Followers

Saturday 14 April 2012

Silap



Saya pernah buat silap. Bukan. Saya selalu buat silap. Kerana saya manusia lemah. Tetapi itu bukan alasan untuk saya sengaja berbuat silap kerana bagi saya, saya ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Dan semestinya membuat silap adalah perkara yang paling saya elak sekiranya saya mahu menjadi yang terbaik.

Baru-baru ini, berlaku sesuatu. Saya tidak tahu kalau-kalau itu juga dikategorikan sebagai kesilapan. Dalam banyak-banyak perkara di dunia, menjaga hati orang sebaik mungkin adalah yang paling sukar untuk saya, kerana di situlah paling kerap saya buat silap. Tapi percayalah, tidak pernah saya ada niat untuk menyakiti hati orang tersayang. Nama pun sayang... Tapi, itulah yang berlaku.

Saya tahu dia tersinggung dengan bicara saya. Demi Tuhan, itu bukan niat saya. Namun, penerimaan orang tidak sama. Bagi saya itu hanyalah bicara biasa tapi bukan pada orang lain. Nama pun manusia, hati tidak sama. Kecil atau besar perkara itu, bukan  lagi menjadi hal. Kerana sudah ada yang berasa hati.

Saya hanya mampu meminta maaf. Apa lagi yang harus saya katakan? Jujurnya, saya ingin orang memaafkan dan melupakan kesilapan saya. Itu mustahil, dan hakikat itu meninggalkan rasa pedih dalam hati. Hati terkilan kerana disalah erti.

Dan sekarang, dalam hati saya hanya ada satu perkara. Maaf, maaf, maaf. Saya harap itu memadai untuk menunjukkan betapa kesalnya saya. Mungkin selepas ini keadaan tidak lagi sama, walaupun saya mengharapkan yang sebaliknya.



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

2 comments:

  1. Takpa . Orang yang meminta maaf tu adalah org yg sangat mulia :D Hope org tu maafkan awak k :) Be strong !

    ReplyDelete
  2. Thanks Eyra Meow.. sekarang dah getting better.. teruk jugak kalau mereka ni merajuk.. Heh!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...