Followers

Showing posts with label BUKU. Show all posts
Showing posts with label BUKU. Show all posts

Sunday, 22 January 2012

Review ERTI CINTA-Karya Seni



Assalamualaikum.

Hye people.. Dalam mood bercuti ye? Best? Of course lah best kan? 

Okay, kita teruskan pada entri kita ye.. Kali ni saya akan review novel ERTI CINTA.. Perghhh, tengok tajuk mesti ingat pure love story yang banyak badai melanda (errr..macam Ombak Rindu, well, you know.. ). Tangkap jiwang meleleh-leleh.. Hah, saaaalah sangat!! Kalau nak tau ERTI CINTA ni adalah novel paranormal-romance. Berlatarbelakangkan kisah seram. But wait!! Bukan macam kisah seram atau cerita hantu yang selalu kita baca, yang hantu rambut panjang dengan kena rasuk bagai.. No, no, no dear.. It's different.






Well, kisah bermula dengan Anis dan Maria berpindah dari asrama kolej yang seperti tin sardin ke Flat Seri Mastura yang murah sewanya, tetapi seperti pangsapuri tinggal. Walaupun sangsi dengan keadaan itu, mereka nekad berpindah. Yang penting, mereka keluar dari asrama tin sardin itu dan tidak lagi menghadapi karenah rakan-rakan yang menyakitkan hati.

Hari pertama berpindah, Anis bertemu dengan Danny dan jatuh cinta pandang pertama. Kemudian, hari-hari berikutnya Anis akan menunggu Danny setiap petang atau lebih tepat lagi sebelum maghrib untuk berbual-bual dengan Danny. Namun, situasi ini tidak menyenangkan Joe, yang banyak mengetahui kisah yang berlaku di Flat Sri Mutiara. Anis pula menganggap Joe cemburu dengan hubungannya bersama Danny. Dalam masa yang sama, wajah anis yang seiras Zana, bekas kekasih Joe, menyebabkan luka lama berdarah kembali.

Setiap hari, Joe akan memerhatikan Anis dan mula tertanya-tanya siapa Danny yang misteri itu. Dia mula menyiasat dan menyingkap kebenaran agar Anis tahu hakikat sebenar. Namun, mampukah Anis berhadapan dengan hal sebenar? Maria pula terpaksa menahan hati apabila Joe dengan terus terang tidak dapat menerima cintanya. Nampaknya, Erti Cinta bukan cinta tiga segi tapi dah jadi empat segi.. Maria sukakan Joe, Joe mahukan Anis, Anis jatuh cinta pada Danny dan Danny pula rupa-rupanya tunangan orang.. See? Hewwww~~~

Sepanjang tinggal di flat itu, Anis dan Maria mengalami peristiwa-peristiwa pelik termasuk seorang apek selalu bertanya " mana saya punya cinta ". Kenapa apek tu minta cinta dari setiap orang yang ditemui? Itu kenelah baca sendiri. Nak saya ceritakan jugak? Bak 2 ringgit!!!

Bagi saya novel ini lain dari novel-novel seram yang saya selalu baca. Sebabnya, kisah seram yang tidak membuatkan dahi saya berkerut membaca, semata-mata untuk menyelami rasa seram itu. Terima kasihlah pada penulisnya- Camellia kerana membantu saya mengurangkan kedutan di dahi. Seramnya datang sendiri bila saya bayangkan apa yang terjadi sewaktu saya membacanya. Dan yang penting, watak Danny yang amat hensem pada pandangan saya!!! Tak percaya? Cuba baca semasa Joe berjaya berjumpa dengan Danny. Joe sendiri mengakui wajah Danny yang sedap mata memandang tu. Patutlah Anis angau!!

Tiba-tiba saya teringat cerita Tru Calling yang pernah ditayangkan di TV3 dulu. Selalu roh orang mati minta tolong settlekan problem dorang kan? Ghost Whisperer pun best. So, bolehlah saya kata, saya enjoy bersama ERTI CINTA seperti saya enjoy menonton Tru Calling dan Ghost Whisperer...

