Followers

Tuesday 9 August 2011

Aikkk!!! Dah Hari Selasa..Menyesal Tak Ambik Cuti Seminggu..

Assalamualaikum..


Dah hari Selasa.. Dah 9 hari berpuasa.. Cepatnya!!! Dah dua hari cuti.. Esok kene kerja.. Masa betul betul cepat berlalu.. Banyak kerja yang tak siap lagi ni.. Boleh ke aku nak kata 24 jam tu tak cukup??? Dah tolak masa kat pejabat, kat perjalanan pergi balik, makan minum, rehat, belek belek fb, blog, tido.. Memang tak cukup!!! Tapi itulah yang kita alami hari hari.. Ada yang rasa tak cukup masa.. Tau tau dah malam, nak tido dah.. Ada tu pulak terlebih lebih masa.. Bukan dia takde benda nak buat tapi memang dia suka buang masa.. 


Dalam bulan Ramadhan ni lagi terasa cabarannya.. Bermula sahur, berbuka dan beribadat.. Bagi mereka yang menghargai masa, ini merupakan satu rahmat.. Sebaliknya mereka yang tidak hanya akan menganggap itu rutin di bulan puasa.. Lepas bangun sahur tak tidur balik.. Kena pulak bersiap ke tempat kerja.. Dengan rasa mengantuk dan keletihan bawak hingga ke pejabat.. Mood pun tunggang langgang.. Langsung tidak merasai nikmat Ramadhan..


Memang kita selalu keletihan untuk menyiapkan banyak benda dalam masa yang ditetapkan.. Namun yang penting cara kita menghargai masa yang kita ada terutama di Bulan Ramadhan ini.. Ambiklah kesempatan yang diberikan dengan dengan cara yang betul dan bijak seperti yang dituntut.. Dan biarlah ibadah yang dilakukan tidak hanya 'hangat' di bulan ini sahaja..


Ok kawan kawan.. Sekian sahaja untuk kali ini.. Sebelum undur diri, hayatilah pepatah arab ini : " Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu "


**apesal aku so polite lak ni..???











Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

1 comment:

  1. samelah kita amy pun x terkejarkan pula huhu..

    p/s: salam kenal singgah dan folloe sini..happy blogging

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...