Followers

Saturday 13 August 2011

Benarkah Wanita Baik Untuk Lelaki Baik..

Assalamualakum..

Benarkah lelaki baik untuk perempuan baik,lelaki jahat untuk perempuan jahat..? Kadang kadang ayat ini mendatangkan kegerunan di hati.. Sebabnya kita ni bukan seratus peratus baik.. Layakkah kita mendapat pasangan yang baik? Atau kita ni jahat so peratusan nak dapat pasangan jahat amatlah tinggi juga..

Aku percaya semua orang tak sukakan kejahatan dan semua orang tak suka kawan ngan orang jahat.. Orang yang terlibat dengan aktiviti jahat pun tak merasakan dorang jahat.. Betul kan..? Baik atau jahat terpulang pada definisi korang sendiri.. Mungkin korang rasa bos tak bagi bonus tu jahat tp kawan korang yang bagi isu ni makin panas tu baik orangnya kerana satu sampan ngan korang.. So baik atau jahat bergantung pada penerimaan individu itu sendiri..

Ok, berbalik pada ayat di atas, dalam Al Quran pun ada mengatakan hal ini.. Jika difahami ia sebagai janji Allah kepada hamba-Nya..

Korang mesti ada kawan yang sangat baik orangnya, mungkin ustazah/ustaz tapi mengahwini orang biasa biasa saje atau bagi korang agak ‘kurang baik’ jika dibandingkan dengan kawan korang.. Kalau dah dijanjikan wanita baik untuk lelaki baik,wanita jahat untuk lelaki jahat,kenapa jodoh seperti ini masih berlaku? Ok, kita jangan lupa hakikatnya jodoh kita ditentukan oleh Allah.. Setiap yang berlaku mesti ada sebabnya.. Dan Allah itu Maha Mengetahui..

Aku percaya kita memang mengharapkan pasangan kita adalah yang terbaik.. Seandainya dulu kita ni ‘jahat’ yang amat, bertaubatlah.. Allah Maha Pengampun.. Insyaallah, kalau betul wujudnya kebaikkan di hati maka jodoh kita itu adalah yang terbaik buat kita.. Jangan fikirkan kisah silam lagi.. Paling penting, sentiasa berusaha untuk tingkatkan iman dan kebaikkan dalam diri kita dan juga pasangan kita kan kan kan… Insyaalah, andai pihak yang baik bertemu dengan pihak yang kurang baik tapi sanggup berubah ke arah yang lebih baik, maka akan baik juga akhirnya..











Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

4 comments:

  1. de jdoh,, sama2 la kite mnuju kbaikan,, ^^

    ReplyDelete
  2. kalau jahat... dia akan cenderung nak ke tempat jahat dan gaya idup jahat... jadi selalunya lelaki jahat untuk perempuan jahat...

    kalau dia nampak jahat.. mungkin dia sebenarnya baik...

    ReplyDelete
  3. baik atau jahat,kita tetap percaya yg pasangan kita adalah terbaik utk diri kita..maka tercapailah maksud ayat 'wanita baik ukt lelaki baik..namun bila ada pihak enggan menjalankan tggjawab walaupun tlh ditegur maka masalah akan mula timbul..lama kelamaan akan menimbulkan perbezaan sikap dalam menjalani kehidupan sbg muslim dan dlm rumahtangga..tidak mustahil perceraian akan berlaku..maka disini tercapailah maksud wanita jahat untuk lelaki jahat..sama jgk kes bila pasangan bertemu jodoh dlm keadaan gagal menjalankan tggjawab..

    ReplyDelete
  4. Adakalanya atas sebab p'kahwinan pasangan t'sebut b'rubah ke arah kebaikan.Tak semestinya baik pada asalnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...