Followers

Saturday 2 July 2011

Nak remove tu remove je lah...

Salam dan selamat pagi.. Hmm..home alone!! Bosannya rasa.. Nak berFB pun tak lalu.. Tapi nak cerita sikit pasal FACEBOOK ni.. Apa tujuan uols berfacebook ni? Macam macam kan kan.. Dari sesantai santai tujuan hinggalah seberat beratnya seperti berbisnes, berpolitik tak kurang untuk berdakwah.. Walaupun tujuan kita tak serupa tapi yang pasti sebabnya hanya ada satu iaitu kita nak orang baca status kita.. Bila kita nak orang baca status kita dah tentu kita kene ada fren list.. Bila kita kene ada fren list, dah tentu kita kene add atau approve frens kan kan kan.. Sebelum tu kita tengok dulu sapa dorang kan kan.. Dah tentu tentu dorang ni berbeza latar belakang..

Memandangkan kita dah berkawan ngan dorang ni maka terimalah dorang seadanya.. Janganlah tak berpuas hati bila dorang tak sealiran dengan kita.. Mulalah nak sound sound atau nak ugut remove fren.. kadang kadang rasa nak gelak pun ye.. macamlah orang heran sangat!!! nak remove remove jelah kan.. ni siap nak letak kat status.. Selalunya orang yang join direct selling camni.. Siap sound yang lain jangan nak cakap pasal benda negative.. Cakap hal hal yang positive jer boleh.. Hmmm..positive sangat le teeuuuwww.. Suka hati dorang lah kan nak boh apa kat status kan kan.. Baca jelah.. Lainlah kalau dia komen yang negative kat status uols.. Betul tak?

Tapi kalau ada yang buat onar tu memang harus kita inform kat kawan kawan lain.. Contohnya yang 18SX tu.. Memang nak kene pelempang orang camtu.. yang macam tu wajib kita announce kat FB agar yang lain tak ter'add dia.. dan yang penting block dia terus.. ok tak...?

Oklah uols..sengaja nak buat entry basi cam gini.. Hehehe.. sebab baru baca status sorang ni pasal nak remove remove fren ni.. karang aku sound dia balik karang gaduh lak kan kan.. Aku cerita kat sini jelah.. Bukan semua orang boleh kene sound ni.. Tambah tambah orang yang terlebih lebih aura positivenya.. Pantang kena tegur tu!!! Chioww bebeh...
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...