Followers

Sunday 31 July 2011

Antara Aku, Fahmi Dan Elia

Assalamualaikum


Rasa rasa semua media cetak hari ni ada cerita Fahmi putus tunang.. Mungkin itu jalan yang terbaik.. Yalah, kita dah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan perkara tu terjadi.. Mungkin sebab Fahmi orang femes maka semua orang follow cerita dia.. Putus tunang ni bukan perkara luar biasa.. Sama je macam kes cerai berai.. Bila rasa dah  tak boleh bawak sepakat, putus lagi bagus.. Cuma dalam kes perkahwinan, banyak perkara yang perlu di ambik kira.. Errr, betul ke alam pertunangan tu 'panas' ?


Cemburu dan ada pihak ketiga selalu menjadi isu dalam perhubungan lelaki dan perempuan.. aku sendiri selalu diamuk rasa cemburu.. Cemburu tu kan tanda sayang.. Namun kita perlu bijak kawal rasa cemburu takut nanti jadi cemburu buta.. Bila cemburu aku datang tak pasal pasal, aku selalu kata kat diri aku 'kenapa aku perlu cemburu dengan orang itu atau orang ini.. Why don't aku buat orang cemburu kat aku instead aku cemburu kat orang lain..' Nampak ?? Cemburu tu datang sebab kita kurang keyakinan diri.. Kita takut kehilangan disebabkan kekurangan kita.. Heeyyyy.. kita ada kelebihan yang Allah bagi.. Gunakan dan tunjukkan!! Itu yang menjadikan korang special okayyhh..


Pasal orang ketiga ni payah sikit nak komen.. Sebabnya bila kita tanya selalu jawapan yang diterima 'kami hanya kawan, tak lebih dari itu.. you ni cemburu tak tentu pasal kenapa..? Perrggghh.. memang speechless dibuatnya!! Tu pasal aku kata aku tak nak komen pasal ni.. Tak guna kita tanya tapi dijawab dengan pembohongan.. Apa salahnya dia terus terang je ' ha ah, i dan dia semakin rapat sekarang..' Kan senang.. Sama gak kan.. Kene tipu sakit hati, terus terang pun sakit hati.. baik terus terang!! Tak payah panjang cerita.. Kita putus.. I carik lain, U carik lain..


Apapun aku harap Fahmi dan Elia masing masing dapat melihat hikmah disebalik apa yang terjadi.. Anggaplah ini sebagai satu pengalaman yang mengajar mereka supaya lebih berhati hati dan lebih dewasa dalam menjalani kehidupan.. Kepada Fahmi, biarlah apa orang nak cakap pun.. Kejar impian anda semampu mungkin.. Dan Elia, belajarlah dari kesilapan...







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 30 July 2011

Maafkan Saya..*bukan versi apek*

Assalamualaikum


Errmmm... Lusa kita dah puasa dah.. So harap harap puasa kali kita lebih bermakna.. Erkkk,apsal aku guna ayat tu..Ok,maksud aku lakukan ibadah puasa kita ni dengan bersungguh sungguh untuk merebut pahala yang tak terkira besarnya.. Allah hadiahkan bulan ramadhan untuk kita merebut peluang meraih pahala sebanyak banyaknya.. Inilah tanda kasih sayangNya..


So korang..sebelum tu aku nak mintak maaf andai aku buat korang terasa.. Kalau takde bagusla.. Itulah yang aku nak elakkan.. Biar hati aku yang sakit tapi bukan hati korang.. Memang payah nak jaga hati semua orang kan kan kan.. Tapi tulah.. Kalau tak sakitkan hati orang bukan manusia namanya kan?! Chiaowww...







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 29 July 2011

Ramadhan Terakhir...

Assalamualaikum


Hai...Salam Jumaat semua.. Aku bet semua tak habis lagi cerita pasal game bola semalam kan? Oklah.. Teruskan sebab aku percaya pendapat pendapat korang boleh digunapakai untuk mengangkat martabat sukan bola negara ke peringkat yang lebih tinggi..*toing toing!!*


Tinggal 2 hari je lagi nak puasa and esok my parents datang dari hometown.. Dah lama rasanya tak menyambut first day puasa ngan orang tua ni.. *sob sob*.. Aku baca entri yang ada kenangan puasa waktu kecik kecik dulu... hehe.. kelakar.. Semuanya sama je apa yang kita lalui waktu kecik dulu kan kan..


So tak yah lah aku buat entri pasal tu.. Tapi ada satu persamaan yang tak pernah berubah sampai Ramadhan kali ni.. PEMBAZIRAN.. Perrgghh yang tu dah tak boleh nak kikis dah.. Kalau nak tengok time nilah pembaziran tahap maksima berlaku.. Bukan setakat makanan tapi juga pahala.. Tak caya,cuba tengok nanti!!! Bab makanan, lepas waktu sahur tu dah rancang nak masak apa nak beli apa.. Dah masak nak beli lagi.. Beli pulak takde brek brek.. Tak abis buang.. Hari hari camtu.. Camane kita nak menjiwai nikmat Ramadhan itu sendiri.. Aku tak kata korang eh.. Aku kata kat diri aku.. ye ke?


Mulut pun tak terjaga.. Mula mula puasa bolehlah.. Lepas lepas tu dah lupa.. Maklumlah dah 3 4 hari badan pun dah serasi berlapar.. Dah start balik gosip joyah ko.. Benda lain aku tak nak kata.. Yang ni je yang paling mudah buat kita muflis pahala.. Gi solat terawih, tadarus bagai tapi siang ko tak jaga kesopanan mulut ko.. isshhh tamo gitu yer!!!


Ok korang, apa kata kita jadikan Ramadhan kali ni seperti Ramadhan yang terakhir buat kita.. Jangan cuma asyik cakap 'semoga ramadhan kali ini lebih bermakna'.. Bermakna dari segi apa koraaanng..? Hmmm.. Andainya kita tau Ramadhan ini yang terakhir buat kita.... Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 28 July 2011

Oooppsss.. I Did It Again!!!

Assalamulaikum

Hectic!!!

Itu je aku boleh gambarkan sekarang ni...Sigh!!.. Really damn tired.. Nak buat entri panjang panjang macam tak sempat jer.. Idea ada dah tapi takde feel.. Semuanya sebab nak kejar deadline hari ni.. Sigh sigh sigh!!! Orang kata tak baik mengeluh... but this is not mengeluh.. Just tarik nafas and lepas.. a bit kasar i guess..  So bunyi macam mengeluh..

Anyway masih sempat buat entri pendek ni.. Actually nak lepas rasa malu sebab just now aku tersilap post status kat wall  Fb someone.. Aku nak buat kat wall aku actually.. nasib baik aku cepat delete.. Agak agak dia sempat baca tak? Hope not... I'm soooooo sorry.. clumpsy betullah!!! Mana nak nyorok ni... And FYI, this is the second time.. Aisehhh!!! Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 27 July 2011

Hanya Kerana Lelaki Itu...

Assalamualaikum

*entri yang jiwang tak karat*

Aku tak pernah lagi buat WW.. Asal hari Rabu je aku mesti ada benda nak cerita.. Next wednesdaylah.. Haha..camtulah on and on.. Errmm..nantilah.. Lagipun aku takde gambar nak letak.. Takkan nak letak gambar sendiri yang comel tu.. Nanti ada yang komen perasan lak..

Aku suka post entri.. Aku lagi suka kalau korang baca,baca dan baca lagi.. Hmmm..nasib baik aku tak biar blog ni berdebu karat.. Aku patut ucapkan terima kasih pada someone tau.. Someone yang buat aku bukak balik blog ni..

'Someone' yang selalu ada dalam hati tapi sampai sekarang aku susah nak faham dia.. Apa ada dalam hati dia.. Someone yang buat aku pandang langit nampak biru tapi sesaat kemudian buat aku rasa macam nak tendang dia sampai ke langit.. Siapa dia sebenarnya...?

Meh aku story sikit pasal dia.. Boleh? Dia ni fanatik bola.. Aku kenal The Red Warrior pun dari dialah.. Mana aku kenal dia? Dari FB lar..dari mana lagi.. Sekarang mana ada dah scene langgar tembung pastu kertas terabur kat lantai..then sama sama kutip sambil bertentang mata bagai.. Takde takde.. No such thing anymore..Ceeewah!!

Aku selalu hilang sabar kerana dia asyik cabar prinsip aku.. Buat aku rasa menyampah sangat kat dia.. Time tu aku dah tak nampak lagi dah langit itu biru.. Yang aku nampak, aku tendang dia sampai langit.. Agaknyalah orang aktif politik sikap dorang memang cenggini.. Always see the grass greener on his side.. Opsss..actually aku tak nak prejudis tapi tercakap jugak..sorry!

