Followers

Thursday 15 December 2011

Poligami Senang Tapi Tidak Mudah - Suami, Isteri Dan Kekasih


Assalamualaikum..


Ini kali kedua aku diasak dengan soalan poligami. Sebetul-betulnya aku tidak ada pendapat yang tetap dalam soal ini. Sebab bagi aku ia amat bergantung pada situasi dan kepada siapa soalan ini ditujukan. Sama ada aku lelaki yang akan berkahwin lagi-yang sudah pasti nampak poligami itu sesuatu yang wajar. Atau sebagai isteri yang bakal dimadukan-yang sudah tentu menentang suami kahwin lain, atau sebagai perempuan; iaitu aku juga,yang bakal berkahwin dengan suami orang. Aku yakin di sini akan berlaku ketidakseimbagan dalam pendapat; 2 lawan 1. Sudah tentu aku menyokong poligami sekiranya aku yang bakal berkahwin dengan suami orang. Yelah, nak kahwin dengan suami orang kan? Hati kata nak tapi mulut menentang itu hipokrit namanya kan?

Poligami tidak semudah menyebutnya. Berapa ramai yang berjaya dalam berpoligami? Ramai. Tapi lagi ramai yang kecundang. Mudah bagi kita kata, yang penting adil, bertanggungjawab, bersabar dan sedia berkorban demi kebahagian. Ironinya, bukan itu yang berlaku. Disebalik senyum yang dipamerkan, ada banyak duka yang tersembunyi. Lelaki, kalau hendak kahwin lagi mulalah menjadi pakar dalam bab nikah kahwin. Siap sebut hadis,hukum bagai. Mulalah nak rapat dengan ustaz dan dengar kuliah pasal poligami. Pantang ada, ke situlah dia pergi. Punyalah dia nak kahwin.

Sebenarnya aku tidaklah emosi sangat pasal isu ini. Buat apa aku nak emosi sebab perkara itu tidak berlaku pada aku. Cuma cara kawan aku berhujah menjadikan aku naik angin. Dia seolah olah memandang hal ini cukup mudah, semudah dia bercakap. Dia seolah olah mengatakan yang poligami ini menjadi masalah disebabkan kaum perempuan. Macam mana menentang sekalipun, perempuan akan redha juga andai ditakdirkan bermadu. Cuma, Cuma ye, bila lelaki itu menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab maka perkara ini yang menjadi masalah. Harus tak perempuan menolak poligami? Aku cukup tidak suka berhujah dengan orang yang hanya nampak sudut pandang dia ( biarlah dia baca ayat ini dan harap dia faham apa aku rasa tadi ).

Banyak lagi yang aku hendak cakap sebenarnya tapi nantilah. Aku nak rehat dulu. Tiap-tiap petang kena hujan membuatkan aku terasa letih yang amat. Kita jumpa lagi. Selamat malam.


p/s: baca sekali yang ini - Suami Nakal







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...