Followers

Monday 22 August 2011

Berhenti, Jangan Lari!!!

Assalamualaikum..


Aku baru habis baca novel thriller - Anarkis, penulis Khairul Nizam Khairani.. Aku rasa aku harus mula beri perhatian pada penulisan beliau.. Memang best.. Aku akan beli 2 lagi buku hasil tulisannya iaitu ' Kudeta Klimaks' & 'Kudeta Intro' by end of this month.. So pada peminat novel thriller boleh cuba baca ketiga-tiga novel ni.. Memang tak rugi.. Kita harap akan ada yang mengikut jejak langkah penulis novel thiller no satu negara, Ramlee Awang Mursheed.. Yeahhhh!!!


So apa yang aku perolehi dari novel tu? Jangan sesekali mengalah pada keadaan yang tidak memihak pada kita.. Andai selama ini kita lari dari masalah yang 'mengejar', berhenti dan hadapinya dengan berani.. Mungkin ada yang kata "cakap senanglah..." Dan ada yang hanya membiarkan sahaja masalah itu dengan harapan masalah itu akan berlalu bersama masa.. Percayalah, ia takkan berlaku.. Mungkin kita akan lupa sekejap dengan masalah tersebut tapi ia akan tetap datang balik pada kita..


So the best way is settlekan.. Mungkin kita memerlukan pertolongan orang lain.. Just go n get it.. Buangkan ego tu.. Kita manusia kan saling bergantung satu sama lain.. Tak perlu malu andai itu jalannya.. Tapi jangan pulak selesaikan masalah tu dengan cara gila dan kurang ajar.. For sure bertambah teruk.. Kat paper hari hari ada cerita jenayah.. Puncanya bila ada je masalah semuanya diselesaikan ikut perasaan tanpa memikirkan kesan dan akibat.. Nyawa makin tak berharga.. Senang senang nak tetak orang, senang senang nak rodok perut prang, senang senang nak kerat orang.. Betul betul kering hati!!!


So korang, jangan biarkan hidup korang diselubungi masalah yang berpanjangan.. Stress nanti.. Tak baik untuk kesihatan fizikal dan mental.. Cewahh..rasa cam nurse lak.. Apa apa pun jangan berhenti berdoa memohon pertolongan Allah.. Minta ditunjukkan jalan dan dipermudahkan serta dilapangkan segala beban yang dihadapi.. Ingat, semakin dekat kita dengan Allah, semakin tenang jiwa kita.. Betul tak kawan kawan...? Ok, selamat malam dan selamat meneruskan ibadat di malam malam terakhir ramadhan ini.. 


   

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 19 August 2011

Gelapnya!!! Terpaksa Raba Raba Nak Tengok..

Assalamualaikum..

Haiahhh..dah dua hari aku tak jengah blog lepas aku tukar itu ini.. Bila aku masuk terperanjat aku.. Ingat salah rumah ke... Gelap! Macam lupa nak bayar bil letrik.. Teraba raba aku nak tengok apa ke bende yang ada kat blog aku nih.. Haha.. Tu lar..nak sangat background itam.. Kunun misterious.. Amik ko!! Tak best langsung.. Ini angkara nak ikut sangat blog lain yang background itam itam tuh.. Hmmm, aku ni senang betul terpengaruh..

Takpe.

Aku balik nanti aku alter balik.. Biar sedap sikit mata memandang.. Sekarang aku tak leh buat sebab kat ofis lagi.. Tak baik buat kerja lain selain tugasan kat ofis kan.. Nanti tak berkat.. Aku tau tu..tapi aku buat jugak kan kan kan.. Hehehe..

Oklah.

Aku blah dulu.. Kita jumpa nanti yer.. Daaaa..


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 17 August 2011

Bila Aku berpeluang...

Assalamualaikum...


Baru berkesempatan mengupdate blog pagi ni... Haihhh.. Masa ada tapi tak sempat je.. Yelah, camane nak sempat kalau aku asyik baca blog je kan kan kan.. Aku menaip sambil menghidu haruman bau biskut jiran aku.. Awalnya buat biskut.. Aku ni beli je boleh.. Bukan malas.. Oven takdek.. Mixer takde, bekas nak adun pun takde, bahan bahan nak buat biskut laaagiiilah takde.. Memang patut kan aku beli je.. 


