Followers

Tuesday 10 January 2012

Review KELABU-FIXI





Assalamualaikum,

Hai, salam sayang untuk kamu. Lama juga saya tidak mengisi blog ini. Kagum betul saya bila melihat blogger-blogger lain mampu menulis blog mereka hampir setiap hari! Kerana blog kamu yang menarik itu, saya terleka membacanya sambil tangan saya menongkat dagu. *perasaan yang asyik* :). Akibatnya, blog saya yang kosong.

Oh ya, sebelum terlupa, sekarang saya sedang membaca novel KELABU-FIXI. Belum tamat lagi tetapi telah separuh saya baca, dan saya tidak sabar ceritakannya di sini. 'KELABU' mengisahkan Amir yang ditawarkan menjadi 'boyfren kontrak' oleh Jun dengan tujuan untuk membuatkan boyfren Jun cemburu.

Namun, lama kelamaan Amir mula jatuh cinta pada Jun. Pada masa yang sama, pelbagai cerita mengenai Jun yang kurang enak disampaikan kepada Amir. Bukan itu sahaja. Kedatangan ibu Amir setelah lama meninggalkan dia dan ayahnya turut menyebabkan Amir semakin sesak dada. Apatah lagi kedua ibu bapanya  membicarakan perihal dirinya.


Bagi saya, novel Kelabu ini bermula dengan agak perlahan tetapi lama kelamaan menjadi semakin menarik bila ceritanya berkembang bersama perubahan perasaan Amir terhadap Jun. Saya menjangkakan novel ini berkisar mengenai hal cinta yang biasa sahaja. Namun tanpa disangka, setelah separuh saya baca, NADIA KHAN telah membuat saya ketawa terbahak-bahak dengan plot ceritanya yang sungguh tidak terjangka. Ketawa saya bukan kerana ceritanya kelakar tetapi disebabkan NADIA KHAN telah memberi 'sesuatu' yang saya betul betul tidak sangka akan begitu kisahnya. Kerana sebelum itu saya fikir lain tetapi NADIA KHAN telah memberi sesuatu yang lain. Apa lagi yang perlu saya katakan?! Tentu sahaja SYABAS!!!


Walaupun gaya bahasa yang digunakan, hmmm..tahap 'merunsingkan', novel ini seronok dibaca lebih lebih lagi kepada mereka yang mencari kelainan dalam plot. Disebabkan saya baru baca separuh, tidak perlu saya ulas panjang lebar di sini. Kalau kamu ingin mengalami apa yang saya alami, silalah ke kedai buku sekarang dan dapatkan KELABU. Happy reading!!


Sayang kamu.





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

6 comments:

  1. kita pun baru baca separuh je ni,tak sabar nak habiskan,kelabu mmg best :)

    ReplyDelete
  2. wah..nama awk kiut sgt..si robot comel ;P
    Yea,mmg best gak baca..espclly part siapa Amir tu..
    Wallaahhh..tak sangka betul saya nadia khan 'tipu' sy at the first place..hahaha
    U should try 'pecah' as well..

    ReplyDelete
  3. Hi! well, baru semalam habis baca. mula2 terkesan dengan ilustrasi novel yang sempoi dan kualiti teksur, kemudian warna yang sangat bright..tapi dalam masa sama, dok memikir, kenapa cerita lelaki guna kaler pink+biru?

    gelak tang "pokok bodhi". novel ni banyak monolog..

    eh! tapi bila dah baca ending dia, mari diskas antara shah dan amran.. siapa sebenarnya yang berdiri depan pintu?? hahaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh..memang tertanya-tanya siapa yg ketuk pintu..
      fhadilahkhalid,jom buat segmen nak..hehe.

      Delete
    2. boleh mungkin?

      saya vote shah!!

      p.s.: sila ambil perhatian, June terkeluar dari senarai okey! haha.

      Delete
  4. hi!

    ada buat review untuk fixi - zombijaya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...