Followers

Monday, 13 February 2012

Valentine's Day Tanpa Kenangan



Ya, esok hari valentine. Hari orang menunjuk-nunjuk kasih sayang, hari budak budak nak show off yang mereka pun ada pakwe/makwe yang caring. Sebenarnya saya tidak pernah peduli apa itu valentine's day.



Seingat saya, saya mula tahu apa itu Valentine's Day seawal saya di menengah rendah. Curi-curi baca majalah Remaja kepunyaan makcik. Ohhh, rupa-rupanya ada juga hari khas menyambut kasih sayang. Saya ingatkan kita hanya ada hari guru dan hari menyambut kemerdekaan negara.


Saya tidak puas hati dengan apa yang saya baca. Saya pun bertanya pula pada makcik, apa yang kita lakukan bila tiba hari valentine tu nanti. Hmmm...bukan jawapan yang aku dapat tapi cubitan kerana curi-curi baca majalah Remaja yang dia sorokkan. 




Kemudian, saya lupakan tentang hal itu sehinggalah ke tahun depan dan tahun-tahun selepasnya. Setiap tahun pasti ada majalah yang berbicara tentang Valentine's day. *sudah tentu saya sudah boleh membaca majalah remaja ketika itu*.


Namun, berapa kali pun saya bercinta, putus dan bercinta kembali, tidak pernah lagi saya menyambut hari valentine. Entah kenapa. Tapi yang pasti tidak ada istimewanya hari tersebut pada saya.


Tidak sama seperti saya menunggu-nunggu tibanya birthday saya. Kerana bagi saya, tidak perlu ada hari khusus untuk memberitahu yang saya menyayangi dia, berbanding saya terpaksa menunggu lama untuk menyambut hari lahir saya setiap tahun. *sudah tentu saya tidak boleh menyambutnya pada sebarang hari*




Saya tidak pula menolak terus Valentine's Day ni. Saya tahu, kamu tetap menganggap esok hari yang istimewa. Tidak peduli apa pun orang kata tentangnya. Yang pasti kamu tetap ingin bersama dengan orang tersayang. Menanti apa yang bakal meninggalkan kenangan istimewa.


Cuma ingin saya ingatkan, walau sayang kamu pada dia setinggi gunung, sayangi diri kamu lebih dari itu. Selagi belum ada ikatan yang sah, selagi itu kamu bukan milik dia dan sebaliknya. Bila-bila masa boleh ditinggalkan. Biarlah cinta kamu itu sama nilainya dengan diri kamu. Tinggi dan berharga.




So, berdebar debar ye tunggu hari esok.. Gurlsss, apa kata kali ni uols check samada balak uols tu jenis pemurah atau taik idung masin.. Apa lagi, mintak le apa apa yang korang nak. Tak baik??? Hmmm..ye ke? Saya jamin uols mesti nak melompat kijang bila dapat gift bentuk hati kan kan kan.. Tak baik hipokrit kaaannnn... *gelak giler jahat ko*


Sayang kamu.



Closet writer: teringat 14 Feb setahun yang lalu. Rupa-rupanya hati saya yang berubah tanpa saya sedari..



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

6 comments:

  1. selagi belum ada ikatan yang sah, selagi itu kamu bukan milik dia dan sebaliknya. Bila-bila masa boleh ditinggalkan. Biarlah cinta kamu itu sama nilainya dengan diri kamu.
    suka sgt ayat ni...hehe
    dh bace blog ari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh...ada apa apa ke ni kyoshi.. hehe

      Delete
  2. Agree with u :) xpenah lak nk smbut valentine ni ngn kekasih2 dlu. huhuhu just ignore it. tiap hari syg lah ktekan. lme2 melayang jgk. gagaga

    ReplyDelete
  3. hehe. cinta itu buta dan membutakan. macam tu jugaklah vday ni. tak ada beza pun vday ni dengan cinta. aku tak nampak relevan pun.

    tapi tak salah menunggu hadiah kan wahai kaum hawa? haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lar..kdg2 ni kami tak kesah pun valentine's day ni..sbnrnya nk tgk apa je lah dia nak bagi kat kita...hehehe... :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...