Ok ok.. bukan ini aku nak story.. Straight to the point.. Kita semua selalu buat silap kan..? Dan selalu juga mengalami kegagalan.. Bila berlaku kesilapan dan kegagalan, kita harapkan kemaafan dan peluang untuk membaiki kesilapan dan menebus kegagalan.. Kita berhak mendapat peluang kedua.. Malah ada yang diberi peluang berkali kali untuk berubah dan memperbaiki kesilapan dan menebus kegagalan itu.. Mungkin keadaan tak akan sama seperti sebelumnya.. Bila kita diberi peluang tandanya kita masih lagi disayangi.. Seperti juga sekarang.. Kita diberi Allah peluang untuk menjalani ibadah puasa sehingga ke hari ini.. Syukur alhamdullillah.. Ini contoh yang amat nyata yang Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..


Ini bulan yang memberi peluang untuk kita memperbaiki diri sendiri.. Kalaupun susah untuk berbuat demikian di bulan bulan yang lain.. Yelahh.. Secara psikologinya orang akan tiba tiba berubah sikap di bulan puasa.. Demi menghormati bulan yang mulia ni.. Kadang kadang perubahan itu berterusan walaupun Ramadhan dah berlalu.. Alhamdullillah.. Tapi yang tidak tu... *sendiri jawablah*


Berjaya atau tidak hasilnya, bergantung pada bagaimana kita menggunakan peluang yang diberikan.. Gunakan sebaik mungkin atau sia siakannya? Terpulang, kerana saya percaya action speaks louder than words.. Daaaa...



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday 14 August 2011

Saya Sempurna Dengan Segala Ketidaksempurnaan Saya..

Assalamualaikum..


Saya tidak sempurna.. Begitu juga kamu.. Semua kita tidak sempurna.. Ketidaksempurnaan inilah yang indah dalam hidup.. Kenapa kita tidak sempurna? Kerana kita sememangnya dijadikan Allah sebagai hamba-Nya yang lemah agar kita sentiasa bergantung kepada-Nya.. Agar kita tidak menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri di dunia ini di mana kita bergantung pula pada manusia lain untuk melengkapi kekurangan yang ada.. Nahh..jelas bukan.. Jangan menganggap ketidaksempurnaan itu satu masalah.. Jangan pula takut menghadapinya.. Dan jangan terlalu mencari kesempurnaan.. Dikhuatiri hidup kamu menjadi tidak tenang.. 


Terimalah ketidaksempurnaan itu sebagai satu kelebihan kerana ia mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa.. Ia juga mengikat kita dalam satu hubungan yang erat sesama manusia.. Semua kita akan bermula dari serba kekurangan dan ketidaksempurnaan.. Tapi saya percaya yang kita berusaha sedikit demi sedikit sehingga mencapai satu titik hampir sempurna.. Maka boleh kita katakan ketidaksempurnaan dan sempurna itu saling melengkapi..


Dan ya!! Dengan bangganya saya mengatakan yang kita semua memang tidak sempurna..


Saya tidak ingin menjadi sempurna


Saya bukanlah manusia jika saya sempurna


Saya selalu mengatakan yang saya sempurna di dalam ketidaksempurnaan saya


Saya bahkan belajar dari ketidaksempurnaan saya


Saya berusaha dan berjuang untuk mengubah keadaan andai dapat diubah


Dan saya belajar untuk ikhlas menerima andai keadaan itu tidak dapat diubah..




p/s: Lengkapilah kekuranganku dengan kelebihanmu







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 13 August 2011

Benarkah Wanita Baik Untuk Lelaki Baik..

Assalamualakum..

Benarkah lelaki baik untuk perempuan baik,lelaki jahat untuk perempuan jahat..? Kadang kadang ayat ini mendatangkan kegerunan di hati.. Sebabnya kita ni bukan seratus peratus baik.. Layakkah kita mendapat pasangan yang baik? Atau kita ni jahat so peratusan nak dapat pasangan jahat amatlah tinggi juga..

