Followers

Friday 21 December 2012

[Resensi Buku] Kenapa Kalau Kisah Psycho Mesti Guna Topeng Putih Ni? MENTAL Shaz Johar boleh jawab tak?






MENTAL
Shaz Johar

ISBN: 978-967-0374-18-5
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh terbit: November 2012         
Halaman: 299
Harga: RM19.90











Salam. Masih lagi bercakap-cakap perihal hari kiamat? Good, kerana kerana bila bercakap tu hati mula nekad untuk bertaubat. Bukan hanya borak-borak kosong. Ingat, kiamat tetap datang. Cuma kita tidak tahu bila harinya kerana itu rahsia Tuhan. Well, tak perlulah you all sibuk-sibuk nak google, mengkaji atau membaca sampai bengkak mata semata-mata mahu mendapatkan maklumat setepatnya bila hari kiamat tu berlaku. Rahsia Allah tetap rahsia Allah.


Okey, okey, okey. Terlebih suda lah kan... Well, saya nak tanya, kenal Shaz Johar? Atau ingat lagi dengan Shaz Johar? Mental adalah buku ketiga beliau. Sebelum ini Shaz Johar telah pun menghasilkan Kougar dan Tabu. Bagi saya Mental adalah buah tangan beliau yang terbaik. Walaupun agak mengelirukan, tapi idea beliau dalam Mental tidak boleh dipandang ringan. Tabik tanpa henti untuk beliau!


Pada mereka yang hendak mengenali Shaz Johar dengan lebih dekat, pergi sahaja ke blog beliau. Ala... Bukan susah pun. Klik sahaja di sini.


Di mana saya hendak bermula ya? Well, novel ini sering menganggu ketenangan saya. Bila sudah mula baca, saya langsung tidak boleh berhenti. Semuanya kerana rasa ingin tahu apa yang tidak kena dengan Maya? Atau keluarga Kosygin?  Atau keluarga di kampung? Atau orang –orang lain? Mental? Sesuailah dengan tajuknya. Tapi siapa yang mental sebenarnya? Wah, banyak soalan tu. Oleh kerana darah CSI saya membuak-buak, saya mula menyelak-nyelak halaman belakang untuk tahu mencari jawapan.


Okey, itu memang habit saya bila baca novel. Sesekali saya akan baca bahagian belakang untuk menjawab persoalan kepada ‘sesuatu’ yang saya ingin tahu sangat-sangat. Sesetengah orang mesti kata, tak best  buat macam tu. Dah rosak mood sebab dah tau jalan cerita. Well, saya sebenarnya tidak kisah. Saya juga tidak kisah pada mereka yang  dipanggil ‘spoiler’. Bila sudah dapat jawapan, nah, barulah saya dapat membaca dengan senang hati.


Apa jawapan yang saya cari dari belakang novel ini? Silalah dapatkan naskah ini secepat mungkin. Malam ini saya memang nak masukkan entri seringkas mungkin. Bukan tidak mahu berkongsi tapi saya rasa novel ini agak mencabar dan saya mahu kamu pun turut merasainya nanti. Biasalah, genre psycho-thriller memang begini. Lain yang kita agak, lain yang jadi. Kan Shah Johar kan?


Selamat malam semua. Sebelum tidur jangan lupa baca doa.





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

7 comments:

  1. dah mula order buku fixi sebanyak 6 buah. kedai buku susah nk jumpa dah.

    ReplyDelete
  2. genre psycho thriller memang suspen habis..kena carik jugak novel ni :)

    ReplyDelete
  3. Mental memang terbaik. Puas hati sangat setakat ini. Antara novel fixi yang paling best :)

    ReplyDelete
  4. macam best je.. kena cari nih!

    ReplyDelete
  5. Is Shaz Johar Malaysian writer? I think it's sound like an interesting book.. XD

    ReplyDelete
  6. saya bukanlah peminat novel yang tegar tp pernah jugak baca novel. saya pun jenis suka baca sinopsis & ending cerita dulu sblm mula baca kisah dr muka depan. hahaha jenis tak sabar nak tau ending. kalau baca majalah pun dh jadi habit mula dr mukasurat belakang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...