Followers

Sunday, 31 July 2011

Antara Aku, Fahmi Dan Elia

Assalamualaikum


Rasa rasa semua media cetak hari ni ada cerita Fahmi putus tunang.. Mungkin itu jalan yang terbaik.. Yalah, kita dah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan perkara tu terjadi.. Mungkin sebab Fahmi orang femes maka semua orang follow cerita dia.. Putus tunang ni bukan perkara luar biasa.. Sama je macam kes cerai berai.. Bila rasa dah  tak boleh bawak sepakat, putus lagi bagus.. Cuma dalam kes perkahwinan, banyak perkara yang perlu di ambik kira.. Errr, betul ke alam pertunangan tu 'panas' ?


Cemburu dan ada pihak ketiga selalu menjadi isu dalam perhubungan lelaki dan perempuan.. aku sendiri selalu diamuk rasa cemburu.. Cemburu tu kan tanda sayang.. Namun kita perlu bijak kawal rasa cemburu takut nanti jadi cemburu buta.. Bila cemburu aku datang tak pasal pasal, aku selalu kata kat diri aku 'kenapa aku perlu cemburu dengan orang itu atau orang ini.. Why don't aku buat orang cemburu kat aku instead aku cemburu kat orang lain..' Nampak ?? Cemburu tu datang sebab kita kurang keyakinan diri.. Kita takut kehilangan disebabkan kekurangan kita.. Heeyyyy.. kita ada kelebihan yang Allah bagi.. Gunakan dan tunjukkan!! Itu yang menjadikan korang special okayyhh..


Pasal orang ketiga ni payah sikit nak komen.. Sebabnya bila kita tanya selalu jawapan yang diterima 'kami hanya kawan, tak lebih dari itu.. you ni cemburu tak tentu pasal kenapa..? Perrggghh.. memang speechless dibuatnya!! Tu pasal aku kata aku tak nak komen pasal ni.. Tak guna kita tanya tapi dijawab dengan pembohongan.. Apa salahnya dia terus terang je ' ha ah, i dan dia semakin rapat sekarang..' Kan senang.. Sama gak kan.. Kene tipu sakit hati, terus terang pun sakit hati.. baik terus terang!! Tak payah panjang cerita.. Kita putus.. I carik lain, U carik lain..


Apapun aku harap Fahmi dan Elia masing masing dapat melihat hikmah disebalik apa yang terjadi.. Anggaplah ini sebagai satu pengalaman yang mengajar mereka supaya lebih berhati hati dan lebih dewasa dalam menjalani kehidupan.. Kepada Fahmi, biarlah apa orang nak cakap pun.. Kejar impian anda semampu mungkin.. Dan Elia, belajarlah dari kesilapan...







Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

6 comments:

  1. khabar angin yang menggoyangkan ni.....
    ok kot

    salam singgah kenalan, follow-follow
    follow awak

    ReplyDelete
  2. apek nak kejar impian yang menggunung tu..haha

    ReplyDelete
  3. nak buat mcm mana.. jodoh tak de.. redha je... redah je... slamat berpuase wak...

    ReplyDelete
  4. gentlement..selamat berpuasa semua yer.. :)

    ReplyDelete
  5. mnjd seorang seleb mmg byk dugaan,.. waallahualam, kedua-dua apek dan bks tunangnya kne byk muhasabah diri.

    Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...