Aku percaya semua orang tak sukakan kejahatan dan semua orang tak suka kawan ngan orang jahat.. Orang yang terlibat dengan aktiviti jahat pun tak merasakan dorang jahat.. Betul kan..? Baik atau jahat terpulang pada definisi korang sendiri.. Mungkin korang rasa bos tak bagi bonus tu jahat tp kawan korang yang bagi isu ni makin panas tu baik orangnya kerana satu sampan ngan korang.. So baik atau jahat bergantung pada penerimaan individu itu sendiri..

Ok, berbalik pada ayat di atas, dalam Al Quran pun ada mengatakan hal ini.. Jika difahami ia sebagai janji Allah kepada hamba-Nya..

Korang mesti ada kawan yang sangat baik orangnya, mungkin ustazah/ustaz tapi mengahwini orang biasa biasa saje atau bagi korang agak ‘kurang baik’ jika dibandingkan dengan kawan korang.. Kalau dah dijanjikan wanita baik untuk lelaki baik,wanita jahat untuk lelaki jahat,kenapa jodoh seperti ini masih berlaku? Ok, kita jangan lupa hakikatnya jodoh kita ditentukan oleh Allah.. Setiap yang berlaku mesti ada sebabnya.. Dan Allah itu Maha Mengetahui..

Aku percaya kita memang mengharapkan pasangan kita adalah yang terbaik.. Seandainya dulu kita ni ‘jahat’ yang amat, bertaubatlah.. Allah Maha Pengampun.. Insyaallah, kalau betul wujudnya kebaikkan di hati maka jodoh kita itu adalah yang terbaik buat kita.. Jangan fikirkan kisah silam lagi.. Paling penting, sentiasa berusaha untuk tingkatkan iman dan kebaikkan dalam diri kita dan juga pasangan kita kan kan kan… Insyaalah, andai pihak yang baik bertemu dengan pihak yang kurang baik tapi sanggup berubah ke arah yang lebih baik, maka akan baik juga akhirnya..











Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 11 August 2011

Jangan Lupa Namaku..Kerana Aku Mengingatimu..

Assalamualaikum..

Ada sape sape follow cerita Ramadan Terakhir TV3? Disiarkan pukul 10.30 mlm hingga 11 mlm.. Aku bukan nak cakap pasal cerita dia tapi pasal ost Ramadan Terakhir - Jangan Lupa Namaku.. Macam dekat sangat dengan hati aku ni.. Tetiba lak aku feeling sedey pulak.. Ahaks...

So ada tak sesapa antara korang yang terlibat dengan perhubungan jarak jauh? Tetiba lak aku tanya soalan ni ek..? Ok, takde kene mengena ngan cerita aku sebut kat atas eh.. Long Distance Relationship.. Sorang kat sana,awk pulak kat sini.. Susah jugak kan.. Hati kene kuat tuh.. Tak kuat kalu nanges dik... Rindu je memanjang.. Tapi yang penting sekali ialah kepercayaan.. Namun itulah yang sentiasa menduga kita.. Kejap percaya, kejap tak.. Tak boleh gitu.. Susah nanti.. Aku belum nak cerita panjang panjang pasal ni.. Nanti lah ek.. Aku nak korang dengar lagu je dulu.. JANGAN LUPA NAMAKU..





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 10 August 2011

Boleh Tak Aku Kata Wordless Wednesday Ni Tak Best?!

Assalamualaikum..

Hari ni hari Rabu kan? Hari untuk Wordless Wednesday kan? Aku baru je 1st time buat tadi.. Errr.. Macam tak syiioookkk jerk!!! Post gambar pastu biar gitu bagi orang interpret sendiri.. Owwhhh..cukup tak best!!!!

Aku tetap gak nak borak borak ngan korang.. Errr borak borak ngan korang???? Ke aku borak sorang sorang?? Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Life Must Go on..


Hahaha.. My first WW eva!!! Akhirnya..

