Followers

Tuesday 31 January 2012

Letih, Lesu Dan Stres - Saya Perlukan Vitamin B



Assalamualaikum & hai readers... *lambai tangan*

Pagi ini bukan pagi yang cergas bagi saya. Manakan tidak, bangun pagi sahaja badan sudah terasa lesu. Hendak kata tidak cukup tidur, tidak mungkin. Tidur dari pukul 10pm hingga 6am amatlah mencukupi. Mungkinkah ini salah satu tanda stres? Hmmm.. mungkin juga. Sampai sahaja ofis, terus buat kopi. Konon nak boost energy di pagi hari. Tapi nampaknya kopi pun tak jalan. Ketepikan kopi dan minum air kosong 2 gelas. Baru rasa lega sikit. Mungkin juga badan saya kurang air menyebabkan badan terasa lesu dan letih.

Saya juga mula berfikir untuk mengambil vitamin B sebagai supplement. Maklumlah, usia pun dah cecah 30-an. Dengan gaya hidup yang sibuk, tidak hairan kalau stress, rasa lesu dan letih datang melanda. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan hilang selera makan, insomnia, kekurangan darah, kadar kolestrol meningkat serta menyumbang kepada masalah kulit seperti jerawat. Kekurangannya juga boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan serta tekanan. Oleh itu, wanita yang menjalani kehidupan yang amat sibuk disarankan mengambil vitamin B kompleks sebagai supplement harian untuk mengurangkan gejala-gejala yang sedang saya alami sekarang.

Antara kebaikan vitamin B yang lain ialah untuk membebaskan tenaga dari makanan yang kita makan. Tak adalah makanan tu nanti berkumpul menjadi lemak saja-saja. Jadi ia turut meningkatkan kadar metaboslime dalam badan. Selain itu ia juga menyihatkan sistem penghadaman. Penghadaman yang tidak lancar pun boleh menyebabkan badan rasa 'berat' tau.

Secara ringkasnya, vitamin B ini adalah enzim untuk pelbagai jenis reaksi biokimia keseluruhan bahagian badan. Ia juga diperlukan untuk kesihatan urat saraf. Hmmm, banyak kebaikannya tu. Untuk orang seperti saya, mungkin saya perlu mengambilnya dalam bentuk kapsul. Bukan semua jenis makanan yang mengandungi vitamin B itu saya suka. Jadi, mudah kalau saya ambil dalam bentuk kapsul.

Well, readers. Mungkin info saya kurang di sini. Maklumlah, asalnya bukan nak cerita pasal vitamin B pun. Hanya nak bercerita pasal keadaan yang lesu pagi tadi. Meleret pulak kisah vitamin ni. Sekarang pun dah tengahari. Waktu lunch kan? Pergilah makan dulu. Jangan pulak nak amalkan diet yang tidak betul. Nak turunkan berat badan bukan dengan perut kosong. Eh eh, oklah saya nak stop dulu. Karang tercerita pasal berat badan lak. Bye...

Sayang kamu (^_^)*







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 27 January 2012

Sikap Manusia Semasa Bekerja



Hai.. Seronok kerja hari ni? Mesti seronok sebab bos tak masuk lagi kan kan? Mesti lepak lepak and goyang goyang kaki. Bos takde ni mesti tak buat kerja, kan kan? Haaa.. hati-hati. Entah-entah aksi anda sedang dirakam. Hehehe..


Okay kawan-kawan. Malam ni kita nak tengok ragam orang dalam bekerja. Actually, benda ni dah beberapa kali orang post kat facebook. Tapi rasa tak apa kalau saya publish kat sini. Bolehkan? Sambil-sambil tu bolehlah tengok kamu dalam kategori yang mana. Macam saya, saya dalam kategori..errr, errr.. Kita baca jelah dulu..







  • Rajin Bercakap, Rajin Bekerja = BAGUS SEKALI - pekerja cemerlang, komited, tidak curi tulang, tapi bukan kaki kipas.

  • Rajin Bekerja, Malas Bercakap = KENA BULI - selalunya jenis ni kurang yakin dan senang kena buli tanpa dia sedari.

  • Malas Bekerja, Rajin Bercakap = WAYANG CINA - kaki gosip dan kaki kritik nombor satu. Suruh buat kerja tak reti.

