Followers

Tuesday 27 September 2011

Kalau Nak Kawin Kene Pandai Masak...??

Assalamualaikum..


Weekend ni ada lagi jemputan kahwin dari budak ofis.. Dah semakin menghampiri musim kawin kawin..

Waktu dulu,mak mak selalu kata kalau nak kawin kene tau masak dulu.. Makcik2 aku selalu kene sound bila cakap pasal kawin..

“ Masak tak reti lagi gatal nak kawin..”

Haaa..padan muka..Tulah malas lagi masuk dapur.. Kan nak kawin dah kene postpone!!!

Nasib baik aku ni boleh diharap..(angkat bakul sendiri).. Kalau setakat nak bagi suami buncit perut tu no hallah.. Eceh..

Dulu aku selalu tolong mak aku kat dapur.. Mak aku ni busy dengan kerja dan persatuan so jarang sangat ke dapur.. Bila berpeluang ke dapur, aku pun mesti ikut ke dapur.. Itulah quality time kami.. Sambil berborak sambil belajar masak..

Aku ingat lagi.. First masakan aku ialah nasi lemak..Waktu tu aku darjah enam..Hahaha..punyalah tinggi impian aku nak buat nasik lemak.. So pada hari Sabtu, aku pun bukak buku resepi mak aku.. Aku ikut satu persatu bahan bahan dan cara caranya..Tapi beberapa hari sebelum tu aku dah pastikan barang barang yang nak digunakan.. Fuhhh. Busylah aku pada hari tu.. Yang ada kat rumah, pakcik dan adik aku… Mak aku takde.. So aku boleh jalankan projek aku dengan senang hati.. Lalalala…

Bersama motto ‘Do things right at the first time’..aku sedaya upaya memastikan semuanya berjalan lancar dan sempurna,baik dari segi rupa dan rasa.. Sampai terbersin aku buat sambalnya.. Dah puas syok sendiri masak,siaplah untuk dimakan.. Maka yang menjadi mangsa utk merasa adalah pakcik aku dan adik aku..Haha.. Adik aku kecik lagi.. Apa je rasa dia tak kesah punya.. Pakcik aku la kesian nanti.. Hehehe..

Dia makan dan aku tengok.. Dia makan sungguh sungguh.. Diam dan khusyuk.. Aku lak tak sabar nak dengar komen dia.. Biar betul pakcik aku ni..Lahapnya!! Aku rasa aku ajak pakcik aku bukannya hantu belaan atau apa..

Bila dah tambah dua kali baru dengar suara dia.. Oooo dah makan sampai kenyang baru nak bagi komen eh.. Takut aku tak kasi makan le tu!!!Euuwww…

“ Kenapa nasi lemak ni rasa serai?”

“ Eeee..ko jangan nak bodohkan aku,manade aku bubuh serai?”

“Cuba ko rasa..rasa serai..”

Aku pun rasalah nasik lemak homemade aku tu..

“Ini bukan rasa serai..ini rasa halia..mengong!! Tapi sedapkan kan?”

“Bolehlah..”

“Bolehlah? Wah wah wah…dah makan sampai 2 kali tambah kata bolehlah??!!”

“Yelah..bolehlah kalau nak kawin…”

Tengookkk..kalau nak kawin kene pandai masak dulu.. Itu persepsi ramai.. Termasuklah para lelaki yang mencari yang isteri yang pandai masak..

Sibuk je nak carik pompuan yang pandai masak tp diri sendiri?? Ingat pompuan takde garis panduan lelaki pilihan? Ada tau!! Salah satunya ialah LELAKI YANG RAJIN TURUN KE DAPUR BILA ISTERI TAK SEMPAT MASAK. Tak reti masak, REJECT!!! Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

5 comments:

  1. perempuan yang tak reti masak... saya rasa susah nak jaga saya.. saya suka makan kat rumah :)

    ReplyDelete
  2. setuju dengan ayat yang bawah sekali tu!

    Haritu nampak one guy g opis bawak tupperware dalam paperbag..mesti wife dia bawakkan bekal..sweetnya!

    ReplyDelete
  3. tau xpe.. diorang pun kene la pandai masak jugak .. kalau kita tgh pantang ke, bolehlah diorang tolong masak ape yg ptut. kankan.. ni gorang telur pun hangus! ish3

    ReplyDelete
  4. orang tua2 cakap, nak pikat hati lelaki bagi tak cari lain ialah dari masakan! hehe

    ReplyDelete
  5. haha..ok saya akan start memasak sekarang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...