Then suatu hari tu dia betul buat aku hangin satu badan.. Sampai aku rasa tak nak kawan dah ngan dia.. Ye ke? Ok fine, awak tak suka apa saya buat tak aper.. Dalam aku layan perasaan kecik ati tu aku terbukak blog sendiri.. Eh eh,boleh bukak lagi lah...yippieee!! Aku pun buat entri demi entri.. Best pulak.. Then blogwalking bagai.. Whoaaa begitu seronok aktiviti aku sekarang.. Inilah yang aku buat..mesti nak post entri walaupun syok sendiri..

Untuk lelaki itu, aku tak berkesempatan nak ucapkan terima kasih.. Mungkin satu hari nanti.. Walaupun dia kerap menggugat kesabaran aku, dia tetap ada tempat di hati aku.. Apa apa pun koranglah yang paaaaling banyak bagi sokongan kat aku dengan membaca setiap entri aku...Walaaa..korang memang superb blogger!!! And pada yang bukan blogger, korang memang best sebab rajin singgah blog aku..(statement perasan..boleh gitu? hehe..) Esok kita jumpa lagi ek.. Daaaa..

p/s: aku takde benda nak cerita sebenarnya *buat masa skrg*.. Kan elok aku buat WW tadi.. cittt!!! Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 26 July 2011

Ke Mana Duit perempuan pergi? Jom Terjah...

Assalamualaikum

Actually ini sekuel untuk http://erniefaizalsiti.blogspot.com/2011/07/ke-mana-pergi-duit-lelaki-lets-check-it.html .. Biasalahkan kalau ada cerita pasal lelaki, mesti kita ada cerita pasal perempuan.. Aku pun nak ikut style filem, ada sekuel sekuel nih.. So nak tau ke mana duit kami pergi..? Jommmm...

1) Kumpul aset - walaupun kami dikatakan boros, dalam masa yang sama kami ada buat simpanan.. dan kami juga ada akaun rahsia.. Apa tu? Helooo rahsia kan kan, mana leh bagitau.. Selain ada simpanan, perempuan juga suka beli barang kemas.. Cuba tanya mak and makcik korang.. Adakan? Tak tanya pun korang nampak...

2) Beri pada orang tua - yang ni selalunya anak perempuan yang ringan tangan nak kasi mak ayah kat kampung.. Lelaki pun adaaaa tapi tak ramai atau bagi tak banyak... Errr karang tak cukup nak belanja awek makan and tengok wayang...

3) Memanjakan diri - yang ni best.. Kita orang suka manja manjakan diri kat spa @ salon kecantikkan.. yelahhh..dah stres keje mestilah nak segarkan badan balik lepas tu.. Badan pun dah tak lesu.. Kerja pun seronok..

4) Penjagaan diri - yang amat kami titik beratkan.. Muka dan badan mesti jaga beb.. Tak kiralah orang nak kata cantik di hati itu lebih baik dari muka cantik.. Logik sikit, semua perempuan nak cantik.. Tu pasal sektor kosmetik tak pernah mati.. Sebab kita oranglah!! Dari produk skin care hinggalah ke supplement semua kami ada..

5) Enjoy/bersosial atau lepak minum ngan kawan kawan mesti jadi event wajib.. Kami ni pun suka keluar lepak lepak, tengok wayang, main bowling itulah inilah.. Kami buat ni bukan apa.. Nak mengeratkan persahabatan..

6) Shopping - Kami memang alah dengan perkataan 'SALE'.. Time nilah kami dapat harga murah tau.. Selalunya jugak perempuan tak akan beli untuk diri sendiri sahaja.. Mesti akan ada untuk pakwe/suami,anak anak, mak ayah.. Kalau boleh semua orang yang kami sayang kami nak belikan.. SO KAMI SHOPPING BUKAN SAHAJA UNTUK DIRI SENDIRI..

7) Travel - perempuan pun suka travel jugak... Jangan jeles!!!

8) Buat modal berniaga online - ramai yang buat bisnes online ni.. Kaum kamilah yang paling ramai.. So duit tu kami peruntukkan untuk modal..

9) Diperabihkan oleh pakwe/tunang yang kaki kikis atau suami yang hanya pandai mintak duit... errrr,tak nak ulas byk byk..nanti ada yang ketuk aku balik..hehe

Soooo..dah tau ke mana duit kami pergi..? Ok..daaaaa.. Errr,yang no 9 tu aku dah kensel kan kan kan kan kan....





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 25 July 2011

Ke Mana Pergi Duit Lelaki? Let's Check It Out..

Assalamualaikum


Hai hai hai.. Terima kasih sebab singgah.. Well, dah nak dekat puasa ni.. Nak tanya, korang dah buat persiapan raya ke...? Aku memang tak nak tanya pasal persiapan puasa sebab belum puasa lagi dah ada yang fikir pasal raya kan kan kan.. Hahaha..jangan marah.. Joking!


Orang kata perempuan selalu boros.. Helooo, jangan disebabkan kami pantang dengar  perkataan 'SALE' sedap sedap label kami boros ehhh... Itu tanda kami pembeli yang bijak tau!


Actually lelaki atau perempuan sama je kalau bab berbelanja cuma cara kita berbeza.. Baca sekali lagi header saya kuat kuaatt.. Betul kan berbeza..? Dorang pun kadang kadang belanja berlebihan jugak.. Apa yang dorang belanjakan ek..? Let' check it out bebehhh..


1) Kumpul aset - haa..yang ni best.. tak rugi pilih lelaki yang pandai kumpul aset ni..kawin kawin dah ada semua..


2) Kereta - dorang ni memang suka 'solek' kereta walaupun tak perlu.. Agak agak kalau ada duit lebih mesti nak beli kereta baru kan kan..


3) Gajet - yang ni memang kegilaan dorang.. Asal ada gajet terbaru mesti nak dapat dulu.. Tak kira kalau harga capai 4 angka.. Inilah toy lelaki dewasa..


4) Hobi/minat - hohoho.. Dorang kalau dah minat sanggup berabis.. Siap nak ada koleksi lagi.. Selalunya hobi lelaki tak murah.. Tengoklah yang minat golf.. Murah ke hobi tu..?!


5) Bercuti - kawan kawan lelaki aku yang bujang selalu buat ni.. Kerap travel tak kira in bound or out bound.. Janji boleh tengok tempat orang and enjoy.. Pasal duit no hal!


6) Hahaha.. Yang ni lagi best!! Dorang kumpul duit nak kawen oooo... Gerun dorang dengar duit hantaran sekarang.. Ok, kerja lagi kuat bang.. nak 20K.. :)


7) Yang ni memang tak boleh blah.. Kata pompuan suka shopping boros boros.. Dorang pun samalah.. Dorang pun jaga penampilan ape.. Nak smart wangi wangi bagai..  Semua nak kena beli kan..


8) Belanja awek lain/pompuan lain - errr yang ni aku tak nak komen.. ni rahsia dorang.. kahkahkah...walaupun kita dah tau!!


Dah tau ke mana duit dorang diboroskan kan? Dah dah..gi mintak sikit sana..!





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Ok, Saya Sahut Cabaran Awak!

Assalamualaikum


Semalam saya dicabar oleh Sam Banjamin untuk post satu hari satu entri.. Mudah je kan..? Hmmm..tapi percayalah perkara yang mudah itulah yang paling payah kita nak buat.. especially bila hari hari nak kena buat.. Ada ke masa nak buat..? Ada ke idea..?


Itu baru cabaran kecil.. Macam mana pulak cabaran yang besar..? Maunye kita tergolek kalau kita tak kuat.. Lebih lebih lagi cabaran atau dugaan yang melibatkan hati dan perasaan.. Payah tau nak handle!! Bersabarlah dengan setiap cabaran yang datang.. Yang penting kita memohon dariNya agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi segala cabaran.. Jangan sesekali lalai dari mengingati Allah baik di waktu senang atau susah kerana Dialah sebaik baik Penolong..


Ok Sam Banjamin.. Saya sahut cabaran awak!!





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday 24 July 2011

Oh Oh..My Entry Is There!!!

Assalamualaikum

Ok,yes..

Aku tau benda ni sangat sangat sangat basi bagi korang.. Tapi pada aku nilah first time.. Baru je berlaku petang tadi.. Entri aku kena copy n paste.. Tak kurang tak lebih! Bak kata Zulfikar Hazri "sama,similar,same,serupa!"  Amik ko.. Tak sampai 10 minit aku post then spread kat fb.. Sentap aku jap.. Tapi sesaat kemudian aku rasa nak tergelak.. Bukan apa.. Entri yang camtu tu pun nak copy paste.. Alahai..tu aku buat time baru jer keluar toilet.. Tu pun ada yang berkenan.. Kalau aku buat entri time baru keluar masjid camane lak yer..?

Camane aku tau? Bila aku letak link kat fb, dia like siap bagi link dia.. Aku pun dengan perasaan jujur bodoh klik lar.. Oh oh..my entri is there.. Tanjat kite!!! and and and macam aku lak yang copy dia punya.. Sabo jelah..

