Followers

Friday 21 October 2011

Bila Suami Jatuh Cinta Lagi..Adeiiihhh!!!


Assalamualaikum...

Hai suami suami nakal...  Camane skandal..  Okey?  Good.

Pagi tadi aku dapat sms dari seorang kawan.. Terperanjat jugak aku.. Bertambah terperanjat bila aku baca kandungan sms tu.. Fuhhh.. Sms tu memang berjaya menukar pandangan aku 360 darjah!!! Nak tau?

Okey, mari aku cerita what is the sms about.. This fren of mine (perempuan) telah meluahkan rasa kecewa dia terhadap lelaki bernama suami.. Pendek kata hubby dialah.. Dia kata hubby dia ni nakal.. At first, aku tak faham maksud dia.. Then, semakin banyak sms dari kawan aku tu masuk.. Terus terang kata a bit mengganggu kerja akulah.. Tapi as a fren yang dipilih sebagai tempat untuk mengadu, aku dengan ikhlasnya melayan setiap luahan hatinya (bercampur rasa kay-poh)

Dia kata hubby dia ada affair dengan perempuan lain.. Wohoo!! Aku pun tanya dengan siapa (macamlah aku kenal siapa ek?!-soalan spontan!!).. Kawan aku ni kata hubby dia kenal perempuan ni dekat FB.. Hmmm..betullah FB ni boleh merapatkan silaturrahim sesama insan kan kan kan..  Dorang ni dah sampai tahap nak kawen.. Mungkin tuhan nak tunjuk, maka kawan aku ni terbaca sms perempuan itu semasa suaminya tengah tido..  Kira curik bacalah.. ( Wahai suami, lain kali lock phone yea.. Tak pun letak bawah bantal..  So skandal korang masih selamat..  Ngerti deh??!! )

Bila dah terkantoi, si suami diam tak cakap apa..  Okey, info tambahan, ini adalah salah satu taktik suami mengelak dari disiasat dengan lebih lanjut..  Aku tanya lagi sejak bila suami dia berperangai camtu..  Kawan aku kata sebenarnya suami dia ni memang nakal habis!! Itu bukan yang pertama dan dia yakin bukan yang terakhir.. Kawan aku ni dah tak tau nak buat camane dah ngan suami dia..  Akhirnya dia pasrah je.. Tapi pagi tadi dia rasa macam nak luahkan apa yang terbuku di hati..  Aku tak tau nak nasihatkan dia apa..  Cuma boleh nasihatkan dia bersabar jelah..  So setakat itu je aku boleh bagitau pasal sms kawan aku tu..

Aku tak berani nak komen lebih lebih..  Bukan sebab aku tak ade pendirian tapi aku takut aku emo..  Kalau aku di tempat isteri, aku rasa aku telah teraniaya dengan sikap suami yang nakal ni..  Siapa suka ye tak? Kita penat penat uruskan rumahtangga, jaga anak, jaga suami tup tup dia nak kawen lain.. Kalau aku memang hangen satu badan!! Mana boleh nak kongsi kasih.. Perempuan ni tak kisah apa pun tapi jangan kacau suami dia.. Tu je!!  Korang nasihatlah apa pun, cakaplah apa pun, korang nak ceritalah pasal payung emas bagai, tetap dia tak nak suaminya kawen lagi.. Memang ada perempuan yang redha tapi yang tak redha tu laaaaagii ramai.. Tau tak?

Tu kalau aku di tempat isteri.. Tapi kalau aku di tempat kekasih pulak camane? Sanggupkah aku melukakan hati si isteri?  Hmmm, tengok pada hati lah kut..  kalau hati kering mungkin aku carry on je hubungan ngan suami orang ni..  Dah dia sayang kat aku, nak buat camane kan?  Aku pun sayang dia jugak..  Dah tentu tentu aku harap dapat berkahwin dengan dia..  Jadi no 2 pun tak pe..  Masa tu,  aku yakin 100%  dapat mengharungi kehidupan bermadu ni tanpa masalah..  Yelah,  hati tengah penuh rasa cintaaa...  Konon prinsip aku,  kau tak kacau aku,  aku tak kacau engkau..  Selagi suami kita adil dari segi giliran,  its fine to me.. Huh..shallow!!

Aku tak taulah apa yang si suami cari.. Isteri cantik, anak ramai, hidup dah stabil.. Everything nampak sangat perfect dan bahagia..  Aku rasalah mungkin suami suami ni sentiasa menanggung rasa bersalah kerana membiarkan wanita-wanita lain hidup keseorangan kut..  Aku pernah jugak tanya kawan lelaki yang dah kawen tapi noty ni..  Dorang ni pun sometimes tak ade sebab yang konkrit pun..  Once again, shallow.. Huhhh!!!

Hmmm..banyak lagi aku nak cakap sebenarnya..  Tapi aku dah mula rasa nak teremo suda...  Baik aku berhenti..  Jap!!  Tetiba aku teringat kata kata kawan fb aku..  Dia kata, "seseorang itu dikatakan perampas hanya bila dia ingin memiliki semua kasih sayang suaminya dan tidak ingin berkongsi..  Tidak kiralah dia itu isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat.."

Pandangan aku?  Hindari mereka..  Jangan nak pandai pandai guna ayat "kalau dah jodoh nak buat camane.."  Itu tunggu suami korang yang juga suami madu korang telah berjabat tangan dengan tok kadi.. Then u can say "dah jodoh.."  Good night..





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

6 comments:

  1. aduh pedih jadi pompuan bila suami buat macam tu..tapi dah fitrahnye...kita nak tak nak kene pasrah..biarlah masa menentukan...tapi kalau aku jadi bini xtau lah mcm mana... harap2 dapat laki yang elok la..xmo skandal..kalau nak ckp nanti pinangkan terus...haha

    ReplyDelete
  2. Nakal Si suami tu.. Bahaya-bahaya... stuju la ngn pandangan last awak tu... Hindari mereka.. Jangan nak pandai pandai guna ayat "kalau dah jodoh nak buat camane.."... bala-bala... jangan cari penyakit..

    ReplyDelete
  3. ape pnye suamilah .. ksian si isteri..hurmm ..
    moga si suami tu brubah..

    jgn lupe singgah n follow mia ye . :)
    http://miameymi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. adeyh...huhu...

    jom..

    http://pzulzarien.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. for me..i xkawin lagi and hopes my future hb xmacam 2..i sbenarnye, redha kalu die kawin len as long he, adil..kkdg lelaki bukan pe cr yg second yg nak yg vogue2..last2 kali menyesal..kalu nak cr kedua pun cr len yg beragama..so senang t.Perempuan 2 lak, kene la, pandai hormati/ horny je lebih..kite nak kawin bukan sehari due..sok tua2 pun korang kerepot gak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...