Followers

Tuesday 27 December 2011

Tak Merancang Pun, Percutian Tetap Best!!



Assalamualaikum


* sepatutnya entri ni aku publish semalam lagi tapi tablet aku dah menyusahkan aku. So, baru sekarang dapat publish. Takpelah ye, entri basi tak buat kamu sakit perut kan kan kan.. Enjoy reading..



Cuti umum pada hari Isnin amat menyeronokkan.. Bak kata seorang kawan, its better than sex.. Hahaha.. Tak senonoh betul!!! Aku ingat itu perkara yang paling dia suka.. hiksss..

Now , aku masih berada di Melaka since semalam lagi.. Plan yang tidak dibuat secara rapi dan seolah-olah pergi main terjah je, walaupun sebelum ni memang ada kata nak pergi Melaka. Pagi semalam bangun-bangun je terus pack barang then bersiap-siap ke Terminal Bersepadu Selatan.. Sampai-sampai terus beli tiket pukul 10am. Lagi 15 minit nak gerak sempat lagi beli sandwish untuk breakfast.. Dalam berkejar-kejar tu perut lapar.. Dalam bas baru browse hotel kat Melaka. Perrgghh.. Semua fully-booked.. Last-last dapat kat Orkid Hotel.. Bolehlah.. Untuk bilik saiz deluxe hotel cenggini, dan time cenggini, harga memang naik dua kali ganda...


Kat sini kita orang just jalan kaki kesana kemari.. Kalau naik kereta atau teksi memang boleh hilang akal.. Jam gila sehhh.. Better jalan kaki sambil mata tengok-tengok sana sini.. Dan time nilah aku memanfaatkan selipar jepun yang aku pakai time gi kedai je.. Gila nak pakai wedges!!! Kaki boleh jadi lebar macam kaki gajah nanti..


Sehari suntuk berjalan bawak ke tengah malam.. Hari ni baru nak naik cruise.. Okeylah, tak dapat gi Venice, dapat naik yang kat Melaka pun dah best.. Tenang je rasa dapat tengok air.. Statement tak boleh blah!!! Bilik air pun banyak air ape??!! Haha.. Dalam kepala asyik teringat tiket yang tak beli lagi.. Tapi masing-masing buat tak tau.. Konon, ini percutian tanpa dirancang.. Harap-harap ada tiket sebab jujur aku kata, aku tak nak tidur kat bus stand!!


Nasib baik dapat tiket balik KL pukul 9pm.. Syukur sangat.. Tak sabar rasa nak balik.. Nak peluk bantal busuk.. Nak rasa tilam empuk.. Nak tengok ayam itik.. Kebun sayur.. Dusun durian.. Tak ada tempat yang sebaik rumah sendiri.. Hmmm, home sweet home.. Here i come, bebeh..


Okeylah, saje buat entri ni.. Nak bagitau, entri ni aku buat guna gadget baru aku.. huahuahua.. Huh, menyusahkan betul bende alah ni!!! Hilang mood menaip.. ;(


Bye.. Sayang kamu..







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 19 December 2011

Biarkan Cerita Sedih Itu Berlalu



Assalamualaikum


Tinggal kurang lagi 2 minggu untuk kita tinggalkan tahun 2011. Tahun yang banyak kisah duka untuk aku. Mungkin kerana silap aku jugak. Banyak perkara yang tidak menyenangkan berlaku. Semuanya mematahkan semangat dan melukakan hati. Namun aku bersyukur kerana masih ada yang sanggup berada di samping aku memberi kata semangat. Sanggup juga bersabar dengan sikap aku dan menerima aku walau sudah banyak kali aku melakukan kesilapan demi kesilapan. Aku tahu hati dia juga terluka. Jauh di lubuk hatinya tetap mendoakan hanya yang terbaik untuk aku. Sudah sampai masanya untuk aku menghargai segala apa yang dia lakukan untuk aku. Dan aku berharap dia tetap di sisi aku tidak kira apa pun yang berlaku. Itu doa aku.