Segan aku dibuatnya.. Bukan apa.. Entri tu ntah pape tah.. Lainlah..hikhik kalau entri tu macam entri Zulfikar.. Zulfikar lagi.. Entri dia pasal BERSIH tu orang copy siap tukar tajuk lagi.. Camtu berbaloilah kalau nak copy n paste.. Tak pun dik..ko copy je entri Ben Ashaari yang tengah silang kaki tunggu lori sampai.. Apa??? Ko tak minat Ben Ashaari?? Adeh..sorry Ben,dia tak minat la pulak!!

Nasib baik entri ni tak dibayar royalti.. Kalau tak, tak pasal pasal aku kene sebut " I'll see U in court ".. Tak ke dah nyusahkan.. Takpelah dik.. ko nak ko amik lah.. Amik semua pun takpe.. Kurang kurangnya ko ingat kat aku.. Aku ok jer.. ko ok ker?





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan Milikmu!

Assalamualaikum


Well, korang korang ada impian kan..? So far ada yang tercapai..? Atau ada yang dah lupa..? Kita ni memang banyak impian.. Impikan itulah, impikan inilah.. Ada yang dapat tapi for sure ada yang jadi angan angan mat jenin.. Macam akulah.. Banyak betul impian.. Kalau tak tercapai aku buat impian yang baru.. Camtu je go on and on.. 


Bukan aku tak berusaha dan berdoa.. Tapi bukan rezeki aku.. Kalau tercapai pun bukan seperti yang diharapkan.. Kecewa tu memanglah.. Hipokrit kalau aku kata tak.. Tu pasal aku kata kalau tak dapat aku akan buat impian baru.. Yang lebih realistik dengan kehidupan aku.. Buat apa aku nak ingat ingat lagi.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. Lepas jatuh, aku bangkitlah balik!!!


So korang yang kecewa bila tak dapat apa yang diimpikan, ikut cam aku.. Buat jelah impian yang lain lak.. Jangan nanges untuk apa yang bukan milik kita.. Allah dah tentukan apa yang terbaik.. Nanges boleh tapi jangan melampau.. Sekadar melepaskan rasa je.. Hidup kita bukan ada satu hukum je: harus berjaya, harus bahagia dan harus harus yang lain.. Ia lebih dari itu..


INGAT! Kalau itu dah memang milik kita, pasti Allah kasi.. Tapi kalau bukan, memang kita tak mampu miliki walaupun dah hampir nak gengam..


So, udah  udahlah, jangan ditangisi apa yang bukan milikmu..







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Antara Blogwalking Dan Bertandang Rumah Sedara

Assalamualaikum


Haiii semua.. Selamat berhujung minggu.. Pada yang bekerja hari ni, jangan monyok.. Anda sememang orang yang luar biasa hebat!! Hari ni aku nak menyetelkan semua kerja rumah yang tak terbuat neh.. Penat wooo minggu ni.. Penat mental and fizikal..ececeh!! Balik kerja kalau boleh rasa nak terus tido jer.. Tapi tak leehhh.. Kena mandi dulu, solat dulu, makan dulu, tengok fb dulu, jalan jalan blog korang duluuu (wajib!!).. Maklumlah orang baru..kenalah rajin jejalan say hai..kan kan? Disamping nak promote blog, naklah juga berkenal kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.. Ewah!!


Blogwalking ni aku rasa syoknya sama seperti aku gi jejalan rumah sedara sedara mak waktu kecik dulu.. Dulu mak selalu bawak kami gi rumah adik adik/sepupu sepupu mak.. Makcik pakcik aku lar.. Kiranya kunjungan balas.. Dan mesti akan ada makan minum.. Aku ngan adik adik aku ni memang nakal.. Kalau rumah yang hidang makan minum sedap sedap, kami sukaaa sangat nak pergi.. Kalau taakkkk, macam macam alasan nak elak ikut mak.. Tapi semakin kami dewasa, hal makan minum tu dah tak penting.. Yang penting hubungan persaudaraan kekal hingga ke akhir hayat..*ishhh..tetiba rasa nak balik kampung..huhuhu :(  *


Oklah korang.. Aku nak start buat house chores sambil singgah tempat korang eh.. Daaaa.. 

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 23 July 2011

Jangan Tegur...

Jangan tegur..? Entri seram ke.. Bukan Cik Kiah.. Entri biasa jer.. Nak jugak rasanya buat entri seram.. Tapi aku ni cepat sedar diri.. Karang buat penat aku je berimaginasi hantu setan bagai, sampai kat korang macam cerita hagemaru.. Mau korang gelak sampai pukul meja.. Tak nak ah..!


Korang setuju tak kalau aku kata orang yang paling banyak sound/tegur kesalahan orang lain adalah yang paling pantang ditegur? Panjangkan soalan aku? Okay,setuju tak..? Kenape? Sebab dia hanya dapat melihat kesalahan orang lain dari melihat kesilapan sendiri.. Pada dia menegur tu memang dah kerja dia..sama seperti ketua darjah diberi tugas catit nama budak bising dalam kelas.. Ada je yang tak kena yang dirasakan perlu ditegur.. Orang macam ni kadang kadang boleh buat kita panas hati dengan peelnya.. Nak tegur orang cenggini kena hati hati.. Kalau tak, boleh gaduh dan bermasam muka..


So, kalau korang ada cara/tips cara nak handle orang macam ni, sharelah ek..?





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 21 July 2011

Aku Pun Suka Bola Tauuuu

Assalamualaikum


Korang mesti baru habis tengok bola tadi kan..haaa.. Nak komen pasal game tadi boleh tapi jangan kutuk player Malaysia sampai tak sedar awk tu orang sini yer.. Aku nak kata fanatik bola tu takde lah.. Tapi jerit jerit jugak lah tengok.. Yang menyampahnya aku jerit macam tengok cerita seram.. Part yang suspen tuh lah.. Sape sape yang bawak aku gi tengok bola mesti lari nyorok.. Malu beb bawak awek cenggini..hehe.. Tapi tak pe janji aku enjoy..kan kan kan..


Okay, aku bukan nak komen pasal game tadi sebabnya aku tak tengok.. Busy beb.. Errr apsal dari pagi sampai sekarang aku busy ek??? ahhh..ignorelah.. Tapi ada satu benda pasal bola aku nak share ngan korang.. Boleh eh? 

'Hati manusia itu seperti bola yang bulat,mudah bergolek ke kiri dan ke kanan walaupun hanya dengan sentuhan lembut. Jadi hati hati semasa cuba menyentuh hati manusia'


Ehem! Jiwang... Bukan jiwang tapi itu perumpamaan yang boleh kita samakan ngan diri kita..macam orang orang tua dulu.. Guna benda benda nak mengatakan sesuatu.. Berlapik maksudnya.. Seperti pinang dibelah dua,seperti kaca ngan permata..contoh.. Errr seperti muka pecah pintu rasa tak wujud lagi kut time tuh..haha.. Selamat malam semua..


p/s: tu aku dapat dari novel Bahruddin Bekri jugak..







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Eleh!!!

Assalamualaikum

Pagi tadi aku bercerita pasal sorang kawan rapat aku yang terlibat secara langsung dalam program dakwah.. setiap weekend dia dan anggota outreach akan mengadakan satu aktiviti pemberian makanan secara percuma kepada homeless di sekitar KL.. So aku selalulah mengikuti perkembangan akitiviti dorang melalui gambar gambar dan status status yang diletakkan di facebook selain yang diceritakan sendiri..Memang menarik apa yang dilakukan oleh mereka ni.. Barulah kita tau dan ‘nampak’ hal hal yang kita tak pernah ambik endah.. Begini rupanya kehidupan kat KL..

Tapi, apa yang aku nak ‘ngadu’ kat sini ialah tengah aku cerita tu ada pulak soalan “ mana ko tau? Ko ada kat sana jugak ke? “ Pastu dia ‘eleh’ kan pulak!! Alahai… Camane aku nak cakap nih.. Pada pendapat aku, apa saja maklumat dan peristiwa kita boleh perolehi bukan setakat dengan mengalaminya sendiri.. Pada zaman moden semuakan di hujung jari.. Pengetahuan semacam itu boleh dapat dari pembacaan, pemerhatian, kajian, pengalaman dan pergaulan dengan orang yang terlibat itu sendiri.. Betulkan? Ke ada yang nak ‘eleh’ kan aku jugak??!!

