atau impian yang besar. Impian untuk membina kejayaan dalam hidup. Bagi aku kejayaan itu tidak semestinya diukur melalui apa yang kita perolehi di dunia. Malah kejayaan sebenar ialah bila kita berjaya di dunia dan di akhirat. Namun tidak semua mampu mendapatkannya. Ramai yang berjaya di dunia. Akhirat? Hmmm,entahlah. Memandangkan aku tidak sehebat mereka mereka yang berjaya di dunia, aku cuba meraih kejayaan untuk akhirat. Seboleh mungkin aku cuba menjadi sebaik baik muslim. Bukan aku nak kata yang aku ni warak alim. Tapi aku berusaha ke arah itu.

Usia dan jodoh

Aku belum berkahwin walau pun usia aku menginjak ke angka 30-an. Jodoh belum sampai lagi. Aku tidak memandang hal ini sebagai satu masalah. Tapi aku tahu emak aku risau. Dia risau kalau kalau aku susah hati dengan hal ni, lalu terdesak menerima siapa saja yang hadir dalam hidup aku. Jangan risau mak. Anak mak ni memilih orangnya. Memilih untuk kebaikan dunia dan akhirat. Seperti wanita wanita lain aku ada ciri ciri suami idaman. Hanya sebagai guide. Tidak mencari yang terlalu sempurna, cuma memilih yang sedang sedang saja. Tapi sudah pasti lelaki yang hidup berbekalkan ilmu Allah.

Ciri ciri

Bila solat aku selalu berdoa dengan menyebut ciri ciri lelaki yang aku idamkan. Kelakar bukan? Kalau kita tidak malu meminta dari Allah perkara yang besar besar, kenapa kita mesti malu untuk meminta perkara yang kecil kecil? Kan Allah tempat meminta. Kecil atau besar semua datang dari Allah. Sebelum itu sudah aku catatkan apa yang aku mahu. Dan aku sebut satu persatu di dalam doa aku. Sebenarnya tanpa doa pun Allah tahu apa kemahuan kita. Kan hati kita milik Allah. Cuma dengan berdoa kita secara totalnya telah mengabdikan dan menyerahkan diri kita yang hina dina ini kepada Allah Yang Maha Besar. Aku perlu yakin bila berdoa kerana Allah tidak menerima doa dari orang yang alpa. Kerana berdoa perlu dari hati yang bersungguh sungguh, bukan sekadar di bibir. Antara yang aku mahu ialah seorang lelaki yang menyayangi dan menyintai aku seikhlasnya. Dan juga lelaki yang lebih tinggi dari aku kerana aku rendah orangnya.

Mereka

Bukan tiada langsung lelaki yang singgah di hati aku. Malah ada yang aku sayang dengan sungguh sungguh. Tapi sampai sekarang hubungan hubungan itu tidak ada yang kekal. Ada saja masalahnya. Walau pun kecewa tapi aku tahu itu aturan Tuhan. Mungkin mereka mereka ini tidak menepati ciri ciri yang aku minta dalam doa aku, maka Allah jauhkan mereka dari aku? Wallahualam. Untuk mendapat lelaki yang baik, aku sendiri perlu menjadi baik. Bukankah wanita wanita baik untuk lelaki lelaki baik, dan lelaki lelaki baik untuk wanita wanita baik pula. Itu janji Allah.

Lelaki itu

Hingga satu hari, datang seorang lelaki dalam hidup aku. Entah dari mana. Dia seolah olah terjatuh dari langit!! Diakah jodoh aku? Aku senang dengan kehadirannya. Sangat berbeza dengan lelaki lelaki yang aku kenal. Berbeza sekali!!! Di dalam dirinya penuh dengan rasa cinta dan sayang hingga aku dapat rasai auranya.  Tapi kali ini aku rasa aku tidak perlu terburu buru. Kalau betul dia takdir aku, maka dia akan berada di sisi aku hingga akhir hayat. Kalaupun bukan, dialah satu satunya lelaki yang meninggalkan aku tanpa menyakiti hati aku. Andai kali ini aku kecewa lagi, aku sudah boleh menghadapinya. Cuma aku berharap biarlah ini yang terakhir. Diakah lelaki itu?


p/s: menyahut cabaran someone untuk hasilkan entry berbentuk story, walaupun bukan tentang cinta putera dan puteri raja..



