Followers

Tuesday 7 February 2012

February With Love... (Khas Bulan Cinta)




Buku tulisan Bahruddin Bekri yang melihat cinta itu lebih dari sekadar cinta  biasa.  Sengaja saya memilih kaver buku ini kerana hidup kita memang penuh dengan rasa cinta.



Nampaknya entri saya sebelum ni telah 'mengusik' sedikit hati seseorang. Dan tiba-tiba pula saya rasa sedikit bersalah walaupun entri itu bukan berkenaan dia semata-mata. 

Saya tidak tahu kenapa hati saya mula rasa tidak senang, risau kalau-kalau dia berkecil hati. Bersungguh-sungguh saya meminta maaf selepas itu. Saya tidak mahu dia berfikir yang bukan-bukan tentang saya. Seboleh-bolehnya saya mahu menunjukkan 'good side' saya. 

Kenapa saya perlu peduli? Saya sendiri kurang pasti. Yang pasti, saya mahu dia sentiasa selesa bila berkawan dengan saya.

Adakah itu hint? Teman tapi mesra. Sukar untuk bezakan perasaan ketika ini. Tidak dinafikan, saya suka dengan perasaan saya sekarang. Adakalanya rasa rindu hadir bila masing-masing berjauhan. Adakah dalam hati sudah ada taman? 

Pada saya cinta itu adalah bila kita bersedia untuk berkongsi masa, emosi dan hidup dengan orang yang betul-betul kita ambil berat. Cinta juga membawa erti kasih sayang sesama umat manusia tanpa mengira pangkat atau rupa.

Namun, sebenarnya orang kita sukar menunjukkan perasaan kasih sayang kecuali anak muda yang dilamun cinta. Kita ambil ringan soal kasih sayang yang sedia ada dalam hubungan keluarga, suami isteri dan juga sahabat. Ingat, kasih sayang juga boleh pudar andai tidak dipupuk dan dijaga. Ya, saya akui perkara itu.

Memandangkan bulan Februari ini dikenali sebagai bulan cinta, maka sepanjang bulan ini saya akan bercakap soal cinta. Saya akan kongsi apa sahaja yang saya baca atau ketahui tentang cinta. 

Kepada yang masih solo atau baru sahaja solo, kena ingat, menjadi solo tidak menyebabkan kita berada setingkat lebih bawah dari mereka yang berpunya. Menjadi solo membolehkan kita lebih merdeka untuk menentukan hidup. 

Dan kepada mereka yang mula menerima cinta, hati-hati. Tidak salah bersikap memilih andai itu boleh menjamin kebahagian. Cinta untuk rasa bahagia, bukan derita. Yang penting, cintai diri sendiri dulu.

Sayang kamu.


Closet writer: Dia sms: awak rindu saya tak? Bila nak reply, tiba-tiba kredit habis. Stres betul!










Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

3 comments:

  1. Mungkinkah hati telah dipanah cinta??hihi..

    ReplyDelete
  2. Ya, mungkin sdh mula sedia bercinta.:-)

    ReplyDelete
  3. Kepada yang masih solo atau baru sahaja solo, kena ingat, menjadi solo tidak menyebabkan kita berada setingkat lebih bawah dari mereka yang berpunya. Menjadi solo membolehkan kita lebih merdeka untuk menentukan hidup.
    ayat ni mmg bermakna buat masa skrg..hehe
    hi..sggah mlm sini kjap..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...