Followers

Monday 31 October 2011

Bila Kawan Menjadi Lawan...



Assalamualaikum

Hai..how's your day? Hectic? Pity you..


Actually,  dah lama jari aku pada keyboard ni..  Tak tau aku nak mulakan macam mana.. Semuanya macam tersekat kat minda aku..  Tak terluah dari hati aku.. Pening sebenarnya.. Pening dengan perangai rakan rakan FB aku hari ni..  Kenapa dengan dorang hari ni ye? Sorang mcm ni, sorang mcm tu..  Yang ni pulak dengan cerita begini, yang itu menuntut begitu.. Betul-betul menguji kesabaran aku..  Atau sebenarnya mereka ini cuba menguji dan menilai,  aku ini kawan yang macam mane?


Hmmm. . Entahlah..  Perlukah kita menilai dan meletakkan tanda aras pada orang yang menjadi kawan kita selama ni?  Tak cukup baik lagikah dia pada pandangan kita selama ni?  Kalau tak cukup baik,  kenapa sampai sekarang kita masih lagi kawan dia?  Layakkah kita nak mengklasifikasikan mereka mengikut standard yang kita tetapkan?  Yang ini layak dipanggil sahabat sebab bila susah kita boleh mintak tolong kat dia..  Yang ini pulak hanya kawan sebab hanya ada time senang..  Yang sana pulak langsung tak layak dibuat kawan kerana asyik nak sakitkan hati kita je.. Begitu ke?  Sememangnya aku tak ada jawapan kerana bagi aku,  bila berkawan,  aku kawan betul betul..  Ikhlas ke tak,  sukar aku jelaskan..  Bagi aku,  bila kita mahu orang terima kita,  kita perlu terima dia seadanya..


Namun yang amat memedihkan hati bila kita dikatakan tidak ikhlas..  Hanya kerana dia tidak gembira dengan kita..  Habis tu, masa gembira?  Aku sampai sekarang masih mencari erti ikhlas dalam berkawan..  Adakah perlu kita bersusah payah untuk dia baru dikatakan ikhlas berkawan?  Kalau macam tu susahlah aku kerana keupayaan aku terhad untuk sentiasa membantu dan membuat dorang senang hati dengan aku..  Mungkinkah aku menjadi kawan yang paling tidak ikhlas di dunia.. Kenapalah orang sibuk-sibuk nak mencari keikhlasan orang lain dari keikhlasan diri sendiri..  Hmmm..mungkin sebab dia pun tak nampak ikhlasnya dia dalam berkawan..


Sekarang ni pun aku masih sedih lagi bila hari ini aku tersepit di antara dua orang kawan..  Amat susah rasanya bila terpaksa memilih untuk percaya pada siapa?  Tapi kebenaran itu memang pahit.. Dan lebih pahit bila aku dipinggirkan hanya kerana ingin tahu kebenaran.. Kebenaran tak dapat,  kawan pun hilang..


Dan aku terpaksa berdiam diri bila ada lagi kawan yang membuat aku serba salah.. Aku tak tau nak bagi respon apa?  Dorang tak tau ke aku ni pun tengah ada masalah?  Dan aku mula tertanya-tanya sebenarnya siapa mereka pada aku.. Ataupun sebenarnya siapa aku pada mereka..  Bila mudah meletak harapan tinggi, mudah juga untuk kecewa serta mudah pula untuk berkecil hati..  Sebab itu aku rasa diam itu lebih baik..  Kalau aku jawab tidak boleh,  aku takut dia akan berkecil hati dan mula kata aku ni bukan kawan yang baik..  Susahnya nak menolak harapan orang..


Terkilan betul hati aku hari ni..  Semuanya datang serentak..  Semuanya buat aku macam aku ni teruk sangat..  Cepatnya dorang berubah hati..  Hanya kerana aku buat dorang berkecil hati.. Betul ke aku buat dorang berkecil hati?  Hati aku? Takpelah, aku ramai lagi kawan yang boleh diharap..  Yang aku rasa memang betul-betul nak berkawan dalam erti kata sebenar..  Walaupun sukar untuk ke samapi ke tahap kawan sejati tapi aku percaya dorang boleh menjadi kawan yang baik.. Insyaallah..  Aku yakin.. 


Okeylah,  aku stop kat sini..  Aku nak tido sebab bagi aku tido tu terapi yang baik untuk masalah aku..  Harap-harap aku bangun esok semuanya berubah menjadi baik.. Insyaallah.. Selamat malam..






Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 29 October 2011

Malu...Malu Sangattt!!!!


MALU. SANGAT SANGAT MALU!!!! Itu je yang boleh aku cakap. Nak kata bodoh, aku tak sampai hati, lebih-lebih lagi kat diri aku sendiri. Haiiii..apalah kalutnya aku hari ni.

Hari ni aku menghabiskan masa berjimba kat Jusco Alpha Angle. Tengok-tengok barang dan shopping sekalilah. Dapatlah beg dan kasut. Tidak lupa buku. Memanglah best. TAPI, yang tak bestnya bila aku tersilap masuk toilet lelaki. Apakehe boleh masuk situ pulakkk. 