Kalau ye pun tak terima apa yang orang cerita, berlapik lah sikit.. Kalau tak nak dengar pergi jauh jauh.. Takkan nak kena tunggu aku sebut “you saka, pergi jauh jauh..” kan? Kalau awak ada info tambahan hasil dari cerita tadi, apa salahnya share.. Tak yah lah nak kata ‘eleh’ dengan suara yang amat meluat!! Salah ke aku nak share apa yang berlaku??? Eleehhh!!!


p/s: aku tak marah.. Cuma terkedu bila ada yang bersikap begini.. Hmmm.. agaknya cerita aku tak best macam cerite Harry Potter.. Tak mampu buat dia nganga.. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Kesian Akak Aku Kena Tahan

Assalamulaikum

Yesss!!! Hari ni dah khamis.. maknanya dah nak weekend.. Memang minggu ni busy giler.. HOD aku kene admit kat Hospital Klang.. High risk pregnancy.. Kesian dia.. Dia ada darah tinggi and kencing manis.. Tambah pulak dia pregnant sekarang.. Banyaklah problem tu.. So dia dinasihatkan masuk wad untuk dimonitorkan oleh doktor pakar.. Sabar ye kak.. High risk macam akak ni memang banyak cabaran!!

Kita sekarang ni memang mudah sangat dapat penyakit.. Semuanya disebabkan oleh gaya hidup kita.. Kalau dulu kanser tu penyakit keturunan,orang kata, tapi sekarang penyakit kanser boleh menyerang sesiapa saje.. Begitu juga seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi.. Kalau dulu orang orang tua je ada penyakit ni.. Tapi sekarang orang orang muda cam kita tak terlepas.. Jangan terperanjat kalau buat medical check up, doktor bagitau kita ada kencing manis sekali ngan darah tinggi.. Hehe..tanjat boboi..haaaa!!

Banyak artikel yang menceritakan perihal penyakit penyakit ni.. Siap cara pencegahan sekali.. Kerajaan pun tak ketinggalan dengan mengadakan kempen kempen meningkatkan gaya hidup sihat.. Kalau rakyat sihat barulah produktif kan kan?

So tingkatkan gaya hidup sihat.. jaga pemakanan dan jangan lupa bersenam (yg ni agak payah nak buat!!!) Dan last but not least, belajar cara nak kurangkan stress.. Stress tu pembunuh dalam senyap.. Ceria ceriakan diri dan nikmati hidup dengan lebih bermakna.. Ok??!!


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 20 July 2011

Bila Masa Berlalu

Assalamualaikum..

Baru baru ni aku berjumpa dengan seorang kawan lama, kawan sekolah menengah yang dulunya rapat tapi sekarang dah tak.. Masing masing sibuk hingga lupa untuk mengekalkan keakraban yang sedia ada.. Mungkin juga disebabkan oleh jarak yang memisahkan.. Kasihan sungguh hidup ini bila kita sering membiarkan sesuatu yang berharga hilang begitu sahaja..

Banyak cerita yang kami bualkan terutama mengenai kawan kawan yang lain.. Masing masing tertanya tanya apa yang berlaku pada mereka semua.. So soalan standard mesti ada.”dorang buat apa?” , “kat mana dorang sekarang?”.. Dalam hati dah berkira kira nak menjejaki mereka.. Errr pada petang tu jelah.. Lepas tu impian tinggal impian.. Juga disebabkan kekangan waktu.. Melihat pada kehidupan masing masing, terlalu banyak yang berubah.. Dari wajah sehinggalah pada cara hidup.. Mungkin disebabkan oleh terjahan cabaran hidup.. Ada kematangan pada wajah serta tutur kata.. Kadang kadang tutur kata kedengaran ceria namun sesaat kemudian berubah bila ada yang menyakitkan hati..

Semakin kita dewasa, semakin kita lupa tentang persahabatan yang terjalin.. Engkau engkau aku aku.. Jarang kita hendak bertanya khabar.. Mungkin dalam minda kita mereka semua baik baik sahaja.. Kalau tak, tentu ada kawan lain yang akan sampaikan berita buruk.. Kalau ada!! Alangkah baiknya kalau masing masing ada keinginan untuk berkumpul dan bertukar tukar cerita.. Dan sekali lagi faktor masa dan jarak yang menjadi penghalang..

Bila hari menginjak ke senja, masing masing meminta diri sambil berjanji untuk terus berhubung.. Insyaallah..hanya mampu berdoa agar Allah memberi kelapangan masa untuk kembali berkumpul seperti dahulu..

Dan malamnya aku dihubungi oleh seorang lagi rakan lama..Minta maaf.. Sebenarnya aku hanya ingat nama tapi rupa aku langsung tak tergambar.. Dia berjaya menjejaki beberapa orang kawan yang tinggal di sekitar KL.. Ya tuhan... Rupa rupanya ramai kat sini tapi tak pernah langsung bertembung di mana mana.. Kelakarnya!! Harap harap suatu hari nanti kami dapat berkumpul dan melihat rupa masing masing bila dah dewasa..


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 19 July 2011

Hanya Lambat Sesaat

Assalamualaikum..

Hai semua.. Selamat pagi.. Dah breakfast? Jangan skip breakfast kerana ia membekalkan tenaga untuk sepanjang hari..ok?! Kalau tak, for sure tengah hari nanti korang akan makan banyak.. Not good for your diet!! Ewahh..!!

Actually, hari ni aku rasa macam nak demam.. So dalam fikiran aku dah draf nak MC je hari ni.. Dalam dok fikir fikir tu, tetiba aku received sms.. Halamakkkk.. Sms dari HOD aku lar..bagitau yang dia mc sebab demam.. Aduihhh..aku terlambat satu saat.. Tu lah.. Moral of the story, buat keputusan tu jangan terhegeh hegeh.. Lainlah kalau keputusan tu melibatkan hidup mati kita.. Hehehe.. Sekarang aku ada kat ofis menyiapkan kerja yang tak pernah selesai.. Have a great day,everyone!!


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 18 July 2011

Penulis Yang Jujur

Assalamualaikum..

Penulis yang jujur

Sungguh! Aku ingin menjadi penulis yang jujur
Jujur dalam apa yang aku tulis
Jujur dalam memberi pendapat dan pandangan

Orang kata penulis yang jujur itu menulis dari hati
Luahan dari segala isi hati, mengikut persepsinya ketika itu.
Maka harus bagaimana perlu hati aku berkeadaan?

Adakah ketika hati aku senang dan tenang
Maka yang aku tulis semuanya yang baik baik
Yang nampak kejujuran sehingga mampu ‘menyentuh’ hati pembaca?

Ataupun ketika hati aku resah melihat sesuatu yang tidak betul
Yang tidak kena pada pandangan aku?
Maka aku perlu menulis secara jujur
Tanpa peduli keaiban yang diterima mereka
Jujurkah itu?

Orang kata penulis yang jujur menulis untuk kebaikkan manusia lain
Tulisannya sering berunsur nasihat dan pandangan yang tulus
Tanpa niat untuk memburukkan keadaan
Mengharapkan agar orang lain sentiasa berada di landasan yang betul

Hmmm..sukar rupanya menjadi penulis yang jujur
Kerana aku tahu tulisan aku belum mampu untuk memberi nasihat
Sekadar nasihat untuk diri sendiri kerana Allah
Kerana aku masih samar samar dalam mencari makna jujur
Tapi sungguh!! Aku ingin menjadi penulis yang jujur

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 16 July 2011

Dalam Ruang Ini

Assalamualaikum..

Dalam ruang ini
Ada kau dan aku
Ada semua tentang kita
Ada juga tentang dia
Ada tentang mereka
Ada rajuk dan tawa
Ada cerita tentang suka dan duka
Ada tentang sayang dan benci
Ada cerita semalam dan hari ini
Ada juga cerita masa depan
Ada impian dan harapan
Ada tentang perjuangan dan prinsip
Ada pujian dan cacian
Ada kejujuran dan pengkhianatan
Ada kebenaran dan kepalsuan
Ada kisah kejayaan dan kegagalan
Ada kisah tentang aku dan tuhan
Ada rasa insaf yang menyapa
Ada tentang pertemuan dan perpisahan
Ada tentang kehidupan baru
Ada juga tentang kehilangan

Dalam ruang ini, pada satu titik
Mengikat kita, menjadi satu
Dalam ruang ini, pada satu titik
Menjawab soalan siapa kita




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 15 July 2011

First Impression, Penting Ke?

Assalamualaikum


Pagi tadi dalam LRT aku curi dengar dua orang bercakap pasal bende ni…


Perempuan 1:
First impression tu penting tau..!

Perempuan 2:
Ye ke? U…don’t judge a book by its cover okeyhh.. Tak semua yang cantik tu elok je dan tak semua yang huduh tu tak leh pakai..Luaran tak mengambarkan dalaman..ia tak menunjukkan siapa U sebenarnya..Takkan first time jumpa I tak senyum terus U kata I sombong bagak!! Mana tau ari tu I takde mood..PMS.Hari lain I ok jer..

