Followers

Monday 22 August 2011

Berhenti, Jangan Lari!!!

Assalamualaikum..


Aku baru habis baca novel thriller - Anarkis, penulis Khairul Nizam Khairani.. Aku rasa aku harus mula beri perhatian pada penulisan beliau.. Memang best.. Aku akan beli 2 lagi buku hasil tulisannya iaitu ' Kudeta Klimaks' & 'Kudeta Intro' by end of this month.. So pada peminat novel thriller boleh cuba baca ketiga-tiga novel ni.. Memang tak rugi.. Kita harap akan ada yang mengikut jejak langkah penulis novel thiller no satu negara, Ramlee Awang Mursheed.. Yeahhhh!!!


So apa yang aku perolehi dari novel tu? Jangan sesekali mengalah pada keadaan yang tidak memihak pada kita.. Andai selama ini kita lari dari masalah yang 'mengejar', berhenti dan hadapinya dengan berani.. Mungkin ada yang kata "cakap senanglah..." Dan ada yang hanya membiarkan sahaja masalah itu dengan harapan masalah itu akan berlalu bersama masa.. Percayalah, ia takkan berlaku.. Mungkin kita akan lupa sekejap dengan masalah tersebut tapi ia akan tetap datang balik pada kita..


So the best way is settlekan.. Mungkin kita memerlukan pertolongan orang lain.. Just go n get it.. Buangkan ego tu.. Kita manusia kan saling bergantung satu sama lain.. Tak perlu malu andai itu jalannya.. Tapi jangan pulak selesaikan masalah tu dengan cara gila dan kurang ajar.. For sure bertambah teruk.. Kat paper hari hari ada cerita jenayah.. Puncanya bila ada je masalah semuanya diselesaikan ikut perasaan tanpa memikirkan kesan dan akibat.. Nyawa makin tak berharga.. Senang senang nak tetak orang, senang senang nak rodok perut prang, senang senang nak kerat orang.. Betul betul kering hati!!!


So korang, jangan biarkan hidup korang diselubungi masalah yang berpanjangan.. Stress nanti.. Tak baik untuk kesihatan fizikal dan mental.. Cewahh..rasa cam nurse lak.. Apa apa pun jangan berhenti berdoa memohon pertolongan Allah.. Minta ditunjukkan jalan dan dipermudahkan serta dilapangkan segala beban yang dihadapi.. Ingat, semakin dekat kita dengan Allah, semakin tenang jiwa kita.. Betul tak kawan kawan...? Ok, selamat malam dan selamat meneruskan ibadat di malam malam terakhir ramadhan ini.. 


   

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

1 comment:

  1. wahh layout dah lain.. geng hitam!!! wee wit...

    pasal novel tu. ada tengok kat MPH..tapi tak beli2 lagi.. banyak lagi buku kat rumah ni tak habis baca...

    owhh betul, berhenti berlari, dan tenung anjing itu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...