Masa aku melangkah masuk tu, aku dengar jugak sayup-sayup ada orang panggil "kak, kak.." banyak-banyak kali. Tapi aku buat dunno je dan terus menonong masuk sampai dalam. Konfius lak aku tengok toilet pompuan lain macam. Aku berhenti dan mata aku perhati dari hujung sini ke hujung sana dan last sekali pada sorang lelaki yang tengah nak shi-shi. Dia pandang aku, aku pandang dia. Nasib baik dia tak menjerit. Okey, aku rasa dia lelaki tulen!! Dan saat itu juga aku tau aku dah buat sesuatu yang bodoh. Rasa langit runtuh kat kepala aku. Aku rasa nak tanam diri aku kat dalam tanah dan balik rumah ikut underground. Dalam masa yang sama, dengar cleaner panggil aku "kak, kak.."- dengan jelas sekali!! Tadi kenapa kurang dengar ye? Aku pun toleh. Nampak cleaner tu tunjuk depan sambil kata "sana,sana.."

Okey, dengan muka selamba aku keluar dan terus masuk toilet perempuan. Ambik masa jugaklah nak keluar dari situ sebab aku dah malu ngan cleaner tu. Aku nak tunggu dia dah takde kat situ baru aku keluar. Dan aku harap, lelaki tandas tadi tak ingat muka aku dah.. Eeeuuwww...  Erniefaizal, lain kali jangan berangan boleh tak??? MENCI!!!!



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 28 October 2011

BUKU FIXI - PECAH


Hai readers,


Aku baru habis baca novel PECAH terbitan BUKU FIXI. Mesti ada yang tak pernah dengar kan? Memang. BUKU FIXI ni new publisher. Karya-karyanya lebih bersifat urban dan kotemporari. So jangan terperanjat kalau jalan ceritanya lebih “berani” dan gaya bahasanya tidak berlapik (bahasa slanga dan lebih celupar). Konsep yang diketengahkan sangat simple. Kaver yang tidak banyak kaler dan title yang hanya mengunakan one word. Blurp juga sangat ringkas. Mungkin korang boleh jengah-jengah BUKU FIXI. Mana tau sesuai dengan taste korang.

Okey, novel PECAH ni ditulis oleh Khairulnizam Bakeri, pemilik blogger salahtaip.blogspot.com . Meh aku review sikit pasal novel ni. Cerita bermula dengan satu adegan rompakan di Bank CIMB Shah Alam. Didalangi oleh 4 orang iaitu Herman, Alan, Radi dan Don. Berjaya membawa lari duit dan satu peti simpanan dari loker 136. Namun malang bagi Alan bila kakinya ditembak oleh Kazim, manager bank berkenaan.

Jadi perompak-perompak itu pun drop Alan di hospital dan berjanji akan keluarkan Alan dari situ. Dalam masa yang sama seorang pakcik bernama Bakar dimasukkan ke wad kerana koma. Pakcik Bakar ni duduk di rumah orang tua dan sangat sayang pada Lidya, jururawat di rumah orang tua tersebut. Pakcik Bakar telah menyerahkan sesuatu kepada Lidya yang disimpan di dalam peti simpanan di CIMB Shah Alam. Dari situlah kita nampak kaitan antara watak yang terlibat. Apa yang ada di dalam peti simpanan itu? Dan kenapa pula bank itu dirompak? Baca sendiri okey!!

Sebenarnya watak-watak dalam novel ini saling berkait antara satu sama lain. So penulis telah menggunakan teknik flashback untuk mengaitkan mereka. Ada kisah hitam yang membawa kepada rancangan rompakan itu. Bila korang baca buku ni, korang akan tau bahawa rompakan itu bukan rompakan biasa. Tapi satu konspirasi oleh master mindnya untuk membalas dendam di samping ingin membongkar satu kebenaran.

Orait, novel ni memang menarik untuk dibaca. Ringan dan catchy. Lari sedikit dari cerita cerita biasa. Namun masih lemah dari segi jalan cerita. Kurang thrill kerana apa yang berlaku di dalamnya ‘smooth’ sahaja. Dari segi bahasa, memang santai. Kadang-kadang agak kekok dan mengelirukan, terutamanya bila watak bermonolog. Perlu dibezakan dari segi font atau saiz text. Dan ehem!!! Ada adegan 18SX uuu… So aku pun baca dengan malu malu kucing lah. Tau-tau abis jugak perenggan tu aku baca. Hehehe.. (gelak malu malu). Yang ni memang novelis lain tak buat. Kalau penulis buku porno aku tak taulah. Rasanya inilah dikatakan urban dan kotemporari. Life zaman sekarang kan?!