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 14 September 2011

Bila Masing Masing Dah Takut...

Assalamualaikum...

Hai... Hmmm.. nak sebut hai pun cam tak bersemangat.. Aku rasa aku kehilangan motivasi seminggu dua ni.. Agaknya aku selalu berbual hal hal yang menyedihkan kuuttt.. Tak pun sebab 2 3 hari ni aku asyik tido lewat.. Bukan lewat sikit tapi yang teramat lewat!!! Perlu set balik waktu tido yang sebetulnya seperti sebelum ni.. Kene cukup tido 8 jam sehari..

Dan sekali lagi pagi tadi aku bangun agak lewat yang mana semua yang aku capai asal 'dan' jerk... Tutup pintu, kunci dan berjalan dengan pantas sambil berharap teksi lalu.. So takyah aku menapak jauh sangat.. Tapi...aisehhh..ada lak yang halang.. Si comel kecik anjing.. Sape lah tuan dia.. Macam anjing peliharaan yang kehilangan tuan.. Bila aku perasan dia dan dia pun perasan aku,masing masing langkah kami terhenti dengan sendirinya.. Dalam suasana yang sedikit berangin dan sunyi sepi, kami saling berpandangan tanpa suara.. Dalam fikiran masing masing berfikir macam mana nak melepasi halangan.. Dada aku sikit punya berdebar.. Maklumlah,orang takut anjing.. Tak kiralah anjing tu comel kecik ke besar.. anjing tetap anjing dan aku tetap takut ngan spesis yang satu ni...

Dalam dok berfikir tu, aku amik sedikit langkah ke depan.. Dia lak sedikit berundur ke belakang.. Aku melangkah lagi.. Dia undur sikit lagi.. Tapi dia tetap pandang aku.. Aku terfikir nak terus berjalan melepasi dia tanpa menghiraukan pandangannya.. Taaaapiii dibuatnya tetiba menyalak dan gigit aku, camane lak.. isshhhh... nehi nehi!!! Maka aku ambik keputusan bijak melintas jalan.. Biar dia lalu jalan yang sedia ada.. Aku mengalah..

Dia tunggu sampai aku betul betul confirm dah ada kat seberang jalan baru dia jalan.. Sambil tu dia toleh kat aku.. Adoiyai anjing kecik.. Aku sebenarnya takut kat engkau tapi rupa rupanya engkau pun takut kat aku... Apadaaaa... Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 13 September 2011

Saat Jauhku Terpisah



Assalamualaikum..

Mendengar lagu ni buat hati aku sedikit bergetar.. Aku suka lagu ni.. Sangat straight forward tanpa kias.. Nak kata lelaki ni curang? Entahlah.. Susah aku nak kata.. Tak kira lelaki atau perempuan, kedua duanya berpotensi untuk berubah hati.. Sebabnya hati kita sifatnya mudah berbolak balik.. Bertukar rasa dan perasaannya.. Paling tidak pun kita akan kata dia bukan jodoh kita..

Lama aku terhenti menaip kerana ralit menghayati lagu ni.. Begitu terasa hingga ke hujung hati... Itukah yang dia rasa selama ni? Itukah yang dia alami? Kosong dan sepi bila kami berjauhan? Hmmm.. setahu aku hati dan jiwa yang kosong amat mudah syaitan masuk… Masih tak cukup rupanya hari hari cakap,

“ I miss u soooo much B….”

" Really Sayang..? Ehem! I miss u too.. (nak nipu kene betulkan suara dulu!!!)

