Followers

Saturday 6 August 2011

Oh Lelaki..Saya Sayang Kamu..

Assalamualaikum


"Lelaki ini yang selalu mencintaimu.. Selalu tanpa ragu.."


Perrgghhh.. Memang best kalau dapat lelaki seperti lagu Anuar Zain ni.. Confirm aku tak pandang lain.. Tapi lelaki ini memang aneh.. Bagi akulah.. Bila bercakap pasal dorang ni memang takkan habis.. Macam macam karenah dorang.. Funny.loving tapi dalam masa yang sama really really annoying.. 


Kenyataannya, masalah utama lelaki ni hanya 2.. Money and women.. BETUL TAK WAHAI LELAKI..? Ia saling berkaitan.. Aku taknak cakap pasal lelaki bujang sebab dorang berpeluang untuk memilih.. Yang aku maksudkan ialah lelaki yang sudah berkeluarga.. Apa yang kurang dalam hidup dorang.. Hanya mereka dan tuhan yang tahu.. Bila dah ada keluarga yang bahagia, masih lagi mencari cinta di luar.. Lelaki memang ditakdirkan jatuh cinta selalu.. Hahahaha.. Walaupun poligami dibolehkan dorang ni tetap tak terkawal dengan perangai curang.. Kalau ditanya sejuta alasan dorang bagi.. Eeiii geramnya ngan dorang ni.. Dah ada bini nak ada GF.. Dah tu tak cukup sorang GF.. Oh lelaki..apa masalah korang..?


Dan dan dan pasal duit pun sama.. Bila lebih duitttt panjang betul senarai must-do dalam otak dorang.. Bila ada lebih duit lelaki akan menjadi sedikit nakal.. Wohooo... Seorang kawan lelaki menafikan.. Dia kata bukan nakal tapi ada keyakinan untuk melangkah lebih jauh.. Owwhhh..gitu.. Aku ulang lagi sekali ye.. Aku berkata pasal lelaki yang dah kawen!!! Apa istimewanya lelaki yang dah berkawen ni.. Hanya yang pernah terlibat je tau.. Selalunya perhubungan atas lesen curang tak pernah bertahan lama.. Wahai wanita, dinasihatkan jangan terlibat kerana tanpa sedar kita sebenarnya hanya part time lover.. Jatuh standard kita Tipahhhh.. Tamo tamo okehhh!!!


Ada tu lelaki yang pentingkan diri sendiri.. Urusan mencari rezeki diletakkan pada bini sementara dorang goyang kaki kat rumah.. Apa ni...? Tak gentle langsung.. Pastu lambakkan hutang kat bini.. Isshhh..sungguh kurang asam.. Bini dibuatnya macam kuli.. Dia bersenang lenang.. Semua dapat.. Wife, money, house, car, woman... Sesungguhnya kes macam ni memang ada berlaku.. Lelaki guna duit bini sewenang wenangnya..


Okaylah.. tak nak cakap lagi.. Nanti teremo lak.. Karang tak pasal pasal aku kena gi dapur amik air sebab ni.. Oh ye, sedikit nasihat.. Kalau nak carik laki, carik yang bebas dari kedua dua masalah ni.. Selagi tak jumpa bermohon dan berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan lelaki sejati.. Bukan lelaki sejati dalam ertikata lelaki tulen tapi lelaki yang tidak memperdayakan bini untuk memuaskan yang satu - HAWA NAFSU.. Sekian,terima kasih..




p/s: tengah dengar lagu Nubhan - Oh Juwita..





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...