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 9 August 2011

Aikkk!!! Dah Hari Selasa..Menyesal Tak Ambik Cuti Seminggu..

Assalamualaikum..


Dah hari Selasa.. Dah 9 hari berpuasa.. Cepatnya!!! Dah dua hari cuti.. Esok kene kerja.. Masa betul betul cepat berlalu.. Banyak kerja yang tak siap lagi ni.. Boleh ke aku nak kata 24 jam tu tak cukup??? Dah tolak masa kat pejabat, kat perjalanan pergi balik, makan minum, rehat, belek belek fb, blog, tido.. Memang tak cukup!!! Tapi itulah yang kita alami hari hari.. Ada yang rasa tak cukup masa.. Tau tau dah malam, nak tido dah.. Ada tu pulak terlebih lebih masa.. Bukan dia takde benda nak buat tapi memang dia suka buang masa.. 


Dalam bulan Ramadhan ni lagi terasa cabarannya.. Bermula sahur, berbuka dan beribadat.. Bagi mereka yang menghargai masa, ini merupakan satu rahmat.. Sebaliknya mereka yang tidak hanya akan menganggap itu rutin di bulan puasa.. Lepas bangun sahur tak tidur balik.. Kena pulak bersiap ke tempat kerja.. Dengan rasa mengantuk dan keletihan bawak hingga ke pejabat.. Mood pun tunggang langgang.. Langsung tidak merasai nikmat Ramadhan..


Memang kita selalu keletihan untuk menyiapkan banyak benda dalam masa yang ditetapkan.. Namun yang penting cara kita menghargai masa yang kita ada terutama di Bulan Ramadhan ini.. Ambiklah kesempatan yang diberikan dengan dengan cara yang betul dan bijak seperti yang dituntut.. Dan biarlah ibadah yang dilakukan tidak hanya 'hangat' di bulan ini sahaja..


Ok kawan kawan.. Sekian sahaja untuk kali ini.. Sebelum undur diri, hayatilah pepatah arab ini : " Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu "


**apesal aku so polite lak ni..???











Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 8 August 2011

Yippie... Bila Bos Besar Bagi Duit Raya

Assalamualaikum..


Whoaaa..bestnyeeee.. Dapat jugak korang duit raya eh.. Setengah bulan gaji tu boleh tahan jugak.. Oklahhh..kurang kurang dapat gak ringankan beban.. Yelah, time raya mesti nak guna duit kan.. Tengokkkk.. manade pemimpin kerajaan tu teruk.. Ada bende yang boleh diberi tapi ada bende tak boleh nak dituruti.. So bila ada permintaan yang tak dapat ditunaikan, janganlah terus nak melatah.. Ok??!! Haaa..dah dapat duit tu karang tunjukkan tanda terima kasih dengan kerja lebih kuat.. Untuk negara jugak!! Heyyy.. Sumbangan korang pada negara tu berharga tau!!!


p/s: Duit raya bajet RM5 je tahun ni..







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Follow Sampai Gereja..

Assalamualaikum saudaraku...


Dalam banyak banyak ayat, aku paling takut tgk ayat " I dah folo u..folo me back ok.." Haaa..so sweet sebab follow tapi haaa...kene follow balik ke.. Kene ke, kene ke, ke ke ke..?? Huhuhu... Banyak jugak entri pasal follow memfollow yang aku baca.. Makin banyak aku baca makin kurang rasa bersalah sebab tak follow balik... Phewww.. Tak semua orang suka terpaksa follow balik.. Lega aku..! Yelar..kita manusia ni pantang orang buat baik mesti ada rasa terhutang budi.. Bukan kita nak pun rasa macam tu tapi rasa tu datang sendiri.. Dah nama pun "ter" kaaannnn...


Inilah agaknya yang dirasai oleh orang orang islam yang hadir makan malam di gereja tu.. Mereka dikatakan terpengaruh dengan agama berkenaan telah banyak kali menerima bantuan dari pihak gereja.. Namun aku percaya asasnya masih pada rasa terhutang budi.. Sebelum tu telah puas mereka memohon bantuan dari saluran sebetulnya namun sukar melepasi karenah birokrasi.. Walaupun ada peruntukkan untuk orang fakir dan muallaf seperti mereka, tetap juga bantuan itu tidak diperolehi.. Masih belum layakkah mereka menerima bantuan?