  • Malas Bekerja, Malas Bercakap = TAK GUNA - yang ni memang hampeh. Dahlah malas, kalau bercakap orang tak nak dengar.

  • Malas Bekerja, Suka Mengadu = NYANYUK - buat kerja sikit tapi membebel banyak. Semua orang tak betul pada mata dia. Kaki mengadu. Pada setiap hari lahirnya dicadangkan hadiahkan cermin supaya dia boleh cerminkan diri.

  • Malas Bekerja, Selalu Ponteng  = BAIK BERHENTI - orang ni memang tak minat dengan kerja dia. So, kalau tak minat baik berhenti sebelum kena sepak dengan bos sampai langit.

  • Malas Bekerja, Suka Menyibuk = BAIK MATI - orang seperti ini harus makan sumpah seranah kawan pejabat. Dah lah malas, menyibuk dengan hal orang lain. Dah tentu-tentu kerja dia tak beres dan orang lain yang terpaksa selesaikan. Memang patut dia disuruh pergi mati!


Jadi, kamu kategori yang mana? Hopefully, tak ada yang bakal kena sepak dengan bos dan disuruh pergi mati.. (^_^)'

Happy reading. Sayang kamu.


p/s: Quotes dari Prof Ungku Aziz.

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 26 January 2012

Disebalik Lelaki - Apa Yang Mereka Fikir Dan Mahukan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca budiman...

Wahhh..ada pembaca budiman gitu.. Mesti ada kan..? Errr..tapi budiman  untuk lelaki kalau saya tak silap. Perempuan budiman, urmm..macam tak kena je bila sebut. Lelaki budiman, haaa.. baru rasa serasi.. Oh ya, bercakap pasal lelaki ni seronok tau (tolong jangan labelkan saya perempuan gatal J ). Bezanya lelaki dengan perempuan, semakin mereka berusia  semakin ‘saham’ mereka meningkat. Tak percaya? Cubalah tengok lelaki yang berusia, yang ada status, yang berjaya dalam hidup, bahagia dan sihat. Apa yang perempuan nampak? Satu jaminan masa depan.

Well, lelaki tetap lelaki. Apa yang mereka fikirkan dan mahukan, susah untuk diramal. Makhluk yang complicated. Namun, mereka berubah mengikut fasa usia. Semakin meningkat usia mereka semakin jelas apa yang mereka mahu dalam hidup. Jom kita tengok fakta tentang lelaki mengikut fasa usia...

Fakta lelaki 20-an:

1)     Wanita dan seks menjadi topik perbualan
2)   Sukakan kehidupan di luar. Pendek kata, jarang duduk rumah. Nak melepak kat luar je kerjanya.
3)   Jiwa memberontak. Pantang tegur je nak bantah. Geram tak rasa mak you all bila ada anak macam ni?
4)   Sukakan perkara ekstreme. Nak buktikan kejantanan kot..?!
5)   Sukakan muzik dan sukan

Jangan hairan kalau ada yang tidak serius tentang masa depan. Bila ada pakwe yang macam ni kena banyak bersabar atau kena bersiap sedia untuk ditinggalkan. Better you all tinggalkan dorang kut. Belum masanya lagi untuk berfikir pasal kahwin okey?! Namun, mereka akan mula serius bila tengok satu persatu kawan-kawan berkahwin. Maknanya, dorang dah takde geng nak berjimba di hujung minggu. Haha.

Fakta lelaki 30-an

1)  Masa untuk fokus dengan kerjaya kerana mereka akan berusaha lebih keras. Impian dan cita-cita perlu dilaksanakan dan masa untuk kukuhkan kewangan.
2)   Ramai jugak yang dah kahwin
3)   Lebih mengambil tahu hal dunia, politik dan agama
4)   Lebih serius tentang masa depan

Jadi, bolehlah kita katakan lelaki mula matang di usia ini. Mula berfikir nak stabilkan hidup dan membina hubungan yang lebih serius. Belajar setia dan perlukan seseorang yang boleh berkongsi susah senang bersama. Dan masa nilah mereka mula membentuk siapa diri mereka 10 tahun akan datang.