Cuma saya mengharapkan watak jahat Zack tu diceritakan lebih sikit. Barulah 'chill'!! Lagi satu, saya keliru dengan latar masa. Mungkin saya yang tidak membaca dengan betul. Saya keliru dengan babak yang saya ingatkan berlaku pada masa yang berlainan. Rupa-rupanya pada hari yang sama. Tetapi itu langsung tidak menjejaskan mood saya. Anyway, salute pada Camellia-penulis yang 'tak serupa orang'. Saya cuma perlukan masa 2 hari untuk habiskannya. Wah, kalau macam ni 8 buah buku sebulan pun boleh belasah.. Hahaha..


p/s: Penulis tanya; " Siapa yang berani baca EC? Berani diuji dengan cerita seram dan berani ambil buku ni dan bawa ke kaunter dan dijeling seperti seorang yang ' have a very bad taste' ?

Sila jawab and enjoy reading. Sayang kamu.




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday, 10 January 2012

Review KELABU-FIXI





Assalamualaikum,

Hai, salam sayang untuk kamu. Lama juga saya tidak mengisi blog ini. Kagum betul saya bila melihat blogger-blogger lain mampu menulis blog mereka hampir setiap hari! Kerana blog kamu yang menarik itu, saya terleka membacanya sambil tangan saya menongkat dagu. *perasaan yang asyik* :). Akibatnya, blog saya yang kosong.

Oh ya, sebelum terlupa, sekarang saya sedang membaca novel KELABU-FIXI. Belum tamat lagi tetapi telah separuh saya baca, dan saya tidak sabar ceritakannya di sini. 'KELABU' mengisahkan Amir yang ditawarkan menjadi 'boyfren kontrak' oleh Jun dengan tujuan untuk membuatkan boyfren Jun cemburu.

Namun, lama kelamaan Amir mula jatuh cinta pada Jun. Pada masa yang sama, pelbagai cerita mengenai Jun yang kurang enak disampaikan kepada Amir. Bukan itu sahaja. Kedatangan ibu Amir setelah lama meninggalkan dia dan ayahnya turut menyebabkan Amir semakin sesak dada. Apatah lagi kedua ibu bapanya  membicarakan perihal dirinya.


Bagi saya, novel Kelabu ini bermula dengan agak perlahan tetapi lama kelamaan menjadi semakin menarik bila ceritanya berkembang bersama perubahan perasaan Amir terhadap Jun. Saya menjangkakan novel ini berkisar mengenai hal cinta yang biasa sahaja. Namun tanpa disangka, setelah separuh saya baca, NADIA KHAN telah membuat saya ketawa terbahak-bahak dengan plot ceritanya yang sungguh tidak terjangka. Ketawa saya bukan kerana ceritanya kelakar tetapi disebabkan NADIA KHAN telah memberi 'sesuatu' yang saya betul betul tidak sangka akan begitu kisahnya. Kerana sebelum itu saya fikir lain tetapi NADIA KHAN telah memberi sesuatu yang lain. Apa lagi yang perlu saya katakan?! Tentu sahaja SYABAS!!!


Walaupun gaya bahasa yang digunakan, hmmm..tahap 'merunsingkan', novel ini seronok dibaca lebih lebih lagi kepada mereka yang mencari kelainan dalam plot. Disebabkan saya baru baca separuh, tidak perlu saya ulas panjang lebar di sini. Kalau kamu ingin mengalami apa yang saya alami, silalah ke kedai buku sekarang dan dapatkan KELABU. Happy reading!!


Sayang kamu.





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday, 28 October 2011

BUKU FIXI - PECAH


Hai readers,


Aku baru habis baca novel PECAH terbitan BUKU FIXI. Mesti ada yang tak pernah dengar kan? Memang. BUKU FIXI ni new publisher. Karya-karyanya lebih bersifat urban dan kotemporari. So jangan terperanjat kalau jalan ceritanya lebih “berani” dan gaya bahasanya tidak berlapik (bahasa slanga dan lebih celupar). Konsep yang diketengahkan sangat simple. Kaver yang tidak banyak kaler dan title yang hanya mengunakan one word. Blurp juga sangat ringkas. Mungkin korang boleh jengah-jengah BUKU FIXI. Mana tau sesuai dengan taste korang.

