Followers

Monday 31 October 2011

Bila Kawan Menjadi Lawan...



Assalamualaikum

Hai..how's your day? Hectic? Pity you..


Actually,  dah lama jari aku pada keyboard ni..  Tak tau aku nak mulakan macam mana.. Semuanya macam tersekat kat minda aku..  Tak terluah dari hati aku.. Pening sebenarnya.. Pening dengan perangai rakan rakan FB aku hari ni..  Kenapa dengan dorang hari ni ye? Sorang mcm ni, sorang mcm tu..  Yang ni pulak dengan cerita begini, yang itu menuntut begitu.. Betul-betul menguji kesabaran aku..  Atau sebenarnya mereka ini cuba menguji dan menilai,  aku ini kawan yang macam mane?


Hmmm. . Entahlah..  Perlukah kita menilai dan meletakkan tanda aras pada orang yang menjadi kawan kita selama ni?  Tak cukup baik lagikah dia pada pandangan kita selama ni?  Kalau tak cukup baik,  kenapa sampai sekarang kita masih lagi kawan dia?  Layakkah kita nak mengklasifikasikan mereka mengikut standard yang kita tetapkan?  Yang ini layak dipanggil sahabat sebab bila susah kita boleh mintak tolong kat dia..  Yang ini pulak hanya kawan sebab hanya ada time senang..  Yang sana pulak langsung tak layak dibuat kawan kerana asyik nak sakitkan hati kita je.. Begitu ke?  Sememangnya aku tak ada jawapan kerana bagi aku,  bila berkawan,  aku kawan betul betul..  Ikhlas ke tak,  sukar aku jelaskan..  Bagi aku,  bila kita mahu orang terima kita,  kita perlu terima dia seadanya..


Namun yang amat memedihkan hati bila kita dikatakan tidak ikhlas..  Hanya kerana dia tidak gembira dengan kita..  Habis tu, masa gembira?  Aku sampai sekarang masih mencari erti ikhlas dalam berkawan..  Adakah perlu kita bersusah payah untuk dia baru dikatakan ikhlas berkawan?  Kalau macam tu susahlah aku kerana keupayaan aku terhad untuk sentiasa membantu dan membuat dorang senang hati dengan aku..  Mungkinkah aku menjadi kawan yang paling tidak ikhlas di dunia.. Kenapalah orang sibuk-sibuk nak mencari keikhlasan orang lain dari keikhlasan diri sendiri..  Hmmm..mungkin sebab dia pun tak nampak ikhlasnya dia dalam berkawan..


Sekarang ni pun aku masih sedih lagi bila hari ini aku tersepit di antara dua orang kawan..  Amat susah rasanya bila terpaksa memilih untuk percaya pada siapa?  Tapi kebenaran itu memang pahit.. Dan lebih pahit bila aku dipinggirkan hanya kerana ingin tahu kebenaran.. Kebenaran tak dapat,  kawan pun hilang..


Dan aku terpaksa berdiam diri bila ada lagi kawan yang membuat aku serba salah.. Aku tak tau nak bagi respon apa?  Dorang tak tau ke aku ni pun tengah ada masalah?  Dan aku mula tertanya-tanya sebenarnya siapa mereka pada aku.. Ataupun sebenarnya siapa aku pada mereka..  Bila mudah meletak harapan tinggi, mudah juga untuk kecewa serta mudah pula untuk berkecil hati..  Sebab itu aku rasa diam itu lebih baik..  Kalau aku jawab tidak boleh,  aku takut dia akan berkecil hati dan mula kata aku ni bukan kawan yang baik..  Susahnya nak menolak harapan orang..


Terkilan betul hati aku hari ni..  Semuanya datang serentak..  Semuanya buat aku macam aku ni teruk sangat..  Cepatnya dorang berubah hati..  Hanya kerana aku buat dorang berkecil hati.. Betul ke aku buat dorang berkecil hati?  Hati aku? Takpelah, aku ramai lagi kawan yang boleh diharap..  Yang aku rasa memang betul-betul nak berkawan dalam erti kata sebenar..  Walaupun sukar untuk ke samapi ke tahap kawan sejati tapi aku percaya dorang boleh menjadi kawan yang baik.. Insyaallah..  Aku yakin.. 


Okeylah,  aku stop kat sini..  Aku nak tido sebab bagi aku tido tu terapi yang baik untuk masalah aku..  Harap-harap aku bangun esok semuanya berubah menjadi baik.. Insyaallah.. Selamat malam..






Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

1 comment:

  1. apalagi kalau terjebak dengan kawan yang menjadi batu api walaupun berkawan baik. Mereka ini suka melihat kita putus kawan dari berkawan padahal mereka kawan kawan jugak. tiada keinginan untuk menjernihkan keadaan tetapi seperti menyosong rasa untuk ikut tidak berkawan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...