Ending cerita pun lain. Haha, memang tak terjangka. Penulis ni memang nak buat pembaca dapat agak apa endingnya tapi rupa-rupanya apa yang berlaku sebaliknya. Apa-apa pun salute pada Khairulnizam Bakeri. Banyak lagi novel-novel dari BUKU FIXI. So aku kira akan cuba baca semua buku fixi yang ada. Hmmm, budget lari lagi nampaknya…









Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 24 October 2011

Kau silap...




kalau kau rasa, kau jaga hati dia, dia suka 
kau silap

kalau kau rasa, ikut cakap dia, dia suka
kau silap

kalau kau rasa, dah cukup sayang dia, dia suka
kau silap

kalau kau rasa, dah senangkan dia, dia suka
kau silap

kalau kau rasa, ikut telunjuk dia, dia suka 
kau silap


kalau kau rasa, dah buat yang terbaik, dia suka
kau memang silap

kau silap kalau kau rasa dah puaskan hati semua
kerana

TAKKAN BOLEH PUNYA





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 22 October 2011

Bulan




bila aku melihat bulan
aku berhenti menghitung bintang
biar apa pun bentuknya
jauh atau dekat
tetap aku memandang bulan
biarpun bintang berkelip indah
mataku hanya pada bulan
tapi bila bulan menghilang
hati diusik resah
 menghitung kembali bintang
dengan harapan terlihat bulan
oh, rupanya bulan ditutup awan
tetap setia di situ
mengintai di balik awan
melihat wajahku kesedihan
lalu muncul kembali
kerana tahu aku suka melihat bulan
hmmm..rindunya aku pada bulan..






Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 21 October 2011

Bila Suami Jatuh Cinta Lagi..Adeiiihhh!!!


Assalamualaikum...

Hai suami suami nakal...  Camane skandal..  Okey?  Good.

Pagi tadi aku dapat sms dari seorang kawan.. Terperanjat jugak aku.. Bertambah terperanjat bila aku baca kandungan sms tu.. Fuhhh.. Sms tu memang berjaya menukar pandangan aku 360 darjah!!! Nak tau?

Okey, mari aku cerita what is the sms about.. This fren of mine (perempuan) telah meluahkan rasa kecewa dia terhadap lelaki bernama suami.. Pendek kata hubby dialah.. Dia kata hubby dia ni nakal.. At first, aku tak faham maksud dia.. Then, semakin banyak sms dari kawan aku tu masuk.. Terus terang kata a bit mengganggu kerja akulah.. Tapi as a fren yang dipilih sebagai tempat untuk mengadu, aku dengan ikhlasnya melayan setiap luahan hatinya (bercampur rasa kay-poh)

Dia kata hubby dia ada affair dengan perempuan lain.. Wohoo!! Aku pun tanya dengan siapa (macamlah aku kenal siapa ek?!-soalan spontan!!).. Kawan aku ni kata hubby dia kenal perempuan ni dekat FB.. Hmmm..betullah FB ni boleh merapatkan silaturrahim sesama insan kan kan kan..  Dorang ni dah sampai tahap nak kawen.. Mungkin tuhan nak tunjuk, maka kawan aku ni terbaca sms perempuan itu semasa suaminya tengah tido..  Kira curik bacalah.. ( Wahai suami, lain kali lock phone yea.. Tak pun letak bawah bantal..  So skandal korang masih selamat..  Ngerti deh??!! )

Bila dah terkantoi, si suami diam tak cakap apa..  Okey, info tambahan, ini adalah salah satu taktik suami mengelak dari disiasat dengan lebih lanjut..  Aku tanya lagi sejak bila suami dia berperangai camtu..  Kawan aku kata sebenarnya suami dia ni memang nakal habis!! Itu bukan yang pertama dan dia yakin bukan yang terakhir.. Kawan aku ni dah tak tau nak buat camane dah ngan suami dia..  Akhirnya dia pasrah je.. Tapi pagi tadi dia rasa macam nak luahkan apa yang terbuku di hati..  Aku tak tau nak nasihatkan dia apa..  Cuma boleh nasihatkan dia bersabar jelah..  So setakat itu je aku boleh bagitau pasal sms kawan aku tu..

Aku tak berani nak komen lebih lebih..  Bukan sebab aku tak ade pendirian tapi aku takut aku emo..  Kalau aku di tempat isteri, aku rasa aku telah teraniaya dengan sikap suami yang nakal ni..  Siapa suka ye tak? Kita penat penat uruskan rumahtangga, jaga anak, jaga suami tup tup dia nak kawen lain.. Kalau aku memang hangen satu badan!! Mana boleh nak kongsi kasih.. Perempuan ni tak kisah apa pun tapi jangan kacau suami dia.. Tu je!!  Korang nasihatlah apa pun, cakaplah apa pun, korang nak ceritalah pasal payung emas bagai, tetap dia tak nak suaminya kawen lagi.. Memang ada perempuan yang redha tapi yang tak redha tu laaaaagii ramai.. Tau tak?

Tu kalau aku di tempat isteri.. Tapi kalau aku di tempat kekasih pulak camane? Sanggupkah aku melukakan hati si isteri?  Hmmm, tengok pada hati lah kut..  kalau hati kering mungkin aku carry on je hubungan ngan suami orang ni..  Dah dia sayang kat aku, nak buat camane kan?  Aku pun sayang dia jugak..  Dah tentu tentu aku harap dapat berkahwin dengan dia..  Jadi no 2 pun tak pe..  Masa tu,  aku yakin 100%  dapat mengharungi kehidupan bermadu ni tanpa masalah..  Yelah,  hati tengah penuh rasa cintaaa...  Konon prinsip aku,  kau tak kacau aku,  aku tak kacau engkau..  Selagi suami kita adil dari segi giliran,  its fine to me.. Huh..shallow!!

