Followers

Monday 19 December 2011

Biarkan Cerita Sedih Itu Berlalu



Assalamualaikum


Tinggal kurang lagi 2 minggu untuk kita tinggalkan tahun 2011. Tahun yang banyak kisah duka untuk aku. Mungkin kerana silap aku jugak. Banyak perkara yang tidak menyenangkan berlaku. Semuanya mematahkan semangat dan melukakan hati. Namun aku bersyukur kerana masih ada yang sanggup berada di samping aku memberi kata semangat. Sanggup juga bersabar dengan sikap aku dan menerima aku walau sudah banyak kali aku melakukan kesilapan demi kesilapan. Aku tahu hati dia juga terluka. Jauh di lubuk hatinya tetap mendoakan hanya yang terbaik untuk aku. Sudah sampai masanya untuk aku menghargai segala apa yang dia lakukan untuk aku. Dan aku berharap dia tetap di sisi aku tidak kira apa pun yang berlaku. Itu doa aku.

Untuk tahun yang akan datang, aku sudah pun mempunyai perancangan yang agak besar. Semoga ia boleh membuatkan aku sibuk dan melupakan semua kisah sedih. Besar harapan yang aku letakkan dan sangat berharap agar apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan. Sesuai dengan kata-kata,

“ Angan-angan adalah impian. Impian adalah cita-cita. Cita-cita adalah harapan. Harapan adalah doa. Firman Allah, “ berdoalah kepadaKU, nescaya akan Aku perkenankan “.

Semoga aku sentiasa menjadi orang yang bersabar dan bersyukur. Walaupun aku tahu sabar itu adalah perkara yang paling sulit dan bersyukur itu tidak datang dengan mudah. Aku tetap mengharapkan kedua-duanya mampu aku pegang. Untuk kamu, buatlah apa yang mampu membuat kamu bahagia kerana hidup ini terlalu indah untuk dicalit dengan kisah-kisah sedih (kata-kata yang aku tuju untuk diri sendiri). Ingat, Tuhan sentiasa terbitkan pelangi selepas hujan.


Sayang kamu.



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

3 comments:

  1. sy pun.rasa mcm nak melangkah laju laju dari tahun 2011 utk ke 2012 dgn berharap ada sinar yg lebih cerah di sana.

    ReplyDelete
  2. Dah masuk 2012.. semoga tahun ni membawa lebih kebahagiaan. dan keceriaan... insya allah :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...