Followers

Monday 21 May 2012

Review Novel: Datang Pada Waktunya



Datang Pada Waktunya
Maria Kajiwa


ISBN: 978-967-365-121-4
Penerbit: Fajar Fakeer Sdn Bhd
Tarikh terbit: April 2012
Halaman: 476
Harga: RM20.00

~Tiada yang lebih indah daripada apa yang ada antara kita~






Datang Pada Waktunya. Sebelum ini saya membaca beberapa bab dari novel ini di sini. Maria Kajiwa memang tidak pernah mengecewakan saya dengan hasil tulisan beliau. Saya memang tidak suka kisah cinta yang melewah. Namun, bila penulis menyelitkan sedikit kisah cinta di dalamnya, saya tidak mampu menolak. Tidak ada perasaan cinta yang keterlaluan dan membuai-buai sehingga membuat para pembaca berangan-angan untuk bercinta seperti itu.

Untuk satu, dua bab permulaan, agak perlahan bagi saya. Mungkin kerana saya sudah membacanya di blog Kak Maria menyebabkan saya tidak sabar untuk tahu apa cerita keseluruhannya. Membaca novel beliau kali ini membuatkan jiwa saya sedikit 'terseksa'. Ini kerana Maria Kajiwa sedikitpun tidak memberi hint apa yang berlaku seterusnya. Setiap kali beralih bab, setiap kali itu juga hati saya semakin ingin tahu. Apa yang berlaku sebenarnya?

Datang Pada Waktunya mengambil latar tempat sebuah perkampungan di Pahang. Saya rasa ia adalah sebuah perkampungan bunian. Edri, telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes sebuah projek pembinaan jambatan yang terbengkalai selama 45 tahun. Beberapa orang telah dihantar untuk tugas tersebut tetapi tidak pernah kembali lagi selepas itu. Mereka menjadi kes 'orang hilang'. Tiada pilihan, Edri terpaksa bersetuju dan membawa sekali rakan serumahnya, Adam untuk pergi menemaninya ke Bandar Durian Lima. Semasa perjalanan menuju ke bandar tersebut (ikut jalan lama yang sudah lama ditutup), kereta mereka telah dilanggar oleh kenderaan lain menyebabkan ia rosak dan tersadai tepi jalan. Nasib mereka baik kerana bertemu dengan Saleha dan Murni, penduduk Kampung Durian Lima (kampung yang terlibat dengan pembinaan jambatan itu) . Mereka dibawa ke kampung itu dan tinggal di sana untuk beberapa waktu sehingga masalah jambatan itu selesai.

Semasa di sana, Edri dan Adam terpaksa menyesuaikan diri dengan cara hidup kampung. Pelbagai peristiwa yang mereka alami. Jam tangan mati, kompas tidak berfungsi, duit zaman british, kehidupan kampung yang serba kekurangan, tanpa kemudahan eletrik dan air yang sempurna, gaya hidup yang berbeza serta penerimaan penduduknya terhadap orang luar. Telah lama kita tinggalkan kehidupan kampung yang begitu terutamanya dalam hal permuafakatan dan saling mengambil berat di antara satu sama lain. Betapa zaman sudah berubah, dunia sudah maju.

Atas layanan yang baik, Edri telah jatuh cinta pada Saleha namun di halang oleh Hasan yang telah lama berhajat untuk memiliki Saleha. Penentangan demi penentangan dilakukan oleh Hasan terhadap Edri dan Adam sehinggalah suatu hari keadaan bertambah parah bila mereka dikatakan telah melakukan onar di kampung itu. Mereka diburu tetapi Edri tidak menyerah begitu sahaja. Dia memutuskan untuk dibawa berjumpa dengan Tok Ampat. 