Aku tak taulah apa yang si suami cari.. Isteri cantik, anak ramai, hidup dah stabil.. Everything nampak sangat perfect dan bahagia..  Aku rasalah mungkin suami suami ni sentiasa menanggung rasa bersalah kerana membiarkan wanita-wanita lain hidup keseorangan kut..  Aku pernah jugak tanya kawan lelaki yang dah kawen tapi noty ni..  Dorang ni pun sometimes tak ade sebab yang konkrit pun..  Once again, shallow.. Huhhh!!!

Hmmm..banyak lagi aku nak cakap sebenarnya..  Tapi aku dah mula rasa nak teremo suda...  Baik aku berhenti..  Jap!!  Tetiba aku teringat kata kata kawan fb aku..  Dia kata, "seseorang itu dikatakan perampas hanya bila dia ingin memiliki semua kasih sayang suaminya dan tidak ingin berkongsi..  Tidak kiralah dia itu isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat.."

Pandangan aku?  Hindari mereka..  Jangan nak pandai pandai guna ayat "kalau dah jodoh nak buat camane.."  Itu tunggu suami korang yang juga suami madu korang telah berjabat tangan dengan tok kadi.. Then u can say "dah jodoh.."  Good night..





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 20 October 2011

Errr..Sarah Tu Aku Ke?


Assalamualaikum..


Hai people..  Hari ni dah masuk hari Khamis..  Cepat je masa berlalu..  Aku pernah kata aku tak berapa gemar hari Rabu..  Syukur dah masuk hari Khamis pun..  


Oh ye..  Ada kawan kawan aku dok tanya pasal entri Nama Aku Sarah..  Sarah tu aku ke?  Errr..Sarah tu aku ke.. (yang ni aku tanya balik kt dorang..hehe)..  Actually, aku pun tak tau..  Sikit sikit ada kot persamaan.. Pastu dorang tanya pulak siapa lelaki yang aku maksudkan..  Alahai, yang ini memang aku tak dapat jawab.. Sebab? Aku pun tak pasti yang aku dah jumpa atau belum..  Diakah orangnya atau pun bukan..  Kerana sampai sekarang hati aku masih lagi ragu ragu..  Walaupun kadang-kadang aku rasa yakin tapi lebihnya tetap rasa ragu-ragu..


Orang kata kalau kita dah jumpa jodoh kita,  hati kita tidak lagi berasa ragu ragu malah akan rasa bahagia.. Dan bahagia itu pula datangnya kita sedar kerana kita tahu dialah orangnya..  Masalahnya,  secara sedar aku aku masih tak pasti.. Hmmm..


Tak apelah..  Aku rasa aku patut minta pertolongan dari-Nya..  Minta agar Dia beri petunjuk..  Minta agar Dia boleh hilangkan rasa ragu-ragu aku..  Supaya aku tidak perlu lagi mencari cari..  Cuma kali ini aku perlu yakin dengan rasa hati sendiri kerana andai aku gagal, bukan aku yang kecewa tapi aku yang mengecewakan..  Bukan aku yang terluka tapi aku yang melukakan..  Alamak, puitisnya!!!


Errr..pasal Sarah tu aku rasa nak buat kisah panjang sikit..  Mungkin kisah Sarah mencari cinta..  Di mana cintanya? Adakah Sarah perlu pergi jauh atau cintanya itu hanya di depan mata?  Bunyi cerita cam klise je kan? Tapi ok ape?!  Dah boleh start buat draf ni..


Oklah, korang dah nak tido kan..  Pegilah tido..  Aku pun nak tido..  Sejak aku berbloging ni tido aku asyik lewat je..  Haha..aku salahkan blog yang tak boleh nak jawab balik.. Ok people.. Gud nite n sweet dream yea...





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 18 October 2011

Bila Mula Rasa Sangsi


Assalamualaikum & hai people..

Malam ni susah betul mata aku nak lelap..  Entahlah..  Seharian aku memikirkan satu perkara.. Dan aku semakin percaya yang perkara ini menjadi semakin penting sekarang..  Ini kerana,  sekiranya perkara ini dari mula lagi tiada maka ia akan menganggu perkara perkara yang  lainnya..  Dan aku mula menilai apa itu "PERCAYA.."

Memang susah untuk mendapatkan kepercayaan orang terhadap kita..  Walau hakikatnya kita sedaya upaya menjaga semua perkara semata-mata agar dia percaya kepada kita..  Tapi seandainya orang masih sangsi,  ia hanya mendatangkan rasa kecewa dan terkilan..  Kerana kita terpaksa pula berusaha keras untuk membuktikan yang kita layak untuk dipercayai..

Entahlah..  Mungkin pada orang lain ini hanyalah hal yang biasa-biasa sahaja.. Bukannya hal yang perlu difikirkan seberat-beratnya..  Tapi bagi aku,  bila orang itu mengatakan yang aku beralasan,  hati aku tersentap..  Dan sangatlah hipokrit kalau aku katakan yang aku tidak berkecil hati..  Memang mudah meminta maaf atas keterlanjuran berkata-kata..  Dan mudah juga memberi maaf..  Tapi lagi sekali, sangatlah hipokrit kalau aku seminit kemudian boleh tersenyum ceria..

Walau tak seratus peratus percaya,  aku tidak pernah rasa sangsi..  Kerana bila aku mula sangsi,  saat itu juga aku mula hilang semua..




