MENTAL
Shaz Johar
ISBN: 978-967-0374-18-5
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh terbit: November 2012
Halaman: 299
Harga: RM19.90
Salam.
Masih lagi bercakap-cakap perihal hari kiamat? Good, kerana kerana bila
bercakap tu hati mula nekad untuk bertaubat. Bukan hanya borak-borak kosong.
Ingat, kiamat tetap datang. Cuma kita tidak tahu bila harinya kerana itu rahsia
Tuhan. Well, tak perlulah you all sibuk-sibuk nak google, mengkaji atau membaca
sampai bengkak mata semata-mata mahu mendapatkan maklumat setepatnya bila hari
kiamat tu berlaku. Rahsia Allah tetap rahsia Allah.
Okey,
okey, okey. Terlebih suda lah kan... Well, saya nak tanya, kenal Shaz Johar?
Atau ingat lagi dengan Shaz Johar? Mental adalah buku ketiga beliau. Sebelum
ini Shaz Johar telah pun menghasilkan Kougar dan Tabu. Bagi saya Mental adalah
buah tangan beliau yang terbaik. Walaupun agak mengelirukan, tapi idea beliau
dalam Mental tidak boleh dipandang ringan. Tabik tanpa henti untuk beliau!
Pada
mereka yang hendak mengenali Shaz Johar dengan lebih dekat, pergi sahaja ke
blog beliau. Ala... Bukan susah pun. Klik sahaja di sini.
Di
mana saya hendak bermula ya? Well, novel ini sering menganggu ketenangan saya.
Bila sudah mula baca, saya langsung tidak boleh berhenti. Semuanya kerana rasa
ingin tahu apa yang tidak kena dengan Maya? Atau keluarga Kosygin? Atau keluarga di kampung? Atau orang –orang lain?
Mental? Sesuailah dengan tajuknya. Tapi siapa yang mental sebenarnya? Wah,
banyak soalan tu. Oleh kerana darah CSI saya membuak-buak, saya mula menyelak-nyelak
halaman belakang untuk tahu mencari jawapan.
Okey,
itu memang habit saya bila baca novel. Sesekali saya akan baca bahagian
belakang untuk menjawab persoalan kepada ‘sesuatu’ yang saya ingin tahu
sangat-sangat. Sesetengah orang mesti kata, tak best buat macam tu. Dah rosak mood sebab dah tau
jalan cerita. Well, saya sebenarnya tidak kisah. Saya juga tidak kisah pada
mereka yang dipanggil ‘spoiler’. Bila
sudah dapat jawapan, nah, barulah saya dapat membaca dengan senang hati.
Apa
jawapan yang saya cari dari belakang novel ini? Silalah dapatkan naskah ini
secepat mungkin. Malam ini saya memang nak masukkan entri seringkas mungkin.
Bukan tidak mahu berkongsi tapi saya rasa novel ini agak mencabar dan saya mahu
kamu pun turut merasainya nanti. Biasalah, genre psycho-thriller memang begini.
Lain yang kita agak, lain yang jadi. Kan Shah Johar kan?
Selamat
malam semua. Sebelum tidur jangan lupa baca doa.
dah mula order buku fixi sebanyak 6 buah. kedai buku susah nk jumpa dah.
ReplyDeletegenre psycho thriller memang suspen habis..kena carik jugak novel ni :)
ReplyDeleteMental memang terbaik. Puas hati sangat setakat ini. Antara novel fixi yang paling best :)
ReplyDeleteTerima kasih....
ReplyDeletemacam best je.. kena cari nih!
ReplyDeleteIs Shaz Johar Malaysian writer? I think it's sound like an interesting book.. XD
ReplyDeletesaya bukanlah peminat novel yang tegar tp pernah jugak baca novel. saya pun jenis suka baca sinopsis & ending cerita dulu sblm mula baca kisah dr muka depan. hahaha jenis tak sabar nak tau ending. kalau baca majalah pun dh jadi habit mula dr mukasurat belakang
ReplyDelete