Perempuan 1:
Of cozlah I akan anggap U macam tu!!Dengan muka masam dan bahasa boombastik U ingat I nak jumpa U lagi? U ingat I nak berurusan dengan U lagi? Sudah tentu tidak sama sekali!! *dengan suara gila serius weyyhhh..*

Perempuan 2:
Susahlah macam tu..kita tak boleh menilai orang dengan sekali pandang je..Mana adil!! Kalau nampak je orang tu tak mencapai tahap piawaian U, terus U nak kata dia tu tak bagus? Jangan tak tau ramai yang pandai berlakon baik sekarang ni U.. Jangan tertipu suda.. First impression tu tak boleh dipakai selalu..

Perempuan 1:
Tapi kalau first time dah tunjuk yang huduh2,agak agak U lah kan apa tanggapan I time tu? Dah tentu yang sepadan dengan apa yang dia tunjukkan kan kan.. Lainlah kalau dia siap siap cakap “ini hanya ilustrasi..bukan mengambarkan keadaan sebenar..”

Perempuan 2:
Yelah..tapi tanggapan pertama kita patut mengambil kira semua aspek dan tidak boleh dibuat dalam waktu yang singkat, pada masa itu.. Kalau silap? Cth, U nampak kueh tu sedap,dibungkus cantik..selera nak merasa membuak buak..lalu U pun beli dengan harapan rasanya sesedap rupanya..Bila masuk je ke mulut..Tuihhhh! U luahkan balik..”kueh apa rasa cam @#$%&^ ni?” Otomatiknye U mesti maki hamun orang yang jual tu kan? Pastu U sebarkan kat kawan kawan U jangan beli kueh kat orang tu..Tak sedap!!! Nampak?

Perempuan 1:
Nak tak nak U kene terima yang first impression tu penting.. Untuk apa U menjaga penampilan? Sebab U nak orang beri tanggapan yang elok elok je kan kan..tak kira lah U ada sikap buruk ke tak..tu nanti nanti punye cerita..Yang penting U nak dorang suka kat U bila first time jumpa..


** errrr..pastu tu aku tak tau cerita selanjutnya kerana aku dah sampai ke destinasi aku..Ampang Park..
    
     KESIMPULAN?
    Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 14 July 2011

Kita ni cukup prihatin ke?

Assalamualaikum..


Beberapa hari lepas aku ada terbaca pasal satu program baru’ ‘CUBAAN’ yang akan bersiaran pada hari Sabtu,16 julai ini,pukul 7.30 ptg di Astro Oasis..


Konsep program ini memang lain dari yg lain.. tak pernah lagi kat tv lain..kalau tak silap akulah.. Ia memperlihatkan sikap sebenar kita bila berhadapan dengan sesuatu yang tak di sangka sangka.. Prihatin ke kita di saat itu? Pendek kata nak tolong ke tak nak,nak tolong ke tak, nak tolong ke tak nak..*fikir sampai lebam!!*


'CUBAAN' dibuat dalam bentuk kamera tersembunyi..So akan ada orang orang yang melakonkan watak orang yang amat amat memerlukan pertolongan..hehe..so agak agak kalau kene kat korang camane?? Tolong biar dari hati yer..


Hmmm..aku dah selalu tengok kejadian sebenar, especially dalam tren..Huh!! Memang menjengkelkan sikap sesetengah orang..bila nampak perempuan mengandung haram nak bagi tempat duduk..buat buat tido lagi ada!!! Sampai hati betul buat camtu.. Ini contoh yang paling senang dapat kita lihat.. Haaiihh..tak dapek den nak nolong..


Inilah yang cuba ditonjolkan dalam program ‘CUBAAN’ ini.. Adakah kita sanggup membantu orang yang tidak dikenali atau berpaling sebab tak nak tolong.. Jangan nanti ada yang kata program ni saje nak kenakan orang.. Banyak mesej terselit dalam tu.. Tengok ngan mata hati.. Jangan nak seronok je!.Ini bukan Bang Bang Boom.. FAHAM??? Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Hidup Bukan Kebetulan..

Hari ni pagi pagi dah hujan.. Nasib baik tak lama.. Kalau tak, dah tentu tentu sms aku seperti biasa “akak,saya lambat sikit.. Hujan!”.. Pastu baring balik..haha.. Tak nampak kan??!!

Memandangkan tahap motivasi aku di paras bahaya, sama seperti lampu merah ultraman, maka aku mencari cari ayat yang boleh motivate aku agar semangat waja aku kembali..So ini yang aku jumpa..

“ Hidup ini memang begini, ada saja perkara yang kita anggap sebagai kebetulan, tetapi kita sering lupa yang Tuhan itu bekerja dalam rahsia. Tidak ada kebetulan dalam hidup kerana semuanya itu adalah kerja Tuhan. Tuhan akan sertakan kemudahan pada setiap kesukaran asalkan niat kita baik.”

Mana aku dapat nih.. Dari novel Bahruddin Bekri – ‘Lelaki Berkasut Merah’

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Kembalikan Hati Saya Semula

Assalamulaikum..


Entahlah..makin lama otak aku makin blank..susah idea nak datang..baca buku aku dah buat,baca artikel,majalah..blogwalking tak usah cakap..semua aku dah buat..letak topik kat facebook bagai..masih jugak tak ada idea nak buat entri.. Asal nak taip je otak aku terbejat.. huhu..

Sekarang aku terkebil kebil pandang PC.. Tak tau aku nak cerita apa.. Aku tengok korang senang je buat sampai 2 3 entri sekali.. Alangkah bagusnya kalau minda aku cair cam korang kan kan kan..Apa je entri yang korang buat seronok je aku baca.. Rasa rasa dah dapat apa aku nak taip tapi bila sampai je jari aku kat keyboard,otak jadi blank balik.. Apa orang kata tu..errr ‘writer’s block’ gitu..? Isshhh..takkanlah kut.. Aku ni bukannya penulis.. Melampau kalau aku guna ayat tu!!

Agaknya ada sesuatu yang hilang dari aku.. 2 3 hari ni aku rasa kureeengg jer.. Apa yer? Semangat kut.. Omputeh kata spirit.. Semua benda takde semangat nak buat.. Entahlah.. Aku rasa ‘separuh jiwaku pergi’ *ayat ni aku suka guna bila aku miss someone..hihi*.. Aku,biasalah kan.. kalau takde hati,satu apa pun tak jadi.. Kat sapa ntah hati aku??!! TOLONGLAH PULANGKAN BALIK!!! Tulah kan..kalau kita tak bersemangat,kurang motivasi semua benda jadi tak syok.. Mulalah rasa hidup ni membosankan.. Padahal banyak benda yang menarik berlaku kat sekeliling kita.. Orang kata,when you do something put all your heart into it.. Hmmm..hopefully sehari dua ni aku kembali ok.. Dan dan please orang itu..kembalikan hati saya semula...
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 12 July 2011

Sengal!!

Kosong..


Apa yang kosong??


Entah! Aku rasa minda aku yang kosong..


Aku pandang screen PC..kosong!!


Owwhhh!! Patutlah..tak on lagi..


Aku pandang cawan yg belum berisi.. kosong!!


Aku toleh kiri dan kanan..


Kosong kosong kosong


Aku pandang kosong jam dinding..


Memang patut pun kosong..


Rupa rupanya aku sampai awal ke ofis..


Tapi aku rasa minda aku masih kosong..


Membuatkan entry aku ni ‘kosong’






Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 11 July 2011

Jangan Buat!

Assalamualaikum..

Nak tanya..pernah tak orang memutarbelit apa yang korang cakapkan? Mesti pernah kan? Kalau salah faham tu takpelah jugak..boleh kita betulkan pemahaman dorang yang tersekat tu.. Kita tak tau apa yang ada dalam hati manusia lain..Yang pasti bukan semua orang suka kita..walaupun kita cuba untuk menyenangkan hati semua pihak!! Ramai manusia di luar sana suka memutarbelitkan apa yang dikatakan oleh orang lain.. Mereka menyalahtafsirkan ucapan orang lain mengikut persepsi sendiri supaya mudah dorang nak menyalahkan orang yang dimusuhi.. Yelah,nak buat orang tu nampak macam ‘orang yang bersalah’.. Mana yang percaya membabi buta tu mulalah nak kondem.. ikut kutuk sana kutuk sini.. Hmmm..mulianya hati orang yang putarbelit tu!!!

Kalau kita dalam situasi ini hanya ada dua cara je.. Fight back atau diam jer.. Ingat, Allah itu Maha Kaya.. Kalau kita di pihak yang benar, Insyaallah,lambat laun semuanya akan terbukti..  So, sentiasalah berdoa agar kita dilindungi dari mereka mereka ni.. Jagalah hubungan sesama manusia kerana dari merekalah doa doa yang baik dan buruk untuk kita dipohonkan.. Selamat malam..
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday 10 July 2011

Duduk atas pagar

Orang kata aku ni tak ade pendirian tetap.. Kejap ke kiri kejap ke kanan.. Kejap sokong yang ini kejap sokong yang itu.. Hmmm, tapi bukankah tidak memihak sesiapa itu pun satu pendirian jugak? Malah dgn tidak memihak sesiapa aku lebih terbuka dalam memperkatakan sesuatu.. Pandangan aku tidak terhad pada kebaikkan pihak yang aku sokong dan menafikan keburukkan yang dia lakukan..dalam masa yang sama,aku hanya nampak keburukkan pada pihak yg aku tak sokong, tapi menutup mata kebaikkan yg dia lakukan...adil ke macam tu? Semuanya ada kebaikkan dan keburukkan..tapi kita semua masih tidak terbiasa menyokong berdasarkan prinsip..

