Followers

Saturday 2 July 2011

Insentif untuk poligami..

Bila kerajaan PAS bercadang nak bagi insentif pada pengamal poligami mesti ramai para isteri tarik muka masam tak pun berdebar debar.. Mana tau selama ni dorang dimadukan tanpa sedar.. Alih alih bila ada insentif cenggini baru tau citer yang awak tu sebenarnya dah bermadu lama doh.. Yang si suami pulak mesti senyum lebar kan kan.. Namun cadangan tersebut kenalah benar benar difahami kerana ada syarat syaratnya.. Ingat dorang nak bagi insentif tu gitu gitu jer.. Ewahhhh!!

Antara syarat yang itu ialah si suami kene isytiharkan isteri isteri secara telus dan bawa mereka ke dalam masyarakat.. Jangan nak sorok sorok.. Biar orang tau sape isteri isteri awak.. Pastu lelaki Kelantan termasuk wakil rakyatnya disarankan menikahi ibu tunggal.. Ini satu kebaikkan dan digalakkan kerana dapat membela nasib kaum ibu tunggal nih.. Errkkk.. ibu tunggal??? Nak ke dorang nih? Kalau yang masih bergetah tu yelah kut tapi yang dah anak 5 6 orang tu camno lak eh???

Haiihhh.. susoh lagu ni.. Realitinya mace mimpi dok? Berani ke si suami nak declare dorang dah kawen lain.. Potong jari le kalau ada??!! Adapun 2 3 kerat jah.. Hehe..

Ada eloknye kalau beri insentif cenggini.. Kalau lelaki isytiharkan perkahwinan lain maka mereka ni dapat mengelak fitnah termasuk dituduh memiliki perempuan simpanan.. Haaa kalau dah kene serbu dengan jabatan agama islam sape yang malu.. Awakkkk jugak kan kan.. Lagipun kalau sorok sorok ni banyak menimbulkan masalah pada pasangan.. Masyarakat pandang serong.. macam dah kawen tapi bila kawennye tak tau.. Pastu time raya kene raya tanpa suami... Sian jer..

Insentif ni jugak dilihat boleh menjaga kepentingan isteri ke-2 atau seterusnya.. Hak mereka di sisi undang undang terbela apabila berlaku perceraian atau kematian suami.. Sukar untuk tuntut hak kalau tiada rekod daftar kawen nih.. dan seterusnya untuk mengatasi masalah perbuatan menyorok isteri kedua atau seterusnya..

Sejauh mana cadangan ini dibincangkan idak le teman tau.. Takut nanti senyap jer.. Macam lain lain cadangan tu.. 2 3 minggu je bertahan.. Pastu malas orang nak layan dah..

Selamt malam..
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...