Followers

Thursday 15 September 2011

Nama Aku Sarah...


Aku

Assalamualaikum. Nama aku Sarah. Aku seorang wanita yang sederhana dengan kehidupan yang sederhana. Aku senang begini. Pada orang lain aku mungkin kelihatan tidak mempunyai cita cita atau impian yang besar. Impian untuk membina kejayaan dalam hidup. Bagi aku kejayaan itu tidak semestinya diukur melalui apa yang kita perolehi di dunia. Malah kejayaan sebenar ialah bila kita berjaya di dunia dan di akhirat. Namun tidak semua mampu mendapatkannya. Ramai yang berjaya di dunia. Akhirat? Hmmm,entahlah. Memandangkan aku tidak sehebat mereka mereka yang berjaya di dunia, aku cuba meraih kejayaan untuk akhirat. Seboleh mungkin aku cuba menjadi sebaik baik muslim. Bukan aku nak kata yang aku ni warak alim. Tapi aku berusaha ke arah itu.

Usia dan jodoh

Aku belum berkahwin walau pun usia aku menginjak ke angka 30-an. Jodoh belum sampai lagi. Aku tidak memandang hal ini sebagai satu masalah. Tapi aku tahu emak aku risau. Dia risau kalau kalau aku susah hati dengan hal ni, lalu terdesak menerima siapa saja yang hadir dalam hidup aku. Jangan risau mak. Anak mak ni memilih orangnya. Memilih untuk kebaikan dunia dan akhirat. Seperti wanita wanita lain aku ada ciri ciri suami idaman. Hanya sebagai guide. Tidak mencari yang terlalu sempurna, cuma memilih yang sedang sedang saja. Tapi sudah pasti lelaki yang hidup berbekalkan ilmu Allah.

Ciri ciri

Bila solat aku selalu berdoa dengan menyebut ciri ciri lelaki yang aku idamkan. Kelakar bukan? Kalau kita tidak malu meminta dari Allah perkara yang besar besar, kenapa kita mesti malu untuk meminta perkara yang kecil kecil? Kan Allah tempat meminta. Kecil atau besar semua datang dari Allah. Sebelum itu sudah aku catatkan apa yang aku mahu. Dan aku sebut satu persatu di dalam doa aku. Sebenarnya tanpa doa pun Allah tahu apa kemahuan kita. Kan hati kita milik Allah. Cuma dengan berdoa kita secara totalnya telah mengabdikan dan menyerahkan diri kita yang hina dina ini kepada Allah Yang Maha Besar. Aku perlu yakin bila berdoa kerana Allah tidak menerima doa dari orang yang alpa. Kerana berdoa perlu dari hati yang bersungguh sungguh, bukan sekadar di bibir. Antara yang aku mahu ialah seorang lelaki yang menyayangi dan menyintai aku seikhlasnya. Dan juga lelaki yang lebih tinggi dari aku kerana aku rendah orangnya.

Mereka

Bukan tiada langsung lelaki yang singgah di hati aku. Malah ada yang aku sayang dengan sungguh sungguh. Tapi sampai sekarang hubungan hubungan itu tidak ada yang kekal. Ada saja masalahnya. Walau pun kecewa tapi aku tahu itu aturan Tuhan. Mungkin mereka mereka ini tidak menepati ciri ciri yang aku minta dalam doa aku, maka Allah jauhkan mereka dari aku? Wallahualam. Untuk mendapat lelaki yang baik, aku sendiri perlu menjadi baik. Bukankah wanita wanita baik untuk lelaki lelaki baik, dan lelaki lelaki baik untuk wanita wanita baik pula. Itu janji Allah.

Lelaki itu

Hingga satu hari, datang seorang lelaki dalam hidup aku. Entah dari mana. Dia seolah olah terjatuh dari langit!! Diakah jodoh aku? Aku senang dengan kehadirannya. Sangat berbeza dengan lelaki lelaki yang aku kenal. Berbeza sekali!!! Di dalam dirinya penuh dengan rasa cinta dan sayang hingga aku dapat rasai auranya.  Tapi kali ini aku rasa aku tidak perlu terburu buru. Kalau betul dia takdir aku, maka dia akan berada di sisi aku hingga akhir hayat. Kalaupun bukan, dialah satu satunya lelaki yang meninggalkan aku tanpa menyakiti hati aku. Andai kali ini aku kecewa lagi, aku sudah boleh menghadapinya. Cuma aku berharap biarlah ini yang terakhir. Diakah lelaki itu?


p/s: menyahut cabaran someone untuk hasilkan entry berbentuk story, walaupun bukan tentang cinta putera dan puteri raja..



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

9 comments:

  1. wahhh, cara penulisan dah makin berkembang, bagus :)

    siapakah lelaki yang terakhir hinggap itu? adakah itu dinamakan jodoh? semoga awak kahwin dengan dia, saya doakan..

    awak dah 30an... tak cayalah.. muda lela....nampak mcm 24tahun...

    eeeeee tergedik2nya nak panggil kakak... tapi.. taknak la hahahahaha

    ReplyDelete
  2. hehe.. bagus juga story2 macam ni.mana tahu boleh jadi penulis terkenal :)

    ReplyDelete
  3. Zulfikar Hazri: Terima kasih..Siapa lelaki tu?Nak oyak tapi ambo segan..haha..anyway thanks utk doa itu. nak panggil kakak ok jer..tapi mesti ikar tak sampai hati kan kan kan..hehehe..

    Nafisah ruslan: hehe..insyaallah..best jugak dapat tulis story cam ni.. :)

    ReplyDelete
  4. sebuah karya comel.. luahan hati seorang gadis bernama Sarah... Yang pasti sebuah karya maolog sang penulis sendiri... baik sekali, namun boleh diolah lagi menjadi sebuah karya yang cemerlang!

    yang bernar,

    lelaki yang turun dari langit itu..
    penyayang,
    perindu,
    pencinta,
    kamu yang aku kasehi itu... erni.. @>'-----

    ReplyDelete
  5. untuk memenuhi cabaran seseorang atau memang dari hati ni? :) kunjungan pertama ke sini ... boleh kalahkan penulisan novelis Aqashah ni ...

    ReplyDelete
  6. entri yng membuatkan adik terfikir dgn lebih tepat tentang jodoh...semoga bertemu dengan dia yang paling baik antara lelaki yang akak pernah kenal.. :")

    ReplyDelete
  7. owh... boleh ajak akak... keep in touch with u... wht a small world.. org sarikei juak duhal..

    ReplyDelete
  8. mudahan dia jodoh awak.. Amin.. :)

    ReplyDelete
  9. Add Remove Block:

    Thanks atas kunjungan..masih jauh lagi perjalanan..tp tidak mustahil..tq again.. :)

    Fathin Fazila Razali:

    yup..kita duak sekampung sehhh.. :)

    azah87:

    thanks atas doa azah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...