Biasalah kan,bila ada yang datang menghulurkan bantuan, rasa berterima kasih amat tinggi dirasai dalam hati.. Tak kira siapa yang menolong ketika tu.. Yang penting dapat meneruskan kelangsungan hidup.. Kalau sehari dua berlapar maaf lagi.. Tapi kalau dah hari hari minda pun boleh jadi tak waras.. Tak percaya? Cuba buat orang yang lapar marah.. Silap silap dapat back-hand..


Mesti ada yang kata, " ramai lagi yang susah takde pulak sampai jual akidah.." Mana awak tau??!! Awak nampak yang kat gereja tu je.. Yang tak gi gereja??


Dan mungkin ada ayat yang lebih islamik, " Kita kan ada Allah tempat meminta.. Rezeki tu kan di tangan Allah.. Kenapa sampai nak minta sehingga tergadai akidah.. Berusaha,Insyaallah ada rezeki tu.."


Hmmm..bercakap memang mudah.. Berat mata memandang berat lagi rasa hati taknak tolong... Selalu kita ni cakap je lebih tapi tolong tak jugak.. Bila sampai bab bab ketuhanan semua tunjuk terer.. Mungkin kita yakin kalau kita di tempat mereka kita masih berupaya mempertahankan iman di dada.. tu pasal senang cakap!! Lupalah tu Allah boleh tarik bila bila masa.. Dan mereka yang hadir ke gereja itu selain kesusahan yang dilalui mungkin jiwa mereka turut kosong.. Kekosongan tu pulak diisi oleh kebaikkan yang dihulurkan oleh pihak gereja.. Inilah masanya pihak gereja menampakkan betapa agama mereka sangat tulus.. Pastu taulah kan apa jadi.. Jadilah macam kes tu.. Ha'aaa.. kes makan malam muhibbah!!! Haaahh!! Nak tuding jari kat sape lak tuh??!!


So sape yang mereka nampak lebih baik kat sini.. Bukan kita kan kan kan..? Itulah susahnya terhutang budi ni.. Jiwa raga kita terpaksa diberikan sebagai balasan.. Walau hati tak rela tapi itulah aturan hidup.. Aku follow engkau, engkau follow aku.. Eh eh bukan!! Itu untuk bloggers.. 


Pendapat aku ni secara surface je.. Tak terlalu mendalam dan aku tak nak komen pasal serbuan tu.. Tunggu laporan kata dorang.. Chiaooo duluuuu...







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Apek, Wa Kawen Sama Lu Jelah...

Assalamualaikum people..


Hi semua.. Aku cuti hari ni dan besok.. Aku buat apa kat rumah? Takde papeee.. Duduk santai santai je.. Menghabiskan cuti dan membuang masa.. Menyampah dengarkan? Bermalas malasan sambil gaji berjalan.. Kan ke elok pergi kerja dan habiskan kerja yang ada.. Takde lah orang kata lembap buat kerja macam orang gomen.. Eh! wait wait wait!!.. Ni apesal sebut gomen gomen ni? Janganlah sebut orang gomen buat kerja lembap walaupun betul!!! Tak baik..*mata pandang atas,tangan kat dada* Dorang ni sememangnya pekerja yang pandai menikmati masa bekerja.. Always take their own sweet time kat ofis.. Maklumlah, takde deadline.. Tak macam aku.. Sebab nak kejar deadline bos pun aku langgar!


Baru baru ni pulak En Cuepacs dah mula bersuara.. Bonus! Bonus! Bonus! Alahaiii..dia tak nak kerajaan bagi bantuan khas tapi bonus 2 bulan!!! Dengar tu? Bonus 2 bulan!!! Perrgghhh..bergerak gerak telinga peniaga peniaga malaun tu.. Kalau bos aku nak bagi bonus bukan main susah.. 


