Followers

Friday 7 December 2012

[Resensi Buku] Gergasi





GERGASI
Khairul Nizam Khairudin

ISBN: 978-967-0374-17-8
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh terbit: November 2012         
Halaman: 320
Harga: RM19.90




Salam. Apa khabar? Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya ye.Lama betul tak buka blog sendiri (ayat biasa orang malas!). Haha...ini betul okey. Memang setiap kali bangun pagi dan sebelum keluar pergi kerja, hati kata nak update blog aka review novel balik nanti tapi bila dah nampak bantal, apa pun tak boleh.


Bila FIXI kata ada penulis dari PTS akan hantar karya, saya mula tertanya-tanya. Kenapa dan siapa? Seperti yang kita tahu, PTS amat menitikberatkan penggunaan bahasa dalam penulisan serta acuan yang lebih ‘local’. Adakah penulis ini tidak mencapai standard yang ditetapkan? Atau mungkin juga ingin beralih angin? Jadi, tunggu  punya tunggu maka keluarlah GERGASI


Melihat nama penulisnya sahaja sudah membuatkan saya tersenyum lebar. Lama saya tunggu karya terbaru beliau. Masih ingat lagi kehebatan ‘ANARKIS’nya. Begitu juga dengan KUDETA INTRO dan KUDETA KLIMAKS.  Pada saya ANARKIS adalah antara novel thriller ketenteraan terbaik yang ditulis oleh penulis malaysia. Maka, secara tidak langsung saya meletakkan high expectation pada GERGASI untuk menjadi sehebat ANARKIS


Namun GERGASI tidaklah sehebat tajuknya. Maaf kalau kedengaran agak keterlaluan. Bagi saya jalan ceritanya tidak begitu ‘licin’ seakan-akan saya dibawa melompat ke sana sini kerana terlalu banyak kejadian yang berlaku dalam satu masa. Dengan watak-watak yang tidak cukup menonjol, hampir sahaja membuatkan saya membacanya separuh jalan.


Arghhh...kenapa saya asyik terbayangkan Iron Man ketika membaca GERGASI. Cukup menganggu minda sebenarnya bila saya tidak dapat menghayati apa yang ditulis. Rasanya sama seperti makan ketika diserang selsema. Apa pun tak rasa. Mana menghilangnya jiwa thrillermu wahai  penulis? 


Namun kelebihan tetap datang bersama kelemahan. Saya rasa kagum bila Khairul Nizam Khairani menceritakan asal usul penciptaaan DEMON iaitu sejenis sut perisai luar biasa dengan memasukkan sedikit elemen sejarah dunia. Seakan akan saya diimbas kembali tentang sejarah perang dunia walaupun nama tempat dan tarikhnya diubah.


Hati saya juga sedikit terkesan di bahagian akhir buku ini di mana Aman bersama pasukannya ditugaskan untuk menawan Pulau Hainan. Dapat saya bayangkan kekalutan dan kesukaran yang mereka hadapi dalam misi tersebut. 


Apa-apa pun ini hanya pendapat saya. Semestinya tidak sama dengan yang lain. Mungkin kerana saya terbiasa dengan 3 novelnya yang terdahulu maka saya tidak dapat menghadam karyanya yang berbentuk sci-fi. Kepada mereka yang suka genre begini, buku ini wajib dibaca. Saya percaya ia dapat melonjakkan satu rasa yang sama seperti ketika kamu menonton filem genre sebegini.


Kepada Khairul Nizam Khairani, teruskan usaha anda menulis dalam genre thriller kerana saya percaya dengan bakat anda. Saya tetap akan beli buku anda selagi nama anda KHAIRUL NIZAM KHAIRANI.



Sinopsis
 Tahun 1511. Di kala kota Melaka sedang diserang, muncul gergasi misteri yang digelar Batara Waja membantu hulubalang tempatan menghadapi askar Portugis. Namun dalam satu pertempuran, Batara Waja tiba-tiba hilang...

500 tahun kemudian. Siti Nuraini, seorang kurator di Muzium Negara, yang bersahabat dengan seorang pemuda bernama Rizal, telah menemui sebuah artifak aneh. Namun artifak itu hilang sewaktu dalam simpanan muzium. Kotaraya kemudiannya digemparkan dengan kemunculan gergasi yang membunuh manusia-manusia tertentu - dan lagenda Batara Waja kembali.

Rizal mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan gergasi tersebut dan sering pitam. Suatu hari, muncul seorang lelaki bernama Hu Xien yang memberitahu Rizal bahawa Rizal ada kaitan dengan kemunculan GERGASI itu!





Selamat membaca.








Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

3 comments:

  1. Saya mula suka baca buku keluaran fixi!!

    ReplyDelete
  2. eh. kita serupa. banyak kali juga rasa mahu putus asa dan berhenti baca novel ini, tetapi disebabkan kesungguhan dan details yang dipaparkan oleh penulis dalam novel ini sangat menerujakan, itu menjadi salah satu motivasi saya untuk sudahkan juga membaca novel ini. rasanya, ia wajar dibaca sekali lagi untuk pembaca betul-betul 'tenggelam' dalam dunia gergasi yang dicipta penulis. =)

    http://ngomelsikit.blogspot.com/2012/11/307-siri-ulasan-buku-26-gergasi-karya.html

    ReplyDelete
  3. rekeman sikit buku fixi yg best?? sy baru jer baca kelabu dan licik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...