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday 16 October 2011

Berhujung Minggu Bersama LELAKI BAIK

Assalamualaikum & hai..


Tadi hujan sekejap di Kuala Lumpur..  Sama seperti kelmarin..  Di hujung minggu begini sudah pasti dipenuhi dengan aktiviti aktiviti yang menyeronokkan..  Aku pula banyak menghabiskan masa hujung minggu dengan membaca novel dan 'berjalan-jalan' ke blog lain.. 


Sebenarnya aku merancang untuk menulis entri esok sahaja memandangkan aku telah pun menulis satu entri pagi kelmarin..  Aku rasa jangka masa untuk mengeluarkan entri baru seelok-eloknya selang dua hari..  Itu untuk akulah kerana ini bukan blog famous untuk orang sentiasa datang baca..  Kalau aku blogger famous sudah tentu dalam sehari blog aku sudah ada dua tiga entri..  Silap haribulan aku pun akan menghasilkan buku..  Penulis blog dan buku..  Wahhh, hebat!!!  *berangan*


Aku sudah mula membaca ' MAT DESPATCH: LELAKI BAIK - BAHRUDDIN BEKRI..' Sebelum ini aku ada ceritakan pasal LELAKI BAIK ini kan?  Baru baca beberapa muka surat,   aku sudah tidak sabar hendak ceritakannya di sini..  Dan sedikit sebanyak penulisan entri aku kali ini dipengaruhi oleh gaya penulisnya..  Jadi mungkin sambungan untuk entri SEMALAM akan aku buat kemudian..  Lagipun aku tahu ramai yang tidak minat untuk meneruskan bacaan entri bersambung sambung.. Tambahan pula blog aku bukan blog famous yang orang ternanti-nanti cerita seterusnya.. * aku sebut famous 3 kali..  Kenapa ya? *


Aku belum boleh menceritakan semuanya disini kerana aku belum habis baca.. Cuma aku boleh beritahu yang kali ini watak 'AKU' menulis diari kerana ingin melegakan perasaannya dan ingin merasa tenang..  Ini kerana 'AKU' berasa tertekan oleh banyak perkara lalu dengan menulis diari kali ini,  dia dapat melihat dengan jelas punca kekusutan yang melanda agar dia boleh meleraikannya..  Selain itu 'AKU' juga sedang mencari maksud berkenaan 'LELAKI BAIK..'


" Hati hati dengan apa yang kamu harapkan.." - Ayat permulaan yang menarik perhatian aku..   Aku masih mencari maksud di sebalik ayat ini..  Jadi aku tidak mahu ulas mengenainya sehingga aku habis membaca buku ini..


Ayat kedua yang membuat aku tersenyum..


" Tentu dia membayangkan orang yang menulis diari itu adalah seorang lelaki yang sengaja membuat matanya menjadi kuyu apabila memandang perempuan. Ataupun seorang lelaki yang asyik tanya, " Awak sudah makan?" kepada perempuan.  Lelaki begitu fikir perempuan tidak tahu suap nasi sendiri ke mulut agaknya."


Tergelak aku dibuatnya kerana aku sering ditanya soalan itu oleh yang tersayang.. Hmmm,  kadang kadang aku tidak tahu apa yang perlu dijawab memandangkan aku seorang yang makan bukan ikut masa..  Dan yang sadisnya aku sering tidak makan.. * on diet, konon *  Kadang kadang,  soalan itu agak menakutkan.. Haha..  Okey,  aku faham dengan sikap ambil berat itu..  Tapi,  apa yang aku selalu rasa, dia bukan hendak bertanya sangat pun..  Dia hanya hendak mendengar suara kesayangannya sahaja..  Betul tak sayang?  *perasan*


Okeylah, aku berhenti dulu..  Lagi dua hari aku buat entri baru..  Tidak perlu tunggu.. Nanti aku beritahu melalui facebook.. (errr..ayat tak boleh blah!!! Please deh..) Haha.. Daaaa..



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 15 October 2011

Bahasa Pasar vs Bahasa Melayu Tinggi



Hai everyone...

Okey tak hari ini..?  Well, aku harap semuanya baik-baik sahaja..  Kali ini aku tak akan sambung cerita Aku , Kau dan Facebook..  Aku tau kau orang bosan dengan sambungan cerita tu kan..  Alaaa, tak perlu berterus terang..  Aku tau..  Cuma ehem ehem aku sahaja yang suka baca entri aku..  Tak tahulah, sebab dia memang suka entri aku atau saja nak buat spot check..  Yelah,  nak tengok aku tulis entri pasal siapa..  Nanti dia tanyalah aku tulis pasal siapa..  Cemburulah tu..  Hahaha..  Tapi cemburu tanda sayang kan.. Wow..seronoknya dapat buat dia cemburu..  Hahaha.. Okey, joking!!!  Yang sebenarnya kalau dia tak baca aku akan merajuk..  Haha, boleh gitu?


