Followers

Tuesday 6 September 2011

Tanya Sama Hati, Apa Asal Sayang..



Tanya sama hati, apa asal sayang... Kalau tanya aku apa sebab aku sayang, aku tak ada jawapan yang spesifik.. Tau tau perasaan itu dah ada.. Aku rasa korang pun macam tu.. Dan aku yakin bila korang ditanya soalan,


 "kenapa awak sayang saya?" 


Korang samada speechless atau korang tak cukup kertas nak senaraikan sebab sebabnya.. Dan aku juga yakin bila korang berjaya bagi jawapan, korang akan rasa ada lagi jawapan yg lebih baik korang nak cakapkan.. Begitulah seterusnya sehingga korang sendiri akhirnya konfius dengan jawapan sendiri.. So rasa sayang itu sebenarnya terlalu susah untuk diungkapkan dengan kata kata.. Kita boleh saja nak kata,


 "saya sayang awak sebab awak baik dan ambik berat pasal saya.." 


Aku rasa dia bukanlah orang pertama yang ambik berat pasal kita..malah sebenarnaya ramai lagi yang baik dan ambik berat pasal kita.. Betul kan? Tapi mengapa dia?  


Teringat kata kata seorang sahabat FB, " Adakalanya perasaan sayang, kasih dan cinta sangat susah untuk tembus ke hati.. Namun pasti ada satu yang datang tanpa kita sedari.. Tau tau saja rasa itu sudah ada di situ.. Yang penting, semuanya datang dariNya.. Dan kita sebagai manusia yang mengemudikan perasaan itu, harus jujur dan ikhlas...


Semasa aku cuba untuk menidakkan perasaan sayang pada seseorang, aku tertarik dengan kata kata itu.. Memang betul, entah bila masa aku mula rasa sayang.. Sememangnya aku malu untuk mengakui perasaan yang ada kerana aku tidak mahu kelihatan mudah "cair"..  Aku berharap yang dia pun sayang kat aku *walaupun sikit*.. Sampai bila aku boleh bertahan dengan perasaan aku..? Entahlah..  Lagipun hati kita sifatnya mudah berbolak balik.. Bertukar rasa dan perasannya.. Bukan aku nak kata yang aku ni tak setia.. tapi aku tidak boleh mengharapkan sesuatu yang tak pasti.. Andaikata rasa sayang yang aku simpan tidak boleh dijadikan sandaran, lebih baik aku biarkan ia pergi.. Apa yang penting hargai perasaan kita terlebih dahulu supaya kita  merasai nikmat bahagia.. mungkin ia kedengaran agak pentingkan diri sendiri..tapi macamana nak bahagia kalau hati asyik terluka.. Hati yang tidak sihat mempengaruhi tindakan kita sehari hari.. Betul tak..


Oklah..dah melalut lak aku ni.. Lagu ni sebenarnya aku tujukan pada someone.. someone yang jauh di mata..dekat di hati..


p/s: Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa ada dihatinya..Amin..





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

2 comments:

  1. singgah & follow sini

    http://phatthegreat.blogspot.com/2011/09/cerita-raya-lagi-raya-kedua.html

    ReplyDelete
  2. "Andaikata rasa sayang yang aku simpan tidak boleh dijadikan sandaran, lebih baik aku biarkan ia pergi.. Apa yang penting hargai perasaan kita terlebih dahulu supaya kita merasai nikmat bahagia.. mungkin ia kedengaran agak pentingkan diri sendiri..tapi macamana nak bahagia kalau hati asyik terluka.. Hati yang tidak sihat mempengaruhi tindakan kita sehari hari.. "

    "Ya Allah, bantulah aku untuk membuka hatinya.Amin.."

    @>,---- aku sayang kamu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...