Fakta lelaki 40-an

Yang ini kene baca betul-betul. Life’s begin at 40. Itu kata mereka. Kebanyakkannya dah stabil dan DAH KAHWIN. Kegiatan sosial dan keperluan peribadi dah tak penting dah. Apa yang dimahukan ialah penghormatan dan disayangi. Sentiasa mencari makna disebalik kehidupan. Mahukan layanan setaraf dengan kedudukan dan status yang dipegang. Ingin dikagumi dan menjadi ikon sekurang-kurangnya kepada isteri dan anak-anak. Selalunya mereka lebih kritikal dalam membuat penilaian dan tidak suka perkara yang remeh-temeh. Hmmm..no wonder saya selalu naik angin bila bercakap dengan makhluk tu J

1)   Semakin hebat bergaya-perasan macho I guess
2)   Matang dalam tindakan dan tutur kata-ni yang buat kami cair..huh!
3)  Inginkan lebih perhatian daripada pasangan-dah tua-tua pun ada lagi perasaan kurang kasih sayang?  Hmm..keliru


p/s: fakta-fakta diatas masih boleh diperdebatkan lagi. Errr..tapi i think better leave it to lelaki-lelaki itu yea..     

  
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 25 January 2012

Saya Risau Bila Cuti Panjang Dan Saya Pulak Kerja...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hehe..sikit punya panjang tajuk. Tu kira dah okay. Ikutkan nak cerita je terus kat situ. Errr, okey. Tak lawak..

Pagi ni saya perasan kawasan tempat tinggal saya masih lengang. Owwhhh, ada ramai lagi yang bercuti. Biasalah tu kan. Kita ni memang suka bercuti lama lama walaupun time tu bukan raya kita. Tumpang cuti orang kata. Ciri-ciri rakyat 1Malaysia. Ngeee..

Sebenarnya saya risau time cuti panjang ni. Bukan apa. Selalunya saya akan menghadapi masalah nak dapatkan teksi di Seksyen 10 tu (ehem, rumah saya tu). Kalau nak tau, time ni memang you all payah nak dapat teksi. You all??? Saya sorang je kut. Saya pun tak tau mana dia orang ni pergi. Takkanlah cuti dengan teksi teksi sekali!! Tadi pun saya dah mula separuh risau. Separuh lagi saya kontrol ayu. Tak naklah buat muka ketat pagi pagi kannnsss..

Bas? Tak yah la tanya pasal bas. Itu lagi hampeh. Boleh tumbuh uban kalau tunggu. Janji 20 minit sekali. Sekali datang sejam sekali. Haaa, amik. Kejam betul janji camtu tau. Tak suka.

Masa nilah saya rasa nak berlari ke kedai kereta. Keluarkan duit sambil tunjuk kereta yang disukai, "saya nak tu, saya nak tu". Macam beli jajan kat kedai lak kan..? Tapiiii...saya takde lesen.. L

*Sigh* Adakah esok masalahnya masih sama? Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 23 January 2012

Mungkin Ada Sedikit Rasa


Cuti panjang ini saya tidak ke mana mana.. 

Hanya duduk di rumah mengharapkan sesuatu singgah di minda.. 

Agar jari-jemari bisa menulis apa yang difikir, apa yang dirasa.. 

* Sigh* 

Sampai sekarang none!!!

Namun, di sudut minda teringat dia yang jauh di mata..

Di hati...? Mungkin ada sedikit rasa..

*Sigh*

Mengaku atau tidak, ketiadaannya menyebabkan rasa sunyi tak terkata..

Walau masih boleh berhubung di alam maya..

Rasanya tetap berbeza..

Kerana rasa ini hanya akan reda bila dapat bertentang mata..


* nota buat dia: 'dari muka seposen jadi singgit..' Mengaku bukan sesuatu yang mudah dibuat.. J




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday 22 January 2012

Sesiapa Sahaja Boleh Marah...



Orang kata....

Sesiapa sahaja boleh marah – memang mudah untuk marah. Tetapi untuk marah kepada orang yang betul, marah dengan kadar yang betul, pada masa yang betul, kerana tujuan yang betul, dan dengan cara yang betul, bukannya sesuatu yang mudah.

Hmmm..mudahnya menulis dalam keadaan tidak marah.. J



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Review ERTI CINTA-Karya Seni



Assalamualaikum.

Hye people.. Dalam mood bercuti ye? Best? Of course lah best kan? 

