Assalamualaikum
Pagi tadi dalam LRT aku curi dengar dua orang bercakap pasal bende ni…
Perempuan 1:
First impression tu penting tau..!
Perempuan 2:
Ye ke? U…don’t judge a book by its cover okeyhh.. Tak semua yang cantik tu elok je dan tak semua yang huduh tu tak leh pakai..Luaran tak mengambarkan dalaman..ia tak menunjukkan siapa U sebenarnya..Takkan first time jumpa I tak senyum terus U kata I sombong bagak!! Mana tau ari tu I takde mood..PMS.Hari lain I ok jer..
Perempuan 1:
Of cozlah I akan anggap U macam tu!!Dengan muka masam dan bahasa boombastik U ingat I nak jumpa U lagi? U ingat I nak berurusan dengan U lagi? Sudah tentu tidak sama sekali!! *dengan suara gila serius weyyhhh..*
Perempuan 2:
Susahlah macam tu..kita tak boleh menilai orang dengan sekali pandang je..Mana adil!! Kalau nampak je orang tu tak mencapai tahap piawaian U, terus U nak kata dia tu tak bagus? Jangan tak tau ramai yang pandai berlakon baik sekarang ni U.. Jangan tertipu suda.. First impression tu tak boleh dipakai selalu..
Perempuan 1:
Tapi kalau first time dah tunjuk yang huduh2,agak agak U lah kan apa tanggapan I time tu? Dah tentu yang sepadan dengan apa yang dia tunjukkan kan kan.. Lainlah kalau dia siap siap cakap “ini hanya ilustrasi..bukan mengambarkan keadaan sebenar..”
Perempuan 2:
Yelah..tapi tanggapan pertama kita patut mengambil kira semua aspek dan tidak boleh dibuat dalam waktu yang singkat, pada masa itu.. Kalau silap? Cth, U nampak kueh tu sedap,dibungkus cantik..selera nak merasa membuak buak..lalu U pun beli dengan harapan rasanya sesedap rupanya..Bila masuk je ke mulut..Tuihhhh! U luahkan balik..”kueh apa rasa cam @#$%&^ ni?” Otomatiknye U mesti maki hamun orang yang jual tu kan? Pastu U sebarkan kat kawan kawan U jangan beli kueh kat orang tu..Tak sedap!!! Nampak?
Perempuan 1:
Nak tak nak U kene terima yang first impression tu penting.. Untuk apa U menjaga penampilan? Sebab U nak orang beri tanggapan yang elok elok je kan kan..tak kira lah U ada sikap buruk ke tak..tu nanti nanti punye cerita..Yang penting U nak dorang suka kat U bila first time jumpa..
** errrr..pastu tu aku tak tau cerita selanjutnya kerana aku dah sampai ke destinasi aku..Ampang Park..
KESIMPULAN?
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
terjah... hite me back....
ReplyDeletehttp://bexraz.blogspot.com/2011/07/blogger-pilihan-thanz-bro-ben-ashaari.html
kesimpulan.. 1st impresion hanya terguna pakai pada tempat dan masa yang sesuai...
ReplyDeletedalam mengenali hati budi atau kualiti yg lebih mendalam.. experience better.