" Ni kau buat ape?! Tugas ko dah selesai?! Apsal lembap sangat?! Berfb je bila kerja nak siap?! Bonus nak kerja tak mau!!! Potong gaji setengah bulan!!"


Aduuhhh..tepuk dahi! Kalau nak bonus kerja kene tiptop beb.. Biar produktif.. Bila dapat penghargaan orang tak pertikaikan.. "Ooo..memang patut dia dapat.. Kerja tiptop.." Haaa..kan kan kan... Ini kerja leh settle 2 3 hari jadi berminggu minggu.. Alasan, "pegawai kami pergi berkursus..takde sape yang nak approvekan.."  Adehhh..dia sorang je ke yang laku sainnye.. Ada pulak asal kita call manjang takde kat tempat dia... kul 10 takde, kul 12 takde,kul 3 lebih lagi lah  takde.. Nak je suruh gi carik bawah meja kut kut ada tido kat situ.. Camane kerja nak siap kalu itu macam.. Lagi mau minta bonus!!! 


"Haiya..wa suka dengar itu bonus naik wooo.. Lu angkat barang kasi banyak sikit simpan sampei bulan depan.. Wa mau kasi naik itu harga barang sikijam.." 


"Takpe lah pek.. Wa kawen sama lu jelah.. Harga naik sampai langit pun wa tatak rasa.."


Peace...







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Benci Tapi Sayang..

Assalamualaikum..


Errr nak cerita apa yer..


Pasal lelaki lagi ke..? Atau pasal hati dan perasaan..? Boringlah aku nak cerita pasal ni je.. Tapi kata blog untuk luahan rasa hati.. So of courselah cerita pasal apa yang ada dalam hati kan kan kan.. Sementelah hati aku ni penuh dengan rasa cinta.. ohok ohok ohok!!! Sapa lak yang sebut nama nih.. Pantang aku kata cinta..!!


Wohooo..kat tv cerita 'Ibu Mertuaku'.. Best!!! Cerita P Ramlee memang best.. Tapi paling aku suka tengok 'Tiga Abdul' dan 'Masam Masam Manis'.. Kelakar sangat tapi penuh mesej dalam memulakan perhubungan dan alam rumah tangga.. Kalau korang perasan, perhubungan dorang ni dipenuhi rasa benci benci sayang.. Walaupun macam benci tapi sebenarnya dalam hati rasa sayang.. Mungkin masih berlapik dalam mengatakan perasaan agar tidak nampak gelojoh.. Ohhhh so sweeeettt.. 


Ok, nak tanya pernah tak korang dalam situasi benci tapi sayang *bukan benci benci sayang okayhh!! *.. Alaaa yang kita rasa lepas gaduh ngan pasangan kita.. Rasa menyampah dan benci, merajuk segala.. Bila dipujuk pujuk elok balik.. Kalau sesekali tak pe tapi kalau dah selalu pernah tak korang berfikir ke mana hala tuju hubungan tu? Kelirukan..?! Hubungan macam ni memang penat.. Bila dah selalu bergaduh memang timbul rasa bosan tapi sebab dah lama bersama rasa sayang nak menamatkan perhubungan itu.. Tulah payah bila benci dan sayang bersatu.. Sesak dan menyakitkan.. Selalu dalam dilema samada nak kekal atau berpisah..


In every relationship there will always be a moment where you hate your partner as much as you love them.. Sayang atau benci perlu dipastikan.. Jangan biarkan hubungan kita seperti yoyo.. Memang kita tak leh buat hubungan tu sentiasa kekal baik tapi sekurang kurangnya wujudkan keserasian dan keseimbangan dalam hubungan.. Andai masih keliru dengan perasaan sendiri, jauhkan diri darinya seketika.. Fikirkan yang mana lebih baik, bersama atau berpisah.. Kerana sewajarnya cinta itu membahagiakan bukan menyeksakan..




p/s: Selalu kata benci time gaduh.. Karang benci betul betul baru tau!!!!



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 6 August 2011

Oh Lelaki..Saya Sayang Kamu..

Assalamualaikum


"Lelaki ini yang selalu mencintaimu.. Selalu tanpa ragu.."