Okey people..  Sebelum ini aku pernah buat entri mengenai Bahasa Melayu Tinggi (BMT) kan?  Sempena bulan Bahasa..  Ingat?  Tak ingat??!!  Nampak sangat kau orang makin dimamah usia..  Simptom kemerosotan memori..  Aku janji nak share tip tip yang ada kan..  Dalam entri kali ini aku cuba untuk menggunakan Bahasa Melayu tinggi..  Yang pasti masih banyak kesalahan di sana sini..  Tak apa perlahan lahan.. Bila dah lama tidak menggunakan bahasa melayu dengan betul,  aku rasa agak susah..  Dah terbiasa menggunakan bahasa basahan dalam kehidupan harian.. Tambahan,  dalam penulisan blog semua itu tidak diambil kisah langsung..  Main hentam sahaja..  Yang pasti kita senang dengan penggunaan bahasa basahan kerana ia lebih dekat di hati..  Maklumlah, kita bercakap pun tak kira semua tu..  Seboleh mungkin nak ringkas..  Lagipun kita dipengaruhi oleh dialek kita..  Asal aku faham engkau faham, okeyla..


Jadi sekarang aku nak bagi tips.. Tips ini aku copy seratus peratus sebab aku takut kalau aku buat dalam ayat sendiri akan berlaku silap penyampaian..  Lebih baik aku copy sebijik.. 


Tip BMT yang pertama adalah penggunaan kata singkat seperti ni, tu, je dan sebagainya.  Dalam BMT, penggunaan kata singkat itu tidak dibenarkan dan ia perlu digantikan dengan kata standard.  Misalnya, ni = ini, tu = itu, je = sahaja, dan seterusnya.  Contoh ayat yang tidak menggunakan BMT, '  Saya makan nasi je. Korang makan apa pulak?'  Apabila menggunakan BMT, Ayatnya ditulis begini, ' Saya makan nasi sahaja. Kamu makan apa pula?' ( Diari Mat Despatch - ms: 4-5 / Bahruddin Bekri)


Tip kedua pula adalah penggunaan kata basahan iaitu kata percakapan yang salah maksud penggunaannya..  


Misalnya, 'Siapa bagi awak hadiah?'  Penggunaan perkataan 'bagi' dalam ayat itu tidak tepat.  Perkataaan yang tepat adalah 'beri'.  Begitu juga dengan ayat ini,  'Saya ingat dia tinggal dekat Manjung.'  Penggunaan perkataan 'ingat' dan 'dekat' juga salah dalam konteks ini.  Ayat yang betul adalah,  'Saya fikir dia tinggal di Manjung.' (Diari Mat Despatch - ms: 5 / Bahruddin Bekri)



Faham tak people..  Itulah yang aku maksudkan..  Mungkin dalam percakapan, kesilapan seperti ini tidak menjadi hal..  Yelah, takkan nak formal sangat bila bercakap..  Gila apa!!!  Tapi ia menjadi penting dalam bidang penulisan kerana penggunaan bahasa secara betul membolehkan karya seseorang itu menjadi evergreen..  Beberapa tahun pun orang akan baca dan faham..  Itu salah satu pendapat penulis buku Diari Mat Despatch - Bahruddin Bekri..


Aku berhenti dulu sebab aku kena basuh baju sekejap..  Kalau tak siap nanti mak tiri aku marah..  Karang dia suruh aku cari kayu api pula..  Orang comel macam aku tak boleh masuk hutan..  Nanti bunian berkenan..  Ahaksss..  Nanti aku sambung balik okey?  Have a nice day..  Daaa...


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 14 October 2011

Aku, Kau Dan Facebook #2


Assalamualaikum...


Hai korang yang belum tido..  Berjaga malam?  Baguslah camtu..  Sebab aku perlukan korang untuk baca sambungan entri semalam..  Tak panjang...  Pendek je..  Agak-agak sape yang susah nak tido tu, bolehlah baca entri ni sampai menguap..  Buat pelelap mata..  Silalah ye...


[Sambungan semalam.....]

Lama aku merenung chatting box..  Aku mengira-gira untung ruginya kalau aku bagi nombor telefon aku pada dia..  Aku tak bagi respon..  Isshhkk..  Tak boleh, tak boleh!! Tak boleh bagi..  Aku biarkan permintaannya tergantung macam tu sahaja sambil berharap dia faham kalau aku tak reply..  Tu maksudnya aku tak nak teruskan chatting dan aku tak akan bagi nombor telefon pada dia.. 


Ni yang aku malas kalau chat dengan spesis lelaki..  Mesti nak nombor telefon.. Agaknya dorang ni dah banyak duit nak bayar syarikat telekomunikasi..  Aku rasa CEO Maxis, Digi dan Celcom mesti sayang dorang ni lebih kan? Kalau cakap seminit dua tak apa jugak..  Ni mesti nak cakap lama lama..  Tanya itulah, tanya inilah..  Yang dah tanya pun nak tanya lagilah.. Biar boleh borak lama sikit.. Hisss..tak tau ke kita sebenarnya tak suka..


Hmmm, apa alasan aku nak bagi kat dia ni..  Ahhh..buat apa bagi alasan..  Cakap je terus terang supaya dia tau batas antara aku dan dia..


“Awak,  saya tak nak bagi nombor telefon kat awak sebab saya tak nak awak telefon saya..  Tak ada sebab awak nak call saya..  Lagipun saya hanya nak berkawan setakat kat fb je..  Lebih dari itu saya tak nak..”


