Followers

Wednesday 6 July 2011

Minyak Wangi dan Imej Korang Part 2

        Hai korang.. Semalam aku kata nak continue pasal minyak wangi kan kan.. Ok, yang ni memang serius ringkas punyer.. Pasal perbezaan haruman.. Kita kita pompuan ni pilih minyak wangi ikut jenis jenis bau tertentu.. Macam aku, aku suke yang haruman bunga bungaan.. lembut jer bau dia.. Selalunya minyak eangi jenis ni terhasil daripada sejenis atau beberapa jenis dari kumpulan bunga.. romantik dan feminine gitewww.. Antara bunga yang digunakan ialah bunga ros, lily, jasmine, orkid, lilac dan ‘gardenias’..


        Ada pulak dari buah buahan seperti lemon, limau, oren, pic dan buah buahan beri.. Haruman jenis ini selalunya berbau lebih lembut dan sedikit keras..

        Bau ‘chypre’ pulak adalah bau bauan hutan.. Terhasil daripada ekstrak ‘bergamot’, ‘oakmoss’, sandalwood, cedar dan paku pakis..
       
        Sementara haruman oriental pulak ada sedikit bau berempah.. Erotik dan seksi.. Harumannya adalah daripada vanilla, minyak ‘camphorous’, incense resins, kulit kayu manis, musk dan amber..
       
        Secara kasar, ‘perfume’ mengandungi 30% - 40% minyak wangi.. So bau dia kuat dan tak mudah hilang.. Yang ini orang selalu guna for special occasion saje..

        EDP pulak kandungan minyaknya kurang daripada ‘perfume’.. Lebih sesuai untuk acara malam.. EDT lebih ringan kerana mengandungi alcohol 75%-85%.. Lebih digemari kerana boleh dipakai siang atau malam.. Cologne pulak untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari.. Nampak? Haaa.. Kan info tu..

        Apa apa pun pilih haruman yang korang boleh ‘bawak’ ke mana mana.. Takdelah sakit kepala fikir nak kena guna asing asing ikut situasi.. Lagipun minyak wangi kan mahal..

        Okaylah.. aku blah dulu.. Muka korang pun nampak macam nak tak nak je baca.. Nampak muka korang yang alah-bende-ni-aku-dah-tau-lama.. Dia baru nak citer.. Huuuuu.. Tak baik cakap camtu..


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...