Followers

Tuesday 18 October 2011

Bila Mula Rasa Sangsi


Assalamualaikum & hai people..

Malam ni susah betul mata aku nak lelap..  Entahlah..  Seharian aku memikirkan satu perkara.. Dan aku semakin percaya yang perkara ini menjadi semakin penting sekarang..  Ini kerana,  sekiranya perkara ini dari mula lagi tiada maka ia akan menganggu perkara perkara yang  lainnya..  Dan aku mula menilai apa itu "PERCAYA.."

Memang susah untuk mendapatkan kepercayaan orang terhadap kita..  Walau hakikatnya kita sedaya upaya menjaga semua perkara semata-mata agar dia percaya kepada kita..  Tapi seandainya orang masih sangsi,  ia hanya mendatangkan rasa kecewa dan terkilan..  Kerana kita terpaksa pula berusaha keras untuk membuktikan yang kita layak untuk dipercayai..

Entahlah..  Mungkin pada orang lain ini hanyalah hal yang biasa-biasa sahaja.. Bukannya hal yang perlu difikirkan seberat-beratnya..  Tapi bagi aku,  bila orang itu mengatakan yang aku beralasan,  hati aku tersentap..  Dan sangatlah hipokrit kalau aku katakan yang aku tidak berkecil hati..  Memang mudah meminta maaf atas keterlanjuran berkata-kata..  Dan mudah juga memberi maaf..  Tapi lagi sekali, sangatlah hipokrit kalau aku seminit kemudian boleh tersenyum ceria..

Walau tak seratus peratus percaya,  aku tidak pernah rasa sangsi..  Kerana bila aku mula sangsi,  saat itu juga aku mula hilang semua..




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...