Kejamnya statement aku kan?  Agaknya kalau orang kata kat aku macam tu, aku mesti dah remove dia dari fren list..  Mesti aku kata berlagak punya orang..  Aku bayangkan yang mulutnya herot herot mencebik.. Mesti dia menyampah dengan statement aku tu sambil berkata dalam hati “Elehh..sombong!!!”


Tapi lain yang aku bayangkan lain yang aku dapat..  Rupa rupanya dia ni jenis hati kering..  Aku tak bagi nombor telefon sebaliknya dia yang bagi nombor dia kat aku..  Ingatkan dia give up bila aku senyap je..  Aduhai.. Tetiba aku rasa seperti berurusan dengan orang MLM je..  

.
“ 013-XXXXXXX..  Ni nombor saya..  Agak-agak kalau awak senang awak call saya..  Bila bila pun saya tak kisah..  Tapi kalau sudi, awak bagi nombor awak juga..  Saya janji saya tak kacau awak..”


Errr okey..  Statement dia yang last tu memang sikit mengelirukan..  Kalau tak call kenapa nak minta nombor telefon..? Tapi aku berfikiran positif..  Mana tau kut kut dia memang orang MLM.. Penting tau nombor telefon bagi dorang.. Sama penting macam kita mengumpul tin kosong dan kemudian tukarkan dengan duit..


Apa apa pun aku tetap ucapkan terima kasih kat dia sebab bermurah hati memberi nombor telefon kat aku..  Well, kita kan diasuh supaya sentiasa berkata terima kasih bila menerima sesuatu.. Dan dengan senang hati dia menerima kasih aku..  Owww yeahhhh...  Bila dah macam tu, aku pun cepat cepat kata nak log out..  Konon dah ngantuk..  Padahal mata aku cerlang macam mata spongebob time happy..  Dan sempat lagi aku kata aku tak janji akan call.. *dan sebenarnya aku tak simpan pun nombor tu..*


So, bagaimana hubungan kami selepas ini..?  Esok esok lak cerita..  Ngantuk beb.. Selamat malam...





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 12 October 2011

Aku, Kau Dan Facebook #1

Aku kebosanan..  Sekejap aku baring, sekejap aku duduk..  Penat duduk, aku bangun berdiri..  Berlegar legar dalam bilik..  Nak tengok tv takde cerita best pulak..  Buku yang aku baca dari tadi satu pun aku tak faham.. Mati kutu.

Kenapalah malam ni bosan sangat..

Sesekali aku menjeling henfon aku..  Haiii, senyap je henfon tu malam ni..  Aku perasan bukan malam ni je tapi dah seminggu lebih..  Masih merajuk ke ‘orang sana’..?  Aku teringat perang sms antara aku dengan dia..

Semuanya gara gara aku tak nak berjumpa dengan dia..  Sebab?  Biarlah rahsia..  Ini berkenaan prinsip aku sebagai seorang wanita..  Ececeh..  Takpelah,  agak agak kalau dia dah habis rajuk nanti dia call lah..

Hmmm..  Bukak Facebooklah..  Nak tau apa aktiviti kawan kawan aku..  Dah 2 hari aku tak ber-online..  Sure banyak cerita yang aku terlepas ni..

Aku pun capai laptop kat hujung katil..  Aku on laptop dan menunggu beberapa ketika..  Bila aku dah nampak icon google chrome, aku pun klik kat situ..  Nasib baik line internet superb malam ni..  Laju je macam superman nak pergi selamatkan orang yang jatuh bangunan..  Lepas tu aku klik kat ‘Welcome to Facebook’..  Aku login dan...tadaaaaa...  Sekarang aku berada di laman muka buku..  Yeehaaa!!!

Wahhh, ada beberapa pesanan di inbox dan beberapa notifications.. Mula mula bukak inbox dulu sambil mengharap ada pesanan dari ‘orang sana’.. Hmmm, hampeh.. Satu pun takde dari dia..   *terasa*  Tengok notifications pulak.. Nampak ada yang bagi komen untuk status dua hari lepas.. Malaslah nak reply komen.. Biar je..

Then aku pun mula melihat post yang lain lain..  Tengah aku melihat lihat, tiba tiba ada kawan dari chatting box  bagi salam..  Siapa pulak dia ni..  Jarang nampak pulak tu..  Aku biarkan je dia..

Lagi sekali dia bagi salam..

“ Salam.. Ganggu ke? Kalau ye, saya minta maaf..”

Alahai...  Sopannya mamat ni..  Saje le tu nak tunjuk baik..  Biasalah kan..  Bila nak berkawan kita kena tunjuk side yang baik baik je..  Mana ada orang yang awal awal lagi tunjuk dia tu jahat.. Mampos takde sape nak kawan..  Orang jahat sendiri pun tak nak kawan..

Mulanya aku memang tak nak layan tapi bila dia tanya..

“Awak blogger eh?”

Eh!! Aku rasa itu soalan yang menarik untuk aku jawab..  Hehe..   Aku tanya mana dia tau aku blogger..  Dia pun bagi tahu yang dia selalu nampak aku post entri aku kat Facebook.. Oowwhhh,begitu..

Maka perbualan kami berlanjutan dalam sesi kenal mengenal..  Masing masing bertanya dan menjawab soalan..  Dan seperti biasa aku dapat menjangkakan satu soalan wajib akan ditanya..   Apakah soalan itu??? Tunggu lepas ni..  Satu, dua , tiga, empat, lima... dan tak sampai sepuluh maka...