Okey, novel PECAH ni ditulis oleh Khairulnizam Bakeri, pemilik blogger salahtaip.blogspot.com . Meh aku review sikit pasal novel ni. Cerita bermula dengan satu adegan rompakan di Bank CIMB Shah Alam. Didalangi oleh 4 orang iaitu Herman, Alan, Radi dan Don. Berjaya membawa lari duit dan satu peti simpanan dari loker 136. Namun malang bagi Alan bila kakinya ditembak oleh Kazim, manager bank berkenaan.

Jadi perompak-perompak itu pun drop Alan di hospital dan berjanji akan keluarkan Alan dari situ. Dalam masa yang sama seorang pakcik bernama Bakar dimasukkan ke wad kerana koma. Pakcik Bakar ni duduk di rumah orang tua dan sangat sayang pada Lidya, jururawat di rumah orang tua tersebut. Pakcik Bakar telah menyerahkan sesuatu kepada Lidya yang disimpan di dalam peti simpanan di CIMB Shah Alam. Dari situlah kita nampak kaitan antara watak yang terlibat. Apa yang ada di dalam peti simpanan itu? Dan kenapa pula bank itu dirompak? Baca sendiri okey!!

Sebenarnya watak-watak dalam novel ini saling berkait antara satu sama lain. So penulis telah menggunakan teknik flashback untuk mengaitkan mereka. Ada kisah hitam yang membawa kepada rancangan rompakan itu. Bila korang baca buku ni, korang akan tau bahawa rompakan itu bukan rompakan biasa. Tapi satu konspirasi oleh master mindnya untuk membalas dendam di samping ingin membongkar satu kebenaran.

Orait, novel ni memang menarik untuk dibaca. Ringan dan catchy. Lari sedikit dari cerita cerita biasa. Namun masih lemah dari segi jalan cerita. Kurang thrill kerana apa yang berlaku di dalamnya ‘smooth’ sahaja. Dari segi bahasa, memang santai. Kadang-kadang agak kekok dan mengelirukan, terutamanya bila watak bermonolog. Perlu dibezakan dari segi font atau saiz text. Dan ehem!!! Ada adegan 18SX uuu… So aku pun baca dengan malu malu kucing lah. Tau-tau abis jugak perenggan tu aku baca. Hehehe.. (gelak malu malu). Yang ni memang novelis lain tak buat. Kalau penulis buku porno aku tak taulah. Rasanya inilah dikatakan urban dan kotemporari. Life zaman sekarang kan?!

Ending cerita pun lain. Haha, memang tak terjangka. Penulis ni memang nak buat pembaca dapat agak apa endingnya tapi rupa-rupanya apa yang berlaku sebaliknya. Apa-apa pun salute pada Khairulnizam Bakeri. Banyak lagi novel-novel dari BUKU FIXI. So aku kira akan cuba baca semua buku fixi yang ada. Hmmm, budget lari lagi nampaknya…









Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday, 1 October 2011

Berjalan Jalan Mencari Lelaki Baik

Assalamualaikum..


Hahaha.. Aku ni memang tak sabar orangnya.. Akhirnya aku berjaya mendapatkan novel-novel Bahruddin Bekri seperti yang aku cerita dalam entri semalam.. Aku beli kat MPH tengah hari tadi.. Rupa rupanya novel novel tu terletak dekat rak novel kanak kanak dan remaja.. Ini cukup bagus.. Memandangkan aku bukan ahli MPH, maka dengan muka tak malu aku tunggu kat kaunter bayaran.. Meminta belas ehsan sape sape yang ada membership card untuk kids.. Hehe.. Memang spesis tak malu!!! Dan syukur ada yang sudi menghulurkan bantuan.. Terima kasih...


Aku beli 3 siri Mat Despatch.. Sebenarnya tak sabar nak ada "Lelaki Baik".. Akhirnya aku berjaya...








Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...