Okay, kita teruskan pada entri kita ye.. Kali ni saya akan review novel ERTI CINTA.. Perghhh, tengok tajuk mesti ingat pure love story yang banyak badai melanda (errr..macam Ombak Rindu, well, you know.. ). Tangkap jiwang meleleh-leleh.. Hah, saaaalah sangat!! Kalau nak tau ERTI CINTA ni adalah novel paranormal-romance. Berlatarbelakangkan kisah seram. But wait!! Bukan macam kisah seram atau cerita hantu yang selalu kita baca, yang hantu rambut panjang dengan kena rasuk bagai.. No, no, no dear.. It's different.






Well, kisah bermula dengan Anis dan Maria berpindah dari asrama kolej yang seperti tin sardin ke Flat Seri Mastura yang murah sewanya, tetapi seperti pangsapuri tinggal. Walaupun sangsi dengan keadaan itu, mereka nekad berpindah. Yang penting, mereka keluar dari asrama tin sardin itu dan tidak lagi menghadapi karenah rakan-rakan yang menyakitkan hati.

Hari pertama berpindah, Anis bertemu dengan Danny dan jatuh cinta pandang pertama. Kemudian, hari-hari berikutnya Anis akan menunggu Danny setiap petang atau lebih tepat lagi sebelum maghrib untuk berbual-bual dengan Danny. Namun, situasi ini tidak menyenangkan Joe, yang banyak mengetahui kisah yang berlaku di Flat Sri Mutiara. Anis pula menganggap Joe cemburu dengan hubungannya bersama Danny. Dalam masa yang sama, wajah anis yang seiras Zana, bekas kekasih Joe, menyebabkan luka lama berdarah kembali.

Setiap hari, Joe akan memerhatikan Anis dan mula tertanya-tanya siapa Danny yang misteri itu. Dia mula menyiasat dan menyingkap kebenaran agar Anis tahu hakikat sebenar. Namun, mampukah Anis berhadapan dengan hal sebenar? Maria pula terpaksa menahan hati apabila Joe dengan terus terang tidak dapat menerima cintanya. Nampaknya, Erti Cinta bukan cinta tiga segi tapi dah jadi empat segi.. Maria sukakan Joe, Joe mahukan Anis, Anis jatuh cinta pada Danny dan Danny pula rupa-rupanya tunangan orang.. See? Hewwww~~~

Sepanjang tinggal di flat itu, Anis dan Maria mengalami peristiwa-peristiwa pelik termasuk seorang apek selalu bertanya " mana saya punya cinta ". Kenapa apek tu minta cinta dari setiap orang yang ditemui? Itu kenelah baca sendiri. Nak saya ceritakan jugak? Bak 2 ringgit!!!

Bagi saya novel ini lain dari novel-novel seram yang saya selalu baca. Sebabnya, kisah seram yang tidak membuatkan dahi saya berkerut membaca, semata-mata untuk menyelami rasa seram itu. Terima kasihlah pada penulisnya- Camellia kerana membantu saya mengurangkan kedutan di dahi. Seramnya datang sendiri bila saya bayangkan apa yang terjadi sewaktu saya membacanya. Dan yang penting, watak Danny yang amat hensem pada pandangan saya!!! Tak percaya? Cuba baca semasa Joe berjaya berjumpa dengan Danny. Joe sendiri mengakui wajah Danny yang sedap mata memandang tu. Patutlah Anis angau!!

Tiba-tiba saya teringat cerita Tru Calling yang pernah ditayangkan di TV3 dulu. Selalu roh orang mati minta tolong settlekan problem dorang kan? Ghost Whisperer pun best. So, bolehlah saya kata, saya enjoy bersama ERTI CINTA seperti saya enjoy menonton Tru Calling dan Ghost Whisperer...

Cuma saya mengharapkan watak jahat Zack tu diceritakan lebih sikit. Barulah 'chill'!! Lagi satu, saya keliru dengan latar masa. Mungkin saya yang tidak membaca dengan betul. Saya keliru dengan babak yang saya ingatkan berlaku pada masa yang berlainan. Rupa-rupanya pada hari yang sama. Tetapi itu langsung tidak menjejaskan mood saya. Anyway, salute pada Camellia-penulis yang 'tak serupa orang'. Saya cuma perlukan masa 2 hari untuk habiskannya. Wah, kalau macam ni 8 buah buku sebulan pun boleh belasah.. Hahaha..


p/s: Penulis tanya; " Siapa yang berani baca EC? Berani diuji dengan cerita seram dan berani ambil buku ni dan bawa ke kaunter dan dijeling seperti seorang yang ' have a very bad taste' ?