“ Ada nombor fon tak? Mana tau senang senang nanti saya boleh call..”

Kan aku dah kata...   So adakah aku akan memberi nombor fon kepadanya?  *apa tanya soalan banggang*

Tungguuuuu...  Episod akan datang..  








Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 10 October 2011

Isnin Yang Biru...

Assalamualaikum...

Monday..  Hari yang amat memenatkan..  Kenapa?  Entah!!  Isnin sama sahaja seperti hari hari lain..  Tapi kenapa penat?  Dan kenapa ada Isnin yang biru..  Terkial kial mencari rentak sehingga ke hujung minggu..  Bukan baru sekali tapi dah sekian lama..  Masih terasa Isnin yang biru???  Itu tidak bagus..  Tidak bagus sama sekali..  Sebenarnya hanya mainan emosi mereka yang kehilangan motivasi...

Selamat malam.. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday 9 October 2011

Mesti Korang Tak Tau kan?

Assalamualaikum..

Hai peeps..

Dah banyak hari aku tak update blog kan..  Jadi aku tak boleh dikategorikan sebagai blogger tegar seperti blogger-blogger yang hot & femes..  Yang sentiasa update blog setiap hari..  Yang aku pun tak tau mana dorang ni dapat ilham nak update sentiasa..  Yang sampai aku terfikir dorang ni duduk depan PC 24 jam.. Yang kerjanya update blog!!!

Ye..  Aku hanya update blog bila ada idea..  Yang aku tahu,  idea itu hanya datang sesekali..  Yang kadang kadang datang tapi cepat pula hilang..  Andai aku nak serius dalam dunia blog,  sikap semacam ini memang tidak patut ada.. Seperti juga penulis buku..  Konsistensi itu perlu untuk menjamin kelangsungan karyanya.. Skema pulak ayat aku..

Dari blog yang aku baca,  rata rata kata untuk majukan blog kene update selalu.. Sebabnya,  itu jelah cara kita nak mahirkan diri..  Rajin membaca, memerhati persekitaran,  mengetahui isu semasa,  mesra mesrakan diri dengan blogger-blogger lain..  Itu antara saranan yang diberi..  Hmmm...

Sesekali aku rasa tulis blog ni memang amat mudah..  Seperti kita tulis diari.. Taip je apa yang kita nak ceritakan..  Bezanya,  blog untuk tatapan umum (kalau ada yang bacalah..) tapi diari untuk simpanan peribadi..  Namun kini amat susah pulak nak bezakan antara blog dengan diari kerana blog dah mengambil alih fungsi dan privasi diari itu sendiri..

Dalam blog pulak tidak ada had langsung.. Baik dari segi idea mahupun cara penulisan.. Macam-macam rupa ada.. Dan tak hairan kalau ada yang carca marba bahasa penulisannya termasuklah aku..

Aku berani cakap yang ada di kalangan blogger tak tau pun yang bulan Oktober diisytihar sebagai BULAN BAHASA KEBANGSAAN.. Satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya bahasa sebagai medium perpaduan dan bahasa komunikasi..

Tapi apa korang kesah kan?  Nama pun blog..  Tempat nak luahkan rasa hati.. Takkan nak luahkan rasa hati nak guna ayat skema..  Potong stimlah kan?!  Tu yang korang nak kata kan..?  OK,  aku faham..  Tapi ia tetap penting untuk diambil tahu..  Kerana korang tulis blog dalam bahasa melayu kan kan kan..

Kebetulan pulak aku baru habis baca Diari Mat Despatch..  Tuan BB menekankan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dalam berkarya..  Katanya,  Bahasa Melayu Tinggi membolehkan sesuatu karya itu menjadi evergreen..  Andai menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi sekarang,  50 tahun akan datang tetap orang baca dan faham..

So,  beliau telah memberi beberapa tips menggunakan BMT secara betul..  Dan aku pasti kita pernah belajar di sekolah dulu tapi dah lupa kan..  Tak apa,  selepas ini aku akan buat entri khas untuk BMT yang aku perolehi dari novel tu..

Oklah korang..  Aku chiao dulu..  Siang nanti nak keluar berpoya poya dengan 3 ekor VVIP ni..  Selamat malam dan semoga mimpi yang indah indah... Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 1 October 2011

Berjalan Jalan Mencari Lelaki Baik

Assalamualaikum..


Hahaha.. Aku ni memang tak sabar orangnya.. Akhirnya aku berjaya mendapatkan novel-novel Bahruddin Bekri seperti yang aku cerita dalam entri semalam.. Aku beli kat MPH tengah hari tadi.. Rupa rupanya novel novel tu terletak dekat rak novel kanak kanak dan remaja.. Ini cukup bagus.. Memandangkan aku bukan ahli MPH, maka dengan muka tak malu aku tunggu kat kaunter bayaran.. Meminta belas ehsan sape sape yang ada membership card untuk kids.. Hehe.. Memang spesis tak malu!!! Dan syukur ada yang sudi menghulurkan bantuan.. Terima kasih...


Aku beli 3 siri Mat Despatch.. Sebenarnya tak sabar nak ada "Lelaki Baik".. Akhirnya aku berjaya...








Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...