Followers

Wednesday 12 October 2011

Aku, Kau Dan Facebook #1

Aku kebosanan..  Sekejap aku baring, sekejap aku duduk..  Penat duduk, aku bangun berdiri..  Berlegar legar dalam bilik..  Nak tengok tv takde cerita best pulak..  Buku yang aku baca dari tadi satu pun aku tak faham.. Mati kutu.

Kenapalah malam ni bosan sangat..

Sesekali aku menjeling henfon aku..  Haiii, senyap je henfon tu malam ni..  Aku perasan bukan malam ni je tapi dah seminggu lebih..  Masih merajuk ke ‘orang sana’..?  Aku teringat perang sms antara aku dengan dia..

Semuanya gara gara aku tak nak berjumpa dengan dia..  Sebab?  Biarlah rahsia..  Ini berkenaan prinsip aku sebagai seorang wanita..  Ececeh..  Takpelah,  agak agak kalau dia dah habis rajuk nanti dia call lah..

Hmmm..  Bukak Facebooklah..  Nak tau apa aktiviti kawan kawan aku..  Dah 2 hari aku tak ber-online..  Sure banyak cerita yang aku terlepas ni..

Aku pun capai laptop kat hujung katil..  Aku on laptop dan menunggu beberapa ketika..  Bila aku dah nampak icon google chrome, aku pun klik kat situ..  Nasib baik line internet superb malam ni..  Laju je macam superman nak pergi selamatkan orang yang jatuh bangunan..  Lepas tu aku klik kat ‘Welcome to Facebook’..  Aku login dan...tadaaaaa...  Sekarang aku berada di laman muka buku..  Yeehaaa!!!

Wahhh, ada beberapa pesanan di inbox dan beberapa notifications.. Mula mula bukak inbox dulu sambil mengharap ada pesanan dari ‘orang sana’.. Hmmm, hampeh.. Satu pun takde dari dia..   *terasa*  Tengok notifications pulak.. Nampak ada yang bagi komen untuk status dua hari lepas.. Malaslah nak reply komen.. Biar je..

Then aku pun mula melihat post yang lain lain..  Tengah aku melihat lihat, tiba tiba ada kawan dari chatting box  bagi salam..  Siapa pulak dia ni..  Jarang nampak pulak tu..  Aku biarkan je dia..

Lagi sekali dia bagi salam..

“ Salam.. Ganggu ke? Kalau ye, saya minta maaf..”

Alahai...  Sopannya mamat ni..  Saje le tu nak tunjuk baik..  Biasalah kan..  Bila nak berkawan kita kena tunjuk side yang baik baik je..  Mana ada orang yang awal awal lagi tunjuk dia tu jahat.. Mampos takde sape nak kawan..  Orang jahat sendiri pun tak nak kawan..

Mulanya aku memang tak nak layan tapi bila dia tanya..

“Awak blogger eh?”

Eh!! Aku rasa itu soalan yang menarik untuk aku jawab..  Hehe..   Aku tanya mana dia tau aku blogger..  Dia pun bagi tahu yang dia selalu nampak aku post entri aku kat Facebook.. Oowwhhh,begitu..

Maka perbualan kami berlanjutan dalam sesi kenal mengenal..  Masing masing bertanya dan menjawab soalan..  Dan seperti biasa aku dapat menjangkakan satu soalan wajib akan ditanya..   Apakah soalan itu??? Tunggu lepas ni..  Satu, dua , tiga, empat, lima... dan tak sampai sepuluh maka...

“ Ada nombor fon tak? Mana tau senang senang nanti saya boleh call..”

Kan aku dah kata...   So adakah aku akan memberi nombor fon kepadanya?  *apa tanya soalan banggang*

Tungguuuuu...  Episod akan datang..  








Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

7 comments:

  1. ahhhhh... knp keadaan kita sama syg ? shara ponn mcm nih juga :)

    bergaduh dan clash dgn si dia, n dalam masa yg sama si B pula datang. hadir tanpa diduga.

    dan sudah bertuka no telepon. and berkenalan lebeyh rapat :)

    dan indahnya, dia seorang pegawai tentera. dats wat i want :)


    btw, come n see my latest entry

    untuk budak2 blogger~
    http://duniasigadisbunga.blogspot.com/2011/10/jujur-dari-hati.html

    ReplyDelete
  2. errmmm, gaduh ngan pakwe eh?

    ReplyDelete
  3. sambung la.. semua orang nak tahu kesudahan cerita tu.. tak sabo rasenye...

    ReplyDelete
  4. i rase trend ngorat skarg ialah ;
    minta BBM pin.

    ReplyDelete
  5. Hehe..dah agak dah tu soalan dia..

    ReplyDelete
  6. trend klishe :)

    awak saya ade buat contest kat link ni,

    http://preciousfitting.blogspot.com/2011/10/1st-contest-from-us.html

    jemputlah join:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...