Followers

Sunday 3 July 2011

Bila kali terakhir aku menangis..

Bila kali terakhir aku menangis? Sebenarnya berat untuk aku jawab.. Menjawab bermaksud aku dengan sengaja mengimbas kembali kisah sedih aku.. Tanpa ada sesiapa yang mendengar rintihan..tanpa ada sesiapa yang memujuk.. Aku menangis yang bersungguh sungguh..berlaku hanya beberapa bulan lepas.. Aku memang terluka sangat.. Ketika itu hanya Allah tempat ku mengadu.. Dalam kesungguhan, aku berdoa agar dia tidak berubah hati.. Aku seakan memaksa Tuhan untuk mengikut kehendak hatiku.. Aku meminta agar hatinya,sayangnya dan rindunya hanya untukku..bukan  untuk orang lain..Aku terlupa yang Tuhan sebenarnya telah menetapkan sesuatu untukku.. Maka semakin aku meminta semakin resah hatiku..tidak tenang sama sekali..


Sehingga suatu malam setelah puas menangis, aku berhenti meminta.. Aku tidak berdoa seperti malam malam sebelumnya.. Aku hanya bertafakur menikmati rasa kesedihan yang ada di hatiku.. Di saat itu aku betul betul merasakan ketenangan.. Setelah begitu lama aku bersedih itulah saat dimana hatiku betul betul terasa ringan.. Rupa rupanya baru aku sedari selama ini aku cuba untuk melawan kesedihan dan kesakitan.. Satu pelajaran baru untukku.. Aku mula berfikir kenapa aku kalut sangat nak melawan rasa sedih dan kecewa.. Ikut sahaja rasa kesedihan itu.. Andai Allah telah tetapkan kesedihan dan kesakitan itu untuk aku, terima saje dengan penuh redha kerana setiapnya ada hikmah yang tersembunyi.. Maka doa aku pun berubah agar aku diberi kekuatan untuk menghadapi perpisahan ini..


Di saat aku menjawab soalan itu aku terasa hati aku ngilu.. Tanpa sedar sebenarnya luka itu masih basah.. Masih terasa pedihnya..Orang kata masa akan mengubat segala kelukaan.. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak tenggelam dalam kelukaan itu.. Aku menjalani kehidupan seperti biasa.. Syukur kerana aku dikelilingi insan insan yang menyayangi aku dan sentiasa sudi memaafkan kesalahanku.. Aku berjaya melupakan dia walau sesekali rindu datang menjengah.. Aku tidak pernah menyesal kerana dipertemukan dengannya.. Aku tahu TUHAN BEKERJA DALAM RAHSIA.. Aku pasti ini ujian bagiku untuk melihat di mana hati aku ketika suka atau ketika bersedih.. Ya Allah, ampunkan aku kerana lalai dalam mengingatiMU..


Kini aku berjanji tidak akan menangis untuk apa yang bukan milik aku.. Biarlah aku menangis atas rasa keinsafan dan inginkan keampunan dariNya.. Aku ingin hatiku sentiasa dekat denganNYA agar bila cinta itu datang lagi aku bisa merasa nikmatnya.. Aku tidak akan menolak rasa cinta yang datang kerana ia anugerah dari Allah.. Sehingga entry ini dibuat hati aku sentiasa ada cinta..Selamat malam.. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...