Ada tak orang yg macam aku..duduk atas pagar? Duduk di posisi yang tinggi di antara kedua-dua padang..yang nampak kedua dua belah seluas mata memandang.. Luas dan menyeluruh kerana mempunyai ‘helicopter view’ atau bird’s eye view.. Nampak segala semak samun dan belukar di kedua dua tempat.. Tak ramai yang boleh terima pendirian berkecuali ni.. Barangkali sebab hidup kita telah di set agar sentiasa dalam keadaan teratur untuk menjamin semua dalam keadaan baik baik sahaja.. Tanpa sedar kita mempunyai pandangan yang objektif pada hitam dan putih tapi bukan kelabu.. Hanya faham ‘ya’ atau ‘tidak’tapi bukan ‘barangkali’..

Jangan dipandang  sinis pendapat orang yang duduk atas pagar kerana mereka mereka inilah yang memerhati dalam senyap segala kepincangan yang berlaku.. Setuju tak bermaksud menyokong, menbantah tak bermaksud menentang,mengkritik tak bermaksud benci.. KITA PANDANG LANGIT YANG SAMA TAPI KITA BERBEZA..

p/s: Jangan sampai jadi “only see the grass is greener on his side”..
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Mana korang menghilang??

Salam semua..

Camane aku nak cakap ye? Hmm.. Wanita sekarang hebat hebat!! Bantahan? Ok, takde.. Wanita lebih boleh diharap berbanding lelaki kerana lebih bertanggjungjawab dan lebih komited.. Lelaki masa kini tidak dilengkapi dgn pengetahuan dan sifat tanggungjawab.. Masih tak ade sesiapa yang bantah ke? Pelik ni kalau semua setuju!! Lelaki sejati (yang ada sifat tanggungjawab) semakin sukar ditemui, seakan akan telah menghampiri garisan pupus.. Mana korang menghilang gentlemen? Adakah korang sudah bertukar sifat dan bentuk sehingga sukar untuk dikenal pasti kehadiran korang dikalangan kami? Atau kami terpaksa bersaing dengan spesis spesis korang jugak (lelaki lembut dan gay??)..

Atau mungkin wanita sekarang lebih berani,menonjol,yakin,betanggungjawab serta komited menyebabkan lelaki dengan senang melepaskan kepada wanita apa sahaja perkara untuk diuruskan.. Tau tau semuanya sudah selesai! Haiihh.. ini lelaki yang buta tanggungjawab.. Mungkin sudah dididik begitu, tiada ketegasan dalam memikul tanggungjawab.. dibiar balik malam, tak perlu buat kerja di rumah atau boleh tido sehingga tengah hari buta! 

Tapi aku kena adil dalam hal ni.. Masih ada lelaki yang bertanggungjawab di luar sana (walaupun sukar ditemui).. Dan mereka ini bukan sahaja menjadi rebutan wanita, malah juga lelaki lembut, gay serta mak nyah.. Tak percaya? Cuba tanya!!


p/s: wanita itu tetap tulang rusuk kiri..

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 9 July 2011

Bogel Menuju Tuhan

Aku tak tau pun yang zahiril adzim ni penulis.. Dan aku tak pernah masuk blog dia sehinggalah petang tadi.. Terleka aku dengan blog dia ni.. Aku suka cara penulisan dia.. Santai tapi tetap menjaga kesempurnaan bahasa.. Syabas!!

Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga”

p/s: Bogel menuju tuhan akan masuk dalam must-haves item..
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Berilah aku perkara yang paling sukar..aku akan belajar..

        Aku memang baru sangat dalam dunia blog.. Sebelum ni aku buat blog saje saje..Tapi kebelakangan ni aku macam suka sgt post entry kat sini.. Tapi faham faham jelar.. Blog aku masih ‘kosong’.. aku tak pandai mereka reka ayat yang ‘catchy’ mcm korang.. Bila baca boleh ternganga mulut!! Blog aku pun tak kemas lagi.. Maksudnya? Banyak lagi yang perlu aku belajar..

        Hmmm..BELAJAR. Bagi aku belajar tu satu proses tanpa henti.. Aku teringat kata kata andrea hirata dalam novel Cinta Di Dalam Gelas..”berilah aku perkara yang paling sukar.. aku akan belajar!” Ternyata telah menjentik hati aku.. Mengebu lak rasa hati.. Cuba korang sebut ulang ulang kali..tak kisah lah apa pun intonasi korang.. Lain tak rasa? Rasa macam nak sambung belajar balik kan kan.. Hehe..

        Kehidupan itu sendiri  pun satu proses pembelajaran.. Jatuh bangun kita memberi pengalaman yang amat menakjubkan..Kita belajar untuk bertahan dalam menghadapi cabaran.. Aku harap aku pun mampu bertahan di sini..Of coz dengan bimbingan dan sokongan dari korang lar..

        So korang korang tegur dan komenlah apa yang korang rasa perlu aku perbaiki.. Aku tak kecik ati.. Biasalah,orang  tengah belajar tak boleh bodoh sombong.. kan kan?





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 8 July 2011

Help..Tolong! Tolong!

Adoyaiiiii...nape semakin aku usik blog aku ni semakin teruk jadinya... Hinggakan aku melihat diriku sendiri menjadi follower pada diri sendiri... Huuuuu... Apakah???? Tolong kami... Bantu kami... Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 7 July 2011

Siapa Kita?

Selalu kita dengar ayat ni "kita adalah aoa yang kita makan".. Betul tak?



        So kene berhati hati memilih apa yang nak dimakan.. Kalau takut gemuk, kurangkan makanan berlemak dan berminyak.Kalau nak sihat kene jaga diet dengan betul.. Pastu kene amalkan senaman..


        DAN... pernah tak korang dengar "kita adalah apa yang kita baca".. Apa yang kita baca akan mempengaruhi minda dan pemikiran kita.. Sekali gus membentuk tingkah laku, perbuatan dan tutur kata.. So pilih hanya yang mampu menjana pemikiran yang cerdas dan positif..OK?






Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Kamu tak kan berjaya di luar sana jika kamu tak berjaya di sini

Pernah dengar ayat tu? Sapa sapa yang join network marketing a.k.a MLM mesti puas dengar kan? Itu ayat yang selalu leader cakap..


 Perrgghhh! Aku memang cukup anti dengar dorang keluarkan ayat tu.. Apa da doakan orang macam tu.. Tak baik tau.. Ape, korang ingat dengan join korang je baru boleh berjaya dalam hidup ke? Sebab tu aku tak suka nak hadirkan diri ke talk dorang ni.. Bila dah dapat bercakap bersembur air liur.. Giler semangat!!! Takut lak aku keluar je dari pintu dewan tu aku jadi insan tak berjaya seperti yang dorang cakapkan..


Bercakap biarlah yang molek molek.. Kan kata kata tu satu doa.. Jaga perasaan orang yang mendengar sebab dari doranglah doa doa yang baik dan buruk untuk kita dipohonkan.. Betul tak kawan kawan? Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Minyak Wangi dan Imej Korang Part 3

        Hai..ok,ini part yang terakhir..takde dah lepas ni.. Ewahhh..sukenye dia bila kita kata last~~ Nape? Tak suke eh topik nih.. Takpe..anggaplah macam kene baca buku sebab nanti nak kene amik periksa.. So kene baca jugak.. Lalalala...


        Apa fungsi minyak wangi ni sebenarnya.. Kalau nak tau,dalam sesetengah minyak wangi ada mengandungi hormon ‘pheromone’.. Hormon apa tu?! Hormon yang memandu kepada rangsangan kehendak seksual.. Hormon ni lebih banyak kat lelaki.. Faham? Haaa..jangan nganga.. Namun wanita yang memakai bauan yang mengandungi unsur ini akan lebih berkeyakinan diri dan mampu menyerlahkan sisi menarik yang ada padanya.. Tapi pengaruh hormon tu sekejap je.. So nampak apa fungsi minyak wangi?

        Fungsi lain ialah kita nak lari daripada situasi kebiasaan kita.. Sama ada kita letih dengan kerja, pasangan, dan bermacam mcam lagi.. So kat sini peranan minyak wangi iaitu untuk melegakan perasaan kita.. Perasan tak kalau kita cium sesuatu yang wangi mesti minda kita macam ‘terbangun’ dan naluri kita teransang.. Sebab itu orang suka ke spa untuk memanjakan diri bila stress.. Tempat tu kan wangi..