Sila jawab and enjoy reading. Sayang kamu.




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday 15 January 2012

Amran Atau Shah? KELABU - FIXI


Assalamualaikum.


Hye, akhirnya habis jugak novel KELABU saya baca. Lambat sikit dari jadual yang ditetapkan (eh eh..macam flight delayed lak). Arrggghhh...tapi sampai sekarang saya asyik meneka-neka siapa yang mengetuk pintu tu? Shah atau Amran? Huuu..kalau saya jumpa Neddo sure saya paksa dia bagitau. 

Tapi saya rasa saya tau siapa. Ha! Mesti si Amran kan kan? Sebabnya, bila 'dia' kata " I changed my mind " tu dengan tersenyum, saya terbayangkan si Amran. Amran kan selalu senyum. Hehehe.. Ok fine, alasan tak kukuh! Tapi.. Shah pun berkemungkinan jugak lepas dia tau cerita sebenar. Dia pun tak terima lagi pinangan makcik dia tu kan?

Rasa macam nak buat segmen pulak. Segmen siapa yang mengetuk pintu? Shah atau Amran? Hahaha.. Segmenlah sangat tu! Join segmen pun tak reti, ada hati nak buat segmen. So, kalau you all rasa nak meneka-neka macam saya, pergilah baca novel tu. I promise, tak menghampakan.. 

Nak baca kisah thriller pulak lepas ni. Hopefully dapat capai target 4 buku sebulan. Heh!!

Selamat malam. Sayang kamu.



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday 11 January 2012

Bila Rasamu Rasaku



Assalamualaikum.

Hye, saya ingin memberitahu kamu sesuatu yang mungkin kamu pun sudah lama tahu.

Hati manusia tidak dapat dijangka. Mudah berubah dan sering mempengaruhi tindakan yang dilakukan. Senang bergolek ke kiri dan ke kanan walaupun disentuh lembut.

Namun, bagi saya apa pun yang kamu rasa atau apa pun yang kamu beri orang lain rasa, kamu perlu bertanggungjawab. Juga, nikmati apa jua bentuk rasa yang terbit dari hati kamu. Selagi kamu meletakkan hati kamu di tempat yang sepatutnya, saya percaya kamu adalah di antara mereka yang menemukan bahagia di dalam hati.

Selamat malam. Sayang kamu ^^


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 10 January 2012

Review KELABU-FIXI





Assalamualaikum,

Hai, salam sayang untuk kamu. Lama juga saya tidak mengisi blog ini. Kagum betul saya bila melihat blogger-blogger lain mampu menulis blog mereka hampir setiap hari! Kerana blog kamu yang menarik itu, saya terleka membacanya sambil tangan saya menongkat dagu. *perasaan yang asyik* :). Akibatnya, blog saya yang kosong.

Oh ya, sebelum terlupa, sekarang saya sedang membaca novel KELABU-FIXI. Belum tamat lagi tetapi telah separuh saya baca, dan saya tidak sabar ceritakannya di sini. 'KELABU' mengisahkan Amir yang ditawarkan menjadi 'boyfren kontrak' oleh Jun dengan tujuan untuk membuatkan boyfren Jun cemburu.

Namun, lama kelamaan Amir mula jatuh cinta pada Jun. Pada masa yang sama, pelbagai cerita mengenai Jun yang kurang enak disampaikan kepada Amir. Bukan itu sahaja. Kedatangan ibu Amir setelah lama meninggalkan dia dan ayahnya turut menyebabkan Amir semakin sesak dada. Apatah lagi kedua ibu bapanya  membicarakan perihal dirinya.


Bagi saya, novel Kelabu ini bermula dengan agak perlahan tetapi lama kelamaan menjadi semakin menarik bila ceritanya berkembang bersama perubahan perasaan Amir terhadap Jun. Saya menjangkakan novel ini berkisar mengenai hal cinta yang biasa sahaja. Namun tanpa disangka, setelah separuh saya baca, NADIA KHAN telah membuat saya ketawa terbahak-bahak dengan plot ceritanya yang sungguh tidak terjangka. Ketawa saya bukan kerana ceritanya kelakar tetapi disebabkan NADIA KHAN telah memberi 'sesuatu' yang saya betul betul tidak sangka akan begitu kisahnya. Kerana sebelum itu saya fikir lain tetapi NADIA KHAN telah memberi sesuatu yang lain. Apa lagi yang perlu saya katakan?! Tentu sahaja SYABAS!!!