Mungkin betul kata seorang kawan.. Katanya, “apa yang korang ucapkan tu tak ubah seperti ucapan harian.. dah tak ada 'perasaan' di situ.. macam :

- hai good morning..

- oh hai..morning.. sihat hari ni ?

- sihat..

Itulah yang dia kata bila aku adukan pada dia.. Bila aku fikir fikirkan,betul jugak.. So aku rasa lepas ni payah aku nak ucapkan kata kata jiwang seperti itu...

Dari situ aku mula belajar sesuatu.. Tidak semua kata kata kita ada ‘nilai’.. Maka semakin kuat aku berpegang pada kata kata “ action speaks louder than words..” Itu yang orang akan nampak.. Setakat cakap,semua orang boleh cakap.. Budak tahap mental KBSR skrg pun pandai kata “ I miss U “.. Tak caya? Cubalah tanya!!

Itulah dia,soalnya hati... yang sentiasa kita panjatkan doa agar ditetapkan hati kita pada sesuatu perkara.. Di satu ketika yang lain amat mudah berbolak balik… Namun Allah Maha Mengetahui.. Setiap apa yang kita rasa dan apa pun perasaan kita, tidak akan terlepas dari pengetahuanNya.. Hanya DIA yang mengerti… Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 7 September 2011

Fuhhhh..lega pulak rasa kepala ni...

Assalamualaikum..


Hmmm...2 3 hari ni aku rasa aku asyik mengeluh jerk.. Tak tau kenapa..? Tak baik kan mengeluh..? Beberapa jam sebelum ni otak aku rasa sarat sangat dengan benda yang bukan bukan.. Syukur alhamdullillah, lepas je maghrib and isyak aku rasa lega sikit.. Dan aku mula berfikir.. fikir lagi.. otak aku ni kejenya nak mikir je rasanya..ok ok.. aku mula memikirkan persoalan yang belum berakhir.. Antaranya, relationship aku dengan En Sayang.. Aku rasa aku dah tak nak teruskan hubungan yang hipokrit tahap dewa.. Cukuplah dengan apa yang aku ketahui.. Mungkin tuhan nak tunjuk.. Aku nampak dan aku tak nak sebab sayang yang membuta tuli akan buat aku buta hati.. Biarlah! Hubungan ni pun tak ke mana.. Biar dia dengan cara dia dan aku dengan hidup aku.. Aku sepatutnya dah lama buat.. SEPATUTNYA!!!! Dan aku dah tetap dengan keputusan aku.. No turning point.. Dan sedikit demi sedikit aku rasa lega sangat sebab mampu buat keputusan ini.. Haaaa..bestnya aku rasa sekarang!!


Apa lagi yang aku fikir? Aku fikir aku nak ambik kursus penulisan bahasa melayu kat ITNM.. Bulan depan.. Ok tak? Macam best sangat bila aku berfikir macam tu.. Aku nak search dulu kat web dia.. Hopefully ada untuk bulan depan... Excited lak rasanya.. Lalalala..


Apa lagi ye yang buat aku sedih dan happy hari ni..? Oh ya, aku happy dapat pandang muka kawan kawan keje aku yang selenge tuh.. Sejuk mata aku pandang dorang.. Hahaha.. tak boleh blah ngan ayat aku ni.. Nipu no 1.. Nak tau nape aku sedey lak..? Hahaha..reason bodoh, aku tak cukup tido.. Sedih aku nak tinggalkan bantal ngan selimut.. Indahnya aku rasa kalau dapat sambung tido tadi kan kan kan...


Apa lagi ye...Ermmm.. Aku nak cakap sekarang aku rasa macam ringan sikit beban fikiran setelah bercakap dengan beberapa orang kawan.. Thanks kerana sudi meminjamkan telinga korang untuk mendengar luahan rasa.. Aku tau bukan sorang je yang ambik berat dan baik.. Ramai lagi.. Cuma perlu buka mata dan hati untuk menghargai apa yang ada disekeliling kita... Life is beautiful.. Syukur alhamdullillah..