        Fungsi yang paling utama ialah kerana ingin menunjukkan personaliti masing masing..Korang boleh pilih yang sesuai dengan jiwa korang mengikut situasi lar..
       
        So, boleh dikatakan minyak wangi ni memberi rangsangan yang positif dalam kehidupan sehari hari.. Iaitu sebagai menenang stress, meningkatkan daya hidup serta kepekaan,.. Mulai hari ni pilihlah wangian yang menjadi kesukaan korang dan dapatkan kebaikkannya semaksimum mungkin.. Ok?! Daaaaa….






Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 6 July 2011

Minyak Wangi dan Imej Korang Part 2

        Hai korang.. Semalam aku kata nak continue pasal minyak wangi kan kan.. Ok, yang ni memang serius ringkas punyer.. Pasal perbezaan haruman.. Kita kita pompuan ni pilih minyak wangi ikut jenis jenis bau tertentu.. Macam aku, aku suke yang haruman bunga bungaan.. lembut jer bau dia.. Selalunya minyak eangi jenis ni terhasil daripada sejenis atau beberapa jenis dari kumpulan bunga.. romantik dan feminine gitewww.. Antara bunga yang digunakan ialah bunga ros, lily, jasmine, orkid, lilac dan ‘gardenias’..


        Ada pulak dari buah buahan seperti lemon, limau, oren, pic dan buah buahan beri.. Haruman jenis ini selalunya berbau lebih lembut dan sedikit keras..

        Bau ‘chypre’ pulak adalah bau bauan hutan.. Terhasil daripada ekstrak ‘bergamot’, ‘oakmoss’, sandalwood, cedar dan paku pakis..
       
        Sementara haruman oriental pulak ada sedikit bau berempah.. Erotik dan seksi.. Harumannya adalah daripada vanilla, minyak ‘camphorous’, incense resins, kulit kayu manis, musk dan amber..
       
        Secara kasar, ‘perfume’ mengandungi 30% - 40% minyak wangi.. So bau dia kuat dan tak mudah hilang.. Yang ini orang selalu guna for special occasion saje..

        EDP pulak kandungan minyaknya kurang daripada ‘perfume’.. Lebih sesuai untuk acara malam.. EDT lebih ringan kerana mengandungi alcohol 75%-85%.. Lebih digemari kerana boleh dipakai siang atau malam.. Cologne pulak untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari.. Nampak? Haaa.. Kan info tu..

        Apa apa pun pilih haruman yang korang boleh ‘bawak’ ke mana mana.. Takdelah sakit kepala fikir nak kena guna asing asing ikut situasi.. Lagipun minyak wangi kan mahal..

        Okaylah.. aku blah dulu.. Muka korang pun nampak macam nak tak nak je baca.. Nampak muka korang yang alah-bende-ni-aku-dah-tau-lama.. Dia baru nak citer.. Huuuuu.. Tak baik cakap camtu..


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 5 July 2011

Minyak wangi dan imej korang

Assalamualaikum..


        Hi sume.. Sedang blogwalking eh.. Bestkan blogwalking neh.. Makaseh kerana singgah blog kite walaupun tak baca habis..ihiks.. Ok, hari ni aku nak citer pasal minyak wangi.. Kenapa minyak wangi? Mcm tak de story lain.. Sebab aku sukeee sangat!! Tapi aku ni cerewet sikit.. Bukan sume perfume aku suke.. Kenelah sesuai dengan personaliti aku yg lemah lembut dan menawan giteewwww..Eceh, perasan!!

        Ok, ni ada sikit info pasal minyak wangi.. Rasa ada yang dah tau..tapi nak citer jugak..Haaa..tu jgn nak  close close blog ai okeyyhh!! Biasa buat keje separuh2 nih..orang tua marah tau!! Baca smpi habis!!


        Minyak wangi ni byk jenis.. Daripada pekatan hingga pada paling tekstur ringan serta dari yang padat hingga kpd yang cair.. Ada dalam bentuk minyak, ‘eau de parfums’ (EDP), ‘perfumes’, ‘eau de toilettes’ (EDT), dan ‘colognes’.. Dalam banyak banyak tu camane nak pilih satu yang terbaik dan sesuai untuk kite? Haaa..nak tau? Kene baca sampai habis ye kakak, abang, adik, makcik, pakcik... anggap korang sedang menimba ilmu.. Tak baik tolak ilmu kan kan kan..

        Ok, mari kita fahami minyak wangi secara ringkas.. Panjang karang sumpah korang tak nak baca blog aku lagi.. hanya tipah tertipu je masuk blog aku.. Ok, first apa yang kite kene faham ialah minyak wangi ni ada lapisan demi lapisan yang kita panggil ‘notes’.. Bukan duit ye adik adik.. Lapisan pertama ialah bau yang korang first time hidu.. Selalu korang bila lalu kaunter perfume mesti korang tertarik ngan bauan yang tiba tiba menjengah hidung korang.. haaa itu lapisan pertama yer.. Lapisan berikutnya dibezakan dengan baunya yang kuat tetapi cepat menyerap..

        Ok,untuk pilih minyak wangi, first kene kenalpasti haruman camane korang suke? Nak bau yang kuat atau lembut terpulang.. Kalau nak bau kuat pilih wangian berasaskan minyak.. Haruman yang mengandungi lebih banyak minyak akan kekal lebih lama.. Selalunya ni pilihan orang yg berkerja dalam bidang yang glamor glamor giteewww..yelar..nak pastikan dorang  sentiasa wangi dan mudah diingati.. Orang yang kerja professional lak suke haruman yang lembut lembut.. Kalau kuat baunya mesti kene kata ngan kawan sekerja.. Tak gitu Poah?

        Second, cuba dulu sebelum beli.. Jangan nak gelojoh sangat.. Pastikan bau dia sesuai ngan kita ke tak.. Cuba minyak wangi time tengah hari kerana pakar bagitau time tulah rangsangan bau minyak wangi sedang aktif.. Cuba bau kat test card atau sembur je kat pergelangan tangan..tak yah nak malu malu kucing mintak kat promoter tu okeyyhh.. kita potential buyer kan kan.. pastu gi jalan mana mana dulu.. Kalau masih suka bau tu barulah beli..

        Susah susah sangat tanya je kat promoter tu jenis mana sesuai untuk korang.. Mesti dorang tau jenis yang sesuai sama ada korang sesuai jenis bunga-bungaan ker,buahan buahan ker atau rempah.. Sapulah kat beberapa tempat tubuh korang.. dan sekali lagi diingatkan jangan terus beli..
Uuuiiihhh panjang dah ni.. Itu guide sebelum korang beli.. Actually banyak lagi nak cerita nih.. Tapi takpe..next entry lak eh.. aku citer perbezaan haruman lak.. untuk guide korang jugak kan.. takdelah korang beli minyak wangi yang tak menepati personaliti korang.. So tunggu next entry….
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Hati #5

Kadang kadang sukar untuk kekal dengan perasaan yang sama..hari ni benci,esok sayang..hari ni biasa2 je tapi esok rindu..Walau berjuta rasa yang saya ada,saya tetap memikirkan awak..gudnite n sweet dream.. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 4 July 2011

Hati #4

orang kata..mengkritik tak bermaksud benci,membantah tak bermaksud melawan,menyokong tak bermaksud setuju..krn akal,hati dan mulut selalu tak selari.. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Hati #3

org kata..kalau dia ambik berat psl kita maknanya dia kisah psl kita..kalau dia kisah psl kita maknanya dia syg kita..bila dia syg kita maknanya kita sentiasa ada di hatinya..Ya Allah,bantulah aku utk terus ada di hatinya..amin..

*jgn ingat org xpenah kisah psl kita..slmt malam..*
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday 3 July 2011

Kalau ingin..

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.
Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.
Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.

***sumber: www.iluvislam.com
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Bila kali terakhir aku menangis..

Bila kali terakhir aku menangis? Sebenarnya berat untuk aku jawab.. Menjawab bermaksud aku dengan sengaja mengimbas kembali kisah sedih aku.. Tanpa ada sesiapa yang mendengar rintihan..tanpa ada sesiapa yang memujuk.. Aku menangis yang bersungguh sungguh..berlaku hanya beberapa bulan lepas.. Aku memang terluka sangat.. Ketika itu hanya Allah tempat ku mengadu.. Dalam kesungguhan, aku berdoa agar dia tidak berubah hati.. Aku seakan memaksa Tuhan untuk mengikut kehendak hatiku.. Aku meminta agar hatinya,sayangnya dan rindunya hanya untukku..bukan  untuk orang lain..Aku terlupa yang Tuhan sebenarnya telah menetapkan sesuatu untukku.. Maka semakin aku meminta semakin resah hatiku..tidak tenang sama sekali..