Perrgghhh.. Memang best kalau dapat lelaki seperti lagu Anuar Zain ni.. Confirm aku tak pandang lain.. Tapi lelaki ini memang aneh.. Bagi akulah.. Bila bercakap pasal dorang ni memang takkan habis.. Macam macam karenah dorang.. Funny.loving tapi dalam masa yang sama really really annoying.. 


Kenyataannya, masalah utama lelaki ni hanya 2.. Money and women.. BETUL TAK WAHAI LELAKI..? Ia saling berkaitan.. Aku taknak cakap pasal lelaki bujang sebab dorang berpeluang untuk memilih.. Yang aku maksudkan ialah lelaki yang sudah berkeluarga.. Apa yang kurang dalam hidup dorang.. Hanya mereka dan tuhan yang tahu.. Bila dah ada keluarga yang bahagia, masih lagi mencari cinta di luar.. Lelaki memang ditakdirkan jatuh cinta selalu.. Hahahaha.. Walaupun poligami dibolehkan dorang ni tetap tak terkawal dengan perangai curang.. Kalau ditanya sejuta alasan dorang bagi.. Eeiii geramnya ngan dorang ni.. Dah ada bini nak ada GF.. Dah tu tak cukup sorang GF.. Oh lelaki..apa masalah korang..?


Dan dan dan pasal duit pun sama.. Bila lebih duitttt panjang betul senarai must-do dalam otak dorang.. Bila ada lebih duit lelaki akan menjadi sedikit nakal.. Wohooo... Seorang kawan lelaki menafikan.. Dia kata bukan nakal tapi ada keyakinan untuk melangkah lebih jauh.. Owwhhh..gitu.. Aku ulang lagi sekali ye.. Aku berkata pasal lelaki yang dah kawen!!! Apa istimewanya lelaki yang dah berkawen ni.. Hanya yang pernah terlibat je tau.. Selalunya perhubungan atas lesen curang tak pernah bertahan lama.. Wahai wanita, dinasihatkan jangan terlibat kerana tanpa sedar kita sebenarnya hanya part time lover.. Jatuh standard kita Tipahhhh.. Tamo tamo okehhh!!!


Ada tu lelaki yang pentingkan diri sendiri.. Urusan mencari rezeki diletakkan pada bini sementara dorang goyang kaki kat rumah.. Apa ni...? Tak gentle langsung.. Pastu lambakkan hutang kat bini.. Isshhh..sungguh kurang asam.. Bini dibuatnya macam kuli.. Dia bersenang lenang.. Semua dapat.. Wife, money, house, car, woman... Sesungguhnya kes macam ni memang ada berlaku.. Lelaki guna duit bini sewenang wenangnya..


Okaylah.. tak nak cakap lagi.. Nanti teremo lak.. Karang tak pasal pasal aku kena gi dapur amik air sebab ni.. Oh ye, sedikit nasihat.. Kalau nak carik laki, carik yang bebas dari kedua dua masalah ni.. Selagi tak jumpa bermohon dan berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan lelaki sejati.. Bukan lelaki sejati dalam ertikata lelaki tulen tapi lelaki yang tidak memperdayakan bini untuk memuaskan yang satu - HAWA NAFSU.. Sekian,terima kasih..




p/s: tengah dengar lagu Nubhan - Oh Juwita..





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 4 August 2011

Sepatutnya Saya Begini....

Assalamualaikum..


Yeayyy.. 4 hari dah puasa.. Haha..cam budak budak lak kira hari.. Memang itu pun yang kita buat.. Menghitung hari berlalu bersama puasa yang sempurna.. Bukan hanya dapat lapar dan dahaga.. Betul tak..?


Kita ni memang selalu mengharapkan sesuatu yang terbaik dan bergerak mengikut harapan kita.. Tak kiralah apa pun, semuanya nak yang baik baik je.. kehidupan, pekerjaan, perhubungan.. Tinggi harapan kita hingga kadang kadang lupa bukan semuanya boleh dicapai.. Kita kecewa dan tanya "mengapa tak jadi begini..mengapa jadi begitu..? Betul kan apa aku cakap ni, korang..? Korang..? Tido ke baca entri ni..?!