Untuk tahun yang akan datang, aku sudah pun mempunyai perancangan yang agak besar. Semoga ia boleh membuatkan aku sibuk dan melupakan semua kisah sedih. Besar harapan yang aku letakkan dan sangat berharap agar apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan. Sesuai dengan kata-kata,

“ Angan-angan adalah impian. Impian adalah cita-cita. Cita-cita adalah harapan. Harapan adalah doa. Firman Allah, “ berdoalah kepadaKU, nescaya akan Aku perkenankan “.

Semoga aku sentiasa menjadi orang yang bersabar dan bersyukur. Walaupun aku tahu sabar itu adalah perkara yang paling sulit dan bersyukur itu tidak datang dengan mudah. Aku tetap mengharapkan kedua-duanya mampu aku pegang. Untuk kamu, buatlah apa yang mampu membuat kamu bahagia kerana hidup ini terlalu indah untuk dicalit dengan kisah-kisah sedih (kata-kata yang aku tuju untuk diri sendiri). Ingat, Tuhan sentiasa terbitkan pelangi selepas hujan.


Sayang kamu.



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 15 December 2011

Poligami Senang Tapi Tidak Mudah - Suami, Isteri Dan Kekasih


Assalamualaikum..


Ini kali kedua aku diasak dengan soalan poligami. Sebetul-betulnya aku tidak ada pendapat yang tetap dalam soal ini. Sebab bagi aku ia amat bergantung pada situasi dan kepada siapa soalan ini ditujukan. Sama ada aku lelaki yang akan berkahwin lagi-yang sudah pasti nampak poligami itu sesuatu yang wajar. Atau sebagai isteri yang bakal dimadukan-yang sudah tentu menentang suami kahwin lain, atau sebagai perempuan; iaitu aku juga,yang bakal berkahwin dengan suami orang. Aku yakin di sini akan berlaku ketidakseimbagan dalam pendapat; 2 lawan 1. Sudah tentu aku menyokong poligami sekiranya aku yang bakal berkahwin dengan suami orang. Yelah, nak kahwin dengan suami orang kan? Hati kata nak tapi mulut menentang itu hipokrit namanya kan?

Poligami tidak semudah menyebutnya. Berapa ramai yang berjaya dalam berpoligami? Ramai. Tapi lagi ramai yang kecundang. Mudah bagi kita kata, yang penting adil, bertanggungjawab, bersabar dan sedia berkorban demi kebahagian. Ironinya, bukan itu yang berlaku. Disebalik senyum yang dipamerkan, ada banyak duka yang tersembunyi. Lelaki, kalau hendak kahwin lagi mulalah menjadi pakar dalam bab nikah kahwin. Siap sebut hadis,hukum bagai. Mulalah nak rapat dengan ustaz dan dengar kuliah pasal poligami. Pantang ada, ke situlah dia pergi. Punyalah dia nak kahwin.

Sebenarnya aku tidaklah emosi sangat pasal isu ini. Buat apa aku nak emosi sebab perkara itu tidak berlaku pada aku. Cuma cara kawan aku berhujah menjadikan aku naik angin. Dia seolah olah memandang hal ini cukup mudah, semudah dia bercakap. Dia seolah olah mengatakan yang poligami ini menjadi masalah disebabkan kaum perempuan. Macam mana menentang sekalipun, perempuan akan redha juga andai ditakdirkan bermadu. Cuma, Cuma ye, bila lelaki itu menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab maka perkara ini yang menjadi masalah. Harus tak perempuan menolak poligami? Aku cukup tidak suka berhujah dengan orang yang hanya nampak sudut pandang dia ( biarlah dia baca ayat ini dan harap dia faham apa aku rasa tadi ).

Banyak lagi yang aku hendak cakap sebenarnya tapi nantilah. Aku nak rehat dulu. Tiap-tiap petang kena hujan membuatkan aku terasa letih yang amat. Kita jumpa lagi. Selamat malam.


p/s: baca sekali yang ini - Suami Nakal







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Entri Tengah Bulan - Ringkas Dan Santai

Assalamualaikum..

Hai sayang,

Entri ni ringkas je okey. Don't worry. Aku tak akan usik sweet time korang untuk blogwalk tempat lain.. Just nak cerita sikit yang aku suka sangat bulan Disember. Ada apa tentang Disember? Pada aku bulan ni yang paling seronok. Banyak benda menarik yang berlaku. Dan seperti kebanyakkan pekerja lain, sudah tentu aku sedang menghitung hari, menanti bonus yang bakal aku dapat. Hopefully, kali ni mampu membuat aku senyum lebih lebar. Kali ni aku nak guna untuk sesuatu yang lebih bermanfaat (alasan yang selalu aku guna..hehehe).

