Followers

Wednesday 21 September 2011

"Pada Awak, Saya Matang Tak?"

Aku melangkah pantas tanpa menghiraukan suara yang memanggil.

“Awak, tunggu!”

Apa lagilah mamat ni. Ya tuhan, tolonglah jauhkan dia dari aku untuk hari ini. Hari ini aku rasa penat sangat dengan beban kerja di pejabat. Kalau boleh aku nak cepat sampai ke rumah dan berehat. Merancang untuk tidur awal supaya aku dapat recharge balik tenaga untuk hari esok. Dan aku tak nak menjawab apa apa soalan pun dari dia. Tolonglah!!

“Awak,tunggulah..” suara itu semakin dekat. Langkah aku semakin cepat. Aku dengar dia tercungap cungap cuba untuk menyaingi langkah aku. Akhirnya dia berjaya berada di sebelah aku. Tersengeh!!

Lelaki ini.. Ya,lelaki ini,sejak hari pertama aku kenal hingga ke hari ini sentiasa ada saja soalan yang ditanya.. Dialah antara perkara yang membuat hidup aku sibuk. Sibuk untuk menjawab segala pertanyaan yang melingkari kepala otaknya. Hampir kesemua aspek kehidupan boleh menjadi satu soalan yang bakal ditanyanya kepada aku.

Entahlah. .Aku rasa dia memang dilahirkan untuk bertanya banyak perkara dan akulah orang yang bertanggungjawab untuk menjawab segala pertanyaan itu.. Kadang kadang aku rasa dia sengaja membangkitkan persoalan untuk menguji sejauh mana bijaknya aku.. Ya tuhan..hari ini apa pulak soalannya.

“Awak,bila lelaki boleh dikatakan matang?” tanyanya sambil kami sama sama melangkah ke arah blok tempat tinggal aku. Selang satu blok dari tempat tinggalnya.

Haaa..kan aku dah kata. Mesti ada soalan punya!Mesti ada..Sah!!

“Kenapa awak tanya? Dah nak kawen eh?” tanyaku balik.

“Issshhh..takdelah. Saya tunggu awak..” usiknya.. Gulp!! Usik ke serius.. “Orang kata kematangan lelaki bermula bila mencecah usia 40 tahun..Ada kata lelaki yang dah keje,ada duit sendiri tu matang.. Awak rasa macam mane?”

Aduihhh..soalan apakah ini. Sekarang ni dia lelaki ke aku lelaki?

“Cepatlah jawab. Dah nak sampai rumah awak ni..” gesanya.

Apa ye aku nak jawab ngan mamat ni. Pada aku kematangan lelaki dinilai dari banyak sudut. Ada yang menilai kematangan dari segi penampilan, tingkah laku, tutur kata, perlakuan dan ada yang menilai dari sudut kejayaan yang diperolehi serta cara dia menguruskan kehidupannya. Namun aku mempunyai satu tanggapan khusus terhadap kematangan lelaki ni. Jadi aku pun menjawab dengan lafaz bismillah..

“Lelaki selalu dilihat pada cara dia berfikir dan membuat keputusan. Walau apa pun keputusannya, sama ada salah atau tidak, tidak harus dijadikan ukuran untuk mengatakan lelaki itu tidak matang.

Kematangan lelaki adalah bila dia bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat. Tidak semestinya setiap keputusan itu betul. Dia tetap melakukan kesilapan dan dia sentiasa belajar membetulkan kesilapan itu.

Sematang mana pun dia, tidak mungkin dia tidak melakukan kesilapan. Namun sikap bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat itulah menunjukkan kematangan dia yang sebenar..”

Dia terdiam seperti memikirkan sesuatu. Mungkin sedang mencerna jawapan yang aku berikan. Cepatlah bersuara duhai lelaki.. Aku dah sampai lif ni..

Aku memerhatikan wajahnya sambil jari menekan butang lif.. Wajah yang kadang kadang membuat hati aku tak keruan. Dia mula tersenyum seperti berpuas hati dengan jawapan aku. Fuhhh..lega! Kalau tak, mau aku sampai malam terconggok depan dia berdebat pasal ni. Melihat pintu lif dah terbuka, dia bertanya;

“ Pada awak, saya ni matang tak?”

Hahaha..aku rasa nak tergelak. Bila aku melangkah masuk lif dan bila pintu hampir tertutup, sempat aku menjawab;

“ Matang separuh je..”

Dan aku dapat melihat wajahnya yang cukup tidak puas hati. Cukup-cukup tidak puas hati. Biarlah. Biarlah kali ini dia menjawab sendiri soalan itu. Kerana dia adalah lelaki. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

4 comments:

  1. hehehe.lelaki matang tak kira usia tapi maybe dgn cara dia kot.hee :)

    btw lelaki tue suka awk kot.kehkeh

    ReplyDelete
  2. awak... saya lak saya lak? saya matang tak? hahahaha


    p/s lelaki tu nak ngorat awak... period!.

    ReplyDelete
  3. Nin Ahmad:

    Setuju tu..kdg2 muka nmpk cute sgt tp bila bercakap, giler matang!!

    Zulfikar Hazri:

    Dia nk ngorat eh..nak terima tak?

    ReplyDelete
  4. matang.. tapi kalau kadang2 bersikap keanak-anakan tu biase la...

    nak jadi matang tu, amik masa.. kene belajar banyak perkara dari pelbagai pengalaman...

    jangan takut berbuat slah... dari salah tu kite belajar jugak..

    saya? tak matang lagi... masih muda belia... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...