Sehingga suatu malam setelah puas menangis, aku berhenti meminta.. Aku tidak berdoa seperti malam malam sebelumnya.. Aku hanya bertafakur menikmati rasa kesedihan yang ada di hatiku.. Di saat itu aku betul betul merasakan ketenangan.. Setelah begitu lama aku bersedih itulah saat dimana hatiku betul betul terasa ringan.. Rupa rupanya baru aku sedari selama ini aku cuba untuk melawan kesedihan dan kesakitan.. Satu pelajaran baru untukku.. Aku mula berfikir kenapa aku kalut sangat nak melawan rasa sedih dan kecewa.. Ikut sahaja rasa kesedihan itu.. Andai Allah telah tetapkan kesedihan dan kesakitan itu untuk aku, terima saje dengan penuh redha kerana setiapnya ada hikmah yang tersembunyi.. Maka doa aku pun berubah agar aku diberi kekuatan untuk menghadapi perpisahan ini..


Di saat aku menjawab soalan itu aku terasa hati aku ngilu.. Tanpa sedar sebenarnya luka itu masih basah.. Masih terasa pedihnya..Orang kata masa akan mengubat segala kelukaan.. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak tenggelam dalam kelukaan itu.. Aku menjalani kehidupan seperti biasa.. Syukur kerana aku dikelilingi insan insan yang menyayangi aku dan sentiasa sudi memaafkan kesalahanku.. Aku berjaya melupakan dia walau sesekali rindu datang menjengah.. Aku tidak pernah menyesal kerana dipertemukan dengannya.. Aku tahu TUHAN BEKERJA DALAM RAHSIA.. Aku pasti ini ujian bagiku untuk melihat di mana hati aku ketika suka atau ketika bersedih.. Ya Allah, ampunkan aku kerana lalai dalam mengingatiMU..


Kini aku berjanji tidak akan menangis untuk apa yang bukan milik aku.. Biarlah aku menangis atas rasa keinsafan dan inginkan keampunan dariNya.. Aku ingin hatiku sentiasa dekat denganNYA agar bila cinta itu datang lagi aku bisa merasa nikmatnya.. Aku tidak akan menolak rasa cinta yang datang kerana ia anugerah dari Allah.. Sehingga entry ini dibuat hati aku sentiasa ada cinta..Selamat malam.. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Bila saya stress...

Bila saya stress..

Secara otomatiknye saya akan makan coklat tanpa henti..sehingga gigi jadi ngilu.. Time ni coklat adalah salah satu must-haves items..makan pun tak nak pelawa orang.. hihihi.. buruk perangai kan time stress ni.. makan coklat pun tak mampu nak bagi senyuman manis..Haaihh.. Coklat lak pelbagai jenis.. Dari cadbury sampai ke kinder bueno.. Mereka mereka ni senang dijumpai di dalam beg, meja, peti ais dan...bawah bantal..hak hak hak.. selekeh!!!

Bila coklat tak leh tolong...

Saya akan berkelakuan seperti orang gila.. Saya akan membaca tanpa henti.. Apa apa saja bahan bacaan akan saya baca.. berenti time nak solat dan makan jer.. Gilakan? Kadang kadang sampai naik pening.. Sampaikan bila baca novel aku boleh gabungkan cerita kedua duanya jadi satu novel baru.. Uiihhh dasat!! Kononnya dengan cara tengelam dalam dunia bacaan saya boleh lupakan stress saya.. Saya fikir saya boleh bahagia dengan cara tersebut.. Rupa rupanya tak jugak...

Bila membaca pun talk leh jalan...

Saya akan mengadap PC 24 jam termasuk PC di tempat kerja.. Berfacebook, blogwalking, tinggalkan komen..like sume status kawan kawan.. Pastu berchatting *sebenarnya saya tak suke chat!!*.. Dan yang tak boleh diterima ialah saya akan update status 20 minit sekali.. Huuu.. Orang pun takut dah nak baca wehh..

Itulah saya bila saya stress..


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saya mula stress bila..

Bila..

1) rasa tak happy..

2) bila bergurau pun rasa macam serius je..kurang sense of humor..

3) marah marah dan sensitif tak tentu pasal

4) rasa letih yang teramat sangat

5) sakit kepala, bahu dan belakang

6) rasa asyik nak tido jer..membuta le tu..

7) tak besemangat nak buat apa apa

8) tak tau nak buat entry apa..

dan banyal lagi...
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Kenapa saya stress..

Saya stress kerana..

1) kerja di pejabat tak pernah siap.. bukan tak pernah habis tapi tak pernah siap! Macamane nak siap, asal aku start buat je mesti ada kerja lain yang datang..adoiyai...

2) tunggu bas sikit punya lama..kalau tau bas lambat siap siap naik teksi tadi..huh!!

3) bangun lambat pastu baju tak iron lagi..

4) bila duit tinggal sikit tapi gaji lambat lagi..

5) dapat ulcer mulut

6) kawan kawan bergurau tak kene tempat

7) semua kerje nak siap time tu jugak.. Ape pun sume nak cepat..

8) tak pasal pasal kene sound..

dan banyak lagi.... Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Hari Ahad yang mendung..

Assalamualaikum...mendung kat KL.. Hari Ahad cenggini mesti mendung beserta angin sepoi sepoi gitu.. Best!! Tenang je rasa.. Kalaulah aku ada kat kampung time camni mesti aku dah tak nak balik ke kota yang penuh dugaan ni.. Cewahh!! Oklah, Ada sorang kawan ni dia perasan yang post aku kat FB tu beberapa kali menjurus ke arah topik bermadu/poligami.. Actually apa saja yang aku post kat situ tak delah sangat ada kene mengena dengan kehidupan harian aku.. Selalunya bila aku baca post kawan kawan atau lepas baca magazines ke, novel ke, mesti aku nak post something.. Tapi biasalah kan FB.. Space terhad so citer pun sekerat.. Bila dah macam tu nampak macam kita punya luahan rasa jer kan kan.. Tapi memang ada post aku tu untuk 'orang sana'.. Hehehe..Yang mana satu..? Tak leh cakap!! Nak tau jugak? Kalau nampak post rindu rinduan tu..itulah dia.. Sape yang tak rindu beb.. Jauh tu.. Biar jauh dimata tapi dekat di hati.. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 2 July 2011

Insentif untuk poligami..

Bila kerajaan PAS bercadang nak bagi insentif pada pengamal poligami mesti ramai para isteri tarik muka masam tak pun berdebar debar.. Mana tau selama ni dorang dimadukan tanpa sedar.. Alih alih bila ada insentif cenggini baru tau citer yang awak tu sebenarnya dah bermadu lama doh.. Yang si suami pulak mesti senyum lebar kan kan.. Namun cadangan tersebut kenalah benar benar difahami kerana ada syarat syaratnya.. Ingat dorang nak bagi insentif tu gitu gitu jer.. Ewahhhh!!

Antara syarat yang itu ialah si suami kene isytiharkan isteri isteri secara telus dan bawa mereka ke dalam masyarakat.. Jangan nak sorok sorok.. Biar orang tau sape isteri isteri awak.. Pastu lelaki Kelantan termasuk wakil rakyatnya disarankan menikahi ibu tunggal.. Ini satu kebaikkan dan digalakkan kerana dapat membela nasib kaum ibu tunggal nih.. Errkkk.. ibu tunggal??? Nak ke dorang nih? Kalau yang masih bergetah tu yelah kut tapi yang dah anak 5 6 orang tu camno lak eh???

Haiihhh.. susoh lagu ni.. Realitinya mace mimpi dok? Berani ke si suami nak declare dorang dah kawen lain.. Potong jari le kalau ada??!! Adapun 2 3 kerat jah.. Hehe..

Ada eloknye kalau beri insentif cenggini.. Kalau lelaki isytiharkan perkahwinan lain maka mereka ni dapat mengelak fitnah termasuk dituduh memiliki perempuan simpanan.. Haaa kalau dah kene serbu dengan jabatan agama islam sape yang malu.. Awakkkk jugak kan kan.. Lagipun kalau sorok sorok ni banyak menimbulkan masalah pada pasangan.. Masyarakat pandang serong.. macam dah kawen tapi bila kawennye tak tau.. Pastu time raya kene raya tanpa suami... Sian jer..

Insentif ni jugak dilihat boleh menjaga kepentingan isteri ke-2 atau seterusnya.. Hak mereka di sisi undang undang terbela apabila berlaku perceraian atau kematian suami.. Sukar untuk tuntut hak kalau tiada rekod daftar kawen nih.. dan seterusnya untuk mengatasi masalah perbuatan menyorok isteri kedua atau seterusnya..

Sejauh mana cadangan ini dibincangkan idak le teman tau.. Takut nanti senyap jer.. Macam lain lain cadangan tu.. 2 3 minggu je bertahan.. Pastu malas orang nak layan dah..

Selamt malam..
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...