Kalau kita pergi ke shopping mall pasti dah ada pokok-pokok krismas plastik. Seawal bulan Disember dah ada. Betapa meriahnya kalau kita berjalan jalan di situ. Aku ada seorang kawan yang suka tangkap gambar pokok krismas. Semua shopping mall dia akan redah. Betul-betul dia ni takde kerja. Time ni juga memamng sales gila-gila. Aku akan beli perfume time ni. Memang jimat!!

Orang kawin, pergi bercuti, buat plan baru untuk tahun depan dan banyak lagilah orang buat dalam bulan 12 ni. Aku pun dah ada plan dan seawal 1 Januari 2012 aku dah mula dengan aktiviti aku. Nampaknya cuti masa tu aku dah pun mula sibuk. Tapi yang paling ketara ialah orang akan tiba tiba berubah menjadi baik. Akan mula dengar orang bertanya tentang azam dan berazam itu ini. Hmmm...aku takde azam!!

Okeylah, teruskan blogwalking uols. Aku nak berenti. esok esok aku sambung. Maybe review novel terbaru Ramlee Awang Mursheed. Actually aku tak sabar nak cerita pasal buku dia. Wellll, demi menghormati peminat peminat dia yang belum dapat lagi buku tu, aku diam jelah walau hati rasa nak meletup. Tapi aku rasa peminat tegar RAM tak akan kisah dengan spoiler. Apa sahaja dari RAM akan tetap dinanti..Cewah!!

Adios darling!!!




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 5 December 2011

Patah Seribu - Semangat Dan Cinta Yang Hilang




Sudah lama aku tidak menjengah ke sini. Bukan sibuk, jauh sekali lupa. Tapi kerana semangat dan cinta aku telah hilang. Semangat dan cinta yang selalu menemani aku ketika aku di sini. Aku kehilangan semangat untuk menulis. Aku juga kehilangan cinta yang memberi aku semangat itu. Hakikatnya, aku rindu tempat ini. Tempat yang menyimpan segala kisah dan rasa. Tempat bermulanya semangat dan cinta itu. Ironinya, aku kehilangan kedua-duanya di sini.

Bagaimana patut aku bermula? Biarlah aku bermula dengan bismillahirahmanirrahim. Itu sebaik-baik permulaan. Permulaan bagi mendapatkan kembali semangat itu. Terasa hati aku berdenyut ngilu ketika ini. Terasa hingga ke hujung hati. Aku biarkan sahaja, kerana aku sudah pun berada di sini, untuk memulakan kembali sesuatu yang telah terhenti. Kali ini aku ingin berbicara panjang dengan kamu. Aku ingin kamu tahu sesuatu yang kamu tidak tahu.

Ini kisah aku. Akulah watak utama yang tahu tentang kisah ini. Kisah yang aku peram dalam ingatan dan menjadi kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Aku bukan penulis anugerah Tuhan. Tulisan aku masih jauh dari mampu untuk memberi kamu sesuatu pada kisah ini. Sesuatu yang kita kenal sebagai rasa dalam hati. Hanya ini yang mampu aku lakukan, menulis dari hati.

Kalau dikira, ini bukanlah satu-satunya kisah terbaik selama aku hidup. Namun ia tetap sesuatu yang amat berharga untuk aku simpan. Lebih dari itu, kisah inilah yang membuat aku ada di sini, di tempat aku mendapat semangat yang didorong oleh rasa cinta. Rasa cinta dari dia yang aku gelar ‘lelaki yang jatuh dari langit’.

Semuanya bermula dari Nama Aku Sarah. Cerita yang sampai kini melekat di hati aku, tanpa aku sedar itulah luahan hati, harapan dan impian aku. Harapan yang tidak terbatas seperti langit yang tidak mampu diukur luasnya. Aku mahu hidup selayak perempuan bahagia. Tidak lebih tidak kurang.