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 6 September 2011

Tanya Sama Hati, Apa Asal Sayang..



Tanya sama hati, apa asal sayang... Kalau tanya aku apa sebab aku sayang, aku tak ada jawapan yang spesifik.. Tau tau perasaan itu dah ada.. Aku rasa korang pun macam tu.. Dan aku yakin bila korang ditanya soalan,


 "kenapa awak sayang saya?" 


Korang samada speechless atau korang tak cukup kertas nak senaraikan sebab sebabnya.. Dan aku juga yakin bila korang berjaya bagi jawapan, korang akan rasa ada lagi jawapan yg lebih baik korang nak cakapkan.. Begitulah seterusnya sehingga korang sendiri akhirnya konfius dengan jawapan sendiri.. So rasa sayang itu sebenarnya terlalu susah untuk diungkapkan dengan kata kata.. Kita boleh saja nak kata,


 "saya sayang awak sebab awak baik dan ambik berat pasal saya.." 


Aku rasa dia bukanlah orang pertama yang ambik berat pasal kita..malah sebenarnaya ramai lagi yang baik dan ambik berat pasal kita.. Betul kan? Tapi mengapa dia?  


Teringat kata kata seorang sahabat FB, " Adakalanya perasaan sayang, kasih dan cinta sangat susah untuk tembus ke hati.. Namun pasti ada satu yang datang tanpa kita sedari.. Tau tau saja rasa itu sudah ada di situ.. Yang penting, semuanya datang dariNya.. Dan kita sebagai manusia yang mengemudikan perasaan itu, harus jujur dan ikhlas...


Semasa aku cuba untuk menidakkan perasaan sayang pada seseorang, aku tertarik dengan kata kata itu.. Memang betul, entah bila masa aku mula rasa sayang.. Sememangnya aku malu untuk mengakui perasaan yang ada kerana aku tidak mahu kelihatan mudah "cair"..  Aku berharap yang dia pun sayang kat aku *walaupun sikit*.. Sampai bila aku boleh bertahan dengan perasaan aku..? Entahlah..  Lagipun hati kita sifatnya mudah berbolak balik.. Bertukar rasa dan perasannya.. Bukan aku nak kata yang aku ni tak setia.. tapi aku tidak boleh mengharapkan sesuatu yang tak pasti.. Andaikata rasa sayang yang aku simpan tidak boleh dijadikan sandaran, lebih baik aku biarkan ia pergi.. Apa yang penting hargai perasaan kita terlebih dahulu supaya kita  merasai nikmat bahagia.. mungkin ia kedengaran agak pentingkan diri sendiri..tapi macamana nak bahagia kalau hati asyik terluka.. Hati yang tidak sihat mempengaruhi tindakan kita sehari hari.. Betul tak..


Oklah..dah melalut lak aku ni.. Lagu ni sebenarnya aku tujukan pada someone.. someone yang jauh di mata..dekat di hati..


p/s: Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa ada dihatinya..Amin..





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 1 September 2011

Doa Hari Lahir..

Assalamualaikum...


Hai korang..hari ni hari jadi aku.. Bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang Allah berikan.. Dan untuk merasai pahit manis dalam menjalani kehidupan di bumi Allah.. Namun dalam rasa bersyukur itu terselit rasa malu yang amat sangat kerana begitu banyak yang Allah berikan untuk aku tapi hanya sedikit yang aku lakukan untukNya.. Berdosanya aku rasa kerana menjadi seorang hambaNya yang tidak tahu untuk berterima kasih.. Dari semalam aku mencari doa hari lahir sehingga aku terjumpa doa ini di satu blog http://rafikasastras.blogspot.com .. Doanya cukup menyentuh hati dan mengundang keinsafan betapa aku begitu lalai mengingatiNya.. Halalkan perkongsian ini... Terima kasih..


"Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin..."


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...