Followers

Monday 8 August 2011

Benci Tapi Sayang..

Assalamualaikum..


Errr nak cerita apa yer..


Pasal lelaki lagi ke..? Atau pasal hati dan perasaan..? Boringlah aku nak cerita pasal ni je.. Tapi kata blog untuk luahan rasa hati.. So of courselah cerita pasal apa yang ada dalam hati kan kan kan.. Sementelah hati aku ni penuh dengan rasa cinta.. ohok ohok ohok!!! Sapa lak yang sebut nama nih.. Pantang aku kata cinta..!!


Wohooo..kat tv cerita 'Ibu Mertuaku'.. Best!!! Cerita P Ramlee memang best.. Tapi paling aku suka tengok 'Tiga Abdul' dan 'Masam Masam Manis'.. Kelakar sangat tapi penuh mesej dalam memulakan perhubungan dan alam rumah tangga.. Kalau korang perasan, perhubungan dorang ni dipenuhi rasa benci benci sayang.. Walaupun macam benci tapi sebenarnya dalam hati rasa sayang.. Mungkin masih berlapik dalam mengatakan perasaan agar tidak nampak gelojoh.. Ohhhh so sweeeettt.. 


Ok, nak tanya pernah tak korang dalam situasi benci tapi sayang *bukan benci benci sayang okayhh!! *.. Alaaa yang kita rasa lepas gaduh ngan pasangan kita.. Rasa menyampah dan benci, merajuk segala.. Bila dipujuk pujuk elok balik.. Kalau sesekali tak pe tapi kalau dah selalu pernah tak korang berfikir ke mana hala tuju hubungan tu? Kelirukan..?! Hubungan macam ni memang penat.. Bila dah selalu bergaduh memang timbul rasa bosan tapi sebab dah lama bersama rasa sayang nak menamatkan perhubungan itu.. Tulah payah bila benci dan sayang bersatu.. Sesak dan menyakitkan.. Selalu dalam dilema samada nak kekal atau berpisah..


In every relationship there will always be a moment where you hate your partner as much as you love them.. Sayang atau benci perlu dipastikan.. Jangan biarkan hubungan kita seperti yoyo.. Memang kita tak leh buat hubungan tu sentiasa kekal baik tapi sekurang kurangnya wujudkan keserasian dan keseimbangan dalam hubungan.. Andai masih keliru dengan perasaan sendiri, jauhkan diri darinya seketika.. Fikirkan yang mana lebih baik, bersama atau berpisah.. Kerana sewajarnya cinta itu membahagiakan bukan menyeksakan..




p/s: Selalu kata benci time gaduh.. Karang benci betul betul baru tau!!!!



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

5 comments:

  1. thank sgt tu je yg mmpu ckap...

    ReplyDelete
  2. gi bukak youtube, dengar lagu hettykoes endang..

    'benci tapi rindu'

    :)

    ReplyDelete
  3. Haaa..jumpa pun lagunya..puas dok fikir lagu apa yg pasal benci tp rindu..tq :)

    ReplyDelete
  4. menci! hehehe. :)
    saje tinggal jejak. new members at blog.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...