Followers

Sunday 16 October 2011

Berhujung Minggu Bersama LELAKI BAIK

Assalamualaikum & hai..


Tadi hujan sekejap di Kuala Lumpur..  Sama seperti kelmarin..  Di hujung minggu begini sudah pasti dipenuhi dengan aktiviti aktiviti yang menyeronokkan..  Aku pula banyak menghabiskan masa hujung minggu dengan membaca novel dan 'berjalan-jalan' ke blog lain.. 


Sebenarnya aku merancang untuk menulis entri esok sahaja memandangkan aku telah pun menulis satu entri pagi kelmarin..  Aku rasa jangka masa untuk mengeluarkan entri baru seelok-eloknya selang dua hari..  Itu untuk akulah kerana ini bukan blog famous untuk orang sentiasa datang baca..  Kalau aku blogger famous sudah tentu dalam sehari blog aku sudah ada dua tiga entri..  Silap haribulan aku pun akan menghasilkan buku..  Penulis blog dan buku..  Wahhh, hebat!!!  *berangan*


Aku sudah mula membaca ' MAT DESPATCH: LELAKI BAIK - BAHRUDDIN BEKRI..' Sebelum ini aku ada ceritakan pasal LELAKI BAIK ini kan?  Baru baca beberapa muka surat,   aku sudah tidak sabar hendak ceritakannya di sini..  Dan sedikit sebanyak penulisan entri aku kali ini dipengaruhi oleh gaya penulisnya..  Jadi mungkin sambungan untuk entri SEMALAM akan aku buat kemudian..  Lagipun aku tahu ramai yang tidak minat untuk meneruskan bacaan entri bersambung sambung.. Tambahan pula blog aku bukan blog famous yang orang ternanti-nanti cerita seterusnya.. * aku sebut famous 3 kali..  Kenapa ya? *


Aku belum boleh menceritakan semuanya disini kerana aku belum habis baca.. Cuma aku boleh beritahu yang kali ini watak 'AKU' menulis diari kerana ingin melegakan perasaannya dan ingin merasa tenang..  Ini kerana 'AKU' berasa tertekan oleh banyak perkara lalu dengan menulis diari kali ini,  dia dapat melihat dengan jelas punca kekusutan yang melanda agar dia boleh meleraikannya..  Selain itu 'AKU' juga sedang mencari maksud berkenaan 'LELAKI BAIK..'


" Hati hati dengan apa yang kamu harapkan.." - Ayat permulaan yang menarik perhatian aku..   Aku masih mencari maksud di sebalik ayat ini..  Jadi aku tidak mahu ulas mengenainya sehingga aku habis membaca buku ini..


Ayat kedua yang membuat aku tersenyum..


" Tentu dia membayangkan orang yang menulis diari itu adalah seorang lelaki yang sengaja membuat matanya menjadi kuyu apabila memandang perempuan. Ataupun seorang lelaki yang asyik tanya, " Awak sudah makan?" kepada perempuan.  Lelaki begitu fikir perempuan tidak tahu suap nasi sendiri ke mulut agaknya."


Tergelak aku dibuatnya kerana aku sering ditanya soalan itu oleh yang tersayang.. Hmmm,  kadang kadang aku tidak tahu apa yang perlu dijawab memandangkan aku seorang yang makan bukan ikut masa..  Dan yang sadisnya aku sering tidak makan.. * on diet, konon *  Kadang kadang,  soalan itu agak menakutkan.. Haha..  Okey,  aku faham dengan sikap ambil berat itu..  Tapi,  apa yang aku selalu rasa, dia bukan hendak bertanya sangat pun..  Dia hanya hendak mendengar suara kesayangannya sahaja..  Betul tak sayang?  *perasan*


Okeylah, aku berhenti dulu..  Lagi dua hari aku buat entri baru..  Tidak perlu tunggu.. Nanti aku beritahu melalui facebook.. (errr..ayat tak boleh blah!!! Please deh..) Haha.. Daaaa..



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

3 comments:

  1. hahaa btul kelakar~ ye la,soalan caring pling femes kot.

    ReplyDelete
  2. Ceritaera Anak Sampah:

    Itu soalan 'mesti tanya mesti jawab'..kira kalau tanya soalan tu dikira dah caring habisss.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...