Walaupun gaya bahasa yang digunakan, hmmm..tahap 'merunsingkan', novel ini seronok dibaca lebih lebih lagi kepada mereka yang mencari kelainan dalam plot. Disebabkan saya baru baca separuh, tidak perlu saya ulas panjang lebar di sini. Kalau kamu ingin mengalami apa yang saya alami, silalah ke kedai buku sekarang dan dapatkan KELABU. Happy reading!!


Sayang kamu.





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 3 January 2012

Penulis Yang Disayang Tuhan



Assalamualaikum,


Happy New Year! Bagaimana tahun baru kamu? Happy? Good!

Sudah pun masuk hari ketiga dan inilah entri pertama untuk tahun ini, yesss!!! Cepat betul masa berlalu. Sesiapa yang ada azam, better stick to it. Come on, hari ini baru hari ketiga. Tiada alasan untuk berputus asa begitu cepat!!

Terus terang, saya tidak ada azam untuk tahun baru. Sebabnya, azam saya selalu datang tidak kira masa. Kadang -kadang sebelum tahun baru dan kadang-kadang selepas tahun baru. Namun, bagi tahun ini saya sudah ada perancangan yang agak penting untuk dilaksanakan. Doakan saya agar apa yang saya rancang itu akan dipermudahkan dan mendapat kejayaan. Boleh?

Okay, semalam dan hari sebelumnya saya telah menghadiri satu bengkel penulisan- Asas Menulis Novel. Dianjurkan oleh Akademi Hero. Bagaimana saya boleh terlibat? Sebenarnya, keinginan untuk pergi ke bengkel itu timbul selepas saya membaca novel Bahruddin Bekri, penulis kesukaan saya. saya tidak pernah tahu penulisan novel pun ada bengkel. Pada saya, penulis novel memang sedia tahu bagaimana proses menghasilkan novel. Nama pun penulis. Bila saya baca buku Tuan BB mengenai kursus penulisan, saya terfikir mesti bengkel-bengkel seperti itu wujud. Puas jugalah saya google dan bengkel 2 hari itulah hasilnya.

Pengalaman dan ilmu yang saya perolehi memang amat berharga. Saya akui, menulis memang tidak mudah.   Menulis di blog ini pun saya terkial-kial berfikir apa yang patut saya tulis. Melalui apa yang saya belajar semalam, dari mula saya tulis blog ini hingga ke sekarang, tekniknya amatlah salah. Sepatutnya saya sudah mula mempraktikkan apa yang saya pelajari. Biasalah, manusia memang jarang mengamalkan apa yang dipelajari. Bukan begitu, Cik Kiah? Kalau tidak, masakan orang masih mengumpat walaupun dia sudah tahu mengumpat itu berdosa.

Namun, saya pegang betul-betul apa yang saya pelajari semalam iaitu "penulis perlu bertanggungjawab dengan apa yang dia tulis". Bak kata Tuan BB (Penulis Yang Disayang Tuhan);


"Penulis juga adalah manusia yang dekat kepada neraka. Mereka sudah melangkahkan sebelah kakinya ke neraka saat mereka menuliskan sesuatu yang jelek dan menghitamkan hati pembaca ataupun menuliskan benci yang memusnahkan bahagia.

Penulis juga adalah manusia yang sudah meletakkan sebelah kakinya di dalam syurga, pada saat mereka menuliskan sesuatu yang membuatkan ramai manusia berusaha menjadi hamba yang mencari reda dan rahmat Tuhan. Namun yang paling pasti, dalam semua kisah penulis, bukan semuanya kisah yang bahagia".


Bagi saya, penulis anugerah Tuhan mempunyai kuasa bagi mengubah perasaan manusia lain. Ini juga saya perolehi dari buku itu. Pendek kata, penulis mampu mempengaruhi manusia lain. Dalam bengkel itu, kami dinasihatkan menulis perkara yang baik-baik. "Itu saham akhirat", kata Cik Puan Azzah-sifu kami. Insyaallah, semoga saya mampu menulis dengan baik berkenaan perkara yang baik-baik. Semoga saya dan kamu semua menjadi Penulis Yang Disayang Tuhan.


Sayang kamu.


p/s: akan menukar kata ganti diri dari aku kepada saya. 











Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...