Siapa yang membuat onar sebenarnya? Dan ketika itu, terbongkarlah siapa sebenarnya Saleha dan apa yang berlaku kepada mereka yang hilang sebelum ini. Ceritanya memang penuh debaran. Kita hanya tahu apa sebenarnya berlaku hanya diakhir cerita. Salute untuk Maria Kajiwa kerana berjaya membuat saya terus membaca sehingga pukul 1 pagi!

Secara halusnya cerita ini membawa kita kepada nilai nilai yang sudah lama hilang. Pemuafakatan, saling bekerjasama, maruah, kehidupan melayu tradisional, persahabatan dan pengorbanan. Dapatkan novel ini dan sila baca sampai habis.



"Berani itu bukan bermakna berani melawan sahaja, berani juga bermakna berani menghadapi dan menerima"





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 5 May 2012

Invasi-Buku Fixi





Invasi
Raja Faizal


ISBN: 978-967-0374-07-9
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh terbit: April 2012
Halaman: 310
Harga: RM19.90











Saya baru usai membaca Invasi. Kali ini saya mengambil masa agak lama untuk menghabiskan bacaan. Bukan kerana jalan ceritanya tidak bagus, melainkan saya yang dihimpit kesibukkan dan keletihan. 

Bagi saya, Invasi adalah salah satu novel sci-fi yang enjoy dibaca. Ringan dan tidak banyak menggunakan perkataan saintifik yang boleh memeningkan kepala. Melihat kavernya sahaja dah cukup buat kita tahu isi ceritanya. Sungguh "angkasa lepas" you!

Ceritanya berkenaan serangan alien. Bermula di klcc, penjajahan alien merebak ke utara dan selatan. Banyak kematian dan kemusnahan berlaku. Rupa-rupanya klcc menyimpan satu rahsia yang orang tidak tahu. Serangan itu telah menyebabkan kehidupan manusia berubah sekelip mata. Latar belakang cerita adalah sekitar kawasan Kuala Lumpur. Jadi, ada di antara kamu yang biasa dengan tempat-tempat tersebut. Sila bangga!

Raja Faizal 'memandu' plot cerita dengan baik sekali. Bermula dengan usaha Bavani dan Anwar menyelamatkan diri, ia akhirnya menjadi usaha untuk menghancurkan alien-alien tersebut. Matlamatnya jelas, untuk melepaskan manusia dari cengkaman alien dan mengembalikan keamanan yang telah dirampas. Jadi, you all dihidangkan dengan jalan cerita yang penuh dengan acara lari-lari dan tembak-tembak okey. Cuma penulis tidak memvisualkan rupa alien dengan begitu detail. Sekadar memberitahu tentang saiz, suara dan rupa gigi alien yang runcing. Apa yang saya visualkan hanyalah rupa toyol yang dibesarkan saiz tubuhnya! Hehe..

Saya suka watak Bavani. Daripada seorang yang suka berpoya-poya, dia berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan hidup orang-orang di sekelilingnya. Memang patut pun. Dia kan hero. Hero kenalah orang yang boleh diharap dan bertanggungjawab. Betul tak?

Saya juga suka bab ketika mereka kesuntukkan masa untuk sampai ke Bandar Utama (satu-satunya zon penyelamat yang tinggal). Kalau dalam filem sudah tentu terangkat kaki tengok aksi dan insiden yang berlaku. Namun, nama pun cerita. Tak bestlah kan kalau cepat sangat selamat. Harapan mereka musnah bila tempat yang menjadi harapan terakhir itu juga menjadi sasaran serangan alien. Dapat saya rasakan kekecewaan yang mereka alami.

Well, panjang pulak review saya kali ni. Mungkin kerana saya cuba untuk review dengan cara yang betul. Maklumlah, saya tidak ada asas untuk buat review. Ni tengah nak belajar. Jadi, sila beri tunjuk ajar ye.

Bagaimana cerita ini berakhir? Apa yang boleh saya kata; setiap apa yang diperolehi, ada harga yang harus dibayar.