Selalu juga kita kata "sepatutnya aku dapat macam ni..bukan macam tu" atau "sepatutnya tahun ni dapat bonus tapi dah 5 tahun tak dapat.."..Nak diikutkan banyak yang kita kata "SEPATUTNYA".. Sepatutnya begini bukan begitu.. "SEPATUTNYA" telah menyebabkan kita tenggelam dalam harapan harapan yang tidak pernah puas.. Dari satu sudut "sepatutnya" mampu mendorong kita untuk berkerja lebih kuat.. Namun perlu ingat, tidak semua hasil seperti yang kita harapkan..

So, harapan biarlah realistik.. Kalau terlampau menggunung, takut kita menjadi manusia yang kurang bersyukur.. Bila tak bersyukur, kitalah manusia yang paling rugi.. Selamat berbuka puasa.. errr,bersahur sekalilah.. Aku tak tau bila korang free baca entri aku kan kan kan.. Daaaaa.. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 3 August 2011

Pergi Tak Kembali...

Assalamualaikum...


Alohhhh...rindunya ngan blog aku ni..


Muah..muah..muahhh..caaayang blog aku..!!


Hari ni banyak betul ye post entri atau status FB pasal rindu ngan arwah ibu, ayah, isteri, suami atau anak.. Sedih saya baca.. Bukan apa..saya macam dapat merasai kerinduan dan sedihnya mereka time ni.. Mesti teringat masakan mak atau kesibukkan ayah time dekat dekat nak raya kan..? Mesti teringat pada suami atau isteri.. Mesti rindu dengan suasana riuh rendah oleh anak anak.. Syahdu tu... Sedangkan saya yang clash saje saje pun rasa sedih.. Inikan pula mereka yang berpisah untuk selama lamanya.. Mesti lagi sedih.. Kalau yang dah kawen tu pun sama.. Bila tengok muka anak anak tu lagi tersentuh hati.. *sob sob*..  Serius sedih nehh..


Kesedihan dan kerinduan tu memang tak boleh nak elak.. Tapi kita yang tinggal ni kena teruskan hidup juga.. Banyak lagi yang perlu kita uruskan.. Bukannya hanya menangis dan menyesali takdir.. Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia aturkan untuk kita.. Just jalani kehidupan dengan baik dan sabar.. Yang penting sentiasa ingat Allah di saat senang dan susah kerana Dialah tempat kita bergantung harapan.. Jangan sia siakan hidup kita begitu sahaja.. Ok people.. Hope korang baik baik saja.. Daaaa..





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 1 August 2011

Monday Blues Dan Hari Di Awang Awangan...

Assalamualaikum

1 Ramadhan 1432H

Hari pertama berpuasa.. Belum pape lagi aku dah terbabas bangun lambat.. Tulahhh..,gatai lagi tido lepas subuh.. Konon nak baring baring sementara nak tunggu pukul 7.. Haaa amik ko!! 7.30 baru bangun.. Nasib baik aku dah siap siap mandi nak subuh tadi.. Kalau tak.., sms lagi.. "akak,saya lambat sikit ekk.."

Kebetulan hari ni Isnin.. Aku paling suka hari Isnin.. Kalau ada di antara korang yang selalu ada Monday Blues, alhamdullillah..aku tak pernah ada.. Kecualilah bila aku tak sihat.. Tu pun bukan Monday Blues.. Tapi aku paling lemah hari Rabu.. Rasa cepat je berlalu tapi dalam masa yang sama rasa lambat sangat nak ke hari Jumaat.. Aku panggil hari yang di awang awangan..

So pada korang yang dalam Monday Blues tu bangkit bangkitkanlah semangat tu sikit.. Biar minggu ni berlalu dengan penuh keberkatan sementelah sekarang pun bulan puasa.. Tak ada siapa yang mampu meniup semangat untuk kita kecuali diri sendiri kerana kita memang dianugerahkan Allah semangat juang dalam diri.. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...