Followers

Sunday 9 October 2011

Mesti Korang Tak Tau kan?

Assalamualaikum..

Hai peeps..

Dah banyak hari aku tak update blog kan..  Jadi aku tak boleh dikategorikan sebagai blogger tegar seperti blogger-blogger yang hot & femes..  Yang sentiasa update blog setiap hari..  Yang aku pun tak tau mana dorang ni dapat ilham nak update sentiasa..  Yang sampai aku terfikir dorang ni duduk depan PC 24 jam.. Yang kerjanya update blog!!!

Ye..  Aku hanya update blog bila ada idea..  Yang aku tahu,  idea itu hanya datang sesekali..  Yang kadang kadang datang tapi cepat pula hilang..  Andai aku nak serius dalam dunia blog,  sikap semacam ini memang tidak patut ada.. Seperti juga penulis buku..  Konsistensi itu perlu untuk menjamin kelangsungan karyanya.. Skema pulak ayat aku..

Dari blog yang aku baca,  rata rata kata untuk majukan blog kene update selalu.. Sebabnya,  itu jelah cara kita nak mahirkan diri..  Rajin membaca, memerhati persekitaran,  mengetahui isu semasa,  mesra mesrakan diri dengan blogger-blogger lain..  Itu antara saranan yang diberi..  Hmmm...

Sesekali aku rasa tulis blog ni memang amat mudah..  Seperti kita tulis diari.. Taip je apa yang kita nak ceritakan..  Bezanya,  blog untuk tatapan umum (kalau ada yang bacalah..) tapi diari untuk simpanan peribadi..  Namun kini amat susah pulak nak bezakan antara blog dengan diari kerana blog dah mengambil alih fungsi dan privasi diari itu sendiri..

Dalam blog pulak tidak ada had langsung.. Baik dari segi idea mahupun cara penulisan.. Macam-macam rupa ada.. Dan tak hairan kalau ada yang carca marba bahasa penulisannya termasuklah aku..

Aku berani cakap yang ada di kalangan blogger tak tau pun yang bulan Oktober diisytihar sebagai BULAN BAHASA KEBANGSAAN.. Satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya bahasa sebagai medium perpaduan dan bahasa komunikasi..

Tapi apa korang kesah kan?  Nama pun blog..  Tempat nak luahkan rasa hati.. Takkan nak luahkan rasa hati nak guna ayat skema..  Potong stimlah kan?!  Tu yang korang nak kata kan..?  OK,  aku faham..  Tapi ia tetap penting untuk diambil tahu..  Kerana korang tulis blog dalam bahasa melayu kan kan kan..

Kebetulan pulak aku baru habis baca Diari Mat Despatch..  Tuan BB menekankan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dalam berkarya..  Katanya,  Bahasa Melayu Tinggi membolehkan sesuatu karya itu menjadi evergreen..  Andai menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi sekarang,  50 tahun akan datang tetap orang baca dan faham..

So,  beliau telah memberi beberapa tips menggunakan BMT secara betul..  Dan aku pasti kita pernah belajar di sekolah dulu tapi dah lupa kan..  Tak apa,  selepas ini aku akan buat entri khas untuk BMT yang aku perolehi dari novel tu..

Oklah korang..  Aku chiao dulu..  Siang nanti nak keluar berpoya poya dengan 3 ekor VVIP ni..  Selamat malam dan semoga mimpi yang indah indah... Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

2 comments:

  1. penulisan makin santai,makin ada komunikasi dengan pembaca...

    blog makin kemas dan nampak matured :)

    teruskan menulis!

    ReplyDelete
  2. mmg xtau la sgt kn...

    xpe2..update kdg2 pon ok jugak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...