Okey, kawan-kawan. Tulisan kecil dalam blog ini bukan untuk di tenung lama-lama. Nanti rabun mata. Sudah! Pergi dapatkan buku ini dan baca.


Selamat membaca.


" Doa tanpa usaha itu bohong, dan usaha tanpa doa itu sombong."









Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 1 May 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 27 April 2012-6 Mei 2012 #2



Sepatutnya entri ni keluar semalam. Tapi dah namanya pun MALAS, tak boleh nak buat apa lah kannn... Time takde blog sibuk nak menulis. Time dah ada blog, malasnya ya rabbi.. Sibuk berjalan ke blog orang, blog sendiri takde ape-ape. *sigh*

Okey,okey. Balik pada tajuk. Selain booth PTS, saya singgah ke booth Fixi. Fixi sekali dengan Lejen. Tapi yang buat saya menyesal sangat-sangat tu bila tak bawak semua buku-buku fixi untuk diautograf. Sebab fikir karang berat nak bawak pulak. Kalau ada orang tolong takpelah jugak kan.. Booth Fixi memang best. Penulis-penulisnya awesome! Seronok tengok gelagat dorang. 

Terujanya bila nampak buku-buku dekat rak situ. Maklumlah, ada di antara buku-bukunya dijual secara online. Saya tak perasan yang saya dah terambil banyak buku-buku tu. Tapi kan, terpaksa letak balik sebab ada diantaranya takde diskaun ataupun diskaunnya sikit je. Saya kan bajet cukup-cukup je, ingat tak? Takpe, takpe. Saya akan dapatkan yang lain lepas lepas ni. So, jom kita tengok gambar kat bawah ni...


Ini sahaja yang mampu saya beli selepas saya letak balik 6 buah buku yang lain. KOPI tu antara punca kenapa saya ubah rancangan asal saya ke pesta buku. Takut habis stok you! Novel DOSA adalah novel terjemahan dari Indonesia-yang pertama untuk Fixi ye. LICIK-novel pertama Fixi yang combine 2 penulis. Okey, seterusnya, nampak tak SITORA HARIMAU JADIAN-P RAMLEE? Dikatakan ia adalah satu-satunya filem arahan Tan Sri P Ramlee yang hilang. Novelnya pula diterbitkan pada tahun 1965. Sekarang Fixi terbitkan kembali di bawah label Fixi Retro. Saya sekali lagi mencuba untuk baca karya Ridhwan Saidi-MAUTOPIA walaupun saya masih belum 'masuk' dengan penulisan beliau. Mungkin kali ini saya perlu membaca sambil berfikir :)


Dia ni penulis novel KELABU, Nadia Khan. Cantik orangnya. Mujur saya sempat ambil gambar sebab tak lama lepas tu dia balik. Haisss... kenapalah saya tak bawak buku dia. Sila baca review KELABU tu di sini.


Bersama penulis Licik, Julie Anne. Dia ni orang kampung saya, tahu?



Namanya Nuril Basri, penulis Dosa. First time tengok nama dulu ingatkan perempuan. Dia adalah penulis novel Indonesia ye dan novel Dosa tu belum dikeluarkan di Indonesia lagi. Tajuk asal ialah Bukan Perjaka.



Kat hujung sebelah kiri tu penulis Bisik, Syaihan Shafiq. Datang sempoi je, pakai selipar (saya perasan ramai jugak dorang yang pakai selipar). Nasib baik booth ni havoc dengan suara penulis-penulisnya. Kalau tidak, saya ingat dia just salah seorang pengunjung kat situ :)


Lepas je dari booth Fixi, barulah saya berjalan booth lain. Nasib baik bawak beg. Kalau tak, dah tentu berbirat tangan bawak buku banyak-banyak. Cuma kali ni saya betul betul terkilan kerana novel Ramlee Awang Mursheed-Sunan Musafir terpaksa ditangguhkan pelancarannya. Frust beb!



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...