Followers

Wednesday 17 August 2011

Bila Aku berpeluang...

Assalamualaikum...


Baru berkesempatan mengupdate blog pagi ni... Haihhh.. Masa ada tapi tak sempat je.. Yelah, camane nak sempat kalau aku asyik baca blog je kan kan kan.. Aku menaip sambil menghidu haruman bau biskut jiran aku.. Awalnya buat biskut.. Aku ni beli je boleh.. Bukan malas.. Oven takdek.. Mixer takde, bekas nak adun pun takde, bahan bahan nak buat biskut laaagiiilah takde.. Memang patut kan aku beli je.. 


Ok ok.. bukan ini aku nak story.. Straight to the point.. Kita semua selalu buat silap kan..? Dan selalu juga mengalami kegagalan.. Bila berlaku kesilapan dan kegagalan, kita harapkan kemaafan dan peluang untuk membaiki kesilapan dan menebus kegagalan.. Kita berhak mendapat peluang kedua.. Malah ada yang diberi peluang berkali kali untuk berubah dan memperbaiki kesilapan dan menebus kegagalan itu.. Mungkin keadaan tak akan sama seperti sebelumnya.. Bila kita diberi peluang tandanya kita masih lagi disayangi.. Seperti juga sekarang.. Kita diberi Allah peluang untuk menjalani ibadah puasa sehingga ke hari ini.. Syukur alhamdullillah.. Ini contoh yang amat nyata yang Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..


Ini bulan yang memberi peluang untuk kita memperbaiki diri sendiri.. Kalaupun susah untuk berbuat demikian di bulan bulan yang lain.. Yelahh.. Secara psikologinya orang akan tiba tiba berubah sikap di bulan puasa.. Demi menghormati bulan yang mulia ni.. Kadang kadang perubahan itu berterusan walaupun Ramadhan dah berlalu.. Alhamdullillah.. Tapi yang tidak tu... *sendiri jawablah*


Berjaya atau tidak hasilnya, bergantung pada bagaimana kita menggunakan peluang yang diberikan.. Gunakan sebaik mungkin atau sia siakannya? Terpulang, kerana saya percaya action speaks louder than words.. Daaaa...



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

2 comments:

  1. klu kita nk kasik org tuh 2nd chance okeyh x?

    ReplyDelete
  2. hi atiqah..boleh je nak bagi peluang tu kat dia..tapi kenelah tau apa tujuannya..kalau betul dia berubah,kita tolong n support dia dgn bagi peluang dan kemaafan..cuma jgn sesekali bagi peluang sebab sayang membabi buta..takut nanti kita tiada nilai di mata dia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...