Followers

Tuesday 31 January 2012

Letih, Lesu Dan Stres - Saya Perlukan Vitamin B



Assalamualaikum & hai readers... *lambai tangan*

Pagi ini bukan pagi yang cergas bagi saya. Manakan tidak, bangun pagi sahaja badan sudah terasa lesu. Hendak kata tidak cukup tidur, tidak mungkin. Tidur dari pukul 10pm hingga 6am amatlah mencukupi. Mungkinkah ini salah satu tanda stres? Hmmm.. mungkin juga. Sampai sahaja ofis, terus buat kopi. Konon nak boost energy di pagi hari. Tapi nampaknya kopi pun tak jalan. Ketepikan kopi dan minum air kosong 2 gelas. Baru rasa lega sikit. Mungkin juga badan saya kurang air menyebabkan badan terasa lesu dan letih.

Saya juga mula berfikir untuk mengambil vitamin B sebagai supplement. Maklumlah, usia pun dah cecah 30-an. Dengan gaya hidup yang sibuk, tidak hairan kalau stress, rasa lesu dan letih datang melanda. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan hilang selera makan, insomnia, kekurangan darah, kadar kolestrol meningkat serta menyumbang kepada masalah kulit seperti jerawat. Kekurangannya juga boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan serta tekanan. Oleh itu, wanita yang menjalani kehidupan yang amat sibuk disarankan mengambil vitamin B kompleks sebagai supplement harian untuk mengurangkan gejala-gejala yang sedang saya alami sekarang.

Antara kebaikan vitamin B yang lain ialah untuk membebaskan tenaga dari makanan yang kita makan. Tak adalah makanan tu nanti berkumpul menjadi lemak saja-saja. Jadi ia turut meningkatkan kadar metaboslime dalam badan. Selain itu ia juga menyihatkan sistem penghadaman. Penghadaman yang tidak lancar pun boleh menyebabkan badan rasa 'berat' tau.

Secara ringkasnya, vitamin B ini adalah enzim untuk pelbagai jenis reaksi biokimia keseluruhan bahagian badan. Ia juga diperlukan untuk kesihatan urat saraf. Hmmm, banyak kebaikannya tu. Untuk orang seperti saya, mungkin saya perlu mengambilnya dalam bentuk kapsul. Bukan semua jenis makanan yang mengandungi vitamin B itu saya suka. Jadi, mudah kalau saya ambil dalam bentuk kapsul.

Well, readers. Mungkin info saya kurang di sini. Maklumlah, asalnya bukan nak cerita pasal vitamin B pun. Hanya nak bercerita pasal keadaan yang lesu pagi tadi. Meleret pulak kisah vitamin ni. Sekarang pun dah tengahari. Waktu lunch kan? Pergilah makan dulu. Jangan pulak nak amalkan diet yang tidak betul. Nak turunkan berat badan bukan dengan perut kosong. Eh eh, oklah saya nak stop dulu. Karang tercerita pasal berat badan lak. Bye...

Sayang kamu (^_^)*







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

4 comments:

  1. salam singgah..hai (lambai tangan)

    ReplyDelete
  2. penting jugak vitamin b ni ye.
    kena cari ni.
    nak harapkan diet sekarang.
    memang tak cukup vit b.

    ReplyDelete
  3. dulu suka juga amik supplement ni tp skrg nak amik apa2 pun tak berani sgt sbb fully BF.. lgpun skrg ni kalau nk kata stress xde sgt.. mgkin krg tido je sbb baby still kecik kan

    ReplyDelete
  4. vitamin b memang diperlukan bila kita ni sibuk, dihimpit dengan stress, itu ini, begitu begini. dunia yg kian mencabar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...