Rupa-rupanya cerita itu membawa pada kisah yang lebih indah. Itulah saat aku tersenyum memandang langit . Dia, lelaki yang jatuh dari langit itu, melungsurkan rasa hatinya ke dalam hati aku. Memegang harapan aku itu dengan rasa cinta, yang datangnya terus ke hati. Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku. Bahagia. Bahagia yang membawa aku ke langit.

Kata-katanya sering membesarkan hati aku. Cerita-ceritanya di sini juga sering menjentik emosi aku. Aku tersenyum bila bersama ‘Cikgu Zakiah’, langkah aku berat bersama ‘Derap’, ada kesepian dan keseorangan dalam ‘Journey’, dan simpati pada ‘Honel’. Semua cerita itu membakar semangat aku untuk jadi sepertinya, memberi rasa pada setiap tulisan. Itulah semangat yang didorong rasa cinta.

Namun, pada saat bahagia aku melangit, pada saat itu Tuhan merangka cerita-Nya untuk aku. Tanpa kata dia pergi dari aku. Menyepikan diri,meninggalkan aku dengan satu persoalan. Perginya membawa semangat dan cinta aku, setelah dia bersungguh-sungguh meletakkan rasa itu dalam hati. Puas aku bertanya apa yang berlaku. Penat aku berbicara tanpa bercakap. Tidak aku tahu yang aku perlu mencari jawapan sendiri. Sesuatu yang tidak mungkin mampu aku lakukan kerana jawapan bagi soalan itu hanya dia dan Tuhan yang tahu. Walau apa pun alasannya, ia tetap melukakan. Jelas bagaimana rupa hati aku. Patah seribu. Dan kamu tidak akan mahu melihat wajah aku waktu itu.

Aku tidak mahu ke sini lagi. Aku patah semangat dan kecewa aku bukan sedikit, bergulung gulung di dalam hati. Aku tidak mahu lagi menulis. Bagaimana mungkin aku dapat menulis dengan keadaan semangat yang hilang. Apa kisah yang ingin aku ceritakan? Memikirkannya sahaja bisa membuat aku menangis, apatah lagi berbicara tentangnya. Aku tidak sanggup melukakan hati sendiri biarpun hati aku sememangnya sudah dilukai. Sungguh! Aku tidak mahu lagi menulis. Aku khuatir bicara aku hanya akan meretakkan hati orang.

Mujur dalam keadaan patah semangat dan jiwa kosong, aku mampu bersabar. Sabar itu indah dan tidak pernah berakhir pahit. Semangat yang hilang dan jiwa yang kosong bukan kerana aku tidak berdoa dan lupa pada Tuhan, tapi kerana aku tidak berusaha memperolehnya kembali. Sulit sekali memikirkan ujian Tuhan. Cukup sulit, kerana jawapannya hanya ada dalam sabar.

Sesungguhnya Tuhan itu lebih mengerti apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Walau aku kehilangan, Dia tetap memberi aku peluang untuk bersabar dan rasa tidak putus asa. Sebagai selayaknya aku hamba-Nya, aku hanya perlu patuh dan terima apa sahaja yang ditakdirkan. Tapi sebelum takdir itu tiba, tidak perlu aku mendahului takdirnya. Tuhan mahu aku berusaha agar aku tidak hilang harapan kerana sebagai hamba-Nya, “kita jangan sesekali mendahului kerja Tuhan”.

Dan kerana itu aku kembali ke sini. Semangat itu masih ada, sebetulnya memegang hati aku agar tidak terus melungsur jatuh. Walaupun melakukannya dengan patah semangat dan jiwa yang kosong, itu lebih baik dari aku terus meninggalkannya. Aku tidak mempunyai mimpi yang besar di sini. Aku hanya ingin memastikan yang aku terus berada di sini. Mungkin bukan selama –lamanya, tapi selama yang mungkin.

Dan kamu, aku tidak meminta lebih dari kamu. Cuma doa, semoga aku yakin untuk terus berada di sini. Aku yakin suatu hari nanti aku akan perolehi semua itu kembali, biarpun bukan dari ‘lelaki yang jatuh dari langit’ itu. Doakan.



Pesanan untuk kekasih:

Terima kasih awak sebab pernah membahagiakan saya walaupun sehujung kuku, biarpun kini awak bersungguh-sungguh membuang saya dari hidup awak.




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...