Followers

Sunday 10 July 2011

Duduk atas pagar

Orang kata aku ni tak ade pendirian tetap.. Kejap ke kiri kejap ke kanan.. Kejap sokong yang ini kejap sokong yang itu.. Hmmm, tapi bukankah tidak memihak sesiapa itu pun satu pendirian jugak? Malah dgn tidak memihak sesiapa aku lebih terbuka dalam memperkatakan sesuatu.. Pandangan aku tidak terhad pada kebaikkan pihak yang aku sokong dan menafikan keburukkan yang dia lakukan..dalam masa yang sama,aku hanya nampak keburukkan pada pihak yg aku tak sokong, tapi menutup mata kebaikkan yg dia lakukan...adil ke macam tu? Semuanya ada kebaikkan dan keburukkan..tapi kita semua masih tidak terbiasa menyokong berdasarkan prinsip..

Ada tak orang yg macam aku..duduk atas pagar? Duduk di posisi yang tinggi di antara kedua-dua padang..yang nampak kedua dua belah seluas mata memandang.. Luas dan menyeluruh kerana mempunyai ‘helicopter view’ atau bird’s eye view.. Nampak segala semak samun dan belukar di kedua dua tempat.. Tak ramai yang boleh terima pendirian berkecuali ni.. Barangkali sebab hidup kita telah di set agar sentiasa dalam keadaan teratur untuk menjamin semua dalam keadaan baik baik sahaja.. Tanpa sedar kita mempunyai pandangan yang objektif pada hitam dan putih tapi bukan kelabu.. Hanya faham ‘ya’ atau ‘tidak’tapi bukan ‘barangkali’..

Jangan dipandang  sinis pendapat orang yang duduk atas pagar kerana mereka mereka inilah yang memerhati dalam senyap segala kepincangan yang berlaku.. Setuju tak bermaksud menyokong, menbantah tak bermaksud menentang,mengkritik tak bermaksud benci.. KITA PANDANG LANGIT YANG SAMA TAPI KITA BERBEZA..

p/s: Jangan sampai jadi “only see the grass is greener on his side”..
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

5 comments:

  1. betul betul. kita sama. sekurang-kurangnya kita menilai sesuatu dari kedua-dua sudut. bukannya hanya ego mempertahankan pendapat masing-masing yng tak ketahuan hala tu.

    Muka Macam Kau? Sorry, Aku Tak Pandang

    ReplyDelete
  2. betul2..kadang2 berdiri di atas pagar bukan bermaksud kita tak berpendirian tetapi lebih kepada memerhati situasi..heheh

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. orang atas pagar, org yang sebenarnya penentu pilihanraya...

    bukan undi hantu yg dimomok2kan..

    :)

    ReplyDelete
  4. yang berkecuali ini biasanya lebih celik dari mereka yang lain kerana tidak terbatas penglihatannya.

    masuknya kita di dalam sesuatu golongan, itu menyempitkan.

    err....mungkin.

    ReplyDelete
  5. itulah..bila kita sukakan sesuatu, bererti kita kene bencikan sesuatu yang bertentangan..maksudnya kita tak boleh nak suka kedua duanya atau benci kedua duanya..itulah cth pandangan yang terhad..lagi dorang kutuk kalau kita tak ambik tau langsung perkara yang sedang hangat diperbualkan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...