Followers

Thursday 16 February 2012

February With Love... (Khas Bulan Cinta) #2



Sambil sambil mengunyah jajan, sambil sambil minum iced lemon tea, saya berfikir fikir apa entri saya kali ini. Entri khas untuk bulan kasih sayang. Mahu menulis tentang tips cinta, semacam buang masa. Mana ada tips cinta yang boleh digunapakai. Kalau mahu menulis tentang cinta sendiri, lagilah tak perlu. Susah juga ya bila kebuntuan idea ni...

Sehinggalah saya teringat sesuatu. Tentang teman saya. Saya bertanyakan soalan, apa yang dia perlukan dalam hidup? Jawapannya sangat menarik hati saya. 

Maka, ini ceritanya..


“ Aku kahwin muda ketika usia aku 21 tahun dan suami aku 25 tahun. Masa itu masak pun tak pandai. Apatah lagi membasuh dan mengemas rumah. Semua aku tak pandai buat. Maklumlah, dulu aku jarang buat kerja rumah. Semuanya orang buatkan. Yang aku tahu hanya makan, tidur, tengok tv dan belajar. Rajinkan aku? Tapi bila sudah sampai jodoh, aku kahwin juga. Bila aku kahwin, semua itu aku belajar perlahan lahan. Kena belajar juga sebab duduk jauh dari orang tua. Tinggal sendiri membuatkan aku berubah 360 darjah! Penat memang penat, tapi sebab kita buat untuk kebahagiaan bersama, semua kerja rasa ringan. Tambah-tambah kalau dia ringan tangan menolong. Terasa romantiknya dia.

Ramai juga yang kata kami terlalu muda untuk berkahwin. Ada yang tanya, betul ke dah sedia nak kahwin? Aku tak tau nak jawab apa. Aku tertanya-tanya apa tandanya orang itu sudah bersedia ataupun belum? Nak tunggu sampai ilmu rumah tangga penuh di dada? Kursus kahwin pun hanya dua hari. Mana cukup! Bagi aku, kahwin itu sendiri adalah satu proses belajar. Dalam konteks yang lebih luas. Dengan cara trial and error.

Syukur, aku dikurniakan sepasang cahayamata. Aku masih ingat lagi bila anak pertama lahir. Dengan tiada pengalaman menjaga anak kecil, aku dan suami cukup kelam kabut. Mana nak basuh berak kencing, buat susu tengah malam, berjaga bila baby demam. Semua kami buat bersama. Yang paling kelakar bila terpaksa jaga baby sendirian. Mahu menangis rasanya. Dia pula sekejap sekejap call tanya ok ke tak. Syukur sangat dapat suami macam dia.

Bila masa berlalu, semuanya menjadi kenangan yang sangat manis. Melihat anak-anak membesar dan rumah tangga bahagia, apa lagi yang aku inginkan? Setiap kali sebelum tidur, aku tidak pernah lupa untuk menatap wajah suamiku. Sayangnya aku pada dia tidak terhingga. Kadang-kadang terlintas di hati, apa akan jadi kalau aku kehilangannya. Pernah aku suarakan di suatu pagi sambil dia menyidai baju. Aku katakan yang dia telah melakukan banyak perkara untuk kebaikan dan kesenangan aku. Aku berterus terang padanya,

" Sayang perlukan abang dan tak boleh hidup tanpa abang. Hidup dan mati sayang biarlah bersama abang ".

Dia tersenyum. Aku tidak tahu dia suka atau dia anggap aku cuba bodek dia. Yang pasti, hati aku berdetak laju bila menuturkan kata kata itu. Terasa sampai sekarang. Seakan akan sumpah janji untuk hidup mati bersama. Biarlah. Memang aku mengharapkan kasih kami terikat sampai mati. Walau apa pun dugaan, kami hadapi dengan sedaya upaya kami. Kepada Allah aku bermohon agar kami berupaya menghadapi dugaan rumah tangga dengan segala kelebihan dan kekurangan yang kami ada. Agar kasih sayang kami bertambah kuat setiap detik. Begitulah rasa cinta dan sayang aku pada suamiku. Dan sesungguhnya, apa yang aku perlukan dalam seluruh hidup aku, hanyalah dia. Untuk membimbing aku dan anak-anak ke syurga kelak".



Closet Writer: Saya? Hmmm...



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

18 comments:

  1. Perkhawinan memang sesuatu yang indah..tapi realitinya bukan mudah..hehe

    Regards,
    -Stider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting sabar dalam menghadapi dugaan..

      Delete
    2. Betul ..kena banyak sabar. Dalam usia perkahwinan akan datang 3 cabaran dan ujian besar. Ujian ini samada berlaku di awal, tgh dan di akhir ....

      Delete
  2. bahagia bila keikhlasan tu terpancar tanpa ucapan kan? cinta dan tanda mata setiap pasnagan adalah zuriat... hurmmm... semoga bahagia hingga abadi tuan yg empunya cerita yg kamu kisahkan kali ini,...

    ReplyDelete
  3. Salam.. saya dtg dari V.I.B Club yg you pingkan entry di fb tu.. wahhhh bestttnya baca kisah cinta you ni .. akak pun kawen muda jugak.. umo 20 dah kawen.. 21 dah beranak .. biar kawen muda takpe.. bila dah tua anak pon dah besar2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Mak Dara sebab sudi singgah.. Wah,mesti anak-anak dah bujang & dah dara semua kan..Jln pun cam adik beradik je.. hehe..bangga bangga.. :)

      Delete
  4. Hmm menarik sekali, HH gak kawin dah tua ...hahaha.. mak dara kawin muda ehh? hmmm ...patutlah sampai skang nampak muda gak ..hmm untung anak2 dah besar tatkala ini kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. whoaaa...haha..bukan tua En HH tapi kawin lambat sikit je.. :)

      Delete
  5. terima kasih kerana sudi follow blog saya .. saya cuba follow balik tapi tak berjaya .. kenapa ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh..saya nampak nama kamu dah ada..kalau ada masalah lain,saya kurang pasti..tapi awak dah ada dalam senarai follower..terima kasih kembali.. :)

      Delete
    2. patutlah pun .. dah lupa bila saya follow.

      Delete
  6. salam ziarah, terharu bila blog k,ayu di follow oleh kamu.. tapi kak bukan blogger sepenuh masa, bila memiliki kedai makan.. agak sibuk dengan itu ini..

    terima kasih dik

    PS: kak pun redha dengan apa yang telah ditetapkan olehNYa, bila kawin awal.. kita belajae perlahan2... heheh

    ReplyDelete
  7. sayang sekali jodoh saya belum tiba. :)

    ReplyDelete
  8. akak pun kawin muda gak umo 21 & asben 25 time tu...mmg awal perkahwinan masakan akak pun tak bape nk sedap..kira bole telan la hihi.kawin muda or kawin bila dah berusia lebih ni sama je dugaan & cabarannya cuma mungkin berbeza dari cara kita nak atasinya.

    ReplyDelete
  9. Citarasa Rinduan: tak apa, selagi ada cerita selagi tiu saya baca.. :)

    gadisBunga: Jangan risau..itu urusan Tuhan..

    inazamri: Betul kata akak tu..dugaan tu bukan bersandarkan pada usia berapa kita mampu menghadapinya..yang penting toleransi dan kerjasama,bertanggungjawab,bertolak ansur dan bersabar..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...