Followers

Wednesday 20 July 2011

Bila Masa Berlalu

Assalamualaikum..

Baru baru ni aku berjumpa dengan seorang kawan lama, kawan sekolah menengah yang dulunya rapat tapi sekarang dah tak.. Masing masing sibuk hingga lupa untuk mengekalkan keakraban yang sedia ada.. Mungkin juga disebabkan oleh jarak yang memisahkan.. Kasihan sungguh hidup ini bila kita sering membiarkan sesuatu yang berharga hilang begitu sahaja..

Banyak cerita yang kami bualkan terutama mengenai kawan kawan yang lain.. Masing masing tertanya tanya apa yang berlaku pada mereka semua.. So soalan standard mesti ada.”dorang buat apa?” , “kat mana dorang sekarang?”.. Dalam hati dah berkira kira nak menjejaki mereka.. Errr pada petang tu jelah.. Lepas tu impian tinggal impian.. Juga disebabkan kekangan waktu.. Melihat pada kehidupan masing masing, terlalu banyak yang berubah.. Dari wajah sehinggalah pada cara hidup.. Mungkin disebabkan oleh terjahan cabaran hidup.. Ada kematangan pada wajah serta tutur kata.. Kadang kadang tutur kata kedengaran ceria namun sesaat kemudian berubah bila ada yang menyakitkan hati..

Semakin kita dewasa, semakin kita lupa tentang persahabatan yang terjalin.. Engkau engkau aku aku.. Jarang kita hendak bertanya khabar.. Mungkin dalam minda kita mereka semua baik baik sahaja.. Kalau tak, tentu ada kawan lain yang akan sampaikan berita buruk.. Kalau ada!! Alangkah baiknya kalau masing masing ada keinginan untuk berkumpul dan bertukar tukar cerita.. Dan sekali lagi faktor masa dan jarak yang menjadi penghalang..

Bila hari menginjak ke senja, masing masing meminta diri sambil berjanji untuk terus berhubung.. Insyaallah..hanya mampu berdoa agar Allah memberi kelapangan masa untuk kembali berkumpul seperti dahulu..

Dan malamnya aku dihubungi oleh seorang lagi rakan lama..Minta maaf.. Sebenarnya aku hanya ingat nama tapi rupa aku langsung tak tergambar.. Dia berjaya menjejaki beberapa orang kawan yang tinggal di sekitar KL.. Ya tuhan... Rupa rupanya ramai kat sini tapi tak pernah langsung bertembung di mana mana.. Kelakarnya!! Harap harap suatu hari nanti kami dapat berkumpul dan melihat rupa masing masing bila dah dewasa..


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...