Followers

Friday 14 October 2011

Aku, Kau Dan Facebook #2


Assalamualaikum...


Hai korang yang belum tido..  Berjaga malam?  Baguslah camtu..  Sebab aku perlukan korang untuk baca sambungan entri semalam..  Tak panjang...  Pendek je..  Agak-agak sape yang susah nak tido tu, bolehlah baca entri ni sampai menguap..  Buat pelelap mata..  Silalah ye...


[Sambungan semalam.....]

Lama aku merenung chatting box..  Aku mengira-gira untung ruginya kalau aku bagi nombor telefon aku pada dia..  Aku tak bagi respon..  Isshhkk..  Tak boleh, tak boleh!! Tak boleh bagi..  Aku biarkan permintaannya tergantung macam tu sahaja sambil berharap dia faham kalau aku tak reply..  Tu maksudnya aku tak nak teruskan chatting dan aku tak akan bagi nombor telefon pada dia.. 


Ni yang aku malas kalau chat dengan spesis lelaki..  Mesti nak nombor telefon.. Agaknya dorang ni dah banyak duit nak bayar syarikat telekomunikasi..  Aku rasa CEO Maxis, Digi dan Celcom mesti sayang dorang ni lebih kan? Kalau cakap seminit dua tak apa jugak..  Ni mesti nak cakap lama lama..  Tanya itulah, tanya inilah..  Yang dah tanya pun nak tanya lagilah.. Biar boleh borak lama sikit.. Hisss..tak tau ke kita sebenarnya tak suka..


Hmmm, apa alasan aku nak bagi kat dia ni..  Ahhh..buat apa bagi alasan..  Cakap je terus terang supaya dia tau batas antara aku dan dia..


“Awak,  saya tak nak bagi nombor telefon kat awak sebab saya tak nak awak telefon saya..  Tak ada sebab awak nak call saya..  Lagipun saya hanya nak berkawan setakat kat fb je..  Lebih dari itu saya tak nak..”


Kejamnya statement aku kan?  Agaknya kalau orang kata kat aku macam tu, aku mesti dah remove dia dari fren list..  Mesti aku kata berlagak punya orang..  Aku bayangkan yang mulutnya herot herot mencebik.. Mesti dia menyampah dengan statement aku tu sambil berkata dalam hati “Elehh..sombong!!!”


Tapi lain yang aku bayangkan lain yang aku dapat..  Rupa rupanya dia ni jenis hati kering..  Aku tak bagi nombor telefon sebaliknya dia yang bagi nombor dia kat aku..  Ingatkan dia give up bila aku senyap je..  Aduhai.. Tetiba aku rasa seperti berurusan dengan orang MLM je..  

.
“ 013-XXXXXXX..  Ni nombor saya..  Agak-agak kalau awak senang awak call saya..  Bila bila pun saya tak kisah..  Tapi kalau sudi, awak bagi nombor awak juga..  Saya janji saya tak kacau awak..”


Errr okey..  Statement dia yang last tu memang sikit mengelirukan..  Kalau tak call kenapa nak minta nombor telefon..? Tapi aku berfikiran positif..  Mana tau kut kut dia memang orang MLM.. Penting tau nombor telefon bagi dorang.. Sama penting macam kita mengumpul tin kosong dan kemudian tukarkan dengan duit..


Apa apa pun aku tetap ucapkan terima kasih kat dia sebab bermurah hati memberi nombor telefon kat aku..  Well, kita kan diasuh supaya sentiasa berkata terima kasih bila menerima sesuatu.. Dan dengan senang hati dia menerima kasih aku..  Owww yeahhhh...  Bila dah macam tu, aku pun cepat cepat kata nak log out..  Konon dah ngantuk..  Padahal mata aku cerlang macam mata spongebob time happy..  Dan sempat lagi aku kata aku tak janji akan call.. *dan sebenarnya aku tak simpan pun nombor tu..*


So, bagaimana hubungan kami selepas ini..?  Esok esok lak cerita..  Ngantuk beb.. Selamat malam...





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

2 comments:

  1. sambung lagiiii... tak pe... kite tunggu ape kesah seterusnya.....

    ReplyDelete
  2. errm... baru nak komen, tapi tkleh sebab nanti spoil.. tunggu la sambungan dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...